Friday, February 8, 2008

Tan Thiam Hock - Iklan Petronas Yang Mengharukan.

Assalamualaikum...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca berketurunan cina dan rakyat Malaysia amnya sempena Tahun Baru Cina 2008.

Iklan Petronas terbaru kali ini untuk Tahun Baru Cina sangat-sangat mengharukan saya. Saya akan merasa sebak setiap kali menonton iklan Petronas itu.

Kisah mengenai Tan Thiam Hock, budak sekolah rendah yang pada awalnya kelihatan begitu nakal kerana tidak mahu melukis tentang "reunion dinner" walaupun dimarahi cikgunya. Pandang ke kanan, pandang ke kiri. Geram juga melihatnya begitu pada awalnya.
Tetapi timbul rasa bersalah di hati saya kerana akhirnya Tan Thiam Hock sebenarnya anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berbilang kaum. Dia tak tahu bagaimana untuk melukis "reunion dinner" kerana tidak pernah merasai "reunion dinner" tersebut. Sedih dan mampu mengalirkan air mata.

Iklan ini sangat cantik dengan skornya yang menyentuh hati bagi saya adalah iklan terbaik Petronas. Mungkin yang paling original juga sebab sebelum-sebelum ini iklan petronas adalah dicedok dari buku-buku budak darjah satu atau dua. Ucapan tahniah kepada pencipta iklan ini (Yasmin Ahmad ke?).
Wallahu A'lam.

9 comments:

syia said...

syia pun terharu tengok iklan tu.. tapi awal2 tak pick up lepastu sampai rumah anak yatim tu baru paham :)

Anonymous said...

salam Dr. Ni 1st time sy comment kat sini. Bagus la Dr. ada blog sendiri. Tak ramai Dr. kat Malaysia ni yg dpt luangkan masa dgn berblogging. HNm.. sy cadangkn Dr. wat satu blog niche pasal bidang kedoktoran atau penyakit :)

Anonymous said...

hargai dan bersyukur dengan apa yang ada, berkogsi dengan apa yang kita ada.

boleh saya forwardkan komen nie kepada unit iklan petronas.. saya rasa mereka amat menghargainya...

Anonymous said...

Saya pun mempunyai pandangan yang sama dengan awak. Iklan Petronas memang selalu menyentuh hati. Iklan mereka memang benar2 menyentuh hati. Seperti juga iklan untuk Hari Raya sebelum ini. Erm.. By the way, blog awak cukup menarik dan saya kagum dengan kebolehan awak. Selamat maju jaya untuk blog awak untuk tahun 2008 ini.

Anonymous said...

sy tak terharu pun..hehe..sebab sy still ada parent.alhamdulillah..

budak cina tu cutelah..

Julia R said...

sy baru tgk iklan ni. tq Dr sbb shre the info.

memang sebak di dada

Dr Azwan said...

syia : saya pun sama

ahib0205 : sebenarnya buat blog ni ambik masa jugak. sebab banyak email nak kena jawab dsbg. Tapi kena ada sorang yg kena buat.. kalau tak saya ada doktor lain.

abahfateh : appreciate kalau abahfateh boleh bagitahu camne saya boleh tulis komen pada mereka. saya sendiri nak komen.

onebucks : saya cuma minat iklan ini sahaja. Yang sebelum ini saya rasa idea iklan ciplak. saya tak tersentuh pun. Kalau tak silap ini adalah ilham daripada kisah benar seorang budak yang yatim piatu pada malam CNY

isteri : saya tersedu-sedan banyak kali.. malu pulak nak bagi tahu

Mak farhah : tengok kat mana? you tube ker?

Anonymous said...

terharu kan dgn iklan ni.memula tak faham kenapa ada mck india tu dtg amek.dah sampai umah anak yatim baru faham,rasa nak nangis pulak akhirnya...

Dr Azwan said...

raiyan : orang nak nangis dia nak nangis gak....

Related Posts with Thumbnails