Friday, March 6, 2009

Doktor Shahrukh Khan...



Salam,

Ketika gawat ini ramai pekerja kita dibuang kerana kilang-kilang ditutup.

Sekiranya pekerja tidak mahir daripada luar seperti Indonesia, Pakistan dan Bangladesh diambil bekerja untuk mengisi ruang pekerjaan di dalam buruh kasar, boleh kita faham kerana kekurangan pekerja di dalam negara yang sanggup menerima pekerjaan tersebut dengan gaji yang rendah.

Tetapi kalau pekerja mahir atau separuh mahir pun kita ambil dari luar negara, ini tidak mementingkan sensitiviti. Kenapa tidak diambil pekerja tempatan untuk mengisi ruang ini.

Apabila kerajaan ingin mengambil 1000 doktor perubatan dari luar negara untuk mengisi ruang penempatan di pesakit luar, maka saya rasa ini harus difikirkan semula.

Tujuannya murni iaitu untuk mengurangkan masa menunggu pesakit luar di klinik pesakit luar. Menurutnya ada yang terpaksa menunggu hingga 3 jam.

Saya percaya masalah menunggu lama ini serius. Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai pegawai perubatan di pesakit luar. Dalam shiftnya dia terpaksa berjumpa sehingga 100 pesakit setiap hari.

Malah apabila saya berjumpa dengannya, ketika dia sedang bercakap dengan saya dalam masa yang sama dia sedang mendengar paru-paru pesakit menggunakan stetoskop... wahaha... rasa kelakar juga macamana dia boleh mendengar paru2 pesakit sambil bercakap. Mesti ada "splitting mind".

Seorang kawan saya yang belajar di German berkata. Doktor di sana memang buat duit walaupun sekadar di klinik kerajaan. Doktor memberi layanan yang istimewa kepada pesakit. Satu pesakit doktor melayan sehingga 20 minit. Dia kata, doktor Malaysia entah apa-apa.. tengok pun nak tak nak. saya dengar sahaja. Mungkin dia tak pernah beratur jumpa doktor kerajaan bersama-sama 100 orang pesakit lain. Kalau ada dia pasti akan kata, kenapa lama sangat doktor ni jumpa pesakit?

Tapi senario baru pula akan bermula.

Doktor di pesakit luar, wajahnya akan kelihatan mirip kepada Dato' Shahrukh Khan, Salman Khan atau Amir Khan. Atau mungkin "bau"nya lebih indah daripada biasa... wahaha..

Oleh itu, masa menunggu bukan menjadi masalah. Sebab kalau sakit jumpa doktor macam Dato' Shahrukh Khan, maka sakit pun semakin berkurang. Kalau tak kena injection, pun sanggup request nak kena injection. Setakat 3 jam... huh.. alah bisa tegal biasa..

Doktor import ini mungkin boleh diletakkan di mana-mana. Di ceruk hulu, di tepi sungai, di hujung hutan. Tempat asal mereka pun mungkin lebih daif daripada tempat kita. Mungkin doktor tempatan terlalu manja. Kalau di hantar ke ceruk kampung, tidak tahan lama ataupun hantar surat pada menteri mintak tukar. Akhirnya terkuburlah prinsip "untuk berjasa kepada agama, bangsa dan negara" hanya kerana tidak ada talian internet.

Tapi itu yang indahnya. Yang tak indahnya tak payah nak cerita. Bahasanya susah nak difahami. Tulisannya pun agak berpusing-pusing ala hindustani. Management pesakit pun boleh dipersoalkan. Doktor sama doktor pun tahu apa masalahnya kalau doktor import ini. Kadang-kadang kita pulak kena jaga dia takut dia buat masalah atau kesalahan.

Kenapa kerajaan sanggup mengeluarkan wang berjuta2 untuk import doktor dari luar negara? Kenapa kerajaan tidak sanggup menaikkan gaji doktor-doktor perubatan bukan pakar tempatan agar setanding dengan doktor di klinik swasta supaya mereka tidak berhijrah ke sebelah pagar sana yang kelihatan lebih hijau daripada laman sendiri.

Apabila kerajaan mengumumkan pembayaran lokum kepada doktor sebanyak RM 80 sejam, masalah kekeurangan doktor di bahagian kecemasan selepas waktu pejabat selesai. Bermakna, ini adalah satu jawapan kepada masalah itu tadi.

Adakah menggaji 1000 doktor bukan pakar tempatan membebankan sangat kerajaan sekiranya waktu menunggu pesakit dapat dikurangkan? Berapa sangatkan perbezaan kosnya? Cuba bayangkan aliran wang keluar negara dengan mengambil doktor asing ini.

Bagi saya kerajaan boleh buat lebih baik daripada itu dengan menggaji anak-anak tempatan kita tanpa perlu mengharapkan doktor-doktor import. Cukuplah mengimport pekerja asing untuk industri pembangunan dan pertanian sahaja. Pendekata, doktor Malaysia adalah 2-3 kali ganda lebih baik dari doktor import dari India atau Myanmar dan sewajarnya gaji mereka perlu dibayar lebih baik. Akhirnya mereka juga adalah pembayar cukai kepada kerajaan.

Wallahu Alam.














9 comments:

Anonymous said...

Salam,

Wang memenag penting, tapi adakah wang jadi percaturannya? Pada pendapat tuan doktor berapakah wang yang cukup untuk para doktor agar mereka kekal dalam perkhidmatan awam atau apakah skla gaji atau formula ganjaran yang sesuai? Seingat saya, di Jepun pun kes begini terhadi. Saya ada kawan kini berkhidmat di sebuah hospital di dubai, gajinya USD$1,000 sehari, puas kot? Entalah...


Faizal

Dr Azwan said...

yang saya tahu tak ada lagi skala gaji yang bersesuaian atau menarik untuk pegawai perubatan pesakit luar kerajaan untuk berada terus di dalam bidang ini berbanding swasta. Saya tahu ada ramai doktor yang keberatan meninggalkan pekhidmatan kerajaan untuk ke swasta, tetapi skala gaji yang rendah memaksa mereka berbuat demikian.

Mereka yang masih berada di dalam kerajaan mengorbankan masa dan kerjaya mereka sebagai doktor kerajaan untuk gaji yang lebih rendah adalah satu pengorbanan yang sangat besar. Permintaan yang tinggi di pihak swasta memang satu ujian kepada mereka. Saya memang menyanjung tinggi kepada mereka ini.

kucau said...

starting salary terus DU 47 ... pakar terus DU52 + Elaun pakar naik 100% and within 5 yrs auto promote to DU54 ( b4 kontrak 5 tahun dgn JPA tamat ) Rasa kalau dpt camni , kurang skit penghijrahan. Lecturer kat sini pon yg master hanya setahun lebih campur degree yg lebih kurang 3 tahun saja boleh dpt DM 52 dgn masa terdekat , dahlah takde demand pon kat luar. kalau depa bleh naik takkan MO kat gov yg dulunya adalah top student dan demand yg besar kat luar tak boleh naik kot?

Problemnyer depa suka clasify ikut degree , master or phd. kene tgk la degree bidang ape or master bidang ape

Anonymous said...

Kalau cakap pasal gaji & imbuhan ni memang subjektif (dan kadangkala sensitif). Kalau dikira penghijrahan kakitangan awam ke swasta, ianya berlaku dalam semua bidang pekerjaan. Cuma mungkin bidang perubatan mendapat perhatian lebih, sebab ianya lebih dekat kepada orang awam.

Bagi saya, di Malaysia ni nampaknya segala-galanya macam tak cukup. Doktor tak cukup, engineer tak cukup, pakar tu tak cukup, pakar ni tak cukup. Bila buat statistical comparison (satu pakar berbanding bilangan penduduk). Sentiasa nilainya besar. Persoalannya, di mana rakyat Malaysia?

Anonymous said...

Kepada Encik anonymous di atas saya.. Peluang untuk berkhidmat dalam sektor swasta bagi seorang engineer tidaklah boleh disamakan dengan seorang doktor. Pada saya, agak sukar bagi seorang engineer untuk mendapat tawaran untuk bekerja dalam bidang swasta ditambah pula dengan kesan ketidakstabilan ekonomi pada masa sekarang dan juga bilangan graduan yang dilahirkan serta bilangan rakyat Malaysia yang masih menganggur. Ini berbeza dengan situasi yang dihadapi oleh seorang doktor. Peluang untuk mereka berhijah ke sektor swasta amat terbuka luas dan mereka juga boleh membuka klinik sendiri ditambah pula faktor bebanan kerja yang lebih dan gaji yang amat rendah berbanding sektor swasta. Sekiranya kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan ini maka sudah pasti timbul perasaan berbelah bagi samada ingin berkhidmat untuk hospital kerajaan atas kepentingan untuk membantu golongan miskin mendapat perkhidmatan yang terbaik di hospital kerajaan meskipun bebanan kerja yang dipikul lebih berat dan gaji yang rendah ataupun bekerja di hospital swasta untuk golongan yang sederhana dan kaya disamping bebanan kerja yang optimum dan gaji yang lebih tinggi berbanding hospital kerajaan..

Anonymous said...

hmm...bukan nak carik pasal ngan doktor dri luar negeri seperti india ni yer,auntie saya ni seorang bidan kerajaan masa ni dah bersara dah dia cakap doktor dri luar negeri yg mcm dri negeri india tu kdg2 sijil kedoktoran mereka tu bukan betul,kat sana boleh beli asalkan ada duit tapi mmg betul mereka ada belajar dalam bidang perubatan tapi bukanlah utk mnjdi seorang doktor biasa2 jer mcm jdi pegawai perubatan.sepupu saya berapa lama belajar kat scotland pun dah dtg balik kat sini hanya menjadi seorang pegawai perubatan(PHY)ni kan pulak warga asing tu..herm...masa ni sepupu saya ambik Master kat Manchester..semoga dia berjaya...amin....

p/s:tak suka ngan doktor yg ckap english dia pun tak betol,grammar pun tak betol mcmana na jadi doktor kalau bercakap pon berderet2 entah mcm hantu hujan!!!

Anonymus di atas saya said...

Kepada "Encik Anonymus di bawah saya", saya "Anonymus di atas awak". Saya sentiasa setuju dengan pendapat saudara dan semua yang balas komen ni. Pertanyaan saya mengenai stastical comparison bermakna, kalau betul nilai tersebut amat besar, kenapa tak ambil warga malaysia untuk mengisinya? Kenapa diisi dengan warga asing, tapi dalam masa yang sama ramai graduan mengeluh tak dapat cari kerja? Saban kali kita boleh jumpa di dada-dada akhbar menyatakan jumlah profesional di bidang itu bidang ini tak cukup, tapi bila graduan mintak kerja, tak dapat atau kekosongan terhad. Mana wartawan dapat stastik tu ye? Ataupun memang berita tu dikarang oleh head hunting agency supaya boleh dijadikan wajaran untuk mereka mengimport "profesional" dari india, china, mongolia, myanmar, vietnam, dan afrika selatan? Besar tu komisen dia dapat.

Anonymous said...

aku dh keje 7 tahun msh lg u41..ank sedara aku keje PTD 5 tahun jer dh naik M48..mana aku nk letak muka?..muda 5 tahun dr aku tp gred 48, basic rm4800..aku basic rm3000..aku nyer bekas mo selepas 9 tahun dh abis master in ong pun masih 41, last2 dia blah buka klinik

AZNIAL RAHMAT said...

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833


Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com

Related Posts with Thumbnails