Wednesday, May 21, 2008

Apa ada pada Bone China?




Assalamualaikum,
Pada minggu yang lepas, saya berpelung mendengar sedikit bual bicara Radio 24 bersama PPIM, di antara Sdri Nazira Noran dan Tokki bersama salah seorang pegawai daripada Jabatan Standard Malaysia.

Ada sedikit isi perbualan tersebut berkenaan dengan isu "bone China". Jika tidak salah saya, seminggu sebelum itu pun ada dibualkan tentang "bone china" juga. Saya ini tidak ada pengetahuan tentang "bone china" dan ini kali pertama saya mendengarnya. Ini membuatkan saya sangat tertarik dengan penerangan daripada mereka. Oleh itu saya ada membuat sedikit "googling" dan mendapat sedikit maklumat daripada "bone china" yang diperkatakan. Mungkin kita boleh berkongsi sedikit dengan informasi ini.

"Bone China" ialah sejenis pinggan mangkuk porcelain yang dikategorikan mahal dan klasik. Porcelain ialah barangan seramik yang mana penciptaannya telah dipelopori oleh Negara China sejak daripada kurun ke 7 lagi.
Ini menyebabkan barangan porcelain ini dipanggil dengan gelaran "china". Malah "fine china" ditujukan kepada barangan seramik yang menggunakan tanah liat khas yang dipanggil "china clay" walaupun tanah liat ini dikorek di Amerika Syarikat.

Bone china dicipta oleh seorang Inggeris bernama Josiah Spode pada kurun ke 18. Perbezaan bone china dengan fine china yang lain ialah ramuan abu tulang haiwan ke dalam ramuan penciptaan bone china. Komposisi ramuan tersebut ialah 50% abu tulang, 25% china clay dan 25% china stone. Pada asalnya, abu tulang yang digunakan oleh Josiah berasal daripada seladang (ox). Abu tulang ini yang menjadikan warna china bone putih dan mempunyai tahap kekerasan yang tinggi.

Setelah banyak pembacaan di dalam internet, saya dapati abu tulang seladang adalah hanya salah satu daripada tulang-tulang binatang yang digunakan. Terdapat banyak lagi jenis tulang binatang seperti unta, kuda, lembu, llama dan juga.....babi. Tetapi bagaimana untuk membezakan tulang babi dengan binatang-binatang yang lain?

The bone ash used to make particular china may not have been made from hog bones. Most large china companies specify that the bone ash not contain hog bones. However, from my experience in the industry, most bone ash suppliers can not always guarantee that some hog bones might creep into their process.
Bagaimana ingin diketahui samada ia adalah barang porcelain jenis bone china? Bone china bewarna putih seputihnya. Oleh kerana ia diperbuat daripada abu tulang, maka ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda disebalik pinggan bone china jika diletakkan berhampiran cahaya. Sekarang telah banyak syarikat yang menghasilkan bone china dan tidak eksklusif seperti dahulu. Maka ini menjadikan proses untukmengenal halal-haram di dalam penghasilan bone china menjadi sukar. Cara yang paling mudah adalah untuk mengelakkannya.

Salam.

Artikel di tulis oleh Dr Azwan untuk www.drazwan.blogspot.com

16 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi berguna ini. Tokki ada ckp, begitu banyak pinggan mangkuk cawan ini dijual di pasar raya dan dipakai di kebanyakan hotel, restoran mewah dan rumah orang berada.

Nazira Noran.

Anonymous said...

It seems like every consumer products in this world have pig essence to some point in them. Kalau tak kulit, bulu. Kalau tak bulu, tulang. Why why why?

Dr Azwan said...

Nazira Noran : Kalau tengok cara penggunaan bone china yang original, klasik dan mahal itu, ia digunakan khusus untuk hiasan, berlagak hebat dan untuk dipamerkan sahaja. Ia terlalu mahal sehingga untuk makan di atasnya pun mereka tak sanggup. Yang guna hidang2 tuh mungkin yang dibuat dari tulang babi agaknya, sebab mungkin lebih murah dan tidak original.

Azra : Yup. Babi has played many important roles to human even in medical perspective. Many vaccines originate from their serum (sera). It is up to us muslims to come up with solutions.

Anonymous said...

huh..penting, penting information ni doctor. nak elak makanan haram. tapi makan atas alas yg dibuat dari sumber yang jelas haramnya, haram jugak la hukumnya kan?

Dr Azwan said...

suehoney : tu kena kena tanya ustaz. :). Tapi kalau tulang babi sah haram. Tulang binatang lain tak pasti.

Rizza said...

dr azwan..

biase nye kat hotel2 mungkin ade yg guna kan ..walaupun bukan 100% dari ash babi tapi ...campuran nye tu yg kita harus pertikaikan..

Dr Azwan said...

rizza : dah lah makanan pun was was, pinggan dia pun was was jugak... kalau nak makan kat hotel nanti, jangan lupa bawak pinggan sendiri... :)

Anonymous said...

dr azwan,
juz nak dapat confirmation..

bone china mmg clear la ada tulang2 dlm pinggan tu..

so kalau FINE CHINA, materialnye hanye tanah liat je la kan.. tulang2 tu semua takde kan?..

sbb ada org tu jual pinggan NORITAKE Fine China.. bukan BONE China tau.. kalau ok, saya nak beli utk mak saya..

Real Woman said...

saya pernah mendgr ttg bone china seketika dulu dan skrg bone china sy hanya di dlm showcase. bila perasaan was-was wujud..elok disimpan saja. :)

Anonymous said...

walau bukan tulang babi.tulang haiwan lain yg tak sembelih ikut syarak juga haram !!!

zaaz said...

Ada 5 kategori di dalam kelas seramik:

1 bone china : spt yg dr kongsikan diatas
Cth: wedgwood, royal albert, noritake ( ada yg porcelain) etc
2 porcelain : clay without ash bone
Cth : crownlynn, patra, ck etc
3 vetrified fine china : clay without ash bone
Cth: claytan
4 fine china : clay without ash bone
Cth: claytan ( malaysia)
5 earthernware : clay without ash bone.
Cth: pasu bunga di laman rumah kita

Utk no 2 hingga 5, kualiti dan finest produk bergantung kepada jenis dan kualiti tanah liat yg digunakan.

Utk produk tanah liat terbaik ( clay) diatas disusun ikut kualitinya.

Ada perbezaan antara bone china dgn e-bone

Bone china : campuran abu tulang dan tanah liat . Apa jenis tulang? Itu yg jadi persoalannya

E- bone : adalah technology dgn formula saintifik dari kategory porcelain utk menghasilkan better finest pada set pinggan mangkuk kita.

Secara keseluruhan, bone china amat meragukan tetapi jika berminat juga , dapatkan pengesahan halal dari pembekal. Contohnya. William Edward adalah jenama pinggan mangkuk bone china dari Uk tetapi mempunyai sijil halal dan membekalkan produk ini ke negara islam Egypt.

Sekadar berkongsi

Unknown said...

Kalau ada pinggan yg tak ditulis fine bone China tetapi nmpk byg2 tgn blkg pinggan dkt cahaya?

Anonymous said...

Sembelih dan tidak sembelih ni hanya utk makanan, rasanya hukum lain pulak.. lebih baik tanya ustaz.

FARAIM said...

tadi g kedai rm2..tulis fine bone China...yiyun....huhuhuhu

FARAIM said...

tadi g kedai rm2..tulis fine bone China...yiyun....huhuhuhu

Keliru.. said...

Jika dibawah pinggan tersebut ditulis Lucky Fine China..adakah bermaksud pinggan tersebut dibuat hanya menggunakan tanah liat sahaja?ada pinggan mangkuk dpt percuma diberi semasa pembelian brg.

Related Posts with Thumbnails