Wednesday, August 26, 2009

Kartika dan Hukuman Sebat






Salam,

Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Namun begitu, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Kes ini telah menjadi buah mulut media antarabangsa dan dengan lantang mengkritik keputusan mahkamah syariah di negara ini.

Ramai ahli politik termasuk bekas PM bertindak "menyindir" keputusan kehakiman tersebut yang seolah-olah menunjukkan bahawa Islam di negara ini tidak menunjukkan keadilan. Begitu juga banyak bantahan-bantahan daripada NGO dan pertubuhan wanita negara ini terhadap hukuman tersebut.

Semalam PM meminta agar Kartika sendiri merayu terhadap permohonan hukuman tersebut.

Kartika telah berjumpa dengan Dato Seri Mufti Negeri Perak untuk berbincang. Beliau tetap dengan keputusan untuk meneruskan hukuman tersebut.

Pada pandangan saya, Kartika merupakan wanita yang sungguh ketal keazamannya menegakkan hukum Syariah Islam. Sehinggakan dipujuk dan dirayu pun beliau tetap dengan keputusannya. Beliau betul-betul telah insaf dan ingin meneruskan hukuman di di dunia agar terlepas hukumannya di akhirat nanti.

Sepatutnya, buat masa ini, seseorang yang mahir agama, mungkin ada Ustaz atau ustazah yang mempunyai hati budi dan hikmah membimbing Kartika ke jalan yang lurus, memberikannya sokongan dan rasa ketenangan, mengajarnya Islam dengan lebih sempurna dan memberi contoh yang baik kepadanya dari segenap sudut.

Ini adalah waktu terbaik untuk mendampinginya. Ini adalah kerana, ketika ini Kartika berada di dalam banyak persimpangan. Waktu ini syak dan was-was sedang bermain di dalam jiwa. Jika ada teman yang tinggi ilmu, baik budi pekerti dan sering menasihati, alangkah baiknya.

Hukuman sebatan untuk diteruskan adalah permintaan Kartika. Saya tak tahu samada kes penghakiman oleh Ketua Hakim Syari'e Pahang boleh ditarik semula. Kalau ditarik semula adakah ia boleh membawa kepada isu "mempermainkan" institusi kehakiman syari'ah pula. Adakah ketua hakim syari'e boleh menarik semula penghakimannya dengan desakan bertubi-tubi dari kumpulan-kumpulan tertentu.

Apapun, saya ingin memberi tabik hormat kepada Kartika. Kalau dahulu ramai yang memandang sinis kepadanya. Sekarang tidak lagi. Beliau adalah lambang wanita yang berani dan lambang semangat kental yang tidak berbelah bahagi.

Wallahu Alam.

6 comments:

Unknown said...

risau plak jadinya. yg menentang seolah2 nak berlawan plak dgn hukum tuhan. mungkin undang-undang sebat tu hakim yg tentukan tp cara dilaksanakan tu allah dah tetapkan buat apa nak bising2. jgn smpi jatuh iman kalau nak bersuara pun.

setuju dgn Dr.

a.z.n.e.e said...

yaaa...

sebagai seorang manusia, kita mempunyai budi bicara... undang2 itu tetap akan dilaksanakan.. namun, kita juga boleh menangguhkan hukuman itu.. beri ruang kepada kartika untuk beribadat.. seperti kita ketahui, hukuman sebat bukan sebarangan sakitnya...

My Stories and Me said...

Salam Dr,
Inilah namanya akhir zaman. Terlalu ramai yang nak jadi expert dalam bidang yang bukan dia punya. Yang betul dianggap salah dan yang salah dibetulkan. Walau apa pun saya harap keputusan tersebut diteruskan dan Kartika akan berterusan insaf dan menjadi wanita solehah. Semuga beliau diberi kekuatan

Sharifah Hamidah said...

Salam, semoga kartika mendapat hidayah dan kita menjadikan nya sebagai iktibar.

Dr Azwan said...

Saya pun ternanti keputusan dariKetua Hakim Syarie Pahang. Secara umumnya, ini bukan masalah negeri Pahang sahaja, ia patut dibawa ke majlis fatwa kerana ia melibatkan umat Islam secara umum.

kucau said...

ko kene baca pendapat dr maza dlm blog dia

Related Posts with Thumbnails