-->
Salam,
Kepada saudara-saudari yang ingin menjalankan
pemeriksaan kesihatan cthnya untuk masuk kerja, sambung belajar dsbg.
Saya nasihatkan pilih pakaian yang sesuai terutama kepada wanita.
Jangan pakai pakaian terlalu ketat kerana sukar untuk dilonggarkan sekiranya perlu.
Jika boleh jangan pakai baju yang satu "piece" dari atas ke bawah. Jika
pakai jubah pun, pastikan pakai kain dalam yang bersesuaian. Jangan tak
pakai kain dalam pula kerana ia akan menjadi masalah kepada anda
sekiranya doktor ingin memeriksa abdomen.
Jangan lupa membawa
cermin mata, walaupun hanya memakainya bila waktu tertentu sahaja. Ada
sesetengah doktor yang "strict" tidak akan meluluskan anda sekiranya
anda tidak membawa cermin mata.
Jangan pilih tudung yang
kompleks. Jika doktor nak periksa telinga, memakai tudung yang sangat
sangat sangat kompleks akan menyebabkan anda sukar untuk menyelak
telinga anda. Bayangkan sekiranya 5 keronsang tudung yang perlu
ditanggalkan untuk menyelak telinga anda.
Sekiranya anda diminta datang untuk mengambil darah, pastikan anda jangan bersarapan dahulu. Pastikan darah yang diambil memerlukan anda untuk tidak bersarapan. Hadir awal, sekiranya anda datang terlalu lewat dikhuatiri anda akan mengalami masalah kurang gula (hypoglycaemia).
Periksa borang-borang yang perlu diisi untuk dibawa bersama. Sekiranya tiada borang yang disertakan, pastikan syarikat atau universiti anda memaklumkan anda apakah ujian-ujian spesifik yang perlu dibuat semasa di klinik.
Kepada lelaki, mudah sahaja, pastikan anda mandi, memakai sedikit pewangi dan tukar stokin anda yang berbau. hehe :)
2 comments:
Nampaknya lebih kepada tips pemilihan pakaian berbanding kesihatan.
Terima kasih.
Saç ekimi, plastik ve estetik cerrahi hakkında ayrıntılı bilgi alıp paylaşımda bulunabileceğiniz makale ve forum sitesi.
Saç Ekimi - saç ekimi forum - doğru saç ekimi
Post a Comment