Tuesday, March 23, 2010

Nasihat dari Wonder Girls... Lagu H1N1..






Salam,

Ni ada sebuah lagu parody tentang H1N1. Beberapa bulan kebelakangan ini, hospital tempat saya bertugas menerima 2 orang yang positif H1N1. Walaupun kadarnya rendah, ia boleh merebak jika tidak dikawal. Oleh itu, dengarlah nasihat daripada lagu ini... Gelak.. gelak juga... :)

Friday, March 19, 2010

Macam-macam ragam...






Salam,

Seorang pesakit wanita bujang pertengahan usia datang berjumpa saya kerana sakit perut. Daripada ceritanya dia telah pergi ke pelbagai klinik dan akhirnya tiba di hospital Pakar Al-Islam untuk berubat.

Menurutnya, dia telah mencuba pelbagai ubat di klinik-klinik yang dilawatinya namun masih lagi sakit perut.

Setelah diperiksa, saya mencadangkan dia untuk menjalankan pemeriksaan ultrasound. Sejenis pemeriksaan yang tidak merbahaya seperti yang dijalankan untuk perempuan mengandung. Kemungkinan beliau mempunyai masalah batu di hempedu atau masalah lain seperti batu karang dsbg.

Pesakit tidak mahu.

Dia kata ibunya dan saudara maranya kata itu cuma angin sahaja.

Saya cuba menerangkan tentang keperluan dia melakukan pemeriksaan lanjut. Lagipun dia dah banyak kali pergi ke banyak klinik untuk mendapatkan rawatan untuk sakit perutnya itu tetapi tidak berkesan.

Tetapi dia tetap menyatakan bahawa ibu dan saudara maranya memberitahu itu cuma angin sahaja.

Akhirnya saya mengalah dan memberinya ubat untuk gastritis.

Susah juga kadangkala berhadapan dengan pesakit seperti ini. Macam-macam ragam...

Wallahu Alam.

Wednesday, March 10, 2010

Halimah Jongang dan Ugly Betty






Salam,

Cerita tentang Halimah Jongang telah menguasai ruangan pendapat di pelbagai media cetak baru-baru ini. Ada yang pro dan ada yang kontra. Kebanyakan mengutuk cerita tersebut yang dikatakan menghina ketidak-sempurnaan wanita yang mempunyai masalah gigi.

Pada April 2008, saya ada menulis artikel tentang tabiat menghisap puting kosong atau "pacifier" yang akhirnya menyebabkan masalah jongang ini berlaku di kalangan kanak-kanak. Baca di sini. Jongang atau "overbite" perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan perasaan rendah diri apabila meningkat umur.

Berbalik kepada cerita Halimah Jongang, ramai yang menyatakan bahawa mereka merasa rendah diri akibat cerita tersebut. Sebenarnya yang memberi impak kepada mereka ialah lagu Halimah Jongang tersebut yang dinyanyikan berulang-ulang kali. Malah, lirik lagu tersebut terlalu menghina, tidak bermanfaat dan terlalu superficial. Mana-mana orang yang mempunyai masalah jongang tidak kira lelaki atau wanita pasti akan "terasa" apabila mendengar lagu ciptaan Eddie Hamid itu.

Walaubagaimanapun, siri Halimah Jongang saya kira tidak ada bezanya dengan cerita "Ugly Betty". Di dalam filem Ugly Betty, walaupun Betty itu hodoh rupanya, tetapi dia sangat cerdik. Malah kecantikannya dipamerkan melalui cara perkataannya dikeluarkan, cara dia menyelesaikan masalah di dalam pejabat dan keluarga dan cara pembawakannya yang menarik.

Bagaimana Betty dapat menyelesaikan masalah yang rumit, peranan Betty yang menguatkan organisasi syarikat ditambah pula dengan karakter yang lurus dan amanah menjadikan hakikat kecantikan Betty terpancar di wajahnya.

Malah dalam cerita Yo soy Betty, la fea (I am Betty, the ugly) iaitu cerita asal di dalam bahasa American latin, Betty akhirnya berkahwin dengan Armando, Bossnya yang sangat kacak dan kaya. Betty yang hodoh lebih dipilih dari sekian banyak wanita cantik yang mengelilingi Bossnya. Tiada penonton yang terhina dengan Betty walaupun rupanya hodoh dan giginya penuh braces.

Saya fikir serupa dengan cerita Halimah Jongang, sekiranya Halimah berhati mulia, bijak, berperwatakan menarik, bijak menyelesaikan masalah, maka Jongangnya Halimah pasti tidak tampak kerana ditutupi dengan peribadinya.

Sebenarnya itu yang patut ditonjolkan oleh pengarah filem. Jalan cerita yang cliche tapi kalau ada sesuatu yang boleh ditonjolkan yang membawa mesej positif kepada penonton, pasti akan tiba saatnya walaupun Halimah tetap jongang, ia tetap diterima sebagai seseorang yang sebagaimana adanya. Yang penting karakter Halimah itu kuat berbanding jongangnya. Kalau sekadar nak cerita Halimah itu jongang dan balik-balik isu jongangnya sahaja, lebih baik tidak payah buat cerita.

Akhir cerita, kejongangan Halimah telah dirawat di dalam cerita ini. Kita faham kerana ia sebuah telemovie atau drama bersiri. Pengakhirannya perlu dramatik. Halimah tidak lagi jongang pada akhir cerita kerana menjalani rawatan pembedahan. Tetapi pada hakikatnya, ramai kawan-kawan kita yang mempunyai kekurangan rupa paras tidak dapat berbuat apa-apa hatta menjalani pembedahan plastik sekalipun kerana itu adalah anugerah Allah dan Qada' dan Qadar Allah.

Sewajarnya drama bersiri Halimah Jongang dapat mendidik sekiran ramai penonton tentang baik budi dan berperwatakan mulia lebih daripada sekadar rupa wajah dan gigi yang jongang.

Wassalam..

Monday, March 8, 2010

Saya masih di Sabah.






Salam,

Semua sahabat pembaca,

Saya masih berada di Sabah dan tidak dapat mengemaskini blog buat masa ini. Semalam saya ke Kalabakan untuk meninjau-ninjau kawasan di sana. Hari ni ke Semporna dan singgah ke Kg Tagasan dan Balung. Hari esok saya akan berada di Tawau, Sabah sehingga petang. Saya akan pulang ke KL pada jam 6pm. InsyaAllah saya mengemaskini blog seperti biasa lusa.

Salam.
Related Posts with Thumbnails