Wednesday, February 13, 2008

Pencuri Motor






Assalamualaikum,

Di kala senyap sunyi malam dan hening pagi, terdapat syaitan bertopeng manusia menghendap-hendap mencari sesuatu yang boleh dicuri. Mungkin kita tidak boleh mengenalinya kerana helmet yang dipakai menutup wajahnya itu. Tetapi Allah mengetahui setiap gerak geri manusia. Allah akan membalas setimpal apa yang dilakukan walaupun sebesar zarah.

Sebuah motor telah hilang di hadapan klinik Idzham Kota Damansara. Ia adalah kepunyaan staf klinik Idzham. Motor itu dikatakan baru 2 bulan dibeli. Mungkin sudah tiada rezeki. Kasihan melihat staf saya menangis memikirkan kehilangan itu.

Walaupun kamera dapat menangkap perbuatan keji itu namun tiada apa yang dapat dilakukan. Wajah pencuri ditutupi dengan helmet. Dan rakannya yang seorang lagi juga tidak dapat dikenali. Sesiapa yang melihat kejadian ini boleh hubungi saya Dr Azwan 012-9597074.

Semoga Allah sahaja yang dapat membalas perbuatannya. Wallahu A'lam.



Seorang lelaki menghampiri motor di sebalik tiang di hadapan klinik Idzham pada jam 5:07:38 am.


Lelaki itu begitu handal melepaskan kunci handle dan menghidupkan enjin di dalam masa kurang dari 2 minit sahaja.



Motor itu dilarikan dengan mudah pada jam 5:08:46. Kawannya mengikut dari tepi. Keadaan agak gelap merumitkan usaha mengesan.

Begitu mudah untuk mencuri motosikal sebenarnya. Boleh dilakukan di bawah 2 minit. Semasa menuntut di universiti dahulu, motosikal EX5 saya juga pernah dicuri. Saya tahu apa perasaannya bagaimana kehilangan motor akibat dicuri. Diharap pencuri tersebut sedar akan kesilapannya. Hentikanlah...

5 comments:

Anonymous said...

tu la parah negara kita ni....dalam sehari entah berapa bijik motosikal kena curi.tak campur lagi curi kereta,curi kabel,curi tembaga,pecah rumah,rompak bank,masalah sosial yg tiada kesudahan...alahai..makin menjadi-jadi skang ni...yg dipikir cuma mesti tangkap kemudian hukum...hukuman pun tak beri kesedaran kpd org lain supaya jangan buat...

sudah tibanya..pihak2 tertentu ni pihak bagaimana nak cegah...mcm penyakit jugaklah...takkan dah sakit baru nak cari ubat..kalau awal2 tu oklah...kalau dah kronik?mcm penyakitlah cara terbaik nak elak kena penyakit, amalkan cara hidup sihat..kalau dah amal tapi kena jugak tu...walwahualam...

back to the point...kalaulah negara kita ni laksana undang2 islam...at least dpt kurang2kan masalah2 mcm ni...betol tak doc?

Anonymous said...

Rata2 kita dengar kes curi - mencuri ni. Masalahnye dengan rakyat Malaysia ni, kekadang jadi depan mata pun bukan nak diambil peduli. Engkau, engkau punya hal. aku, aku punya hal. Kesedaran sivik dikalangan rakyat kita sekarang memang menyedihkan. Saya sendiri tkde ler pengalaman motor hilang tapi kejadian ni terjadi pada adik sendiri. Motor baru je beli 2 minggu tapi dah kena curi. Saya yang bukan tuan empunya pun sakit hati. Apatah lagi tuan empunya. Sy pun hairan macam mane diaorang boleh amik motor tu. Padahal Dah dirantai dua2 tayar pada tiang besi, masih lagi dapat diangkutnye. Betul2 Mc Gyver diaorang. Kalu diguna pada hal yg berfaedah ok ler gak................

Anonymous said...

hi doktor, tahniah ada sistem cctv yang canggih di klinik dr. saya harap pencuri tu akan ditangkap tidak lama lagi.. :)

Dr Azwan said...

kumb@ng : masa motor saya hilang tuh, terasa gak nak si pencuri tu kena hudud jer. Tapi nak cari 4 saksi susah tuh...

anonymous : memang betul. Mc Gyver punya motor pun kena curi dek bebudak pencurik nih. huh...

apis17 : hehe.. cctv canggih pun, tak leh tembus muka dia yang pakai helmet tuh. keke.. kena pakai cctv yang ada xray vision ler pulak.

Razak Bin Ramli said...

Melalui cerita member yang tinggal di KL.Pencuri motor guna asid,letaklah rantai besi besar mana pun pasti cair kena asid.

Related Posts with Thumbnails