Thursday, May 29, 2008

PKPIM diserang, mana pemimpin-pemimpin Islam?



Saya petik daripada www.n32.blogspot.com tulisan saudara Roslan SMS


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun dahulu. Matlamat persatuan ini antara lain adalah untuk mengembalikan pelajar-pelajar Islam Malaysia kepada idealisma Islam yang sebenar yang komprehensif sejajar dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

Badan ini walaupun aktif khasnya dikalangan para siswa Islam namun kadangkala oleh pelbagai sebab aktiviti, program dan kenyataan-kenyataannya tidaklah tertonjol sangat.

Baru -baru ini Pengerusi Halehwal Wanitanya (HEWI) adik Munirah Bahari telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran menukarkar pakaian seragama pelajar perempuan di sekolah-sekolah. Kata beliau ini bagi menangani jenayah seksual yang melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dikalangan pelajar. Menurut Munirah lagi baju berwarna putih (baju kurung sekolah) yang digunakan di sekolah-sekolah sangat jarang dan menyebabkan ada daya tarikan disitu.

Lalu beliau mencadangkan jika tidak ditukar sekalipun, pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung labuh yang tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

Saya tidak nampak sebarang kecacatan atau keterlaluan dalam kenyataan adik Munirah ini mewakili PKPIM. Tambah-tambah mereka adalah NGO pelajar Islam Malaysia, oleh itu layak dan paling sesuailah mereka terbit dengan cadangan ini, soal samada cadangan ini akan dituruti atau tidak, itu soal kedua, yang penting Munirah dan PKPIM sesungguhnya berhak menyuarakan pandangan mereka.

Masalahnya, semalam saya terbaca seorang Ketua Editor akhbar berbahasa Inggeris (yang bukan Islam) dalam blognya mengkritik saranan PKPIM ini. Pertama beliau menganggap PKPIM sebagai sebuah NGO yang langsung tidak dikenali, keduanya tindakan NGO tersebut "stupid" atau bodoh dan ketiganya menganggap PKPIM sebagai jelmaan "Little Taliban" kerana mengusulkan sesuatu yang ekstrim dan melampau.

Dalam akhbar The Star hari ini, PKPIM terus menjadi gelanggang serangan pihak-pihak yang sememangnya samada tidak menghormati Islam ataupun penafsiran Islamnya menggunakan acuan ultra liberal barat yang bersandarkan logik akal semata-mata.

Sisters in Islam melalui Pengurus Programnya Norhayati Kaprawi menolak anggapan PKPIM bahawa pakaian sekolah yang ada ini menggalakkan rogol (adik Munirah sebut jenayah seksual) dan seks sebelum nikah. Kata beliau tidak cukupkah dengan pakaian baju kurung yang ada sekarang. Lalu sebagaimana yang biasa SIS lakukan (iaitu memakai aplikasi logik mengatasi syariah) Norhayati berkata, wanita Melayu yang berkabung pun menggunakan baju kurung putih, apa masalahnya (tidak pula saya tahu wanita Melayu ada kod baju untuk berkabung?). Malah tambah Norhayati, Wanita Umno pun menggunakan baju kurung putih, apa isunya (kenapa Wanita Umno pula menjadi sumber hukum?).

Manakala Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah yang turut tidak bersetuju dengan saranan PKPIM itu mengatakan apa yang perlu bukannya menyemak semula polisi pakaina seragama berkenaan tetapi adalah menyemak semula tanggapan-tanggapan salah berkenaan pakaian wanita. Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.

Bagi saya selaku badan yang bertanggungjawab PKPIM berhak mengemaukan cadangan ini, tambah-tambah ianya tidak langsung bertentangan dengan matlamat dan perjuangan mereka. Jika ada pihak yang tidak bersetuju atas apa alasan sekalipun, janganlah mengkritik dengan menyerang dan mempersendakan Islam pula. Mengapa usaha untuk mendekati Islam dipanggil sebagai "Talibanisation"?

Saya menyeru badan-badan Islam, para alim ulamak dan ahli-ahli politik Islam dan yang semua yang berkenaan agar menyatakan sikap dan pendirian terhadap cadangan PKPIM ini. Jangan biarkan mereka bersendirian menerima serangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Atau apakah kita semua juga sudah lunak dan termakan dengan dakyah kumpulan berfahaman ulta liberal barat ini?



Apa pendapat Anda?

Salam.

12 comments:

Anonymous said...

hmm..
entahlah dr,
bila disebut tukar warna pakaian, saya mmg tolak terus..
sebabnya:
putih itu suci
putih itu bersih
putih itu gambaran disiplin pelajar

selama saya berada di sekolah agama pun, tak pernah ustazah saya bangkitkan perkara ini..
(perlu diingat bhw ustazah saya memakai tudung yang sangat labuh seperti telekung paras peha dan warnanya juga ala2 org arab pakai)
yelah mungkin kerana kami diwajibkan memakai anak baju, lagi pula memakai tudung labuh
cuma paling saya ingat ustazah pernah menegur tatacara pakaian pasukan beruniform yang mengikut bentuk badan..

saya kasihan melihat munirah yang dikecam habis-habisan oleh puak2 yang boleh dikategorikan kepada:
*tak paham
*kurang ilmu
*mengambil kesempatan(atas tiket isu agama)
dan lain2 lagi..

saranan saya, sebelum keluarkan kenyataan, khususnya yang boleh menyentuh sentimen agama dan feminisme, kita perlu ada:
*fakta yang thiqah;
*kajian mendalam;
*hujah yang utuh;
*sokongan padu terutama dari alim ulama'


apapun tahniah buat munirah..
at least pandangannya didengari,
walaupun dihujani tuhmah, dikecam hebat,
hopefully ianya akan berakhir dengan kebaikan yang boleh dimanfaati semua...

moga kita semua diberi kekuatan...

PoP

Anonymous said...

usul ni bagusnya dibawa ke Parlimen, dibincang dan dibahas...kita tengok apa pendpt pro sekular dgn isu ini.. pada saya usul yg baik harus dipertimbangkan bukan diremehkan..

Dr Azwan said...

PoP : saya mungkin tak ada masalah jika berbincang isu warna. Mungkin sebab saya dulu dari sejak tingkatan satu di SMAKL dah dilantik jadi pengawas, jadi kena pakai baju biru. Kat MRSM pun baju uniform berwarna kuning coklat dan biru. Isu warna tidak ada menjadi masalah bagi saya.

Mungkin isu sebenar bukan warna tetapi samada baju yang dipakai itu terlalu nipis sehingga menampakkan apa yang tersirat. Bagi non muslim, ini sebenarnya bukan satu isu, sebabnya mereka memang biasa memakai skirt pendek dan seluar pendek merata-rata. Itu tidak bertentangan dengan agama mereka.

Jikalau perempuan itu memakai baju nipis dan menampakkan pakaian dalam itu dah bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi kata pakai baju tapi tak pakai baju.

Pendapat saya, kalau sesorang pejuang Islam itu berani ketengahkan isu ini, tak perlu dirisaukan tentang cacian, makian dan pandangan negatif orang. Itukan mehnah di dalam perjuangan. Biasalah tu. Orang pasti akan mengata. Tugas saya adalah menyokong dan menyebarkan. Harap2 Allah terima.

Kumb@ng: Lebih pada isu ini pun depa remehkan.

Adzrul Ariff said...

Salam.
Bagi saya, ada relevan jugak isu ni dibangkitkan. Saya ingat lagi time skolah menengah dulu, kadang2 ada je budak laki yg nakal2 tu sengaja simbah air kat budak ppuan yg pakai baju kurung, pastu sorak2, gelak2 n sengih2. kenapa agaknya dorng buat macam tu kalau tak nak 'mencuci mata'?

Tapi...org putih ckp 'takes two to tango'. Pihak skolah puas bagi amaran kat budak ppuan jgn takat pakai bra saja, pakai camisole jugak, mesti warna putih, t-shirt pun takpe...ada jugak antara dorg yg sengaja taknak ikut...

Bagi saya...guna material yg tak jarang utk jadikan baju kurung. Tukar warna mungkin agak susah utk mana2 yg kurang kemampuan nak kena beli lagi set uniform baru...

Yg mengata2 pasal usul baju kurung tu patut sedar...kan mencegah tu lagi bagus dari mengubati.

Sekadar nine-cents (bukan nonsense) dari saya. Wsalam dr.azwan.

Anonymous said...

Salam..
Saya ni cuma mengikuti perkembangan blog DrAzwan. Baru hari ni teringin nak leave msg. Pd pendapat saya, x perlu ditukar warna putih tu, cuma perlu wajibkan pakai 'camisole' or singlet, t-shirt pun ok. Memang betul pun uniform sekolah tu jarang.Kalau baju itu baru, mungkinlah tak ketara sangat 'see thru'nya.. Tp kalau dah dibasuh berkali-kali, pasti dan pasti ianya semakin nanpak 'jarang'. Waktu saya sekolah dulu di 'girl school' pun ramai student perempuan yg seolah-olah 'sengaja' kot pakai pakaian dalam yg contras dgn uniform sekolah. Adakah ia suatu masalah besar untuk mewajibkan student perempuan pakai camisole? Bukannya mahal mana punn... Kalau credit di top-up saban minggu tu, boleh pula....

Saya rasa sedih dan sakit hati bila DrAzwan kata ada editor paper bahasa inggeris pertikaikan PKPIM sebuah NGO yg tidak dikenali.. Bukankah kita perlu lihat apa yang diperkatakan, bukan siapa yang memperkatakan....

Ee.. geram..geram..

mak iti kawan yus said...

aslm.
Kalau bercakap dengan orang-orang yang gunakan logik ni, kena guna logik juga. Mmg melampau juga komentar dalam surat pembaca ada satu paper omputih tu. Saya anggapkan ini adalah kejahilan umat Islam pada masa akhir zaman ini!Sedangkan pada zaman pemerintahan khalifah Umar, dia
mengarahkan tentera memerangi Yahudi yang mempersendekan dan mentertawakan seorang muslimat yang auratnya terdedah dikalayak ramai di pasar.

Wanita tersebut merasa terhina dan maruahnya dicabar lalu mengadu kepada pemerintah Umar. Lalu Umar mengarahkan tentera tersebut bertujuan memberi peringatan dan pengajaran bahawa rakyat di bawah pemerintahan Islam akan dibela maruah dan keaiban mereka.Itu pun tak sengaja terdedah, sekarang ini kita berlumba-lumba mendedahkan aurat wanita dgn membuat pertandingan ratu cantik dsbnya.

Orang BERIMAN je boleh terima peraturan-peraturan yang Allah dah tetapkan.
Kalau ikut logik memanglah tak mau pakai tudung, sbb alasan rimas dan panas, mestilah nak pakai seksi sebab nak vogue up to date dan
tak rasa mcm makcik-makcik!
Sebab itu hukum menutup aurat khusus kepada wanita muslim dalam al quran tu dimulakan dengan ayat "wahai orang-orang beriman! Katakanlah kepada isteri-isterimu..sehinga habis ayat.

Dan kenapa orang bukan Islam nak masuk pot, saya pun tak faham..
Dalam mencari hujjah-hujjah logik ni, saya pernah terbaca buku Dr Danial Zainal Abidin "the misunderstanding of Islam" dalam hujjahnya mengenai pemakaian menutup aurat iaitu kisah seorang wanita bukan muslim yang menceritakan mengenai dua event yang dialaminya sendiri iaitu "pada satu hari dia telah keluar berjalan dengan baju yang agak terbuka, dan tiba disimpang jalan seorang pemandu trak telah menjongolkan dirinya dan bersiul-siul dan bersorak kepadanya. Padanya waktu itu maruahnya telah jatuh serendah-rendahnya. Pada satu hari yang lain, dia sengaja memakai sebagaimana wanita islam menutup aurat cukup dengan tudung dan baju yang longgar tiada pula kerenah-kerenah lelaki yang tidak diingini berulang sebagaimana sebelum ini. Maka, dia menyimpulkan dengan menutup tubuh yang selengkapnya dia telah melindungi "daya-daya sensualnya" dan apa yang kelihatan adalah kemampuan/daya feminitinya sahaja.(lelaki dan prpmn ada kemampuan akal yang berbeza, ya!)
Saya bagi contoh lain utk menjelaskan konsep ini. Semasa perbahasan antara Obama dan Hillary Clinton, terlalu byk gambar yang dishoot kepada Hillary Clinton tetapi menuju kepada aspek-aspek sensualitinya seperti kolar baju yang menuju kepada lurah dada, bilahan skirt yang nampak paha dan bermcm2 lagi. Ini bermakna, konsentrasi pendengar tidak solid kepada isu-isu intelektual yang dihujjahkan oleh
seorang perempuan namun boleh terbahagi dan terarah kepada
'daya sensualnya' juga.
Bukankah ini satu kerugian kepada Hillary sebab Hillary nakkan audiens optimumly digest segala idea-idea dia(utk bersama-sama membentuk satu hala tuju pemikiran)
ttp fikiran diorang ni fikir benda-benda lain pulak!
Tetapi adakah perkara yang sama berlaku kepada Obama?Tidak! Sebabnya tiada apa yang menarik pun kecuali kemampuan intelektualnya.(aku tak rasa ada orang berminat nak tahu apa warna seluar dalam yang dia pakai berbanding warna bra atau jenama bra yang hillary clinton pakai..betul tak?)
Wanita memang dicipta menarik oleh Allah Taala sebagai hiasan-hiasan dunia. Pusing macam mana pun ada bukit dan gaung sbb naluri manusia tidak suka benda yang monotonous/stereotaip akan cepat bosan. Dan itulah badan perempuan.

Namun, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah(kira-kira mcm bini kau lah , wan!!)
Dakwaan yang mengatakan bdk2 yang pakai elok pun kena rape juga tidak seharusnya dijadikan hujah utk mengatakan keseluruhan sistem menutup aurat wanita adalah salah. Bukankah ada satu hadis(kalau salah tlg betulkan) yang menyatakan supaya wanita-wanita tidak melembutkan suara semasa bercakap dengan kaum lelaki ditakutkan menimbulkan implikasi kpd lelaki yang "mempunyai penyakit dalam hatinya". Itu baru suara yang merdu blm lagi susuk tubuh badan lagi. Ini bermakna mmg wujud sebahagian grup lelaki di luar populasi lelaki biasa yg mempunyai kemahuan seksual yang melebihi lelaki biasa.Bukankah ilmu psikologi telah menyenaraikan pelbagai kecelaruan seksual di luar tabii spt pedophilia(sukakan
seks dengan kanak-kanak), masochism, sadism wujud.
Ini bermakna apa sahaja yang Allah hukumkan akan memberi manfaat kpd
manusia.Bukankah Islam ini adalah rahmat kepada seluruh alam?

Bagi aku kalau tiada seorang manusia pun yang menyokong Adik Munirah, cukuplah dia mengambil Allah dan Rasul di sisiNya!
Undian pembaca dalam sinar harian dan bbrp polls yang lain , majoriti mengatakan baju sekolah putih tu mmg seksi.
sekian.

Dr Azwan said...

Adzrul Ariff : Bukan hang ke yang simbah air tuh.. har har.. sekarang pemikiran budak sekolah menengah tak sama dengan budak sekolah menengah dulu. Budak sekolah menegah dulu, benda seks ni pun tak tahu apa. Jangan buat skarang... ramai yang dah mengandung...

fidah : sekarang memang bebas yer orang mengata Islam. Dulu kalau mengata sikit, dia punya resonance perghh.. dari tok mufti ke tok mudim bersuara. Sekarang ni semua rileks cam takde apa-apa.

Mak Iti kawan Yus : Aku, kalau Mak Iti bersuara, aku jadi lemah. Kalah Hillary Clinton. Idea ko ni ada campuran ala-ala timur tengah, barat campur Malaysia sket. Tapi apasal bini aku masuk skali. Anyway Thank you.

Anonymous said...

from PoP
to dr azwan

dr, ini komen yang paling saya boleh terima
from my friend who previously attach with AG chambers and now doing phd at UK...

Tuesday, 3 June 2008
Baju sekolah

Perlu ke aku tulis pasal isu2 semasa dlm blog? Nahh..its so not me. Tapi org lain tulis so aku nak tulis jgk la sikit.

Aku cam nak gelak dgn isu pakaian pelajar perempuan ni. Aku setuju lah, mmg baju sekolah putih tuh agak jarang. Tak kesah lah sebab colour dia atau pun material dia yg nipis. Cuma si Munirah Bahari tuh how in the world did she get the idea to kaitkan baju sekolah tu dgn rape and premarital sex? Tak ke a bit far-fetched tuh?

Kalau nak propose tukar baju sekolah, guna lah grounds yang sabboh sikit. Contohnya on grounds that baju sekolah sekarang ni kurang proper ke (memang tak proper pun kalau sampai nampak baju dalam kan?)...nampak tak berapa sopan atau tak manis ke. I know these grounds pon very subjective dan ramai orang mungkin berpendapat baju sekolah skrg pun dah proper. And some silly guy yang nak publisiti mungkin akan raise a dumb question like "Define what you mean by proper!". (I say it's dumb because 'proper' or 'improper' is not something that u can define precisely. And you can't draw a line between proper and improper kan. Subjective. Subjective. Sama gak dengan 'sexy'. Or 'beautiful').

Tapi at least dengan grounds yang sebegitu, the burden of proof tak lah setinggi utk prove bahawa baju sekolah leads to rape and premarital sex??? Yang tu ko buat research 10 tahun pun belum tentu dapat jawapan. Ever wondered why bila ada orang membunuh tapi bukti tak cukup utk convict him of 'murder', so prosecuter akan charge orang tu dgn 'manslughter' instead? Sbb burden of proving murder tu sangat tinggi. Sama lah dengan kes baju sekolah ni.

So if I hear anymore funny stories like this, Im not gonna write it in my blog. Not worth my time.

Anonymous said...

Hi Pop,
Maaf kalau mencelah. Mungkin direct research tak leh buat tapi yang hampir menyamai boleh, InsyaAllah.
Kita letakkan 100 lelaki, di hadapan mereka ada 100 orang pelajar perempuan yang cantik 30%, sederhana cantik 30%, biasa-biasa 30%. Sepanjang masa 100 orang gadis itu lalu di hadapan mereka ni, kita continously monitor tekanan darah, EEG, ECG dan last sekali biochemistry test utk check certain chemical yang dilepaskan apabila ada rangsangan seksual. Group control pula adalah 100 lelaki yang sama dengan 100 budak perempuan yang sama yang bertudung litup dan monitoring exactly sama mcm tu. Ko rasa ada perbezaan tak
Bagi aku, even though munirah is bit excessive dalam mencari perkaitan atau evidence based fact, isi atau fakta yang sebenar tidak boleh ditenggelamkan begitu sahaja.
Bagi aku sendiri yang terlibat dalam research ni, apabila ada suruhan agama tu, kita terima sahajalah sebab apa yang Allah tunjukkan adalah untuk kebaikan kita.Kita tidak perlukan eksperimen utk membuktikan segala suruhan Allah itu ada kebaikan utk manusia
kerana akal yang mencipta metodologi eksperimen tu sendiri tidak mungkin mencapai hikmah-hikmah yang Allah berikan.
Wallahua'alam.

Dr Azwan said...

pOp dan Mak Iti : Terima kasih di atas buah fikiran anda. Kita sama-sama boleh bincang dan bertukar pendapat di sini.

Pada pendapat saya, ayat "La Taqrabuz zina" pun yang telah Allah sebuat juga satu perkara yang subjektif. Define "La Taqrabuz Zina" tu. Mungkin seseorang ulamak yang Faqih akan define lebih strict daripada seorang peguam syariah misalnya.

Menghampiri zina tuh adakah maksudnya cuma berpegangan tangan, buat ringan2 atau adakah ia termasuk sekali dengan pemakaian?

Kalau nak define proper dan improper memang lah sukar sebab nilai manusia itu berbeza-beza. Perempuan berbogel dikira improper kat Malaysia, tapi kat Amerika ia jadi satu seni dan industri dengan nilai berbillion. Mereka ada nude beach yang boleh berbogel kat tepi pantai. Mana satu proper dan impropernya.

Ada orang kata, berbahas pasal pakaian ini persoalan kecil (persoalan ranting). Kalau ia sekadar ranting, kenapa Allah menitik berat pasal hukum pakaian di dalam alQur'an. Atau inikah sebenarnya isu pokok yang kita silap faham dan ia menjadi masalah ranting kerana hilang sensitiviti terhadap hukum..

Itu sebab sekarang ni isu pasal homosexualisme pun agaknya dah bertukar menjadi isu ranting. Anak-anak dara kita pakai cam lelaki dan anak anak lelaki kita pakai cam perempuan. Kita dah hilang sensitiviti sehinggakan isu pokok seperti pakaian telah bertukar kepada isu ranting.

Wallahu Alam;

Anonymous said...

mak iti,
saya tak kata pendapat munirah salah...(just menerima ground of my friend about this issue) dan
cuma ground yang munirah bagi excessive..it create controversial...sampai ada org boleh salah erti..(itu yang bahaya)lagi2 kalau takda sokongan daripada ilmuwan..
bila dilihat pun tak ramai ulama' mengeluarkan suara...(itupun satu problem gak... kalau tak kenapa sampai dr azwan buat entry bertajuk "PKPIM di serang, mana pemimpin2 Islam?"...its like very pity...
kita ni pulak yang duk gaduh di alam maya...tapi takpa...bak kata dr azwan sebelum ni dalam komen terawal,
"Pendapat saya(dr azwan), kalau sesorang pejuang Islam itu berani ketengahkan isu ini, tak perlu dirisaukan tentang cacian, makian dan pandangan negatif orang. Itukan mehnah di dalam perjuangan. Biasalah tu. Orang pasti akan mengata. Tugas saya adalah menyokong dan menyebarkan. Harap2 Allah terima"

so tak perlu gaduh di alam maya...applauses to munirah. but munirah pun tak tau kut...

HANYA ALLAH yang TAHU...

sekian,

PoP

Anonymous said...

Good point pop dan azwan!
Mungkin inilah manifestasi akhir zaman. Orang tak de agama..semakin hilang sistem. Dalam the star..pasal FUBU pun dah wujud. Aku baru ni byr duit gril kat cina prmpuan yang buat bisnes tu. Lepas tu aku minta diri nak makan dan solat. Dia tergezut dia kata bukan orang laki je ke solat. Aku pun explain lah. Lepas tu byk lagi dia tanya sampai sejam aku explain psl agama Islam ni. Lps tu dia cerita pengalaman dia sembang dengan prmpn melayu 'ayam'.Sampai dia pula pegi nasihatkan 'orang-orang' kita ni supaya buat keje lain yang halal utk elakkan penyakit yang bukan-bukan tu.Aku
kata org Cina yg masuk Islam ni kalau dia tgk orang melayu sekrang takkannya mrk nak masuk Islam, tapi kalau dia dalami dan hayati keindahan Islam nilah baru dia nak masuk Islam.AKu kata kata mcm orang cina juga, ada yang rajin pergi tokong ada yang suka tegok arak sebab otak aku tak terilham pada masa itu utk elaborate makna IMAN. Ok, dia kata baru faham. Satu je remark dia yang last sekali.."betullah, mcm dia dengar sebelum ni, agama Islam ni je yang ada sistem (hidup dll).

Related Posts with Thumbnails