Saturday, February 7, 2009

Udah Udah Ler Tu...






Salam untuk semua,

Susah juga kalau takde talian internet di tempat bekerja. Ada wireless KL tapi sering bermasalah. Kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada.

Bila terjadi pergolakan dan porak-peranda di Perak, sering terlepas berita terbaru. Nak dengar radio 24 tak boleh sebab sedang bekerja.

Apapun, tahniah kepada Dato' Dr Zambry kerana menjadi MB yang baru di Perak. Sebagaimana Pakatan Rakyat menang dengan sedikit majoriti yang menjadikan kerajaan negeri ketika itu berada di dalam kejayaan seperti di tanjung tanduk begitu juga dengan kerajaan BN yang ada sekarang.

Saya juga berasa tidak selesa kerana terdapat unsur-unsur penderhakaan kepada Sultan Perak di sana. Apa pun keputusan Sultan Perak, tentulah berdasarkan undang-undang. Maklumlah beliau merupakan bekas ketua hakim negara suatu waktu dahulu.

Pembubaran DUN , pilihanraya semula dan pembentukan kerajaan baru akan mengambil masa yang lama dan menelan belanja berjuta-juta wang rakyat. Unsur-unsur rasuah juga akan mula berleluasa semula. Pembaziran ini mungkin boleh dielakkan.

Kerajaan BN Perak usah terlalu gembira kerana pada asasnya tiada majoriti sebenar BN berbanding Pakatan iaitu 28-28. Baki lagi yang tiga berada di dalam posisi bebas. Dua daripada ADUN bebas tersebut sedang didakwa di atas tuduhan skandal rasuah dan seks. Dari segi kualiti pun memalukan juga. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan kerana dua ADUN tersebut mempunyai skandal. Apapun BN mempunyai sejarah yang biasa mempunyai ADUN yang berlatarbelakangkan mereka yang bermasalah.

Lagipun, sekiranya terdapat ADUN BN yang beralih sokongan semula ke PKR, maka masalah ini akan bermula semula. Apatah lagi kerajaan BN telah memulakan "angkara" ini dahulu. Maka kerajaan PKR bila-bila masa sahaja boleh melakukan perkara yang serupa kerana telah ada "contoh" yang boleh diikut.

PKR berkembang terlalu cepat pada pilihanraya yang lepas. Walaupun baru setahun jagung ditubuhkan, mereka telah berjaya memenangi negeri Selangor setelah bergabung dengan parti lain. Saya kira, perkembangan yang terlalu cepat tidak berdasarkan perjuangan politik yang utuh, sebagaimana sahabat mereka dari PAS. PAS lebih mapan pentadbirannya dan mempunyai semangat perjuangan yang lebih kukuh. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada segelintir ADUN PKR yang suka melompat apabila diacah atau dihulur.

Tan Sri Muhyiddin ada mencadangkan agar dipercepatkan akta melompat parti supaya tiada ADUN BN akan melompat kepada parti pembangkang. Mungkin sekarang beliau lebih senyap daripada biasa.

Saya ingin bertanya adakah wujud "foul play" seperti ugutan dan sebagainya di dalam perpindahan sokongan 2 bekas ADUN PKR ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Sogokan berjumlah RM50 juta tersebut mesti disiasat oleh polis atau SPRM sebagaimana di dalam akuan sumpah yang diceritakan.

Apapun, jauh di lubuk hati, saya gembira dengan perlantikan Dato' Dr Zambry Kadir sebagai MB kerana peribadi beliau dan latarbelakang pendidikan beliau yang baik. Diharapkan semua wakil BN dapat menjalan tugas untuk membangunkan bangsa dan negara dengan amanah dan professional.

Kepada semua ahli politik kita ini, sudah sudah lah berpolitiking ini. Rakyat dah sangat-sangat bosan. Buat lah kerja. Dulu Permatang Pauh, lepas tu Kuala Terengganu sekarang ni Perak pula. 24 jam politik, bila nak bekerja dan berbakti kepada rakyat?

Orang Perak kata.. udah udah ler tu...


12 comments:

Anonymous said...

Salam.

Saya sebagai salah seorang daripada rakyat biasa, memang setuju dah rasa bosan.

TETAPI bukan bosan dengan politik dan omong-omong kosong BN, tapi dah bosan secara total dengan BN.

Just my 2 cents.

Nice blog anyway Dr! =)

Anonymous said...

Jangan DERHAKA kepada sultan..!! nanti BERDOSA BESAR...orang melayu tak paham paham...sultan itu ALLAH orang me-layu..jadi janganlah derhaka...

Anonymous said...

Azwan,
Aku teramat sedih sbb ini negeri aku, Wan.
Pernah ada ke MB(selain Tganu&K'tan) yg baca kitab thurath?Jadi imam dan bagi tazkirah masa bulan puasa? Boleh cakap cina, arab, english berabuk?
Orang dok memfitnah DS Nizar jadi boneka,puppet la. Dia bukan berseorangan mentadbir negeri. SETPOl dia bekas calon ADUN tpt aku. Lagi kalau cakap berapi2. So, apa lah nak dihairankan dgn dua DAP tu.
Sedangkan di bwh MB Nizar, orang2 miskin perak dapat air percuma.
6.2.2009 mmg BLACK FRIDAY bagi Perak.

Anonymous said...

oghang peghak ramai yg marah yeop... namun Allah lebih Mengetahui. semoga ada hikmah di sebalik semua ini...

Anonymous said...

Orang Melayu bila naik syeh, nak berjuang sampai ketitisan darah terakhir. Sanggup BARING kat jalanraya untuk di lenyek kereta.

Yang dapat tanah 999 tahun pulak, BARING di rumah, tonton siaran langsung kat TV.. Tengok perangai Melayu.

Anonymous said...

salam smua...jangan duk sblah pihak je...cuda ngok ke dua2 nya..pas tu bwat perbandingan..lama dahh...dah 50 tahun...dah...tarik balik..tarik balik...ok..itu je..

Anonymous said...

Orang cina turut menunjuk perasaan ttp memang mengelakkan diri utk hadir semasa demo di masjid ubudiyyah tersebut. Ini utk mengelakkan terjadinya isu 'perkauman'. Namun mereka ttp hadir semasa ceramah MB Nizar, mereka mengutip t/t dan protes di DUN Jelapang. Mrk memberi bunga KEKWA(lambang mati/sial) kpd pemimpin Gerakan dan MCA semasa sambutan CNY.
Kawan kitorang berbangsa cina(professional) turut mengakui bhw mereka tertarik dgn budi pekerti dan keikhlasan MB Nizar. Dia tidak seperti pemimpin melayu UMNO.
Tanah di Perak sebenarnya lebih byk yang diberikan kpd orang melayu. Cina2 yang dapat tu pun dah lama duduk tanah T.O.L berpuluh-puluh tahun usahakan kebun limau.
Aku yang tak dapat tanah ni pun, sanggup BARING kat tgh jalan tu..mengenangkan kezaliman BN yang tamakkan kuasa!

kucau said...

first time pandangan realistik dari org PR. Hopefully BN tarik tanah 999 tuh tuka jadi 99 sudahlah. Kg tersusun melayu haruslah diberikan hak geran. Jgnlah bagi tanah utk sekolah agama sahaja

kucau said...

@Mak ti,

Tak pulak ko komen pasal pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk kg baru yer. Cuba baca sapa dier yg penduduk kg baru oleh Briggs itu. Takkan perjanjian pangkor hendak berulang lagi

Tak pula ko komen pasal pembelian camry 2.4 G tuh, kalau nak beli camry pon belilah 2.0 E or 2.0 G. Tak pula hantar quotation utk Honda Accord. Bukankah yg bekerja di Kilang Honda di Melaka itu ramai org Islam kita, nak juga beli Camry yg dibuat di Thailand. Ikut Cakap Ngeh and Nga la tuh. Lagipon masalah perdana mahal tuh bukan sebab maintanance dier mahal, tapi org yg maintain masa BN yg charge giler2, sepatutnya buktikan PR boleh maintain perdana dgn murah. belilah barangan buatan Malaysia.

to Makti,

BN mmg kotor, tapi itu tidaklah menghalalkan utk PR buat apa yg saya tuliskan diatas itu.

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Kucau,
Isu tanah, boneka DAP ada dijelaskan di bawah oleh yang empunya diri. Mengenai kereta pula Tuan Kucau, kalau berdosanya membeli Toyota Camry dan membelakangkan kereta produk M'sia, apakah tidak bertambah-tambah lagi dosa kerajaan BN T'ganu Ahmad Said membeli kereta MERCERDES?
Tidakkah pula membazir kerana kereta itu tidak pula boleh digunakan sekarang kerana mengikut keputusan Pak Lah. Tak pakai pun ttp kena maintain kan?

Silalah baca dengan hati yang terbuka, Tuan Kucau.

Kenyataan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke,puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri
oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya
tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses
yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan,pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya
tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua
institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau
di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan
cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai
kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di
beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih,
oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay
jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot
kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina)
dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS
dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak
milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di
kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi
tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah )
sejumlah
RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan
tanah
tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di
tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan
membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh
kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian
berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan
pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Anonymous said...

Ini pula mengenai tanah orang asli di Perak. Sila baca juga ye..Tuan Kucau

http://www.thenutgraph.com/orang-asli-in-perak-apprehensive

Orang Asli in Perak apprehensive
24 Feb 09 : 8.00AM By Zedeck Siew

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/02/23/Perak_OrangAsli550.jpg

BIDOR, 24 Feb 2009: Orang Asli community leaders in Perak are worried that
the state's recent political developments will signal a return to a
disregard of their rights.

"We feel concern and sadness at what happened. Where are we in all this?
Will Orang Asli issues, that were hot in the last 10 months, once again be
sidelined?" said Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKOAP) secretary Tijah
Yok Chopil.

Tijah, a Semai, revealed that in the days following the swearing in of the
Barisan Nasional (BN)'s Datuk Dr Zambry Abdul Kadir as menteri besar on 6
Feb, several trees in the forest near Kampung Chang, in the outskirts of
Bidor, had been marked with red paint for logging purposes.
http://www.thenutgraph.com/zambry-sworn-in-bn-perak-mb

"There are helicopters flying around, surveying the land," she said when met
here on 14 Feb.

Other Orang Asli leaders in the state who spoke to The Nut Graph said
logging activities in Sungai Siput, which were halted and had their permits
revoked by the Pakatan Rakyat (PR) state government, have also been renewed.

A sand mining operation upriver from Kampung Pos Bersih, which was stopped
only a week before, was restarted on 12 Feb, they added.

On 14 Feb, Tijah chaired a meeting of Semai leaders from 10 separate Orang
Asli villages between Tanjung Malim and Ipoh in Kampung Chang, Sungai Gepai,
where her village is.

The meeting discussed the fall of the PR state government and the BN
takeover of Perak, and its effects on Orang Asli issues.
http://www.thenutgraph.com/no-snap-polls-in-perak-nizar-asked-to-step-down

"For 51 years we have not been treated as citizens, but squatters. In our
lands, no one lives there, according to the government," said Yok Pis
Chenadang, a representative from Kampung Pos Bersih.

He was commenting on the fact that Orang Asli are typically seen as nomadic,
even though they have been living there "from before the British".


Tijah Yok Chopil and other members of the Orang Asli community
http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/02/23/Perak_OrangAsli01.jpg


He explained that while many want to plant commercial crops such as rubber
and palm oil, they were prohibited from doing so as the land was officially
owned by the state government.

"We are like people hung from the sky, not with our feet on the ground," Yok
Pis added.

PR's policies

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's 10-month administration took
proactive measures to address the welfare of Perak's indigenous peoples.
http://thenutgraph.com/measures-under-nizar-must-continue

In 2008, the now embattled menteri besar cancelled logging and plantation
activities around Gopeng. The PR state government also announced the return
of 900 acres of ancestral land to the Orang Asli of Mukim Teja and Bidor.

Perak's Orang Asli Taskforce Committee, set up in October 2008 under the PR
administration, was also unprecedented.

The body, chaired by senior state exco Datuk Ngeh Koo Ham and including
representatives from the Orang Asli community, was designed to get as many
Orang Asli territories issued with permanent titles as possible.
Geographical and historical surveys of the Orang Asli ancestral lands were
carried out with the taskforce's assistance.

"Since independence, we have never felt like Malaysians. In the 10 months of
the Pakatan Rakyat state government, we felt the promise of citizenship
begin to be fulfilled," Tijah, who has been the taskforce's main liaison
officer, said.

She revealed that the PR state government's overtures were the first time
her community had been invited to discuss, negotiate, and air their grouses
as equals.

Asked to comment about the possibility of the BN changing its 51-year-old
policy on the Orang Asli to adopt the PR's policies, Tijah said: "We will
appreciate that."

However, Tijah said her community was not confident of that prospect. "We
are not mocking, discounting, or threatening them. But we won't be surprised
[if they stopped these policies]. Perak is now controlled by the 51-year-old
government," she said of the BN takeover of the state.

There are approximately 48,000 Orang Asli in Perak, with 216 registered
settlements. Land is the biggest issue affecting this community, as most
depend on forest produce to make a living.

Anonymous said...

Tambahan sedikit lagi ye Tuan Kucau..

http://thenutgraph.com/measures-under-nizar-must-continue

Measures under Nizar must continue
11 Feb 09 : 4.15PM
By Datuk Ambiga Sreenevasan
editor@thenutgraph.com

THE shocking display of vitriol against Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin of Perak by certain groups claiming to advance patriotism in Perak is a disconcerting trend.

In a modern and robust democracy such as we claim to be, threats against those who hold different views, seek to enforce their legal rights, or seek to challenge authority in a court of law are seriously misplaced. We cannot, on the one hand, claim to be a modern democracy that respects dissenting views, and on the other, ask for archaic modes of "punishment" (like chasing someone out of the state) for holding those views.

It is also necessary to remember that under Nizar's administration in Perak, many significant steps forward were taken on issues that affect the Orang Asli and other underprivileged and marginalised groups.


Indigienous peoples at a 13 Sept 2008 gathering organised in conjunction with the first anniversary
of the signing of the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples

I write this piece to put on record what I believe to be the most significant events from a human rights perspective: events that members of the Malaysian Bar and other non-governmental organisations (NGOs) were pleased to be part of. Issues that had remained outstanding for many years saw quick resolution in the last 10 months in Perak under Nizar's administration.

They include the following:

As menteri besar, Nizar cancelled all logging and plantation activities in Orang Asli settlements around Gopeng that affected more than 2,000 Orang Asli.
State exco and assemblyperson A Sivanesan announced the return of approximately 400 acres of Orang Asli ancestral land to the Orang Asli that had been earmarked for logging activities by the previous government in Mukim Teja near Gopeng.
The state government announced the return of approximately 500 acres of Orang Asli ancestral land to the Orang Asli of Kampung Chang, Sungai Gepai in Bidor, which had been earmarked for a Botanical Garden by the previous government.
A special task force on Orang Asli land rights was set up to formally recognise all Orang Asli customary land in Perak. The task force committee comprised two tiers. The second tier was exclusively managed by the Orang Asli communities themselves, and meeting halls in the state secretariat building were provided to the Orang Asli for their use.
The administration commissioned a special Orang Asli officer for the state of Perak whose function was to resolve all problems of the Orang Asli within the state.
A series of consultations with the public and NGOs on development activities in Ipoh was held. For example, public opinion was sought in relation to the proposed development of Yau Tet Shin Market.
Both Malay and Chinese [Malaysian] residents of new villages and Kampung Tersusun are now being granted permanent land titles in stages.
The Malaysian Bar must put these events on record as we have worked for years on some of these issues and were happy to see positive results achieved in a short span of time.

We hope that the same importance will be given to these matters and that they will continue to progress without delay. In fact, we call on all state governments to be proactive in relation to issues that concern the Orang Asli, the marginalised and the underprivileged.

Datuk Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar

Related Posts with Thumbnails