Wednesday, October 22, 2008

PROTON JOURNEY - MPV










Assalamualaikum,

Adik ipar saya, salah seorang engineer di Lotus ada memberitahu tentang keluaran MPV Proton yang baru. Jikalau tak silap saya, proton telah memulakan survey tentang MPV ni sejak beberapa tahun yang lepas.

Saya menerima satu email tentang gambar MPV proton terbaru bernama Proton Journey. Nampak hebat dan mantap. Saya letakkan di dalam blog ini untuk tatapan anda. Ia mempunyai kuasa enjin 1.8 dan telah memulakan ujian di atas jalan sejak 12 hb September yang lepas. Bentuknya seakan-akan Toyota Wish.

Menurut forum yang saya terjumpa, harganya di dalam lingkungan RM 70k -80k tetapi saya belum dapat mempastikan kesahihannya.

Kepada tuan punya gambar, dapat hubungi saya untuk memberi kredit kepada anda.

Diharapkan MPV Journey ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada peminat 7-seater tetapi juga mempunyai kelebihan yang lain seperti penggunaan minyak yang rendah dan alat ganti yang lebih murah.

Wallahu Alam.

18 comments:

Anonymous said...

ini design yang final ke?

member kata (kerja team mpv) bentuk dia macam wish. tapi besar sikit.

pakdi
http://pakdi.my

Anonymous said...

kalau tak silap Dr. blh layari www.paultan.org

banyak cerita gossip Proton MPV diberitakan tak kecuali gambar yg Dr. siarkan tue..

Nizam said...

rasanya nama baru proton MPV belum ditentu kan lagi ... masih dalam memilihan ... gambar tu rasaya model cherry ...

Dr Azwan said...

Saya pun dengar cerita ia macam Wish. Ingatkan nama dia dah final. boleh tukar2 yer rupanya.

Anonymous said...

aritu kan proton wat pertandingan utk bagi nama MPV yg baru ni.. so nama dia blm final..

mcm wish..ek.. menarik gak ni...

RAKAREKA said...

Dengar2 cerita pun, banyak ikut design wiah. Apapun kita tunggu dan lihat......

Dr Azwan said...

ohh.. etul lah.. ada kawan saya masuk bertanding.. entah2 menang.. dapat seebiji proton mpv kan.

Dr Azwan said...

ohh.. etul lah.. ada kawan saya masuk bertanding.. entah2 menang.. dapat seebiji proton mpv kan.

Anonymous said...

I WISH proton betul-betul buat keta tu, bukannya impot & kasi label keta nasional. I WISH rege keta tu tak macam keta impot dari luar negara. I WISH keta tu mesra rakyat Malaysia, bukannya mesra rakyat UK. Eh, banyak jugak my wish yek!

Anonymous said...

Hi DR. nice picture...fyi tuan punya gambar tu Theophilus Chin (regular post kt forum paultan.org). Nama mpv tu still belum decide lg dan engine yg akan dipakai adalah 1.6...2009 selamat menunggu!

kucau said...

MPV yg atas tuh bukan proton MPV. ko leh carik ade gambo yg betulnya. yg tuh asal dari MPV lain, theophilus edit skit. enjin probably 1.6 cps plain or force induction OR maybe the new 1.8 CPS

jon jonson said...

arghhh jgn la difinalkan lg nama itu...

Anonymous said...

harap2 bukan nama ni yang dikomersil kan... biarlah guna nama yang sy bagi... kehehkehkehkehkehkeh mana tau sejarah berulang lagi... mcm namakan Gen2 dulu tu... amin

Dr Azwan said...

kongsilah nama yang awak semua bagi utk pertandingan.. kalau bagitahu kat sini pun bukan saya bleh tiru sebab pertandingan dah tutup....haha

kuizikel said...

saspen jek doc letak nama mpv journey.. penat anto nama byk.. skli tu nama journey tajuk blog sndiri bleh tak submit..huhuhuhuhu

//bila la org proton nak call dpt kunci mpv baru ni.. muahahha

Anonymous said...

Kalau kita uji nama Journey itu tak silap ia telah digunakan lebih dahulu oleh jenama kereta Dodge Journey 1.8 CC. Kalau gitu mana boleh Proton benarkan pereka nama keretanya curi nama jenama kereta lain. Salah besar tu! Lagipun kalau kita perhatikan steering kereta MPV itu sebelah kirilah..

Anonymous said...

kawan saya bagi tau, proton buat test naik ke genting...tak lepas beb..engin dia engin campro 1.6..sebab tu tak keluo keluo lagi. Engin pesona, body je lain gamaknya

Kawan saya tu jurutera eon.....

Unknown said...

Dr Azwan, saya dan keluarga telah menyertai pertandingan namakan Proton MPV</a ini tetapi sebagai warga bangsa Malaysia kami masih mengambilkira nama yang berasaskan kepada jatidiri, tradisi dan citra rupa kemalaysian.

Related Posts with Thumbnails