Tuesday, March 17, 2009

Leong Oh Leong....





Salam,

Minggu yang agak menyedihkan.

Jumaat lepas, semasa saya sedang bersiap-siap untuk balik kampung di Pahang, saya menelefon pembantu saya yang bertugas di kedai telefon. Sedang saya bertanya-tanya tentang stok, dia memberitahu saya bahawa semalam ada seorang cina datang ambik duit hutang.

Saya yang masih tak tak faham bertanyakan dengan lebih lanjut. Hutang apa.. setahu saya tiada pula saya berhutang dengan siapa-siapa.

Dia memberitahu, ada seorang lelaki bernama Leong. Dia datang untuk membetulkan pintu rumah saya. Upah memperbaiki pintu itu RM 750 dan saya dah bayar RM 350 padanya Jadi dia datang ke kedai untuk menuntut baki RM 400. Pembantu saya pun dengan jujur dan naif menyerahkan kepadanya wang itu.

Saya terkejut "chimpanzee" dan memberitahu pembantu saya bahawa saya tak pernah memperbaiki pintu rumah.

Setelah sedar ditipu, saya pun bergegas ke kedai dan membawa pembantu kedai saya bersama-sama untuk membuat laporan polis.

Rupa-rupanya bukan setakat RM 400 sahaja yang lesap. "Leong" berjaya memperdaya pembantu saya untuk menyerahkan 110 keping kad prepaid bernilai RM 1100.00 kepadanya.

Menurut pembantu saya, "Leong" membuat panggilan telefon di hadapannya seolah-olah sedang bercakap dengan saya, yang memintanya menyerahkan kepada "Leong" wang tersebut dan kad prabayar.

"Leong" kononnya biasa membeli kad prabayar dengan saya dan akan memasukkan wang tunai ke dalam akaun bank saya kemudiannya. Pembantu saya meminta bisnes kadnya tetapi tidak diberi.

Kebetulan pula, pelanggan agak ramai dan dia pun tidak berfikir panjang untuk menghubungi saya untuk mengesahkan kebenaran tuntutan itu. "Leong" hanya memberi satu nombor hubungan yang ternyata palsu setelah disiasat. Nama "Leong" pun mungkin adalah palsu.

Saya agak sedih kerana saya mengetahuinya sehari selepas kejadian, itupun kerana saya ingin mengetahui kedudukan baki kad prabayar yang ada di kedai. Untung kad prabayar pun tidak seberapa, untuk menggantikan nilai kad tersebut mungkin mengambil jualan beratus-ratus kad.

Saya harap pembantu saya itu sedar akan kesilapannya dan tidak akan mengulanginya lagi. Ini merupakan pelaburan yang besar untuk menambahkan pengalamannya.

Ini merupakan satu ujian yang sukar yang pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga Allah menggantikan dengan lebih baik.

Wallahu Alam.

9 comments:

Anonymous said...

Salam Dr,

saya bersimpati atas apa yang Dr alami. Saya doakan semoga Allah akan gantikan apa yang hilang dengan yang lebih baik lagi. Adatlah Dr, pepatah Melayu ada mengatakan "Jerat tak pernah lupakan mangsa". Memang penipu macam tu akan sentiasa cari di mana-mana jua tempat ada kelemahan dan akan cepat-cepat ambil kesempatan padanya. Jangankan pembantu, kalau kita sendiripun mungkin tertipu kalau dah sibuk. Tu belum lagi pakai kaedah syirik macam pukau atau kekerasan. Tapi lagi teruk kalau kena tipu terang-terang oleh kawan sendiri macam yang saya pernah alami. Lagi besar jumlahnya dan seakan tak ada cara nak dapatkan semula.

Tapi saya respek la jugak kat Dr, dalam pada susah-susah sempat jugak buat payment pada saya. Sorry Dr, saya tak tau Tuan tengah ada masalah, kalau tak saya tak kejar hari tu.

Farah Deeb said...

Salam, bykkan bersabar ye. Ni sume ujian dr Allah SWT.

Dr Azwan said...

Saad : saya tak sempat bayar payment En Saad sebab pagi tu kerja, petang terkocoh nak balik Pahang. Takut sangkut jam kat Karak. Tapi tersangkut jugak sebab hal ni. Apapun, terima kasih. Alhamdulillah payment buku dah settle..

Fun Muffin : :) Terima kasih.

Unknown said...

salam...

bila terkena mcm kes Dr ni memang ralat kan.. InsYa Allah, pasti ada hikmah disebalik kejadian ini.. dugaan orang berniaga.. tapi Allah lebih tahu, semoga dipermudahkan..

Anonymous said...

Salam,
Setuju dgn Dr. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Hanya Allah yang tahu. Kejadian sama pernah berlaku di kedai saya di Sri Gombak 2/3 tahun lepas. Alhamdulillah pekerja teringat utk call tanya..cina tu terus cepat2 belah. Kes sama..mintak duit repair pintu.

Sunardi said...

harap bersabar... biar kita ditipu jangan kita menipu..

Anonymous said...

InsyaAllah rezeki lain akan menyusul, mungkin lebih lagi... siapa tau?

btw... zakat ada bayar kan?

shah_apiz said...

biar betul abglong.. baru tau benda nie.. sepatutnya pembantu tue kene fikir yang setiap perkara yang mendatangkan keraguan dan pelaburan yang besar.. kene lar report dulu..

Anonymous said...

Orang kalau dah nak menipu, pandai je dia. ada phd pun kena tipu dengan orang macam ni.

Related Posts with Thumbnails