Monday, March 11, 2013

Hadis Palsu Tentang Buta Ketika Bersama Isteri

Salam,

Sudah lama saya terfikir apabila membaca satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang apabila melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh boleh menyebabkan buta. Apabila saya belajar tentang ilmu kedoktoran dan saya terdengar hadis ini saya tak dapat memahami tentang logiknya itu. 

Sains dan Islam tidak bercanggah terutama Al-Quran. Jika ada percanggahannya, samada kita masih belum membuat kajiannya atau kajiannya belum lagi selesai. Apabila Dr Maza mengatakan ia adalah hasil palsu, saya menarik nafas lega. Ternyata masih belum ada percanggahan. 

Harapan kita agar hadis palsu ini dapat disebarkan dan lebih difahami umum.

Saya membawa petikan dari Dr MAZA yang bersumberkan di sini:

" Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.

Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.

Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:
Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!
Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas”
(Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).


-->

3 comments:

Anonymous said...

Dr, kebanyakkan ulama' hadis tidak menjadikan tulisa al-bani sebagai rujukan kerana beliau dgn mudah mengkategorikan sesuatu hadis itu palsu. t. kasih

Anonymous said...

dr.. hadis ni kadang ade penjelasan ya g sebenar...dan untuk saya bersetuju dengan pendapat di atas..kalau saya sendiri..kalau dr. maza yang keluarkan pendapat..perlu ade kajia terperinci..

Anonymous said...

Bila hadis tu menepati apa yg kita harapkan maka hadis itu betul. Tapi bila x menepati maka hadis tu palsu. Simple as A B C islam ni.

Related Posts with Thumbnails