Monday, October 20, 2008

Kisah Eurocopter dan Dato' Najib






Assalamualaikum,

Dua minggu yang lepas, bapa saya menerima sepucuk surat tanpa penghantar. Apabila dibuka didapati 3 helai surat berkenaan dengan Eurocopter dan cerita2 tentang pembelian helikoper cougar dengan harga RM 2.4 billion. Mengikut bapa saya, ramai ahli UMNO telah menerima surat ini terutama ketua cawangan dan ketua bahagian.

Saya tertarik dengan artikel daripada blog saudara ibunuzack ini.

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib..

Mungkin ada sapa-sapa yang boleh bagitahu tentang hal ini.

9 comments:

Anonymous said...

tok jib buat duit lagi. tapi kali ni dengan KWSP.

pergh. dari senapang dapat jelapang...

Pakdi
http://pakdi.my

Anonymous said...

har..har..

gitulah mainan politik org atasan, markup jgn tak markup... markup smpi bankrup org bawah... org tgh untung lebih2..kasik sna sikit..sini sikit... sikit dia tu jenis juta2... aksik projek, msti ada komisen...tu pasal rege jauh beza... pk..pk kan lah..

siasat jgn tak siasat pak lah..

Anonymous said...

Ni sape yg bising-bising ni? Nak cakap, aku leh bagi share sket. Nak bape kilo C4?

kucau said...

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188).

dlm hal ni yg memberi pon salah lah juga. jgn highlight yg menerima saja

kucau said...

ehh salah post la azwan . yg atas tuh patut utk puspakom . haha

kucau said...

dlm kes najib cougar nie , kita kene neutral. kita tatau apa dlm deal tuh adakah weapon system ade ke tak? ade kah system avionic sama? is there any enhancement here and there? KEVLAR reinforcement? so susah nak komen.ko kene baca lebih psl helibras, brazil. lagi satu dlm web defence ckp super cougar brazil tuh maybe refer pada 532 model. and then yg brazil nyer deal tuh mcm CKD model la sebab tuh murah skit. kenapa CKD proton saga dulu murah walhal lancer yg asal mahal. proton siap dpt peluang pekerjaan dan tech transfer lagi.kenapa CKD Naza ria murah walhal CBU dier dlm 160K .aku tendency nak caya kat si zahar tuh susah skit la sebab MI 7 tuh civilian unit mmg murah, and then mcm tensen x dpt kontrak jer . takkan x puas kot kontrak2 lain zahar nie.

Dr Azwan said...

Kucau,
Bukan kau yang patut defense dia. Dia, BPR dan Kerajaan Malaysia yang patut. Kalau betul itu sebabnya, patutnnya kenyataan pasal tuh dah keluar. tak perlyu semua orang nak speculate. Dah kecoh satu Malaysia tapi pendekatan dia tetap diam seribu bahasa. Mungkin lebih baik diam dari tersalah jawab. Lebih lebih lagi dah dekat pemilihan. Majulah Tok Najib untuk Negara...

Anonymous said...

Najib buat cam tue, mybe nak bayar pada baginda suruh tutup mulut.. huhuhhh.. Tahu tak pe

Unknown said...

WAHAI UMAT MANUSIA....
kORANG TAU TAK APA DOSA FITNAH...

NAK CAKAP SIKIT..KALAU KORANG TAK TAU SATU CITER TU BETUL KE TAK JANGAN SEBARKAN KERANA BIMBANG IA ADALAH FITNAH....

KALAU FITNAH DOSA LA JAWABNYA WALAUPUN BUKAN KORANG YANG BUAT FITNAH...MENYEBAR FITNAH PUN DOSA...

DOSA TU JADI BERTAMBAH BERAT LAGI BILA ORANG YANG MENDENGAR FITNAH TU MENYEBARKAN FITNAH...MACAM SISTEM PIRAMID DALAM DIRECT SELLING....
SEMUA YANG ORANG BAWAH BUAT ORANG ATAS AKAN DAPAT KESAN(DOSA)...
JADI SLAGI FITNAH TU BRJALAN DARI MULUT KE MULUT,DARI BLOGKE BLOG...DARI WEB KE WEB OR ANYTHING YANG SERUPA MAKA SELAGI ITULAH DOSA AKAN MENGALIR DEKAT KORANG,,,,

SEBAB TU KALAU TAK TAU DIAM...JANGAN BUAT-BUAT TAU..

Related Posts with Thumbnails