Di dalam bidang perubatan satu aspek yang sangat penting ialah sejarah tentang pesakit. Sejarah pesakit ialah cerita atau komplen pesakit tentang masalahnya yang akhirnya membawa pesakit tersebut berjumpa doktor. Contohnya pesakit mengalami sakit kepala, di sebelah kiri, selama 3 hari terutama apabila di bawah cahaya matahari.
Doktor akan bertanyakan soalan-soalan yang menjurus kepada masalah tersebut sehingga mencapai ke diagnosis tertentu. Lebih daripada 60% kes dapat didiagnos dan hanya melalui sejarah pesakit sahaja. Bakinya adalah melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan melalui makmal.
Oleh itu sejarah pesakit sangat penting kerana ia adalah sumber utama di dalam menghasilkan diagnosis.
Seringkali doktor bertanya di luar daripada masalah kesakitan itu contohnya perihal peribadi pesakit, perihal keluarga pesakit, kerja di mana sehingga kepada hubungan sosial dan ekonomi pesakit. Sebenarnya ini juga boleh berkait rapat dengan penyakit yang timbul.
Bagaimana ini berkaitan?
Baru-baru ini datang seorang wanita berusia awal 30-an yang mengalami pening kepala yang teruk dan menyebabkan dia tidak boleh bekerja selama beberapa hari. Pening ini bermula selepas 2 bulan, datang dan pergi. Bila ditanya mengenai simptom ini lebih lanjut nampak seolah-olah seperti migraine dan simptomnya juga hampir sama.
Tetapi soalan-soalan lebih lanjut menceritakan kisah sedih beliau. Pada asalnya beliau berkeberatan untuk menceritakannya tetapi akhirnya beliau sedia untuk dibantu.
Dua bulan lepas beliau sepatutnya berkahwin dengan pemuda pilihan ayahnya. Walaubagaimanapun, pemuda tersebut tidak jadi menikahinya kerana memberi alasan tidak cukup wang. Sehingga kini pemuda tersebut mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Ini menyebabkan beliau sangat malu, tidak bertegur sapa dengan ayahnya dan merasa sangat marah. Ini ditambah pula dengan cerita ibu dan ayahnya terpisah sejak kecil dan beliau dibesarkan oleh neneknya.
Beliau sering menangis dan menghadapi kesukaran untuk tidur. Ini yang sebenarnya menyebabkan sakit kepala ini sentiasa berulang dan mengganggu hidupnya.
Saya menulis untuknya surat rujukan agar bertemu kaunselor di sebuah hospital kerajaan dengan harapan beliau dapat dibantu. Kadangkala nasihat yang baik lebih kuat kesannya daripada ubat yang paling mahal dan kuat.
Itu adalah satu kes daripada sekian banyak kes di mana sejarah pesakit dan masalah mereka membantu proses perawatan. Kadangkala berkongsi masalah hidup mereka menjadikan kita lebih belajar erti hidup lebih daripada mendengar kuliah oleh pensyarah di universiti.
Melihat daripada sudut yang lain, kita kadang2 melihat seorang ayah menaiki motosikal dengan 3 orang anaknya di atas satu motosikal. Dua duduk di belakang dan satu di hadapan. Semuanya berhelmet. Ayahnya membawa motosikal tersebut perlahan-lahan takut sesuatu yang terjadi kepada anaknya.
Memang secara hakikatnya apabila kita menaiki kereta dan melihat kejadian ini, di dalam hati kita terdetik, "apalah punya ayah, ada ke patut bawak anak kecik2 naik motor sampai 4 orang, tak guna punya ayah, nanti anak jatuh macamana?". Kita seperti mahu menelefon polis untuk menyamannya kerana membahayakan nyawa anaknya.
Kita semua pernah melihatnya dan mungkin ada di antara kita terdetik perasaan yang sama. Cuma, jikalau kita ada hati dan perasaan, kemudian bertanya perihal masalah hidupnya, mungkin kita akan menangis menyesal sebagaimana ada yang menangis melihat iklan petronas kisah Si Thiam Hock.
Mungkin apabila kita melihatnya sebegini - dia hanya seorang ayah yang bekerja mencari sesuap nasi dengan gaji yang cukup-cukup makan untuk sebulan. Dia hanya mampu untuk memiliki sebuah motosikal. Dia tak mampu menghantar anaknya ke sekolah dengan bas dengan gajinya yang kecil. Rumahnya yang jauh dengan tempat kerja menyebabkan dia terpaksa bertolak awal bersama-sama anaknya. Dia mahukan anak-anaknya berjaya dengan pendidikan, supaya anaknya tidak menjadi sepertinya. Ini sahaja yang jalan terbaik yang boleh difikirkannya di dalam kepung kemampuannya.
Manusia ini kehidupannya kompleks. Apa yang kita persepsikan dengan mata kita cuma satu faset daripada faset-faset kehidupan yang realiti. Di sebalik persepsi tersebut, kita tidak tahu melainkan kita sama-sama mencari maknanya. Kita berkongsi dengan manusia lain untuk sama-sama menelusi ruang lingkup kehidupan yang mencabar. Membantu mereka apa yang terdaya dengan kelemahan-kelemahan kita yang diciptakan. Sekadar memenuhi masa untuk kembali ke alam yang kekal.
Wallahu A'lam.
7 comments:
doktor..saya menantikan artikel mengenai sawan tu dengan penuh sabar...
anak sy skrng 7 tahun usianya, dia pernah kena sawan masa demam panas, semasa usia 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun, dan sampai kini setiap kali dia demam, kami masih takut..dan risau...
adakah masih berisiko lagi untuk kena sawan kalau dia demam panas walau umurnya sudah 7 tahun? really want to read and keep your article, memang jarang jumpa artikel lengkap mengenai ini dalam bahasa malaysia, saya rasa penting, kerana mungkin boleh di print dan bagi pada pengasuh untuk di baca..
Kali terakhir anak saya kena masa 4 tahun, ianya berlaku di taska, di mana guru-guru di taska panik dan tidak tahu berbuat apa-apa..
Salam....
berkisah tentang sakit kepala, betul jugak sbnrnya apa yg kt fikirkan lebih penting rsnyer...& jg kesihatan diri kita sendiri...tak cukup rehat mungkin juga kan....
Tapi yg nak marah sangat, parent yg 'tak sayang anak' nih!! naik motor bawak anak dgn tenang biarkan anak2 kecil berdiri ambik hembusan angin!!! kita yg bwk kereta kat belakang nih..ya allah 'kecut perut'....ceoat2 rsnya memotong...org kt seriau!!!....
ikhlas dr cencurrut
Salam Doc,
saya sejak lahirkan anak terakhir 9 tahun dulu, kerap sakit kepala dan muntah setiap kali period.
masa bujang tak mcm tu, masa lahirkan anak pertama dan kedua tak pula...tapi yg terkahir ini...macam orang mengadung pula setiap bulan.
Sakitnya kadang2 2-3 hari sebelum period, kadang2 2-3 hari selepas. Teruk dan teramat sangat. Bukan pening kepala, tetapi sakit.
kenapa ye boleh jadi mcm ni
Saya setuju dengan tuan, kita kadangkala perlu melihat sesuatu kejadian dari sudut yang berbeza, serta dengan hati dan perasaan.
Saya biasanya akan mengatakan kepada isteri saya semasa memandu kereta bahawa pemandu yang memandu secara kelam kelibut itu nak terberak.
Doktor,
Saya setuju dengan pandangan dan pendapat doktor tentang realiti kehidupan sekarang.Terlalu menekan sehingga kita sudah kurang pertimbangan. Jangan ingat hidup di bandar , keadaannya sentiasa senang dan duit mencukupi.Yang penting janganlah kita selalu berburuk sangka dengan orang-orang yang sebegitu dan kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada, kan doktor.!
pnut : febrile fit berlaku didalam lingkungan 6 bulan sehingga 6 tahun. Selepas 6 tahun febrile fits tak akan berlaku. Sekiranya berlaku mungkin ia adalah epilepsy. Oleh itu InsyaAllah jangan risau selepas ini, kalau demam, ia takkan berlaku lagi.
Cencurrut : Hu.. itu memang patut kena marah.. Dah lah tak pakai helmet.. Ada mak bapak kat sini bagi anak-anak naik motor.. sunat pun belum, dah pandai naik motor. Kalau accident masa nak beli sos cili sapa yang susah?
Jie : Saya pun tak pasti Kak Jie. Macam tanda2 Premenstrual SYndrome PMS sahaja. Atau mungkin migraine. Pernah kena dulu? Migraine boleh menyerang ketika datang period.
Zamri : Kelakar lah... Hehe.. Pernah berlaku kat diri sendiri ke Zamri? Hehe.. lepas nih saya takkan marah kalau ada orang pandu kereta laju2 cam pelesit. Sekurang2nya, kalau sempat sampai rumah, tak ler terburai dalam kereta... hehe..
Azian : Ye.. semua benda naik. Kerja makin teruk. Masa makin sikit. Darah tinggi pun naik jugak. Kan best kalau tak kerja pun bleh dapat duit...
Saya Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan Tuhan yang baik dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata itu, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara.
Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan kredit palsu di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban penipuan pemberi pinjaman 6 kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka.
Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan seorang teman saya yang saya jelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya kepada perusahaan pinjaman yang dapat diandalkan yaitu SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM pada tingkat rendah 2% dalam 24 jam yang saya terapkan tanpa tekanan atau stres. Jika Anda membutuhkan pinjaman, Anda dapat menghubungi dia melalui email: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Jika Anda memerlukan bantuan dalam proses pinjaman, Anda dapat menghubungi saya melalui email: (widyaokta750@gmail.com) dan beberapa orang lain yang juga mendapatkan pinjaman mereka, Mrs. Jelli Mira, email: (jellimira750@gmail.com). Yang saya lakukan adalah memastikan saya tidak pernah membayar pembayaran cicilan bulanan seperti yang disepakati dengan perusahaan pinjaman.
Jadi saya memutuskan untuk membagikan karya baik Tuhan melalui SANDRAOVIALOANFIRM, karena dia mengubah hidup saya dan keluarga saya. Itulah alasan Tuhan Mahakuasa akan selalu memberkatinya.
Post a Comment