Monday, November 2, 2009

Pulang ke Malaysia..






Salam semua,

Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan MRA yang menyertai misi ke 5, Pos Gempa, Padang Sumatera Barat telah tiba di bumi Malaysia pada Ahad 31 hb Oktober yang lalu. Segalanya berjalan dengan lancar.

Sepanjang di sana kami telah menjalankan beberapa tugas seperti bantuan perubatan di kampung-kampung di sekitar Pariaman, bantuan sembilan bahan pokok (SEMBAKO) iaitu berupa beras, gula, minyak dan beberapa keperluan lain, menghantar bantuan kewangan untuk memperbaiki sekolah yang rosak, mengadakan perbincangan jangka panjang bagi bersama-sama membangunkan rumah anak-anak yatim dan membina semula rumah-rumah yang rosak dengan lebih praktikal tetapi menjimatkan sebagai ganti khemah.


Segalanya berjalan dengan baik dan kami dilayan dengan sangat mesra. Makanan tidak menjadi masalah kerana masakan minang lebih kurang Malaysia.


Saya sertakan gambar untuk tatapan semua pembaca. Lagi menyusul ialah artikel saya tentang padang.

salam..

3 comments:

ChoyHH said...

Selamat pulang and welcome back , Bro. Sihat ?

Harap suatu hari nanti, saya boleh turut serta bersama dlm aktiviti ini (sungguhpun saya bukan seorg Dr) tapi sering terlibat dlm memberi Medical check up percuma di luar negara (di bawah Uni saya).

Looking forward for next entry, you take care and NICE smiles you have there, haha.

ChoyHH
http://mylifecreation.blogspot.com/

Kakcik Seroja said...

Ahad petang lepas, kakcik menemani suami ke PP Al Islam.. ternampak Dr. Sihat nampaknya.. Alhamdulillah.

Manja M said...

Welcome back Azwan.... Mar punya turn pula nak kena pergi.. wish me luck. BTW, it was fun doing locum at Al-Islam... maybe I would consider making it a more routine thing since there's only 2 of you.

Related Posts with Thumbnails