Wednesday, October 15, 2008

STATUS ASTHMATICUS - Serangan Maut Asthma





Assalamualaikum,

Dalam beberapa minggu yang lepas saya berkongsi satu berita sedih. Kakak seorang daripada pesakit saya meninggal dunia akibat serangan asthma beberapa hari sebelum hari raya.

Ironinya, pagi itu mereka berjumpa, berborak dan bersalam-salaman. Ketika di tempat kerja, kakaknya membuat panggilan telefon mengatakan bahawa dia tidak boleh bernafas akibat asthma. Adiknya membuat panggilan kepada suaminya untuk ke rumah kakaknya dengan segera.

15 minit selepas itu, apabila tiba di rumah kakaknya, suaminya mendapati bahawa kakaknya sudah tiada lagi.

Status Asthmaticus boleh didefinisikan ialah serangan asthma yang sangat teruk dan ubat seperti inhaler biasa tidak memberi kesan apa-apa kepada serangan ini. Oleh itu ia berbeza dengan serangan asma akut biasa yang memberi respon kepada rawatan awal.

Kejadian serangan asthma maut ini boleh berlaku kepada semua penghidap asthma terutama yang mempunyai serangan kerap dan tidak menjaga ubat-ubatan yang diambil untuk mengelak dari serangan asthma.

Gejala Status Asthmaticus ialah nafas berbunyi (wheezing), sesak untuk bernafas dan tidak boleh menghabiskan satu ayat di dalam satu nafas. Oleh kerana pernafasan menjadi kerja yang sangat berat untuk mereka, otot di leher dan di dada mula bekerja dan anda dapat melihat otot ini tegang untuk membantu pernafasan.

Bibir juga boleh menjadi biru akibat kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam darah dipanggil "cyanosis". Nadi yang pada awalnya laju kini menjadi semakin perlahan (perbezaan di antara asthma biasa dan status asthmaticus).

Sekiranya berlanjutan, pesakit tidak boleh bernafas langsung, bibir menjadi biru, malah "wheezing" sudah tidak lagi kedengaran.

"Wheezing" atau bunyi seperti seruling ketika menghembuskan nafas adalah karakter untuk asthma dan beberapa penyakit lain yang melibatkan masalah paru-paru. Ia berlaku apabila udara dipaksa melalui saluran pernafasan yang sempit dan menghasilkan bunyi tersebut.

Sekiranya tiada "wheezing" dalam serangan status asthmaticus adakah ini tandanya baik? Jawapannya tidak. Tiada wheezing bermakna saluran pernafasan telah tersumbat langsung sehingga tiada udara pun boleh melepasinya untuk menghasilkan bunyi.

Pesakit akan mengalami kekeliruan, rasa marah, semakin lemah dan akhirnya pengsan atau koma dan akhirnya membawa kepada maut.

Status asthmaticus adalah kes kecemasan. Rawatan diberi mengikut keadaan. Nebulizer dengan steroid dan bronchodilator (pembuka paru-paru) secara berterusan diberikan bersama-sama oksigen. Suntikan seperti anti histamine, steroid atau adrenaline diberikan.

Sekiranya teruk pesakit akan dimasukkan ke dalam ICU, diintubasikan dan bernafas menggunakan mesin.

Saya amat rasa sedih apabila terdapat ibu-bapa yang tidak membenarkan anak mengambil nebulizer asthma walaupun anak mengalami serangan asthma yang teruk. Mereka berpendapat bahawa sekali ambil nebulizer maka ia akan menyebabkan ketagihan dan serangan asthma akan berulang-ulang selepas itu. Sedangkan nebulizer membantu untuk mengurangkan kesusahan bernafas dan "lapar udara" yang dihidapi oleh anak-anak.

Itu adalah konsep yang salah. Asthma itu sendiri adalah penyakit yang berulang-ulang. Ia seolah-olah serupa dengan masalah gegata di kulit ketika anda memakan ketam.

Asthma adalah satu jenis alahan dan mengelakkannya dengan mengelakkan penyebab utama asthma seperti habuk, debu, sejuk, bulu kucing, dan asap adalah seperi anda tidak mengambil ketam untuk mengelakkan gegata timbul.

Kita tidak akan tahu bila serangan status asthmaticus boleh terkena kepada anda atau anak anda. Oleh itu berhati-hatilah.

Wallahu Alam.

24 comments:

Farah Deeb said...

Takutnyer dengar, sume tanda2 tu ade kat saye tapi yelah kan.. ajal maut ditangan Tuhan. Takut plak bile bace kalau tertinggal amek ubat bahaya sebab saye slalu terlupe nak amek tiap2 pagi.

Astromas said...

Assalamualaikum.....


Terima kasih Dr Azwan atas artikel yg bermanfaat ni. Ianya byk dpt membantu sy mengingati ape yg dipelajari di dlm kelas sbgi seorang medical student.

Kalau notes2 pathology dlm bentuk mcm ni kan seronok nak mmbacanye..hehe :D

p/s: minta izin utk link blog Dr di blog sy. Terima kasih

amoi said...

doktor..saya selalu mengalami kesukaran bernafas..adakah saya menghidap asthma?

dulu saya pernah berjumpa doktor...dia mengatakan kesukaran bernafas sbb angin di dalam perut saya...lepas tu dia bagi ubat gastrik...lepas mkn ubat tersebut alhamdulillah saya boleh bernafas seperti biasa...tapi perkara ni kerap kali berulang...apa pendapat doktor?

Dr Azwan said...

fun muffin : dikatakan mereka yang tidak mengawal serangan asthma sehingga dibiarkan berlarutan yang senang terkena maslah ini.

astromas : teruskan

amoi : Saya rasa masalah cik ialah GERD (gastro esophageal reflux disease) iaitu apabila asid perut naik ke esophagus dan menyebabkan sesak nafas. Masalah ini tidak ada "wheezing" jadi bukanlah ia asthma.

Anonymous said...

cyanosis is due to high level of deoxygenated hb in the blood, not because of high level of carbon dioxide.

err..just to add the knowledge though.

Manja M said...

Status asthmaticus nie memang sesuatu yang semua doktor pun risau kalau dapat. Tak senang nak manage. Selalunya berlaku kepada kanak-kanak kerana treatment asthma yang suboptimal. Yang penting ialah pencegahan. Kalau mana-mana ibu bapa yang perasan anak kuat batuk, especially malam-malam atau bila sejuk, atau terdengar bunyi wheezing (bunyi dia high pitch - kalau low pitch tu bukan - ketika anak menghembus nafas) then bawalah segera ke hospital/klinik kanak-kanak untuk rawatan. Kalau yang memang dah ada asthma tu, for kids - digalakkan beli aerochamber (chamber khas untuk memudahkan pemberian ubat). Harga dalam 70 ringgit, but sangat berguna kerana bila anak kena serangan asthma yang teruk. boleh bagi ubat ventolin (yang inhaler tutup biru tu) 4-8 puff setiap 20 minute melalui aerochamber nie sehingga anak lega atau sehingga sampai ke hospital. This can save lives. Aerochamber tu help distribute ubat evenly tanpa anak terpaksa menghembus dalam untuk menyedut ubat ke paru-paru.
Just some things I learnt along the way.

Dr Azwan said...

Anon : good if you can translate that in BM for the purpose of readers info. Thanks.

Manja M : Aerochamber memang wajib untuk kanak kanak sebab tak pandai regulate breathing masa ambil inhaler. Org tua pun ramai yang pakai aerochamber kat UK I heard. Thanks for sharing.

Anonymous said...

Last week I visited a friend at her house. Her child was coughing continuously, but despite that was very active. I asked her a few questions and yes, as i already guessed the child does have asthma.

He was given Singulair and was also prescribed ventolin prn with aerochamber 1 month ago.

upon questioning, she said the child had not been taking singulair and that they have been giving the puffs without the aerochamber.There had been no improvement. I showed her how to use it on her child, he responded immediately. He was no longer coughing and the parents were suprised.

they said they werent taught on how to use it, to count 6-10 breath when using the aerochamber and was not emphasized the importance of singulair.

So yes, as much as it is, the blame is partly ours. Asthma education is very important. and it is the doctors' responsibility. How to wash the aerochamber is also another matter....because to my suprise some even use the brush...the right way is to just rinse with water and let dry.

The aerochamber and the ventolin is just as effective as the nebulizer if used correctly. and as manja M said...it is life saving.

Parents play an important role as well. Do not leave this responsibility to the kids. Afterall kids are kids. Show them, lead them until they're big enough to take responsibility on their own health.

Anonymous said...

Thanks for the info. I really appreciate it since I have an asthmatic child. The problem is, she always try to avoid taking her regular twice daily puff. Kalau Singulair, she likes it. But, Singulair alone cannot help it because she still had regular attack even though i've tried avoiding her from the triggering factor.

Is it dangerous if she misses her 'prevention' puff, often?

Anonymous said...

Aslmkm.doc. Saya niza. Art yg bagus sgt!Dulu mase kecik ade asthma jg. Tapi baik bile kena paksa makan berudu!Tekejut sgt agaknye sampai terus baik. Tapi lepas besalin anak 2nd ni, tiba2 selalu sesak nafas (start exactly 2 weeks b4 deliver).Makan ventolin 200mg la skrg.Kalau tak makan, mesti kena.Question:Agak2 boleh tak sembuh sepenuhnye sebab dah nak masuk 4 bulan kena, tak baik2.TQ.Wasalam

Dr Azwan said...

Dr Z : Thanks Dr Z for sharing. SO many children out whos taking inhalers are not doing it correctly. Normally it is worth taking some time to double check how do they use the inhalers. It makes me wonder at times why these children having regular attacks despite all the medications given and avoid all the necessary factors that precipitate the attacks. Giving inhalers to the children without educating the parents are considered suboptimal treatment.

Niza : Ventolin 200 mg? Biasanya ada 2mg ngan 4 mg jer. Yang inhaler jer ada 200 tapi microgram (mcg) bukan mg. Kita kena buat study pasal berudu ni! Cacing pernah try tak? Saya sanggup bagi seekor dua free.... !

Anonymous said...

Waterlily,
The good thing about using an aerochamber is that u can use it on your child while she/he is sleeping because all it needs is 6-10x NORMAL breathing. No coordination needed. That's the use of aerochamber.

one puff in the morning before he wakes up and one at night when he sleeps. Easy, do it while he sleeps.

and yes the prevention puffs is very2 important

NaniRostam said...

Dr Azwan,

Salam, ingin bertanya, anak saya Imran 11 tahun menghidap penyakit asthma yang datang sekali-sekala. Saya notice bila dia balik kampung neneknya (sebulan lepas) atau bermalam di rumah sepupunya dan tidur lewat pula (6 bulan yang lepas) baru terkena serangan itu. Ada beli aerochamber dan ventolin tu untuk 'standby' tetapi tak pernah pakai kerana kebetulan lalu depan hospital masa tu, singgah dan dapatkan rawatan di bahagian kecemasan (rawatan nebuliser).

Saya ingin tahu,
1. Apakah penyebab serangan asthmanya kerana ketika berada dirumah, kali terakhir mendapat serangan itu ketika umurnya 7 tahun.
2. Perlukan menggunakan aerochamber dan ventolin sebagai pencegah walaupun ketika dia tidak diserang asthma atau jarang diserang asthma.

Terima kasih.

Zulfahimi bin Husain said...

Salam..doc, soalan saya, bilakah kite (practitioner) boleh prescribe leucotrien inhibitor (zafirlucast, montelucast)? kami disini diajar untuk prescribe those medication, but it seem that in Malaysia it is not a practice...

Unknown said...

Assalamua'laikum Doc...saya ada masalah kesukaran untuk bernafas. Saya selalu berasa panik / cemas dan adakala bila sukar bernafas selalu berfikir nak mati. Simptom yang saya alami

1. Hidung terasa seperti ada bendalir pekat seolah olah menyekat bernafas secara lancar.

2. Pedih dan sakit di bahagian ulu hati dan perut (*sudah mengambil ubat gastrik dari Hospital)

Pernafasan saya seperti tidak normal seolah olah saya kena kawalnya dan bukan secara natural. Saya dapati diri saya kerap kali menahan nafas secara tidak sengaja lebih kurang 12-15 saat.

Saya harap Doc ada penjelasannya.

Terima kasih.

rose said...

Apa pendapat dr.kl menggunakan nebulizer machine to my son 1Y++ di rumah tanpa pengawasan doc? Adakah lebih merbahaya atau seeloknya membawanya ke klinik utk dapatkan rawatan daripada paed.

Anonymous said...

assalamualaikum,
doktor di kawasan rumah diagnosed saya ada asthma disebabkan saya peminat kucing dan di rumah ada 11 ekor kucing yg tidak dikurung dan dijaga di dalam rumah. saya jadi susah nak bernafas bila waktu malam dan pagi dan setiap kali akan ada wheezing sounds. saya baru terbaca padal nebulizer ni. bolehkah saya pegi ke klinik dan mintak rawatan ni sbb saya dah xtahan dengan medictions yg doktor bg sbb ubat2 tu buat saya penat dan hilang selera makan rasa mcm nak mati. 24 jam saya terasa ada kahak di tekak. mcammana ya? harap dpt reply asap.

thank you

Unknown said...

Assalamualaikum Dr...
Sy Syahrul dr Perlis dan mempunyai anak yg berumur 4thn dan disahkn mengidap Kartagener Syndrome (jantung sebelah kanan, hati dan appendix di sebelah kiri). Kemudian anak sy juga tidak mempunyai cirlia di dalam saluran pernafasan yg menyebabkan dia selalu berkahak.sekiranya demam kahak tersebut semakin teruk. Utk pengetahuan dr anak sy kini mendapatkn rawatan pakar di GH Pulau Pinang pada tiap2 bulan dan di nasihatkan utk membeli nebulizer. Buat masa sekarang hanya memakai aerochamber dan berusaha utk membeli nebulizer yg sesuai.boleh dr suggest produk mana yg sesuai utk anak sy? Adakah ada rawatan lain yg sesuai utk anak sy? Tq Dr....harap Dr dapat membantu.

eezee said...

Asalamualaikum doc.. nak tanya gak ni... adakah pesakit asma akan merasa sakit dada teruk... contoh rasa macam ditumbuk di dada... kekadang keliru gak...takut kena sakit jantung jer... boleh bg tau perbezaan nya... ntolong doktor cerahkan sikit...tq

Unknown said...

Assalam Doc.anak sy didiagnose nosocomial pneumonia stlh bbrapa hari mnjalani prosedur kecil pmbedhan.stlh selesai diberi neb,dia mngalami sesak nafas sehingg mmbawa kpd kematian.Boleh dok terangkan puncanya

Unknown said...

Assalam Doc.anak sy didiagnose nosocomial pneumonia stlh bbrapa hari mnjalani prosedur kecil pmbedhan.stlh selesai diberi neb,dia mngalami sesak nafas sehingg mmbawa kpd kematian.Boleh dok terangkan puncanya

aiaz8889@blogspot.com said...

as salam doc...saya ni ada penyakit asma semenjak saya berumur 2tahun sehingga 27 tahun.saya selalu menggunakan inheler dan selalu serangan asma saya berlaku saat saya stress,penat,dan risau sesuatu.adakah penggunaan inheler yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan fikiran kita jadi terganggu atau kita sukar mengingati sesuatu perkara?

Unknown said...

Assalamualaikum doc .. sy ade asma dari kecik.tapi sekarang saya diserang asma setiap hari .. 1 hari sy akan diserang asma 7-8 kali sehari ..setiap kali diserang asma sy akan ambik ubat n nebulizer .. inhaler x dapat membantu saya asma sy ade berbunyi dan ada x berbunyi lagi dah .. rasa hujung nyawa bernafas .. sy tidur dalam keadaan duduk .. dalm tahun ni sy dag ambil 2 injection dari dr.pakar ashtma .. dr tu kata ubat ni tahan selama 1 tahun ..tapi ubat tu bertahan selama 1 minggu sahaja untuk saya .. dos kedua dr tambah dos ..sama jugak ..kali ketiga dr tu x bgi ambil injection lagi dah .. jadi setiap hari saya akan sesak nafas.. sy buat appointment dengan hospital kerajaan tapi bagi saya appmnt tu terlalu lama .. saya dah tahan sakit ni selama 2 tahun .. jadi ap perlu saya lakukan?

Unknown said...

smoga sihat slalu ya....tq doc bagus sharing ni..btw doc dh pakai penapis udara ??kat umah dah ade ke pasang cuckoo ?kalau belum sy bole bantu...nak pasang yg C model penapis udara tu bole sgt...sy uruskan pemasangan seluruh malaysia ...sabah srwak pun bole sbb order online je..dlm 48 jam ready dh utk staff dtg pasang.... penapis udara sgt bagus utk org ade asma tau..tapis kuman dn habuk tu....
Bila2 senang bolehlah layari fb sy https://www.facebook.com/pg/sue01116930576/posts/?ref=page_internal


semua promo cuckoo ade dlm tu...dan skrg cuckoo jugak offer sanitasi service tauu...boleh wsp sy 011-16930576.

antara langkah pencegahan asma adalah make sure rumah ade penapis udara..yg ni byr bulanan 70 lebih saja tidakla mahai dn membebankan tp bermanfaat kan utk menapis habuk dn kuman di udara..semua client sy sgt suke sejak pakai filter c model ni sbb udara makin bersih dn anak pun sgt kurg asma dn selesema.....akak bole pm sy ya...

Related Posts with Thumbnails