Saturday, April 5, 2008

Keburukan Menggunakan Puting Kosong





Assalamualaikum,

Orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother".

Puting kosong ini menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.

Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa.

Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing? Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis...

Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite".

"Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.
Sekiranya anak anda mempunyai masalah lelangit terbelah (cleft palate), dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan. Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah cleft palate mesti menghindari penggunaan puting kosong (malah menyusu menggunakan puting pun tidak digalakkan) ini secara berdisiplin.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang menadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan?

Wallahu A'lam...

32 comments:

Julia R said...

Farhah mula hisap puting masa dlm pantang lg, sebb susu bdn x de, tgh mlm dia nangis, emak terpaksa suapkan dia puting kosong dan dodoikan farhah tido tanpa susu. maka bermula episod bersama puting kosong.

ambil masa y lma juga u berhentikan dia sbb kasihan. Tp menjelang usia 2 tahun 1 bulan. berkat kekuatan emosi emaknya ini, maka dlm masa seminggu farhah dah lupa pd puting. ALhamdulillah. Cuma masih menyusu botol aja skrg.

Dr Azwan said...

Mak Farhah : Seminggu je? memang strong mak Farhah ni. Saya memang tak ajar anak2 saya hisap puting kosong. Mak saya ada beli, tapi saya tak bagi beri. Ada benda yang tak patut diajar dari kecik. Tapi gigi Farhah cantik...

Julia R said...

dr, memang kalau boleh sy nak elak bg puting kosong, tp dah termula. memang terpaksarela la. bagusla anak2 dr x hisap dr awal. x de la susah hati time nak stopkan nnti.

seminggu nak stop tu memang kena byk sbar layan kerenah anak bertuah. MEmang emak sebnrnya y main peranan penting. Suami sy memang lama dah bising suh stopkan farhah n puting. tp sy cari masa y sesuai u ajar diri sy supaya kuat demi kebaikan anak.

Unknown said...

oyeke doc,baru saya tahu.bagus la doc dah train anak2 camtu..mybaby pulak buang puting tu..die tak mau. pandai die dr mamanyer..=)

Jie said...

kesemua anak saya tidak mengisap puting kosong, kenapa ye..sbb sy sentiasa ada...tak perlu sumbat puting utk mendiamkan anak².
pengalaman dari kawan²,mmg sukar utk memberhentikan tabiat ini.

Saya pun baca mengenai susunan gigi yg tak cantik kalau masih mengisap puting...peranan ibubapa mmg penting kerana anak² seusia itu adalah 100% terletak pada diri kita.

aizan said...

saya juga tidak membiasakan dengan anak2 puting kosong sejak mereka bayi lagi. Tapi satu soalan utk dr, anak nbr 2 masih menyusu badan tetapi bila dia nak tidur secara automatiknya dia akan hisap ibu jari.. bila dah tertidur secara automatik ibu jari terkeluar. Apakah tabiat nie akan berhenti bila beliau tidak lagi menyusu badan???

Anonymous said...

pandai anak ayu. macam anak saya jugak. masa dia 2 bulan saya try bagi puting kosong. nenek atuk dia yg suggest. memula berjaya jugak la. selalu bagi time lepas mandi sebab time2 tu nak pakai baju dia. time-time tu jugak dia nak menyusu. mana cukup tangan nak pegang botol susu & pakai baju dia.lepas 2 minggu anak saya dah tau trick mak dia. pas tu tak boleh kelentong lagi dah. setiap kali sumbat puting kosong, dia akan tolak semula puting tu ngan lidah. nasib baik anak sendiri yg pandai berfikir. kalau tak, tak cantik la nanti gigi anak saya kan. he..he..he..

Dr Azwan said...

Mak Farhah : Kenapa Firdaus nak stop kan puting kosong tu? Ada sebab2 yang tertentu ke masa tu?

ayu: Baby awak tu memang beauty conscious dari awal... Malas nak pakai braces lah tu.. :)

Jie: Itulah kelebihan suri rumah sepenuh masa (suri rumah kan kak jie?) Kalau tak camne boleh berada di rumah sepenuh masa kan...

Walaupun ibu-ibu ramai yang bekerja, kena juga memastikan anak mendapat susu ibu dan tidak menggunakan puting kosong untuk cara mendiamkan anak yang menangis.

Bila dah besar nanti, anak2 akan sedar tentang kekurangan mereka (jongang), akhirnya mereka akan menyalahkan ibu dan bapa mereka secara langsung ataupun tidak langsung.

Julia R said...

dr, abah farhah nak stop la awal2, takut rosak gigi anak dia. cuma emak farhah ni kesian tgk anak dia.

bila nak pisahkan farhah dgn puting sy make sure suami juga ada di rumah u turut sama melayan dan faham dgn kerenah farhah semasa dlm proses berpisah dgn puting.

Unknown said...

dr, kami adik-beradik ni pun x isap puting.mak sy tau pasal x elok isap puting kosong kot..mak saya kate biar je...dah letih nangis karang,diam la tu..haha,susu bdn pun kecik2 lg saya dah stop pasal saya ni'jahat'sikit..terpaksala menyusu ngan mak lembu..nasib baik dpt masuk U..mungkin sy dpt susu dari mak lembu yg pandai kot..hahaha..

Sue said...

akum dr. anak sy pula dr dlm pantang isap pacifier. ikutkn mmg taknak bagi tp masa tu anak sy asik menangis. so skang ni da berumur 13bulan. bole tak dr bagi cadangan mcmana cara terbaik utk hentikan. sy ade juga cuba sorokkan puting tu dan biarkan dia merengek sampai tertidur. tp mak saya pulak marah...

Dr Azwan said...

Mak Farhah : Yelah... saya pun boleh bayang kalau Farhah menangis... memang cair...

Yana : Itu lembu luar negara tu haha.. saya pun sama gak.. kecik2 lagi minum susu lembu. Saya minum susu lembu new zealand. Ada tak sapa2 sapa minum susu lembu belanda (Dumex)? keke :)

sue : part ni kena belajar ngan mak farhah. Saya cuma ada masalah untuk menidurkan anak saya yang biasa tidur buaian tapi saya tak nak bagi. Bab puting kosong n kena tanya pengalaman ibu2 kita... Mak Farhah tolong respon..

Dr Azwan said...

Mak Farhah : Yelah... saya pun boleh bayang kalau Farhah menangis... memang cair...

Yana : Itu lembu luar negara tu haha.. saya pun sama gak.. kecik2 lagi minum susu lembu. Saya minum susu lembu new zealand. Ada tak sapa2 sapa minum susu lembu belanda (Dumex)? keke :)

sue : part ni kena belajar ngan mak farhah. Saya cuma ada masalah untuk menidurkan anak saya yang biasa tidur buaian tapi saya tak nak bagi. Bab puting kosong n kena tanya pengalaman ibu2 kita... Mak Farhah tolong respon..

Julia R said...

dr, farhah dulu pon tido buai tau. Saya usung buai bawak dtg moscow. naik flight buai tu. Demi farhah segala x mustahil. Tp alhamdulillah, 2 bu;an aja farhah tido buai kat moscow ni. Sbbnya saya demam, suami ke outstation, sy x larat nak buaikan dia, so sy ajak dia berbaring di katil aja. 5 hari siang dan malam sy ajak dia baring dan sy baring rehat sekali. since tu dia dah x peduli pasal buai. Berakhirlah episod farhah dan buai. alhamdulillah.

Sue- kalau nak stopkan puting ni kita kena kuat smngt, n kena ada sokongan suami n family.

sy mula stopkan farhah puting hari khamis malam, sy terus sorok puting tu, memang dah nekad tak akan bg dah. jd mlm pertama tu Farhah tanpa puting dia merengek2 la. Kita kena la bersedia seminggu x tido x lena, kenalah bgun bila anak merengek nak puting. pujuk2 bg susu, tepuk2 skit. dah penat dia nagis nak puting x dpt nnti dia stop. jumaat suami blik awal, kami sama2 layan kerenah farhah. jgn bg dia ingt puting. bila farhah tnya puting buat2 tak tau aja. Gitulah sy buat sseminggu pertama, sabtu ahad bwak dia jlan2 untuk lupakan puting, walau pasti dia minta tp sy buat2 tak dgr aja. Layan aja kerenah dia y merengek menagis nak puting. skit pon x cair dgn tangisan u puting. tp kena bg rewardlah kan, belikan toys ke, layanla sit, jgn marah langsung dia dlm masa seminggu pertama tu, pujuk lemah lembut.

alhamdulillah, ni la y saya buat untuk farhah. nak tau cite lanjut bleh tgk fp sy

http://johanisse.fotopages.com/?entry=1141703

syamsul said...

salam, tuan dr, ada mazhab berbeza nampaknya berkenaan menggunakan puting kosong nie. Anak2 saya (yg tiga org)tak pula begitu suka dgn puting ni.Pacifier atau penenang maybe satu konsep pemasaran (mktg concept) meskipun ada asasnya.Cuma say asetuju 'kejongangan' boleh terakibat dari penggunaan puting.tk

Rayhana said...

Assalaamu'alaykum,

Adakah benar, menghisap puting kosong ini ada effect ke atas milk supply?
Saya tidak memberi pacifier kepada anak saya, kerana takut dia addicted! Dan personally, I don't like the look of the pacifier on a baby... Oh well.
Thank you for this post!

Dr Azwan said...

Thanks Mak Farhah for the tips

Rayhana : saya tak pasti soalan Rayhana. Tapi ada yang percaya konsep "nipple confusion". Baby yang minum puting kosong atau botol biasanya akan kurang menyusu badan kerana menyusu badan perlu sedikit masa dan effort oleh bayi untuk mengeluarkan susu berbanding puting botol. Bila menyusu badan kurang, susu akan menjadi kurang.

Queenie said...

Salam..

Anak saya pun akan nangis setiapkali habis mandi, lapar gamaknya sejuk2 tu, apa yg saya lakukan ialah saya akan cepat2 keringkan badannya dari hujung rambut sampai hujung kaki, kemudian saya balut seluruh tubuhnya yg montel tu dgn selimut baby.

Pastu terus jer la suakan susu badan yg ori lagi hangat, enjoy lihat dia menyambar dan terus lena dlm pelukan dan belaian saya.

Bila dah betul2 lena, barulah saya mulakan operasi memakaikan baju, lucunya bila dah lena tu dia tak peduli dah samada saya nak terlentang kan dia ker, golek kekanan ker, kiri ker, tak kisah dah...so mmg tak cari alternatif lain utk senyapkan baby, apa yg dia nak itu yg saya beri, bak kata orang, meminta pada yg ada, merindu pada yg kasih, he..he..

Anonymous said...

Nampaknya ramai yang berpendapat tidak baik membiasakan anak dengan puting kosong. Semua bagai menafikan kebaikan puting kosong dan keberkesanannya mententeramkan bayi.

Saya lebih terbuka dengan isu ini. Lebih baik biarkan bayi sendiri memilih untuk menghisapnya atau tidak kerana setiap bayi mempunyai perwatakan berbeza. Alhamdulillah jika anak tidak memerlukannya. Tapi jika anak memerlukannya tiada sebab untuk kita paranoid dengan isu 'gigi jongang' kerana ia takkan berlaku jika bayi berumur 1 tahun ke bawah.

masalahnya cuma ketagihan dan boleh dielakkan jika kita beringat-ingat selalu. jangan biarkan anak terlalu bergantung padanya.

ina zahari said...

assalamualaikum.....anak saya baru 4 bulan tabiatnya suka mengisap jari,kita tak boleh leka,kalau tak dia akan isap jarinya sampai merah2 lebih2 lagi kalau nak tido.kekadang terpikir nak sumbatkan puting kosong jek sbb takut jarinya rosak. bila di perhatikan masa dia isap jari kalau dia mcm boring jek,tapi kalau kita bermain dgn dia,dia ok,tolong berikan pandangan perlukah saya memberi puting kosong tu atau membiarkan dia mengisap jarinya?

Anonymous said...

salam doktor.nurul minta copy artikelnie di blog sebagai rujukan k.

Anonymous said...

Salam.ank kedua sy bb boy..baru 2 bln. Fully bf. Mula2 dl ok je minum susu sy melalui botol. Guna pon puting pegeon yg kuning tu je..tp sejak seminggu ni langsung xnk pakai botol..x kira la susu tu ebm ataupon yg fresh br perah. Mcm2 puting dh sy bg..nuk, tommie tippie, avent, mam..x jalan gak. Menangis2 dia bila sumbat btl..tgk dia isap botol tu cam isap breast..

Hujung bln depan dh nak naik keje..bb nk anta nursery. Aduhai risaunya..ade x sapa2 yg ade pengalaman cam sy ni? Cmne nak wat ye..dh suh hubby n mak bgkan...tp dia tetap xmau..siap muntahkan blik susu tu.

Terpikir gak nk bg pacifier pada bb dengan harapan dia biasa ngn puting. Tp pacifier ni kan byk keburukkan dr kebaikkan. Berbelah bagi. Kakak dia dl xde masalah n xde keliru puting..tp mmg bg pacifier. Klu bph yg 2nd ni nk elakkan la.
Tolong saya

kokuryu said...

Ank puan mcmane slps anta nursery?dia hisap botol tak?masalah sy sama sebijik mcm puan.ank kedua jgk umo 2 bln jgk.nangis2 xnk botol

Unknown said...

Anak saya dah nak masuk 2 tahun..tapi masih hisap puting kosong..gigi atas die pun dah nampak jongang sikit...tak tahu macam mane cara terbaik nak hentikan die hisap ptuing tu..tapi kat nursery pengasuh cakap dia tak hisap puting dah..termasukla mase tidur tengahari tu..tapi bile blk rumah cepat2 die selongkar beg sekolah die untuk cari puting kosong dan bantal busuk die..huhu

Unknown said...

Alhamdulillah..setelah seminggu berjuang, akhirnya anak saya dah berhenti hisap puting..Tipsnya hanya SABAR:)

Anonymous said...

anak saya x menangis... tapi die suke hisap jari dan hisap karpet n tilam.... jadi terpakse la sy bg puting kosong supaya dia x jilat carpet....

Unknown said...

Salam Dr..Saya memang bermasalah untuk pisahkan puting kosong dari anak perempuan saya yg berusia 3 Thn lebih.Saya pernah buang,gunting depan dia,campak dlm tong sampah dpn mata dia puting ni tapi tetap tidak berkesan.Dier lupe sekejap saja dlm 30 minit..lepas tu dier cari balik.Kalo x dapat dier nangis mengamuk2.Next year dh nak sekolah..mcm mna ye sy nak buat..

Unknown said...

Assalammualaikum
Saya ada anak yg baru berusia 11 bulan.. Gigi nye telah tumbuh atas bawah dalam beberapa batang... Saya dan isteri perasan yg rahang bawah anak saya kehadapan... adakah ianya normal bg baby berusia 11bulan? Kalu tidak, apa yg perlu dilakukan?
Anak saya tidak hisap puting kosong.... Hanya minum susu ibu dan susu formula menggunakn botol susu

Unknown said...

Km mk sy pon X suke n X aja doc
Bnyk factor keburukannye
Antara nye ialah mengajar ank menipu(ISAP AIR LIUR SNDRI), JONGGANG, lgi ble dh besa kesyan kt dye BB NYEW huruf yg dkt LELANGIT Tu ssh nk disebut nye apak sy pon mrh
ABG long sy dye mmg X ske..., Dye kte seolah2 ISAP UDARA..., SBB NYEW aq(dye)X nmpk pon klo kte ad air yg dye hisap at ctu(pd mlenye sy ske(dh kwen nnty nk aja tpi ble dnga pndapat org tua2 dlu2 sy jadik bnci..., Nmpk bnda Tu pon mnymph😒😒😒🙄)lgi kte nye ABG LONG sy org yg brikn ank dye PUTING ni org yg MLZ nk bunch SUSU JEW

Unknown said...

See jntn Kau pon mrh😡
Tah pape bnye mk aja CUCU menipu(ISAP AIR LIUR SNDRI)dll
Sme MCM APK ku mrh(adeq bradeq aq X de 1 pon yg hisap PUTING..., X de la plop MAMPOZ diyhsebabkan X beri PUTING,😡lagiyh bgz Klo X bri n X ngojo bdk Tu PUTING(bkn ap tok kebbaikan n kesihatan dye jgk)spe yg sng nnty?? Kau jgk kn??🙄CUCU blom ad lgi Bru kwen n Bru kwen staun 2 bln

Unknown said...

Yes btol Tu sy sokong sngt2
KMI adeq bradeq X de 1 pon yg ISAP PUTING🥰
Bangga sngt..., Mk syg kmi
Nk kte ANK Tu diam
Pngalaman sy mnjage BDK BERPUTING ni ha
Klo ad bnde yg X kene ko bgi lh EBM Ke, PUTING Ke, mndi Ke sume dye X embih
Menangih JE mace kne CUBIT. sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Unknown said...

Kn sme le kite..., X heloks bnyk factor keburukannye nye
Hihihi ye Ke?? 🤣
Sy ni smpi umo 3taun awq bkn 3 bln tau tpi 3 tau
Umoq 4 bru start MNM SUSU TEPUNG DUTCH LADY COKLAT yg 4,5,6 Tu hihihi😅

Related Posts with Thumbnails