Thursday, June 19, 2008

Indahnya Ciptaan Tuhan




Assalamualaikum,

Eyes do not see what the mind does not know.

Saya sambung artikel yang saya tulis 2 hari lepas tentang ayat di atas. Kemungkinan cerita di bawah lebih menerangkan tentang frasa tersebut.

Beberapa bulan lepas saya telah menonton satu dokumentari di dalam National Geographic. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki dewasa (umur mungkin dalam 40-an) telah kehilangan penglihatannya di dalam satu kemalangan ketika dia berumur 3 tahun. Dalam kata lain dia menjadi buta pada waktu masih kecil.

Dia meneruskan hidup seperti biasa dan setelah dewasa dia berkahwin dan mendapat beberapa orang anak.

Lebih 40 tahun selepas insiden itu dia mengunjungi pakar mata. Setelah diperiksa oleh pakar mata, dengan menggunakan teknologi terkini, pakar mata berpendapat bahawa matanya boleh dibedah dan penglihatannya boleh pulih.

Dia akhirnya dibedah dan semua orang menanti hasilnya dengan berdebar-debar. Pakar mata berpendapat, hasilnya mungkin menakjubkan dan yakin bahawa pesakit boleh melihat semula.

Apabila tiba masanya dan kain penutup matanya dibuka, lelaki tersebut dapati, apa yang dilihat cuma cahaya sahaja, dia masih tidak dapat melihat apa-apa. Dia tidak mengetahui apa yang dilihatnya itu dan penglihatannya hampir sama seperti dia buta.

Apa yang berlaku ialah lelaki tersebut telah hilang penglihatannya semasa berumur 3 tahun. Pada umur 3 tahun, dia masih di dalam keadaan "baru" belajar melihat. Pemahaman tentang objek, warna, rupa, bentuk, dimensi adalah sesuatu yang sangat baru. Pada umur 3 tahun, kanak-kanak tidak tahu apa itu warna hijau, apa itu telefon, apa itu jalan tar, apa itu eskalator dan macam -macam lagi. Oleh itu, apa yang dilihatnya sekarang adalah apa yang sepatutnya dia lihat ketika umurnya 3 tahun.

Mari kita kembali kepada asas fisiologi penglihatan. Apabila cahaya yang dipantulkan oleh satu objek masuk ke dalam mata dan membentuk imej terbalik di dalam retina. Imej ini akan dihantar dari retina ke otak melalui saraf optik. Di dalam otak lah imej ini akan ditafsir dan difahami.

Sekiranya otak tidak mengenali imej yang dihantar itu, otak tidak dapat menafsir imej tersebut. Dan pandangan tentang imej itu tidak boleh difahami.

Di dalam konteks cerita lelaki ini, tempoh masa 40 tahun yang dia tidak dapat melihat, apa yang didaftarkan ke dalam otaknya semasa umur 3 tahun juga adalah sesuatu yang kelam dan samar-samar. Oleh itu cahaya dan imej yang masuk ke dalam matanya tidak dapat ditafsir oleh otak dan akhirnya ia hanya difahami sebagai satu yang kelam dan gelap, serupa seperti keadaan dia buta dahulu.

Beliau perlu mengambil masa untuk belajar semula semua objek yang dilihatnya untuk mendaftarnya ke dalam bentuk ingatan dan pengalaman. Kemudian baru beliau dapat memahami apa yang dilihatnya.

Terdapat satu lagi fakta aneh yang tuhan jadikan tentang penglihatan dan otak. Dunia yang luas dan berwarna-warni, dihiasi dengan keindahan alam yang serba indah dan cahaya yang sangat terang, adalah imej yang dipantulkan kedalam mata dan akhirnya sampai ke otak.

Ironinya, otak itu sendiri yang mentafsir cahaya, keindahan, kecantikan dan keluasan alam ini berada di dalam satu ruangan yang sangat-sangat sempit iaitu di dalam tengkorak manusia dan juga berada di dalam keadaan amat-amat gelap kerana tiada cahaya. Indahnya ciptaan tuhan.

5 comments:

adie said...

MasyaAllah.Indahnya ciptaan tuhan tak terjangkau dek akal manusia.

Anonymous said...

Syukur la kita dpt melihat..tak boleh imagine hidup org buta.

Anonymous said...

salam doc,

saya azlin, your loyal reader. ibu saya sudah hilang deria melihat sejak 1 1/2 tahun yg lalu, kerana diabetic. ia hilang sedikit demi sedikit, terakhir kami ke klinik pakar mata, doktor di situ kata kerana katarak yg teruk.

kami jumpa another doctor, dia cuma kata mata ibu saya tak dapat diubat krn melibatkn saraf, umpama kita menekan swis lampu tp tidak menyala, krn bulbnye sudah terbakar.

nk mintak pendapat doktor.

tq.

Dr Azwan said...

mr penyubiru dan min: Saya ni yang rabun pun akan rasa macam buta kalau tak jumpa spek. itu baru 30% daripada kurang pelihatan baru.

Azlin : katarak boleh diubati melalui pembedahan katarak. Tapi kalau di hospital kerajaan, lebih murah kerana pembedahan ada diskaun, cuma lens kena beli sendiri dalam M 500-RM 600 mengikut kualiti. Kencing manis memang boleh menyebabkan kerosakan saraf termasuk mata. Tetapi lebih baik berbincang dengan pakar mata berkenaan dengan hal ini.

SyamIda said...

akum.anak saya baru 4 bulan.dia suka mengiringkan kepala dia sebelah kiri.dan sekarang saya lihat mata sebelah kanan dia asik ke kiri saja.adakah mata anak saya ini hampir jadi juling dan bagaimana caranya untuk mengubati nya.

Related Posts with Thumbnails