Masalah anak kerap kencing disebabkan oleh overactive bladder juga menyebabkan masalah kencing malam berlaku. Sebelum kita mengatakan bahawa masalah kencing malam disebabkan oleh psikologi anak-anak, beberapa diagnosis seperti jangkitan kuman, masalah saraf, metabolik dan sebagainya perlu diambil kira. Sila baca artikel ini untuk menambah pemahaman bersama.
Oleh Hafizah Iszahanid (Berita Harian Online)
hafiza@bharian.com.my
Masalah pundi kencing aktif lazimnya dialami budak perempuan
PUNDI kencing yang aktif bukan hanya masalah golongan dewasa sebaliknya turut dialami sebilangan kecil kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Umumnya, walaupun masalah pundi kencing aktif di kalangan kanak-kanak dan dewasa adalah sama, tetapi faktornya pula berbeza.
Pakar Runding Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam di Selangor, Dr Varughese Koshy, berkata ada tiga simptom kompleks yang menandakan kanak-kanak itu mengalami masalah pundi kencing aktif.
Pertama, kekerapannya membuang air kecil (lebih tujuh kali) sehari, rasa terdesak hendak membuang air kencing dan kerap terkencing.
"Umumnya kanak-kanak memang kerap kencing, namun mereka yang berhadapan dengan masalah pundi kencing yang aktif akan kencing lebih kerap dan selalunya terkencing sebelum tiba di tandas," katanya.
Pundi kencing yang aktif bukan masalah yang besar. Ini kerana ia akan pulih dengan sendirinya selari dengan peningkatan usia. Apabila kanak-kanak itu berusia 12 ke 13 tahun masalah ini akan berkurang dengan sendirinya.
Malah, kekerapan masalah ini adalah 13 peratus di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun, tujuh peratus di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun dan lima peratus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.
Jelas Dr Varughese, jika masalah itu disebabkan oleh keadaan yang tidak diketahui (idiopathy), ia akan pulih dengan sendirinya. Namun jika faktor penyebabnya adalah kencing kotor, sembelit atau masalah saraf, kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan lanjut.
"Jika masalah pundi kencing aktif itu berpunca daripada kencing kotor atau sembelit, doktor akan memberi ubat untuk menangani masalah berkenaan. Apabila masalah kencing kotor atau sembelit diubati, kanak-kanak itu secara automatik tidak lagi berhadapan dengan pundi kencing aktif," katanya.
Dr Varughese berkata, bagi kes sembelit, najis akan mengisi usus belakang dan ruang kencing yang kemudiannya menekan pundi kencing menyebabkannya kerap berasa mahu kencing.
Selain itu, pundi kencing aktif juga mungkin berpunca oleh otot dalam pundi kencing itu sendiri. Otot yang dinamakan 'otot detrusor' sepatutnya 'berehat' bagi membolehkan pundi kencing berfungsi. Apabila anda kencing, ia mengecut bagi mengeluarkan semua air kencing. Namun, bagi sesetengah orang, otot itu lebih aktif berbanding orang lain dan lebih sensitif menyebabkan rasa kencing yang sangat kerap.
Faktor pundi kencing yang aktif mungkin disebabkan masalah neurologi. Misalnya kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah saraf seperti seraberal palsi. Bagaimanapun masalah kencing disebabkan kerosakan saraf tidak boleh pulih dengan terapi kerana ia masalah berkekalan. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan kekerapan membuang air kecil.
"Kanak-kanak yang berhadapan masalah ini biasanya dalam lingkungan usia enam ke sembilan tahun. Kanak-kanak akan dapat mengawal pundi kencing sepenuhnya pada usia antara empat dan enam tahun. Walaupun ada kanak-kanak yang boleh mengawalnya pada usia lebih awal, tetapi secara umum, mereka akan dapat mengawal pundi kencing sepenuhnya pada usia empat tahun," katanya.
Justeru jelas Dr Varughese, kes pundi kencing aktif biasanya dikesan selepas usia itu. Malah 25 peratus daripada mereka yang mengalami masalah pundi kencing aktif juga berhadapan dengan masalah kencing malam.
Bagaimana menangani masalah ini?
1) Ajar anak mengawal pundi kencing. Setiap dua ke tiga jam, tanya sama ada dia mahu membuang air kecil.
2) Ada juga kanak-kanak yang tidak membuang air kencing sepenuhnya biarpun selepas kencing. Selepas membuang air kecil, pastikan dia membuang air kecil sekali lagi bagi memastikan tiada lagi lebihan air kencing mengisi pundi kencingnya.
3) Bagi mengajar anak mengawal pundi kencing, ibu bapa perlu lebih bersabar. Apabila bersantai atau membeli belah, ketahui kedudukan tandas bagi memastikan anak anda tidak terkencing sebelum sempat sampai ke tandas.
Fakta: Simptom anak alami masalah pundi kencing aktif
# Kekerapan membuang air kecil (lebih tujuh kali) sehari
# Keinginan atau terdesak hendak membuang air kencing
# Kerap terkencing
# Selalunya terkencing sebelum tiba di tandas.
Kekerapan masalah
# Kira-kira 13 peratus di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun
# Kira-kira tujuh peratus di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun
# Lima peratus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.
20 comments:
salam, doc..
boleh tak citer sket ttg cyst.. sy br dpt tau sy ade cyst 3cm.. ape itu cyst?? apa faktor kejadian cyst? dan apa cara rawatannya??
assalamualaikum
dr
mohon kebenaran nak copy artikel masalah anak kerap kencing di blog saya...
terima kasih
Salam doctor,
saya memang ade penyakit nih sejak dari kecil sampai laa sy dah besar...masuk sekolah menengah still tak pulih juga....sampai masuk U kadang2 boleh terkencing atas katil....sy tak sengaja tp selalu mimpi masuk toilet kemudian perasan sudah basah....stress lah penyakit ni....tapi kenapa yer dah tua2 gini tak pulih2 lg...sedih lah
Ehhh... Samalah kita bebelsokmo, selalunya mimpi masuk toilet baru banjir...
Rupanya ada orang senasib dengan saya..macam mana nak ubati penyakit ni..saya tak dapat tidur nyenyak bila ditempat orang.. takut kalau t'kencing atas katil..malunya..
ermm.....ada gak org yg bmasalah cam sya nie.....ingat diriku ini PELIK!!! ada cara ka yg bule ubat nie pnyakit.... da nak kawin pun msih kencing mlm.....adui
pakai pampers lah kwn2.
Kalu xpun, pkai pad overnight mcm wanita yg dtg haid. Dh trpaksa, nk buat mcmana
Good info... tqvm!
AsSalam doctor,
Anak lelaki sy berumur dlm 3 tahun lebih kerap mengadu sakit apabila buang air kecil. Kdg2 sembelit walhal mmg dia minum air byk. Mlm td dia menangis lg xboleh nk buang air. Mmg kelihatan penisnye seolah2 mmbengkak di bhgn tgh. Patutkah sy membawa dia ke hospital utk rawatan selanjutnya atau memadai sekadar mmberi minum air yg byk, mkn buah or minum air kelapa. Fyi, ank sy mghidap sindrom nefrotik.
AsSalam doc.. Anak saya umur 9 tahun pun mcm ni la masalahnya.. Hari2 balik seluar sekolah agama mesti bau hancing punya dia dh terkucil.. Pagi kt sekolah agama dah 3,4 kali p toilet.belum lagi kt sekolah kebangsaan.. Sampai ustzah pun naik heran.. Simptom dh sama dgn pundi kncing aktif... saya nk try tip-tips untuk tangani masalah ni.. Harap2 berjaya.. Tq..
Dr.minta izin share info ni di blog sy ye.Anak sy pun mengalami masalah yg sama.tq.
Dr..anak saya berumur 5 tahun.selang beberapa bulan dia akn ada symptom utk kerap pergi toilet utk kencing.tak sampai 5 minit dia akn berulang ke toilet smula.sbnyak 4@5 kali.dan dlm masa yg sama pd glan penis dia ada balanaitis.adakah punca balanaitis tu yg sbbkan dia kerap kencing?
Ank sy berusia 5 tahun..die pon kerap kencing k.kdang 1 hri tu smpai ke 8 kali..k.kdang tgk sluar die dh bsah..mcmne ea nk atasi masalah ni?sy pon dh naik buntu...
As salam doc.. Anak sy berumur 6 tahun.. sejal akhir2 ni anak sy kerap ke toilet utk buang air kecil.. Kdg2 xsampai 10 minit.. dia akn ke toilet lg. Terutama bila malam menjelma.. Sy risau doc.. Mcm mana sy nak buat doc? TQ
Ank saya umo 11tahun kerap terkencing kkdg kt tpt tido, kkdg terberak sbb dia tk tahan... Adakah normal gitu sbb dh umo 11 tahun
Ada obatnya ka doc?
doktor mohon pencerahan.. saya ada anak berusia 4 tahun. .kerap ke tandas kencing.. kadang tak sampai 10 minit p tandas lagi. Kekadang tak sempat bukak seluar dah terkencing.. kesian saya thok dia.. sampaikan dia nagis2 tak than nak kencing smpai tak smpt bukak seluar... adakah saya patut bawa jumpadoktor untuk tahu masllah secara deteal pasal anak saya yg kerap kencing nie
Sama. Anak sy sejak 2 minggu ni memang kerap nak kencing. Memang dia minum air masak banyak tapi kadang kesian dia kena ulang alik tandas. Baru ni pergi open house rakan, 5 kali anak ulang alik tandas. Kadar kekerapan 20-30minit sekali nak ke tandas. Sy nak monitor lagi seminggu, sekiranya masih sama nak bawa jumpa Dr.
Boleh saya tahu perkembangan sbb anak saya pun sama?
Post a Comment