Khairy Menang Ketua Pemuda UMNO?
Memang saya tidak sangka Khairy Jamaludin menang jawatan Kemuda Pemuda UMNO. Apatah lagi dengan skandal rasuah baru-baru ini oleh jawatankuasa disiplin dalaman UMNO.
Saya secara peribadi sebenarnya mengharapkan Mukhriz Mahathir untuk menang.
Adakah ini betul-betul rasuah politik atau ada agenda tertentu di kalangan perwakilan UMNO untuk mengawal atau menghukum team pilihan Dato' Seri Najib. (Jika Dato' Seri Najib ada team pilihan).
Nampaknya karisma Tun Mahathir sendiri tidak berjaya melembutkan perwakilan untuk mengundi anaknya. Malah berbuih komentator dan segala macam Profesor jemputan untuk menegaskan bahawa jangan diundi orang yang terlibat dengan rasuah politik.
Saya menunggu-nunggu apakah komen Tun Mahathir di dalam artikel seterusnya di dalam blog beliau. Pasti sesuatu yang panas...
Salam.

9 comments:
kita tunggu dan lihat pesalah politik wang meneraju Pemuda.
mukhriz, sabar..
Salam,
Ya mamat tu menang. Dapat undi 304 atau kurang 50 peratus daripada jumlah perwakilan 791. Kalau Dr. Khir tak ada dalam list, Mukhriz mungkin berpeluang lebih besar untuk menang.
Ramai yang kecewa, saya fikir. Tapi ramai kontrator (dibaca perwakilan pemuda) dirakam bersorak ceria ketika keputusan diumumkan pengerusi tetap pergerakan pemuda sebentar tadi.
Apa pulak la halnya lepas ni? Errr kementerian belia baru untuk KJ?
Faizal
Ya betul. Kumpulan Khir Toyo sebagai pemecah undi. Tapi undinya lebih 20 kalau tak silap daripada undi Mukhriz sendiri. Mukhriz dikatakan paling bersih di antara tiga-tiga. Saya agak sedikit kecewa.
Adakah ini petanda calon bersih kurang menjadi pilihan pemuda? Atau Khairy memang orang yang bisa memenangi "people's heart" berbanding yang lain.
SALAM,
KEMENANGAN KHAIRY AKAN MEMUDAHKAN USAHA-USAHA UTK MENTALQINKAN UMNO. IA BUKAN SESUATU YG BOLEH KITA RAIKAN ATAU KITA BANGGAKAN, JAUH SEKALI MENARUH HARAPAN BAGI MEMBOLEHKAN UMNO PULIH DARI IMEJ $$$$$$.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PERWAKILAN PEMUDA YG MASIH TIDAK SEDAR, LEKA ATAUPUN SUDAH DILUMURI NAJIS RASUAH ITU SENDIRI SEHINGGA ADA MATA BUTA, ADA TELINGA PEKAK, ADA MULUT BISU DAN ADA OTAK TONGONG.
TIDAK PAYAH MEMBAWA SEBARANG RETORIK PERUBAHAN KERANA BUKTI DAN REALITI YG DITUNJUKKAN BAHAWA HABUAN DAN MATERIAL JUGA YG MAHU DIKEJAR.
KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL BEGITULAH ANALOGI TERBAIK JIKA DILIHAT PADA KEPUTUSAN-KEPUTUSAN TERAWAL PERHIMPUNAN AGONG UMNO INI.
PENERAJU WANITA SHAHRIZAT JALIL PULA MEMANG DILIHAT JELAS MERUPAKAN PENDOKONG UTAMA KEPADA ISLAM LIBERAL YG MENJADI JEMPUTAN UTAMA KEPADA PROGRAM SISTERS IN ISLAM DI HOTEL PRINCE BARU2 INI YG MENJEMPUT AMINAH WADUD SEBAGAI KEY SPEAKER NYA.
NAMPAKNYA SEMAKIN BANYAK YG ALLAH TUNJUKKAN KEBOBOROKAN PEMIMPIN UMNO DIKALA INI.
WALAUPUN CUBA DIBERIKAN PELBAGAI SOLEKAN YG MOLEK2 TETAPI TERNYATA TIDAK MAMPU MENUTUP KEHODOHAN, KETAMAKAN DAN KERAKUSAN PARA PEMIMPIN KANANNYA DEWASA INI.
BUDAYA HEDONISME DIJADIKAN QIBLAT, MORALE YG RENDAH, CAKAP YG TAK SERUPA BIKIN, MENGAMALKAN KRONISME DAN MEMPERALATKAN SPRM KONONNYA UTK MENUNJUKKAN KETELUSAN TETAPI TETAP MENGAMALKAN PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN BERPILIH2.
SELAMAT TINGGAL UMNO, BENARLAH KATA SASTERAWAN NEGARA DATO' SHAHNON BHW KEPALA TAHI SUDAH MENJADI TERLALU BUSUK UTK DITUTUP..
Saya pun kecewa. Saya tak percaya dgn kemenangan KJ... geram tgk muka dia cam konfiden jek nak menang b4 pengumuman.. Teringin sgt lihat cara Mukhriz menjalankan tugas sebagai ketua pemuda UMNO...
salam doc,
Itulah dia ciri-ciri haprak, yang ada pada 304 perwakilan.....dimana dikalangan mereka telah menghianati amanah akar-umbi....
Malah pilihan mereka yang menyukai pemimpin yang sah korup amat memalukan....seolah-olah rasuah tolak tepi yang penting menang ajer....
Dulu saya ingat dia akan kalah. Tak sangka pulak dia boleh menang. Masih ada yang sayang kat dia nampaknya :D
tak sangka ramai yg xsokong KJ..camner plak die leh menang...sayapon mengharapkan mukhriz yg menang..mmg terkejut bile kj diumum menang..setahu saya ramai yg xsuker kj...konpius2..
ini lah pemuda pewaris negara.habis lah malaya tak lama nanti.semua pemuda2 yang melantiknya..itu adalah tanda.. umno pada satu hari nanti akan di pandang hina oleh anak dan cucu kita
Post a Comment