Wednesday, June 24, 2009

Minggu Medical Check Up






Assalamualaikum,

Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk.

Ini kerana minggu ini adalah minggu di mana anak-anak tuan/puan mendapat tawaran menyambungkan pelajaran. Ada yang sambung pelajaran ke Politeknik, ada yang ke Matrikulasi dan ada yang ke Universiti.

Bukan di Hospital Al-Islam sahaja, hospital PUSRAWI pun begitu. Kebetulan saya tahu sebab saya lokum di sana seminggu dua ini.

Pada kebiasaannya, pemeriksaan yang dilakukan ialah x-ray, air kencing untuk pemeriksaan mikroskopi, albumin dan gula, air kencing untuk dadah dan pemeriksaan tubuh.

Ada yang datang dengan sangat ceria, ada yang tak beberapa ceria dan ada yang sugul (agaknya sebab tak dapat pilihan di hati..). Ada yang ibu bapa lebih ceria daripada anak-anak..hui hui.

Ada sorang ibu ni minta saya tulis anaknya kena asthma di dalam laporan perubatan anaknya. Kenapa? Sebabnya anaknya dapat belajar di sebuah universiti di Dungun, Terengganu. Kalau tulis anaknya ada asthma nanti, boleh dia merayu untuk bertukar di Melaka. Kampung ibunya... haha.. !

Tapi saya tulis sihat sahaja. Saya bagitahu minta declare dalam borang yang kena diisi sendiri tentang penyakit sendiri dan keluarga. Tulis lah nak tulis apa pun. Kena asthma ke, sawan ke, selsema babi ke... tulis la nak tulis apa pun.

Ada anak yang kena pergi sebuah universiti di Arau, Perlis, ibunya bersedih. Maklumlah tak pernah berjauhan dengan anak. Tiba-tiba berjauhan... macamana dengan keadaan anak-anaknya nanti. Ada pula ibu gembira anak dapat jauh di Kelantan, anak pula yang tensen... sebab kawan-kawan dapat sebelah barat. Dia pula dapat di timur. Apa susahnya dik, kapal terbang ada. Boleh balik hari maa..

Ada yang dah nak masuk matriks dah tetapi perangai macam pelajar tingkatan 5 lagi. Maklumlah dah 17 tahun setengah! Bila tanya soalan, pandang ke emak, suruh emak jawab. Manja semacam je, lentok ke kanan, lentok ke kiri. Dik Non, awak tu nak masuk universiti nih. Kena lah berperangai dewasa sedikit. Tak lama lagi nak kahwin. Mulalah Azwan Ali nak berleter nih.. laser lagi.. Tak kuasa aku.. Haha!

Pada hakikatnya, trend gender pelajar masih lagi sama. Dalam 20 orang buat medical checkup, mungkin ada 7 orang lelaki. Itupun sebab masuk ke politeknik, Giat Mara atau IKM. Di Univerisiti ada tapi kurang.

Kalau dulu, yang masuk kejuruteraan kebanyakannya lelaki. Maklumlah tugasan itukan kadang-kadang banyak di tapak dan kena panjat-panjat. Jurutera elektrik, awam, jurutera robotik, mekanikal semua sekarang sudah ramai pelajar perempuan ceburi.

Bila saya tanya kenapa nak ambik jurutera ni, nanti hitam kulit kena duduk di tapak kerja.. dia jawab, "Alah doktor, lulus nanti saya minta jadi cikgu ke pensyarah..".

Sempat juga saya sabotaj pemikiran beberapa pelajar dan ibu-bapa suruh tukar bidang dari engineering ke perubatan. Terutama yang perempuan dan mempunyai keputusan yang baik tetapi tidak ada peluang di universiti awam. Jangan risau, cuba lagi di universiti swasta atau separa awam. Ada banyak badan kerajaan yang boleh membantu di dalam memberikan pinjaman atau biasiswa (ada lagi ke biasiswa sekarang?). Yang penting kenalah berusaha.

Apa pun tahniah kepada anda yang berjaya. Pengalaman di Universiti adalah sesuatu yang sangat-sangat menyeronokkan. Saya bekas pelajar di kulliyyah perubatan UIAM, tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar-pelajar UIAM yang lain dari jurusan berlainan kerana kampus kami di Pahang. Lagipun, jadual perubatan yang ketat agak menyukarkan kami untuk ke UIAM Gombak. Jadi dari segi jaringan agak kurang.

Buat mahasiswa-mahasiswi di Universiti, anda boleh menghabiskan sebahagian besar masa anda untuk mentelaah pelajaran dan menjadi ulat buku. Cuma luangkan sedikit masa untuk menjalankan aktiviti baktisiswa, menyertai Jemaah Islam dan menjadi sukarelawan. Ia sangat membantu membentuk pemikiran dan peribadi. Ia juga akan meningkatkan jaringan sosial anda.

Kepada adik mahasiswi, nasihat terakhir saya, kalau nak cari pasangan hidup, carilah di universiti. Apabila habis belajar, sudah mendapat kerja, jaringan sosial anda semakin berkurang kerana kesibukan dan kepenatan. Kebiasaannya, anda akan sukar mencari pasangan hidup yang sesuai, sekufu dan "berkualiti".

Wallahu Alam.




















11 comments:

zura lias said...

salam...sy skarang nie tgh cari tempat medical checkup..ade 1 kat damansara ni, dr nie ckp around 200++..mcm mahal le jugak..kalau kt pusrawi murah tak?ehehhe..sy nak reg 29hb nie..so..nak kene cepat..kalo government lambatkan dpt result ke sy yg slh?

Anonymous said...

Baaaiik punya nasihat dari Tuan Doktor. Tapi nasihat terakhir tu saya kureng setuju sikit. Eh, kat luat masih ada apa pasangan yang sesuai, siap sekufu & berkualiti lagi. Contohnya saya, ahaks!

strikefreedom said...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh....

Salam Ukhuwah Saudaraku...

dari Miskin Ilmu

syifa' said...

adik saya lg jauh....sarawak, unimas...walaupun lelaki, menangis sedu2 juga tak nak pergi...jenuh juga memujuk...

belum pergi pun lagi ke sarawak, tapi dah tengok takwim bila cuti...nak tempah tiket nak balik...

maklum la tak pernah duduk asrama...lg dia sedih sbb kena tinggalkan mak seorang di rumah, selama ni dia la berdua dengan mak di rumah...

macam2 ragam...

Kak Ummi said...

Terkekek-kekek Kak Ummi ketawa baca artikel Dr Azwan kali nih.Aduyaii..pengalaman yang sama dan harapan yang sekufu utk adik-adik..hihihi..sambung ketawa lagi!

Abg Moh said...

MMmm bila cite pasal medical check up ni teringat dulu dulu masa nak masuk u.

Saya anak pertama daripada keluarga yang masuk university. In general disogokkan supaya ambik engineering, kekonon ada class la (banyak gaji jadi engineer). Tp saya sebenarnya tak tau nak jadi apa. Masa isi borang tu saya isilah asasi sains hayat USM (tak berapa ingat tp fakulti untuk kedoktoran la...)pilihankedua semuanya engineering. Sebab saya orang johor mohon UTM la... result spm saya memang bagus... masa tu nak jadi apa semua dapat..dan alhamdulillah saya dapat masuk usm. Tapi..... oleh kerana univeristy tempatan resultnya lambat..saya akhirnya dapat tawaran sambung belajar ditaja oleh satu kompeni..Tak ada sape adise saya ambil jelah.. . nak jadikan cite, masa nak g oversea, economy malaysia pelingkup.jd saya sambung le kat local. Alhamdulillah saya jadilah engineer kat tempat kompeni yang taja saya. Saya ada 6 orang kawan baik..3 jadi Dr... Bila dah besar selalu g hospital sebab anak lahir IUGR, terasa nak jadi Dr pulak membantu ornag...hehehe tp realitynya saya penakut darah.. (itu reason tak jadi Dr agaknya)
Itu sampingan, cita sebnar ialah, Dr saya realise saya punya tekanan darah agak tinggi, 140+/90+. Kerja teruk agaknya. Saya g klinik homoepathy, makan ubat barang 2 minggu. Saya check blood presure saya around 120++/80++. Turun banyak. Tak puas hati saya beli blood presure. Result lebih kurang... Apa komen Dr..ke alat saya rosak. Baru beli 2 hari..Cap OMRON Rem 1.

Saat said...

Saya cadangkan Abg Moh supaya menganggap mesin tu tak rosak, tapi kita yang rosak. Saya pun ada satu mesin tu. hehehe...

kucau said...

hah. masuk uitm dungun ke? ko tulis asthma pon aku yg kene evaluate la. kalau ade asthma pon aku cakap ade rawatan kat mana2 so takde reason nak transfer... hahahaha

Dr Azwan said...

Biasa OMRON punya mesin abang moh, ada ralat 3mmHg plus minus. Amik purata laa , atau double check ngan doktor guna alat raksa.

Kucau : Mak dia datang balik jumpa aku ngan bapa dia. Nak jugak tulis asthma. Siap kata kena attack lagi.. hui buat muka cam sedih2. Lung bukan main clear.... peningggg.. last-last aku tulis juga la. Dah buat muka masam jer..

Anonymous said...

Hehe Dr dah jadi lawyer... kasi pusing itu cerita...

Revera said...

kisah abg Moh cam saya je? tahun berapa SPM?

Related Posts with Thumbnails