Friday, June 19, 2009

Cerita penipu di Masjid Jamek Kg Baru



Salam,

Semalam, semasa saya dan sahabat saya, WM Affendi, ejen takaful saya sedang duduk di dalam masjid sementara nak menunggu solat Asar, saya didatangi seorang lelaki melayu. Umurnya dalam 30-an, berbaju t-shirt, berseluar jeans dan berbadan gempal. Maaflah, tapi baunya agak kurang menyenangkan - ala-ala mamat Bangla yang selalu buat pemeriksaan FOMEMA di klinik.

Dia menghulurkan tangan dan bersalam.

Dia memulakan bicara dengan, "Boleh tak abang tolong saya?". Kemudian dia diam. Saya fikir dia sedang menunggu jawapan dari saya.

Itu soalan close-ended.

Kalau soalan close-ended ni ada dua jawapan jer, samada boleh atau tak boleh. Orang melayu biasanya akan jawab boleh. Jawapan tak boleh tu dah kira seolah-olah berdosa besar. Apatah lagi ni kat dalam masjid, orang itu sedang meminta pertolongan dan mungkin dalam kesusahan yang besar.

Soalan jenis close ended ni biasanya salesman yang terdesak sahaja selalu tanya. haha!

Jawapan saya pun jawapan salesman lah juga.

"Bergantung lah kepada apa yang nak ditolong...".

Dalam hati saya orang yang nak minta tolong biasanya tak tanya soalan close ended macam ni.

Dia pun mulakan ceritanya. Dia kata motosikal dia rosak, rantai dia putus. Dia takder duit nak bayar bengkel tu. Jadi dia minta RM 50.00 untuk bayar bengkel itu.

Saya terdiam kejap.

Sebelum saya buka mulut, tiba tiba ada seorang lelaki 40-an, berkopiah dan berbaju melayu datang laju menghampiri kami. Biasa nampak dia kat masjid Kg Baru ni. Salah seorang AJK Masjid rasanya.

"Mana motor kau yang rosak? Bengkel mana kau hantar? mana kunci motor? Mana road tax?".. bertubi-tubi dia tanya soalan.

AJK Masjid tuh bising lagi, "Kau jangan ganggu jemaah kat sini, ini masjid, jangan tipu duit orang. Aku kenal kau ni, masjid ni ada kamera, boleh nampak apa kau buat...

Terkedu mamat kat sebelah saya tu. Usah kata mamat tuh, saya pun terkedu sekali. Mamat tu bun bangun keluar masjid.. "kalau tak nak tolong tak pe la", katanya berlalu.

Dari awal lagi, dia terlalu "cool" macam tak nampak berada di dalam kesusahan pun. Tak ada nampak cemas ke apa.

Kalau masuk program realiti pentas anak wayang... sah keluar awal-awal. Tak pandai la berlakon. Kalau nak menipu pun, buat lah kasi "real". Sekurang-kurang, kalau mengalir air mata, boleh juga dihulur sehinggit dua...

AJK Masjid tu pun cerita tentang ramai jemaah mengadu tentang kes yang sama. Modus Operandinya sama. Itu yang AJK Masjid tu marah sangat bila tengok mamat tipu tu. Dia tak nak penipuan itu berulang lagi.

Cerita orang penipu minta tolong ni dah terlalu biasa. Minta RM 50.00! Pada sesetengah orang RM 50 adalah gaji mereka sehari. Bayangkan kena tipu RM 50.00, duit itu yang nak bagi anak makan, beli duit minyak, nak bayar sewa etc.

Bagi si penipu, lepas dapat RM 50.00, dia boleh makan nasi beriyani dan ayam tandoori seminggu. Sedang yang kena tipu, nak makan sepinggan mee pun berkira-kira. Takut anak-anak tak mampu makan.

Dalam dunia ni memang ramai penipu. Ada yang muka nampak baik, tetapi penipu. Jangat ingat lelaki sahaja menipu. Perempuan pun ramai yang menipu. Di sebalik wajah keibuan mereka, mereka boleh mengambil wang anda. Di dalam perniagaan, kita akan terjumpa lebih ramai orang sebegini.

Penipu boleh berada di mana-mana. Di dalam kes saya tadi, penipu berada di dalam masjid.

Yang sukarnya adalah untuk menilai, mana satu yang betul-betul memohon pertolongan kerana dilanda musibah dan yang mana satu hanya menipu.

15 comments:

Kassim Selamat said...

salam Dr.,
Di dalam masid pun sanggup menipu ya!

Dunia Ooh dunia.

adie said...

mak aii!! dalam masjid sanggup buat keje tak elok tu.isk..isk..isk.. akhir zaman.

Guru said...

Subhanallah.Allah nak tolong Dr dlam masjid tu...cuma tak datangkan bala pada mamat tu....

de_kerinchi said...

assalamaualaikum w.b.t dr.

Saya mengalami satu kes yang agak sama tetapi menggunakan modus operandi berlainan...

Seorang lelaki melayu berkemeja mengetuk cermin kereta semasa lampu isyarat merah, ...dan meminta bantuan wang kerana minyak kereta habis dan dia tiada duit....

dia telah berjaya mendapatkan wang secara begitu dari orang ramai termasuk saya...tetapi tembelangnya pecah, kerana beliau telah menggunakan lokasi yang sama untuk menjalankan aktiviti ini...menyebabkan beliau telah sekali lagi meminta kepada saya, lat tiga hari berikutnya..dan masa itu saya pun dok sergah dia ..berapa kalilah kete kau takde minyak..kalau takder duit takpayah naik kereta...menipu jer kau....dan kelibat orang itu tidak lagi kelihatan disitu lagi...
errmmm begitulah resam dunia...

wearelearningparents said...

ana pun pernah kene kes mcm tu. kata xde duit nak balik gambang. dia kata, akan bayar balik. dia akan topupkan pd ana. sampai skrg, xdapat.

ana bukan mharap sangat, tp rasa diri tertipu. kawan2 pun ramai kata, kene kes yg sama.

kita bkn xmau tolong.tp akibat drp penipuan2 ni, menyebabkan org susah nak percaya, antara yg betul ataupun tipu...

Nora said...

Salam dr..
nora ni..
sy n kwn kene tpu idup2 gak..
cara yg sama..dekat bus stop dpn PDN..mse 2 tggu bus nk p cheras nk wat practical klinik...
die kate..motor rosak, br pas excident..tunjuk jari kene balut ckp br p HKL..nk pinjam duit rm20..nk btulkan moto..katenye tepon kwn xdpt2...sume sibuk ngn tugasan..
muke baik giler..
kami mcm xpercaya mula2..tp die ckp ayat cmni "sy xtpu awk..nnt sy pulangkn duit 2"
wat muke kecian konon2..
die nk yakinkan org..
die ckp die kakitgn dr syarikat suratkhbr yg biase kte baca..
tp kami still rase pelik gak..
die ckp byk kali..-xtpu korg pnye..
die bg contact no n no ic
mase 2 die tgh ckp ngn kwn sy..
sy diam je, tp terlintas dlm ati..
nk tengok kad ic,nk miscal no hp die dpn2 2,n nk amik gamba die sbgi bukti kalo tpu..
tp sume 2 terlintas je..xtanye pn.
jd kami pn bg..mane tau die btul2 dlm kesusahan..
ble dh dpt 2, die ckp trime kasih byk2..amik no hp kami tuk call kalo nk pulangkn duit..
naik jejantas dh jauh pn, die wat gaya ucap trime kasih sgt2..
lakonan die ckup real..n kami pn tertpu..
sabar jela..
berdosa die tpu student mcm kami ni..kami dpt tau die tpu sbb kami tengok blk no ic yg die bg..
no blakang no genap..sah dh kene tpu..sbb die lelaki..
try call hp, yg angkat org bangla..
2 la kisahnye..
kte nk buat baik pn kene tpukn..
sbr jela..

Sharifah Hamidah said...

Salam

ye ke? Saya hampir hari2 pergi solat di masjid jamek kg. baru. Mungkin saya wanita penipu tu tak approach saya. Tapi saya akan berhati2 selepas baca cerita dr. Thanks.

Dr Azwan said...

Mintak sedekah lagi baik daripada menipu...

Abg Moh said...

Saya pun pernah juga. Masa dulu dulu katPlus Sg Besi, ada orang tahan, dia mintak RM 30 rasanya, sebab dia kata motor dia pancit. Tak cukup duit nak bayar. Saya tanya mana moto? Dia kata kat seberang sana.Saya tahu dia menipu sebab kat situ lebuh raya sebelah sana mana boleh dia melintas ke seberang sini

Tetapi memandangkan bulan puasa, dan saya teringat pesan ustaz "kalau orang mintak sedakah jangan marah/herdik, walaupun kita tahu dia tu menipu cakap susah ke apa ke. Kita kena cakap elok elok atau cakap tak mahu bagi. Jangan di maki maki" (Tp yang kes ni memang nak menipu ). Tp memandangkan bulan pose, saya bagi jugak rm 10, tp masa bagi tu ada la bunyik2 "elleeeeehhh..." soalah olah saya sound kat dia "cakap je lah mintak". Saya rasa dia perasan... Niat saya memang bagi sempena bulan pose. Tp kalau bulan biasa kes haritu, saya akan cakap "tak bagi" heheheh

wmafendi said...

Orang mengambil kesempatan. Hidup nak dapat duit nak buat keje senang je sampai sanggup menipu. Kita tak boleh biarkan benda ni berterusan seolah-olah kita merelakan apa yang diorang bukan..yelah anak bangsa kita sendiri.

p/s: Tima kasih tolong promote saya

Dr Azwan said...

Abg Moh : kalau betul nak minta tolong memang tak bleh herdik. kalau nak minta sedekah mintalah sedekah. insyaAllah kita bagi. jangan laa menipu. kalau kena orang susah... tapi tak pe kot bang, kalau ikhlas, InsyaAllah dapat pahala...

WMAfendi : sapa nak amik takaful.. amik nngan dia nih. Servis 5 star!

nazira noran said...

hmm.. Byk betul penipu! Waspada kalau ke kelantan, ada peminta sedekah berjubah putih, dah tua, asyik minta sedekah masjid je.. Ntah siap ke tidak masjid tu. Dari tahun 1993 sampai 2009 ni.. Bila saya balik, ada lagi pakcik tu ngan jubah alimnya.. Itu jer modus operandinya. Ntah2 dia dah jadi jutawan peminta sedekah!

ZANA said...

salam, saya pun pernah terkena macam Dr ni...masa tu saya ada klas kat PJ Seksyen 522, masa tu i dah nak naik tangga ke kelas, tiba2 ada suara seorang budak lelaki (umur dlm lingkungan awal 20 an) memanggil saya kakak, saya pun toleh dan pelik jugak sebab saya tak kenal dia, so saya tanya, nak apa? dia cakap nak minta tolong, saya tanya balik tolong apa...dia cakap motor rosak ada kat bengkel nak pinjam dengan kawan tapi duit nak tipon kawan pun takda...tak sangka motor rosak...dia nak pinjam RM10 aje...dia minta no hp saya dan alamat , katanya senang nanti dia nak pulangkan duit saya tu...saya bagi no hp ajer...saya tgk bdk macam budak baik...kurus, putih not bad looking...nampak very nice guy...so saya ni nak cepat masuk klas tanpa pikir panjang bagi jer la...lagi pun apa lah sangat RM10 kalau nak bandingkan dgn susahnya hamba Allah ni...kita ikhlas membantu....mmg saya tunggu panggilan dia untuk membuat bayaran...sampai la ni hampeh jer...bkn saya nak hadap sangt RM10 tu tapi saya nak tengok sejauh mana kejujurannya...kalau betul la dia call saya utk pulangkan RM10, saya mmg dah niat takkan akan amik saya sedekah jer...tapi dia tak call, rugi la dia...hehehe

Dr Azwan said...

Kat Kg baru, ada peminta sedekah, perempuan bawa anak. Org myanmar rasanya. Mintak sorang seringgit. dalam tangan sebelah lagi berkepuk duit. Sehari dapat RM 100 agaknya, sebulan... huh sampai RM 3000-4000.
Dasat jadi pengemis nih.

Anonymous said...

saya antara insan yang pemurah n suka bagi sedekah pada pengemis, tapi sejak saya tahu adanya pengemis2 dan kawan2 sendiri yg penipu dan kaki temberang...terus saya berubah jadi kedekut dan bakhil walaupun sepuluh sen....

kalo rase nak bersedekah n ada duit yang berlebihan saya bersedekah pada tabung masjid dan surau sahaja..... saya rase tenang n ikhlas....

Related Posts with Thumbnails