Wednesday, February 20, 2008

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum,


Saya tertarik dengan cerita email yang dikirim oleh teman@ kepada group hidayah.net.

Mari kita berkongsi bersama-sama cerita ini. Saya tak pasti kebenarannya, walau bagaimanapun cukup untuk kita sama-sama ambik iktibar.

Sesungguhnya, Cinta kepada kebendaan boleh mengatasi kasih sayang sesama keluarga. Itu sebabnya ada ikatan kekeluargaan boleh putus disebabkan oleh perebutan harta.


Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park. Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)... nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...

Pompuan C : Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu:
(sambil menangis)... nanti suami saya marah...

Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C:
"Mana bapaknya???"

Mak Budak tu:
"Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang:
"Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapabaldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng. ...!!!! Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan. ..kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul ..orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.

---------------------

Wallahu A'lam

7 comments:

Azian hasan said...

Dr. Azwan,
Saya ni as a silent reader. Seronok baca blog ni sebab banyak info. Tahniah!
Saya ada dengar cerita ni kat radio era. Ada orang call marahkan mak budak tu.Memang betul la cerita ini ye.. Macamana ye seorang ibu boleh bertindak macam tu!!!?Memang saya tak faham!

Amalina said...

Salam,
Ini kisah benar, kerana yang ada di tpt kejadian mengesahkan dlm mailing group ibu.

Dr Azwan said...

Azian : Mari kita fikir positif. Bapak dia tuh cuma driver jer. Dia pinjam kereta boss dia. Dia bawak bini ngan anak dia jalan2 sebab nak merasa naik BMW. Sekali tuh terkunci. Dia takut bos dia marah. Dia pun pi ambik kunci spare yang kebetulan dia memang simpan. Kang pecah tingkap, sama dengan gaji dia dua bulan. Kalau ibunya bagi pecah, apa diorang nak makan dalam 2 bulan nih. Silap2 kena buang kerja. Heheh ini teori saya je lah.

Amalina : Kereta saya pernah terkunci dari dalam. Mujur anak saya tak terperangkap kat dalam. Kalau ada, kena pecah kan ler jugak.

Anonymous said...

Cuba fikir dari perspektif mak nya tu. Kalau dia tak pecah, mungkin akan memudaratkan anaknya. Tapi kalau dia pecahkan cermin tu, dia akan merderhakai suami dia kerana melanggar arahan.

Jadi, mcm mana?

Hehe.

Anonymous said...

Hi & A'kum
berkenaan ttg mak budak & keta bmw tu sebenarnya she is juz a young mum....nak buat correction saya tak terus jerit suruh ambil kapak & pecahkan cermin kereta dia,, mula2 cuba pujuk abt 10 min , i gave some time frame,,, lebih 10min somebody has to make a decision...kita tak tau apa masalah dia... duit ke, apa ke... tapi sbbb dia dah panic tu buatkan saya beritau dia kalau dia tak boleh decide, biar saya decide, sampai kan kat klinik DEMC pun dia panic tak tau nak buat apa, pity her,,, tapi apapun saya berbangga dgn public yang betul2 simpati +dan jujur untuk menolong....the scene was so touching, tak kira bangsa dan agama...semua berusaha unutk tolong satu nyawa.P/S sebenarnya husband dia pun tak marah pun kalau dia pecahkan tingkap tu(dia sendiri yg ckp dgn saya) tapi tulah , wife dia yang panic & jamn.kesian dia..Alhamdulillah semua selesai. TQ

Unknown said...

Doc,

Lama dah tak komen kat blog Doc, tapi saya masih mengunjungi..

Pasal tertinggal kunci dlm kereta, saya nak buat cadangan supaya kita sentiasa menyimpan kunci spare didalam dompet kita.

Selain dari itu, kita juga boleh minta isteri kita membawa satu set kunci kereta dalam bag tangan dia. Jadi kejadian yg dipapar oleh doktor tu boleh di elakkan..Dan tak timbul lah isu sampai tension nak putuskan samaada nak pecahkan cermin kereta atau tidak.

Apa pun saya ucapkan tahniah kpd Si Mamat yg berani itu. Masa kecemasan mana ada masa nak berunding-runding. Dan berani pula mengambil tanggung jawab diatas tindakkan nya itu.

Ya lah mana lah tau, kot suami ibu bayi yang malang itu adalah ketua gangster terbesar di Meru Klang.. Hah! tak ke haru.(Gurau je, he, he)

Anonymous said...

Actually, bapak budak ni tak perlu balik ke meru pun utk ambil kunci. Dia bole menyruh sesap yg ada kat dlm rumah kat meru, utk menekan remote kereta dengan cara didekatkan di telepon. Dan telepon bapak budak tu kat kereta... bole sampai signal tu.. hahaha...rasenye lah.

Related Posts with Thumbnails