Tuesday, August 11, 2009

Jaga Diri Anda...





Salam,

Kerja di klinik pesakit luar untuk beberapa minggu ini adalah satu tugas yang sangat memenatkan. Kebanjiran pesakit yang datang dengan batuk, demam dan selsema adalah di luar jangkaan. Bukan di Hospital al-Islam sahaja, malah saya dapat tahu semua hospital juga begitu.

Malah ada juga rujukan dari Hospital Gleneagles yang menyatakan bahawa wad kemasukan telah pun penuh. Di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai buloh, orang bersesak-sesak seperti pasar malam.

Di Hospital Kajang, ada yang memberitahu, pesakit menunggu sehingga ke luar hospital, ada yang sampai berkumpul di padang!

Kebanyakannya tidak dapat berjumpa dengan doktor. Tentulah, kapasiti untuk hospital menerima rawatan pesakit luar tidak boleh ditampung. Akhirnya mereka terpaksa akur apabila hanya berjumpa dengan medical assistant (MA) sahaja. Yang kecewanya ada yang menunggu hampir 2-3 jam tetapi terpaksa berpuas hati apabila hanya mendapat ubat panadol dan ubat batuk sahaja.

Mengikut kiraan hari ini sudah hampir 40 orang meninggal dunia. Bukan sahaja pesakit yang positif H1N1 meningkat secara mendadak, kematian juga meningkat secara eksponential.

Yang menghairankan, apabila kerjaan Malaysia mengumumkan angka positif 2000 orang pesakit H1N1, kita dikejutkan dengan angka di Indonesia yang cuma mencecah 800 orang positif sahaja. Kemungkinan benar, tapi kemungkinan juga "under diagnosed" kerana kekurangan fasiliti kesihatan dan kemampuan kerajaan dari segi kewangan yang agak terbatas.

Ini mungkin benar kerana, kerajaan sudah berbelanja berjuta hanya untuk mengesan H1N1 melalui calitan tekak. Mengikut sumber dalaman yang boleh dipercayai, setiap calitan tekak ini menelan belanja RM 200. Ini boleh disalurkan kepada pembelian ubat Tamiflu yang membawa lebih makna kepada pesakit yang memerlukan.

Menurut kajian daripada pihak bertanggungjawab, 85% daripada sakit influenza sekarang atau dikenali sebagai PMI (Penyakit Menyerupai Influenza) adalah disebabkan oleh H1N1.Oleh itu, logiknya apabila hampir 9 orang daripada 10 orang yang kena selsema disebabkan oleh H1N1, maka tidak perlu lagi ujian saringan diadakan kecuali jika benar-benar diperlukan.

Sebagai doktor, saya ingin menasihatkan agar semua pesakit harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap H1N1. Mengamalkan penjagaan pembersihan diri, etika batuk, pemakaian topeng muka secara betul dan menjarakkan diri apabila batuk adalah perlu ketika dan saat ini.


7 comments:

kucau said...

conformation test utk H1N1 total kos RM 800. ade tiga test utk run.total time needed for 3 tests is 6 hrs. number kat mesia tuh rendah sebab test tak byk buat, mahal dan capasity kta nak buat tak byk. Dati dr hassan kkm bagi taklimat ari tuh kat kitorang dr2 ipta. 95% ILI adalah H1N! so ko rase real case kat mesai adalah maybe X 20 dari number yg test or X 50. indonesia lagi la x mampu nak buat test

saiful said...

Salam..maklumat yang Dr beri ini begitu berguna. Amat jarang terdapat blog seperti Dr Azwan yang memberikan maklumat berguna tentang kesihatan terutamanya dalam bahasa melayu. Terima kasih

Dr Azwan said...

Thanks Kucau atas add on info.

.:chEyaNtie:. said...

dokter, saya ada terima emel tentang ada pesakit h1n1 ni mengamalkan makan epal hijau dan limau ..ada yang mencadangkan diminum secara jus..petua ini dikatakan mujarab bagi mereka, dijadikan amalan sehingga sihat,sampaikan dah sihat dan keluar dr icu.saya pon tak dapat nak memastikan kesahihan emel ini.ape pendapat dokter?

rahmanharis said...

salam dr, belh dr explain sikit cemana kaedah yg betul pakai topeng h1n1. saya tengok macam2 stail ada. yg mana topeng bedah tu yg side lur & side dalam? tq.

rahmanharis said...

slam dr, bleh explain sikit kaedah pemakaian topeng h1n1/bedah yg betul. yg mana satu side luar & dalam?

ieda said...

agree with kucau...saya jg mendapat maklumat drp bahawa kos utk pengesahan jangkitan H1N1 utk seorang pesakit ialah RM800.
badan yang sihat biasanya dapat melawan jangkitan virus dgn sendiri dengan pembentukan antibodi.jadi untuk pencegahan amalkanlah pemakanan yg sihat..banyakkan sayur & buah2an.banyakkan minum air masak atau air beroksigen..dan bg org Islam berdoalah kepada Allah agar dihindarkan drp penyakit.

Related Posts with Thumbnails