Assalamualaikum,
Teringat saya masa saya belajar dahulu.
Ketika itu kami di dalam dewan syarahan. "Sakit apa ni ha?", tanya salah seorang dari kami apabila sejenis ruam yang menjangkiti orang asli di Malaysia ditunjukkan di dalam sebuah persembahan slide oleh pakar kulit di dewan.
"Molluscum Contangiosum!", kata si Rassem, seorang mamat Palestin yang duduk di antara kami yang tahu jawapannya.
"OOOOOOooooooo...", besar sungguh mulut kami ketika itu melopong. Ada juga yang terdiam seribu bahasa sebab tak pernah dengar diagnosis tu.
Professor saya yang pernah berkata di dalam kelas syarahannya.
"Eyes do not see, what the mind doesn't know". Ia bermaksud, mata tidak dapat melihat apa yang minda kita tidak ketahui.
Ia ditujukan untuk kami semua pelajar perubatan. Pada ketika kami melihat satu simptom, satu penyakit, satu ruam, satu kondisi maka, sekiranya otak ini tiada ilmu pengetahuan tentang penyakit itu maka apa yang dilihat itu sekadar satu pandangan kosong sahaja dan tiada ertinya. Tidak lebih dari itu. Kosong.
Teringat pula kisah Long Jaafar di Perak dengan bijih Timah sebagaimana yang Cikgu Kamal iaitu guru Fizik saya dulu pernah bercerita.
Dulu-dulu di Bukit Larut, Long Jaafar dan kawan-kawannya dibesarkan di tanah kelahirannya di Perak. Tiap-tiap hari beliau berjalan dan bermain-main. Satu hari kaki beliau terpijak sebuah batu aneh yang tajam dan melukakan kakinya... "Cis... kurang ajor ko ni batu!", kata si Long Jaafar sambil mencampak batu itu jauh-jauh.
Malah setiap orang kampung saban hari terpijak batu yang aneh itu dan ramai juga yang berdarah kakinya, tetapi mereka tidak peduli dan tidak pula hairan.
Sehinggalah satu hari, seorang lelaki berkulit putih bermata biru datang dan ternampak kawasan Bukit Larut. "Wow.... banyak sungguh bijih timah di sini!", kata mat salleh itu dengan slang orang putehnya. Baru diberitakan kepada semua orang bahawa benda yang selalu terpijak-terpijak tu adalah sejenis bahan yang berharga dan bernilai.
Maka sejak itulah Bukit Larut dan Long Jaafar menjadi sinonim dengan perlombongan bijih timah. Kalau tipu Cikgu Fizik saya, tipu lah saya :)
Sesuatu yang mungkin bernilai tidak akan nampak bernilai tanpa melalui penglihatan orang yang berilmu. Melalui orang yang berilmu dan berakal, sampah dan tin kosong boleh bertukar menjadi barang yang bernilai. Tanpa ilmu, bertan-bertan berlian mungkin dianggap sebagai batu biasa sahaja.
Cerita lain pula, semasa kami di belajar dahulu, terdapat seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami sakit jantung berlubang. Kami akan memeriksa dengan menggunakan stetoskop, sejenis alat yang diletakkan dekat telinga pada satu hujung dan ditekap di dada pada satu hujung lagi untuk mengesan bunyi abnormal pada jantung dan paru-paru.
Ada di antara kami yang tidak dapat menangkap bunyi deruan jantung tersebut untuk dikaitkan dengan abnormaliti jantung dan membuat diagnosis (saya juga tak terkecuali). Ada yang menyalahkan bahawa stetoskop itu yang kurang berkualiti. Malah ada yang tiba-tiba sahaja mengaku mempunyai masalah pendengaran.
Professor berkata, "It is not the ear, but what is between the ear". Ia bukanlah disebabkan oleh telinga, tetapi apa yang berada di antara dua telinga itu.
Yang berada di antara dua telinga tak lain dan tak bukan ialah otak atau akal.
Apa yang kita tahu tentang alam dan dunia ini adalah kerana kita pernah terjumpa dan belajar tentang perkara itu. Kita mengatakan bahawa buah oren itu berwarna jingga kerana kita pernah diberitahu bahawa buah oren itu berwarna jingga oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kita.
Oleh itu pengalaman dan pengetahuan yang disimpan di dalam otak dan akal adalah bekalan untuk kita meneruskan hidup yang serba mencabar ini. Tetapi perlu kita ingat bahawa akal manusia adalah terbatas. Kita boleh membuat pola logik dan mantik tertentu berdasarkan satu isu atau masalah, tetapi penyelesaiannya boleh jadi sesuatu yang pelbagai.
Oleh itu, kita sama perlu ingat-mengingati. Jangan mendabik dada di atas kepandaian akal semata-mata kerana akal itu dibatasi dengan ruang lingkup apa yang pernah kita belajar dan lalui sahaja. Allah telah menurunkan panduannya di dalam kitabnya dan model kehidupan di dalam bentuk kehidupan para rasul. Maka, panduan seperti ini adalah ubat kepada akal-akal yang sesat dan liar.
Wallahu Alam
Cerita lain pula, semasa kami di belajar dahulu, terdapat seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami sakit jantung berlubang. Kami akan memeriksa dengan menggunakan stetoskop, sejenis alat yang diletakkan dekat telinga pada satu hujung dan ditekap di dada pada satu hujung lagi untuk mengesan bunyi abnormal pada jantung dan paru-paru.
Ada di antara kami yang tidak dapat menangkap bunyi deruan jantung tersebut untuk dikaitkan dengan abnormaliti jantung dan membuat diagnosis (saya juga tak terkecuali). Ada yang menyalahkan bahawa stetoskop itu yang kurang berkualiti. Malah ada yang tiba-tiba sahaja mengaku mempunyai masalah pendengaran.
Professor berkata, "It is not the ear, but what is between the ear". Ia bukanlah disebabkan oleh telinga, tetapi apa yang berada di antara dua telinga itu.
Yang berada di antara dua telinga tak lain dan tak bukan ialah otak atau akal.
Apa yang kita tahu tentang alam dan dunia ini adalah kerana kita pernah terjumpa dan belajar tentang perkara itu. Kita mengatakan bahawa buah oren itu berwarna jingga kerana kita pernah diberitahu bahawa buah oren itu berwarna jingga oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kita.
Oleh itu pengalaman dan pengetahuan yang disimpan di dalam otak dan akal adalah bekalan untuk kita meneruskan hidup yang serba mencabar ini. Tetapi perlu kita ingat bahawa akal manusia adalah terbatas. Kita boleh membuat pola logik dan mantik tertentu berdasarkan satu isu atau masalah, tetapi penyelesaiannya boleh jadi sesuatu yang pelbagai.
Oleh itu, kita sama perlu ingat-mengingati. Jangan mendabik dada di atas kepandaian akal semata-mata kerana akal itu dibatasi dengan ruang lingkup apa yang pernah kita belajar dan lalui sahaja. Allah telah menurunkan panduannya di dalam kitabnya dan model kehidupan di dalam bentuk kehidupan para rasul. Maka, panduan seperti ini adalah ubat kepada akal-akal yang sesat dan liar.
Wallahu Alam
15 comments:
salam,
bila bercakap juga harus sentiasa diingat, telinga kita paling dekat dgn mulut yg bercakap.
Saya-iparnye Pakdi/AbahFateh.
DR Abah Tomey...
Akal manusia memang hebat gambaran hebat Penciptanya. Tapi dengan akal yang hebat tu...manusia tak boleh mendabik dada, claim dia lah yang tahu semua perkara sedangkan ilmu yang berada dlm akal kita ni umpama sedikit air yang melekat pada jari setelah dicelup dari seluruh lautan di dunia ni. Semua air yang tinggal di lautan tu adalah perbandingan byknya ilmu dan lebih hebat lagi Allah dari kita berkali kali gandanya...umi.
betul...saya sokong pendapat nie 100%
insafnya dengan penulisan kali ni..
kalau mmg ada masalah senses tak termasuk dalam kategori "Eyes do not see, what the mind doesn't know" (plus the other senses)???
ataupun sekiranya sememangnya tiada pendengaran sedari kecil, maksudnya mmg tiada pengetahuan (tidak tercapai dek akal) ttg apa yang patutnya dia dengar??
[teringat siri E.R. dr benton taknak anaknya menerima hakikat ttg kelemahan pendengaran dengan cdgn untuk implan koklea dlm telinga anaknya..]
tetiba saya rasa saya complicated pulak..
tapi sebenarnya saya sdg blur dgn perkara2 lain juga...
rafiza
Pernah terjadi dalam sejarah pakar astronomy(lupa nama)mempertahankan
kajian dan ilmunya yang berlawanan dengan pendapat orang ramai. Sanggup dipenjara dan diseksa oleh raja yang memerintah dizaman itu dan akhir mati dipenjara.100 tahun selepas itu baru tahu yang pendapat dia betul.
Eyes do not see, what the mind doesn't know..
---->> 101% agree
cikgu kamal mrsmkt tu kan..hehehhe..cikgu kelakar...
sapa nama cikgu kimia warden hostel boys tu ..dia duk kat umah warden blkg tasik ijau tu...lupe lah..
Nama saintis itu Galileo Galilei.
http://www-groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/Biographies/Galileo.html
On 31 October 1992, 350 years after Galileo's death, Pope John Paul II gave an address on behalf of the Catholic Church in which he admitted that errors had been made by the theological advisors in the case of Galileo. He declared the Galileo case closed, but he did not admit that the Church was wrong to convict Galileo on a charge of heresy because of his belief that the Earth rotates round the sun.
Ye, oren itu jingga.. Masalahnyer saya pernah gelakkan hubby sebab bila dia dengar iklan 'Apa warna buah oren? maka, anak2 muridnya menjawab JINGGA!!!' hubby mesti marah.. saya tanya kenapa marah? dia jawab, ada ke warna oren tu jingga.. So, syg ingat jingga tu apa warnanya? Dia jawab..MERAH JAMBU!!!!! Whattt???!!! Hmm.. ni termasuk dlm kes apa ye doktor? ;)
Syamsul : Saudara semuanya - pakdi, abahfateh, syamsul... sapa lagi yer.. Ni semua tulis blog ada unsur genetik... hehe
Umi tomey : Wah... 1st time umi komen. bernas.. bernas.. :). Terasa nak mengalir air mata dengan komen umi.... sob sob...
Puan R : Ramai orang berjaya walaupun kekurangan satu atau dua senses. Itu adalah satu kelemahan pada orang yang memandang, tetapi bagi mereka yang mengalami, itu mungkin satu cabaran untuk berjaya. malah ada yang buta penglihatan dah jadi professor. Malu kita nih yang cukup sifat tapi masih tak kemana mana.
adk : adk kelas mana? sama batch dengan saya/ Mana tah perginya Cikgu Kamal. Dengar kata ke Besut. tu Cikgu Mohd Zainon - cikgu kimia merangkap head of warden.
ABang Razak : Galileo kena penjara yer.. Ingatkan kena hukum bunuh. Dia kata bumi ini bulat sedangkan gereja (zaman kegelapan eropah) masa waktu itu berpendapat dunia ini rata. Dia berpendapat sebegitu kerana dia yang mencipta teleskop. Islam sahaja yang begitu serasi dengan sains.
Ealyie : Cikgu Fizik saya ajar (Cikgu Kamal lagi) - 7 warna pelangi ialah : Mak Janda Ke Hutan Belantara Ikut Unta!
(Merah - Jingga - Kuning - Hijau - Biru - Indigo - Unggu)
So, Jingga ini definitely warna orange! Bukan Merah Jambu.... tapi klakar lah husband awak.... Dia mesti tak suka team bola Belanda... hehe.
Ingat tak, summum bukmun ngumyun fahum la yarjingun... Semoga kita terlindung dari menjadi golongan tersebut.
Mata kita sebenarnya boleh 'melihat' apa yang belum kita ketahui (pastilah dengan izin Allah) asal saja kita mempunyai fikiran terbuka yang kritis, jadi golongan yang berfikir seperti yang disarankan al-Quran.
Sebab asalnya kita tidak tahu, kita nampak, maka kemudiannya kita jadi ingin tahu. Jika saja Long Jaafar mahu melihat kenapa batu itu lain dari yang lain, kenapa Allah cipta ia sedemikian, mungkin Perak tidak saja mengeksport timah, tapi teknologi yang terhasil dari timah.
Newton nampak epal jatuh. Dia tidak tahu graviti, tapi dia nampak. Dari situ namanya dikenali ramai.
Maaf, jika terkeluar tajuk. Tapi saya pasti sebenarnya, kita boleh melihat apa yang kita tidak tahu, asal saja kita ada karakter-karakter yang tepat (atas izin Allah pastinya). Wallahu'alam.
cikgu mat zenonku yg disayangi...sungguhla kelakar lagaknya..cikgu fauzi guru fizikku pun lawak orangnya..adeiiii...
Naim Jalil : betul. Kenapa umat Islam skarang tidak mahu berfikir dan mempunyai terlalu banyak sangat fikiran simplistik. Ingat dulu, masa amerika pergi ke bulan, orang2 tua kita tak percaya. Dia kata tak mungkin ada orang kafir boleh naik ke bulan. Tak mungkin Allah akan benarkan seperti mana nabi naik ke langit. Ramai orang Islam kena tipu dengan simple act of telur ayam yang boleh sembuhkan penyakit jer. Semudah itu kan utk cure kanser. Orang melayu ni manusia yang malas berfikir. Tiada strategic thinking.
nzr : exmaresma kt - kelas apa. adk77 pun nak tahu...
Rasa agak terkilan bila Dr. buat statement orang Melayu malas berfikir. Itu satu stereotype yang tidak tepat.
Kita ada batu bersurat, menunjukkan kita sudah boleh membaca dan menulis. Kita ada bahasa yang unik. Kita ada teknologi bertani. Kita ada sistem perundangan. Ini semua berlaku beratus tahun dahulu. Ini bukti yang orang Melayu juga berfikir.
Kemudian berlaku pertembungan budaya. Kita menjadi pusat dagang. Kita dijajah. Sistem kita berubah. Banyak benda luar kita ambil dan jadikan sebahagian dari hidup kita.
Cara kita berfikir berubah.
Allah anugerahkan kapasiti akal yang berbeza-beza kepada kita. Allah anugerahkan kemampuan berfikir juga berbeza. Allah berikan ilmu yang berbeza-beza juga kepada kita. Malas berfikir; maaf, saya sangat tidak setuju.
Mungkin, cara berfikir kebanyakan orang Melayu tidak sekompetitif kehendak sezaman.
Naim : Saya komen mengenai melayu skarang. Melayu dulu hebat. Siapa yang nak nafikan. Orang melayu skarang, membaca buku pun kurang. Ramai anak remaja melayu lulusan universiti, ada yang tidak ada nilai kompetitif dan intelektual. Sekadar lulus periksa sahaja. kalau bersaing dengan budak cina dalam open field, memang kurang ketrampilannya. Kawan saya ramai yang businessman melayu yang cakap macam tu. Saya menegur sekadar untuk diambil iktibar. Kalau kena pada adik beradik kita, kita sama-sama betulkan.
ermmm. mcm penah dgr . Prof Tariq kan?
Post a Comment