Monday, November 17, 2008

Lumpuh Separuh Badan Tiba-Tiba?






Assalamualaikum

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu kisah di klinik tempat saya bertugas sekarang.

Seorang pelajar lelaki berumur 24 tahun datang ke klinik dengan cerita bahawa beliau tiba-tiba lumpuh separuh badan bermula dari pinggang ke bawah semasa bangun dari tidur pagi itu.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut - beliau memberitahu kejadian bermula semasa beliau belajar di Yemen di dalam bidang bahasa Arab beberapa tahun yang lalu. Kejadian itu menyebabkan beliau pulang dari sana dan tidak sambung belajar.

Setelah pulang di Malaysia, beliau telah beberapa kali mendapat serangan serupa iaitu lumpuh secara tiba-tiba sebulan sekali. Yang anehnya, lumpuh itu akan hilang paling lama 3 hari dan paling cepat di dalam masa beberapa jam.

Beliau hanya pergi ke pakar-pakar urut tradisional dan tidak pernah menerima rawatan di Hospital. Kali ini beliau ke hospital Al-Islam kerana beliau mempunyai insuran. Sebelum ini beliau hanya mengikut rawatan di atas kehendak ibu dan ayahnya sahaja.

Secara klinikal, badan beliau kurus, menggeletar dan berpeluh. Tekanan darah normal tetapi degupan nadi mencecah 110 rentak seminit.

Beliau dapat menggerakkan hujung jari kakinya tetapi tidak mampu untuk mengangkat kaki secara keseluruhan. (Motor function : 2/5). Deria rasa pada saraf kakinya adalah normal di kedua-dua belah dan kepekaan deria rasa sama dengan pada tangannya.

Beliau boleh mengangkat tangan (melalui sendi bahu) tetapi kadar pergerakannya atau range of movement agak terbatas kepada 90 darjah sahaja. Beliau tidak boleh menggenggam tangan saya kerana tidak larat.

Terdapat bengkak pada lehernya.

Pemeriksanan darah menunjukkan tahap Potassium di dalam darah yang rendah iaitu 2.3 mEq/L. (normal 3.5-5.2)

Di dalam kes ini, beliau mengalami Hypokalaemic Periodic Paralysis iaitu lumpuh tiba-tiba disebabkan oleh kadar garam Potassium (atau Kalium) yang rendah di dalam darah.

Beliau juga menghidap Thyrotoxicosis iaitu kadar rebesan hormon thyroid yang tinggi dan menyebabkan gejala seperti badan kurus, nadi yang pantas, menggeletar dan berpeluh. Saya rasa beliau telah mengalami masalah thyroid ini sejak di Yemen dahulu tetapi tidak pernah mendapatkan rawatan.

Secara amnya masalah hypokalemia atau kadar rendah Kalium/Potassium dalam darah boleh berlaku di dalam thyrotoxicosis terutama kepada penduduk Asia.

Garam Potassium biasanya berada di luar sel, maka pada kebiasaannya, garam ini akan masuk ke dalam sel di dalam masa 72 jam. Ini yang menyebabkan pesakit yang lumpuh kembali pulih selepas 3 hari.

Sebaik sahaja garam Potassium di masukkan ke dalam tubuh, beliau kembali berjalan seperti biasa. Agak dramatik sebenarnya apabila sebaik sahaja potassium dimasukkan di wad secara perlahan-lahan, beliau kembali normal seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Beliau kini sedang dirawat untuk masalah thyroid sebagai pesakit luar. InsyaAllah selepas ini beliau tidak akan lumpuh sekejap-sekejap lagi.


31 comments:

Anonymous said...

Salam, Doc.
Apa symptom thyroid yang kronik?
Adakah pembedahan adalah kaedah terbaik untuk mereka yg menghidapi masalah thyroid?

NNJ
http://www.perekaweb.com
http://www.bizkutraya.com

Anonymous said...

adik saya balik mesir pon ada tyroid yg simptom dia sama dgn org balik yemen ni..

mak saya pon ada tiroid tp tak menyebabkan kurus pon..hipo ke hyper ntahlah...

adakah possibility utk orh biasa mcm kita ni kene penyakit tyroid nih? sbb semua org ada kalenjar tu kan Dr azwan?

-adk77-

Anonymous said...

Salam doc

saya juga pesakit hyper tyroid, dan sekarang saya masih lagi dlm rawatan susulan...dan sekrg dos ubat makin berkurangan. simptom2 dia yg mcm doc sebut la.adax cara2 yg lbh efective saya mengawal hormon tyroid? dan apa punca2 utama tyroid nie sbb kebanyakan yg saya baca dan tanya ia disebabkan persekitaran n makanan...n saya nak tau lebih details lg pasal ini.

Cikja said...

DR, kalau tak silap saya potassium nie banyak kat pisang kan?...

Saya ingat dulu kawan saya masa mengandung dia kekurangan garam potassium nie, jadi doktor cadangkan dia makan pisang..

Anonymous said...

akum..
nice case..dr post la lagi case2 camni...

Dr Azwan said...

nnj : simptomnya antara yang saya sebutkan. Adakalanya kalenjar thyroid di leher bengkak tetapi tiada symptom-symptom langsung (kita panggil euthyroid). Simptom lain termasuk period berlebihan, berat turun mendadak, cepat marah, jantung berdebar, cirit birit dan selalu panas walaupun di tempat sejuk. Makan ubat dulu, kalau tak boleh baru operate.

adk77 : Ya, semua orang boleh kena. Ia boleh terjadi disebabkan oleh sejenis penyakit dipanggil grave's disease atau ketumbuhan pada kelenjar thyroid. Grave tu bukan kubur tetapi nama org yang jumpa penyakit ni. Grave's ds disebabkan oleh penghasilan antibodi tubuh yang menentang sel-sel kelejar thyroid.

anon : Kita kawal dengan carbimazole. Lepas tu untuk symptom berdebar, ada ubat darah tinggi yang boleh merendahkan denyutan nadi.

Ijah @ Fariza :
Betul. Kalau potassium rendah sikit2 bleh makan pisang. Kalau potassium rendah sampai lumpuh kena lah masukkan potassium dalam badan melalui salur darah.

Aku Penternak Lembu said...

Salam Dr,

soalan tidak berkaitan dengan isu ini:-

pada pandangan Dr apakah punca seseorang itu agak sukar untuk gemuk?bukan kerana kurang makan tetapi memang sukar untuk menambah berat badan.makanan serta minuman tambahan pun tidak memberikan apa² kesan.

boleh Dr buat artikel mengenai isu ini...saya pasti ramai yang berminat mengenai isu ini.

wslm

Anonymous said...

Doc,

Saya nak tanya betul ke susu Alpha Lipid ni sangat bagus dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, stroke, sakit sendi seperti yg di nyatakan. Your opinion is very much appreciated.

Thanks
Ally_sha78

ikin said...

Salam Dr...
saya da satu soaln tapi di luar topik ni ar..
Semalam saya da wat medical check up tuk.. masa Dr tengok X-ray saya tu, dia ckp da bengkak kat jantung saya,agak jketara jugalah.. tapi bila Dr check kat badan dia ckp OK... betul2 ok ke?.. Sya takut je da problem lain, kenape yek jantung saya tu bleh bengkak...
TAKOTTTT...

Anonymous said...

Salam Dr,

Hubby saya skrg mengalami Penyakit Hypokalemia. Dia telah mendapat rawatn di SJMC. Malangnya sampai ke hari ni saya tidak tahu apakah nama penyakit suami saya. Bila saya buat research melalui internet baru saya tahu nama penyakit suami saya. Sekarang dia mengambil supplement Potassium 600gm dan boleh berjalan seperti sediakala....skrg sudah hampir 3 bulan dia berhenti mengambil potassium dan keadaannya kembali sakit seperti orang lumpuh separuh badan....Soalan saya adakah dia kena ambik potassium seumur hidupnya....

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr. Azwan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Blog Dr. banyak memberi info pasal kesihatan.

Di sini saya nak minta Dr. buat another topic on Anemia. Untuk makluman Dr. mak saya skrg berada di HUKM dan Dr. suspek mak saya ada Anemia. Saya ingin bertanya apakah yang menyebabkan darah merah kita hilang...maksud saya 2 tahun lepas mak saya telah dimasukkan darah sebanyak 2 pint dan kali ini hemoglobin mak saya drop ke 6..dan doktor telah memasukkan 2 pint lagi darah. So far tidak ada internal bleeding..apakah kemungkinan yg lain boleh menyebabkan kehilangan darah..diharap Dr. boleh membantu kemusykilan saya.TQ

LiXa the Mama Alya said...

Assalamualaikum Doktor, suami saya pun pengidap penyakit ni drp umur 17 tahun dan sekarang tak putus supplement pottasium (slow-k). Pernah sekali masud wad di hospital kerajaan Ampang, waktu tu pottasium level hanya 1.7 sahaja sampai Dr. bertugas tu cakap "You are lucky to be alive". Menurutnya, jantung dan paru2 bleh stop functioning bile2 masa sahaja.

Malangnye, hospital tu tak ada pakar untuk penyakit tu dan refer kes suami saya balik ke HUKM. Betul ke buat masa ni, belum ada berita lagi untuk penawar sakit macam ni?

harlinah said...

Salam Dr Azwan,

Lately saya asik sakit sendi dr punggung ke kaki, ini menyebabkan saya risau, dulu slalu juga rasa sakit tp tidak la seteruk 3 hari belakangan ini, harap doctor ble membantu,apakah penyebab sindrom sakit sendi yg saya hadapi ini

FAzidah AZam said...

Assalamulaikum doktor..
saya mempunyai seorang bapa saudara,berumr lebih 60 tahun dan sekarang terlantar di hospital kerana mengalami strok.separuh badannya dari kepala hingga ke kaki lumpuh..badannya berpeluh..adakah ini dikatakan heat strok?

emel facebook: fazeedah@gmail.com

babyHoney said...

hypokalaemic tu lumpuh sebelah badan kan ?
is it related to saraf tersumbat ?

Azri said...

asslamualaikum doktor..apakah jenis lumpuh?

zura said...

Salam....sy juga alami hypokalemia.....potassium sy 1.4 n tknan drh 190/110...kram kejang x dpt gerak...lps MRI....doc sahkan tumor kelenjar adrenal....sblm ni sy akn mkn ubat 21 bji shri ....sy pilih jalani operation ..lps operate alhamdulillah potassium n tkanan drh sy kembali normal.....

Unknown said...

Salam..ingin saya bertanya andai terdapat ubat untuk penykit hyokalemia ni dktor

Unknown said...

Salam..ingin saya bertanya andai terdapat ubat untuk penykit hyokalemia ni dktor

Unknown said...

Hello Dr..kurang potassium ni sama ke dgn kurang Garam dlm badan?

Unknown said...

Salam dctr...saya baru saja mengalami lumpuh tiba2 di kedua2 kaki.Tiba2 saja kaki tak boleh gerak......saya baru mnjalani radiotherapi dkt syaraf tunjang...klo boleh tau berapa lama saya boleh jalan semula doctr...

Unknown said...

Assalam , masalah strok ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah strok bukanlah seusatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengatasi Masalah Strok Daripada Membelenggu Diri Anda.
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

Unknown said...

Assalamualaikum doc...sy penghidap penyakit hypocalemia....sejak dari usia 16tahun sehingga kini berusia 27tahun...tepat dan benar apa yg doc nyatakan diatas...paling lama sakit ini selama 3hari..boleh dikatakan dulunya sy kerap kena penyakit ini...pernah terjadi seminggu sampai 2 kali...pada tahun 2008 dan 2009 sy kerap ditahan di hospital sg.bloh..rawatan nya sama seperti yg doc nyatakan...sakit sy lebih teruk kerana kekerapan nya boleh dikatakan seluruh badan tidak bergerak..hanya mata terkebil2 dan mulut meminta bantuan...sekiranya di puratakan boleh dikatakan sy diserang penyakit ini sebanyak dua kali sebulan...dan kini sy hanya bergantung pada ubat SLOW K...sy hanya memakan ubat apabila badan sy merasa sakit shj...

Drpd kajian sy srndiri penyakit ini akan hadir apabila:-
-terlalu penat
-makan sebelom tidur(kenyang)
-buat kerja berat
-terlalu sejuk
-exercise spt main bola(akan bermula pada kaki)

*sedikit info kebanyakkan sakit ini akan dtg ketika tidur atau berehat...apabila hendak bangun sudah tak boleh bergerak...

Tq doc

Unknown said...

Sama skali dgn saya doc. Tapi kadar potasium saya ialah 1.9 seminggu yg lepas. Selepas diisi dgn potasium saya kmbali seperti normal. Tp sekarang lutut dan muscle saya kmbali sakit. Susah mahu berdiri smasa bangun dari duduk.

Unknown said...

salam dktor , saya mengalami kejadian tersebut boley tak saya amik pil pottasium di farmasi ?

pottasium jenis ape yg perlu saya amik?

Unknown said...

Salam..iqbal ..awak operatian ke?

Unknown said...

Salam... Brape kos operation hypokalemia ni.

Unknown said...

Assalamuaikum, dr.

saya ada kenalan yang baru disahkan lumpuh bahagian kaki sahaja. Di sini saya ingin bertanya, apakah yang menyebabkan lumpuh bahagian kaki sahaja? Adakah peluang untuk berjalan itu tipis?

Unknown said...

Iyah sama kak saya juga saat ini Mempunyai penyakit macam tu..dari mulai masuk smp sampai sekarang blom sembuh ? Sudah berobat juga gak ada yang tau obatnya ?

Anonymous said...

assalamualaikum Doctor, ibu mertua saya selesai membuat kemo (selepas kanser tumbuh kembali). sebelum ini didahkan kanser ovari stage 3 dan dibuang rahim. seminggu selepas kema, ibu mertua tiba-tiba jadi lembik dan pengsan. setelah ditahan diwad, doktor mengesahkan ibu mertua ada hypokalemia. betul kata doktor, selepas 3 hari dimasukkan saline, beliau kembali pulih. selepas 4/5 hari, ibu balik ke rumah. namun selepas 3 hari, ibu mengalami simptom yang sama dan dimasukkan ke hospital kembali ke hospital. ini telah terjadi 4 kali. seolah0olah ibu tidak boleh balik ke rumah, walaupun pemakanannya dijaga elok di rumah. semasa ibu dalam kedaan hypokalemia, muka dan kakinya bengkak. malah ada ketikanya dia jadi lupa, tak ingt walaupun pada anaknya sendiri.
adakah penyekit ini disebabkan kanser atau tiroid seperti doctor kongsi?
adakah terdapat ubatan/supplement/cara permakanan tertentu yang boleh diambil bagi mengelakkan hypokalemia ini berulang.
terima aksih doktor

Unknown said...

Doc, any suggestion utk supplement penyakit hypokalemia ni? 😢 Bapa saya sendiri yg mengalami penyakit ni .. luluh hati kiter sbg anak tengok bapa lemah tak berdaya .. minta tolong yg lain juga kalau ada supplement yg sesuai di amalkan oleh pesakit ini ..

Related Posts with Thumbnails