Wednesday, May 2, 2007

AP set VS Original Set


Assalamualaikum...

Ada ramai pembaca blog yang bertanyakan samada handphone yang saya jual original ataupun tidak. Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru, saya akan tulis di sini perbezaan ori set dan ap set berdasarkan pengetahuan saya yang sederhana selama berkecimpung di dalam bisnes phone ini selama 2 1/2 tahun yang lalu. Kalau ada yang tersalah, minta maaf dan sila beri teguran.

Definisi- AP set (?Approved permit) ialah handphone yang original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Definisi - Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Motorola yang sah. Baru-baru ini VSCOM telah menjual original hphone di bawah company nya sendiri - mungkin dah menjadi taraf pengedar sah.

Kualiti - Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan company nya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP. Tetapi kadang-kadang tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang rendah tetapi itu bagi saya kes yang sangat terpencil. Kalau ada? inilah Allah sebut peniaga yang bakal masuk neraka... Saya tak bersubahat ye.. Jadi kalau depa ni boleh tukar barang dalaman untuk AP set.... apa yang pula boleh menghalang mereka dari menukar barang dalaman untuk original set?

Warranty - Dari segi warranty, AP set menawarkan warranty selama setahun untuk transceiver (mcm motherboard la), tetapi hanya 1 bulan sahaja untuk battery dan LCD. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA. Nampak teruk kan? Rileksss... Company besar macam VSCOM, COMSAT dan Asia mobile mempunyai company service mereka sendiri seperti Pacific Solution dan Future Technology. Company ni memang komited untuk repair handphone dengan cepat dan cekap. Tapi service company terletak hampir dengan company yang supply. Oleh itu, kalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty - Warranty Original set datangnya dari NOKIA. Warranty adalah selama 1 tahun termasuk trasceiver, LCD dan battery. Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national dan international warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai Nokia di Kota Bharu, Padang Besar atau di Golok.

Harga - Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6280 lebih kurang RM 800. Original 6280 zithron ialah RM 1000+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya. Lebih lebih lagi set AP kadangkala disertai dengan memory card percuma.

Pilihan - AP set kadangkala tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch. Melalui pengalaman saya Nokia 6288 lebih senang untuk mendapat warna putih daripada hitam. 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya. Sedangkan original set, warna merah pun ada!!.

Tambahan :-
Underwater set - pernah dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang dan pertama kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.

Recon set (atau recondition) - Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah (atau setanding harga ap set). Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon!


Kesimpulannya :-
Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget yang cukup, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.

Sekiranya anda jenis berkira tentang wang, menjaga h/phone sperti menjaga nyawa anda, menggunakan phone sekadar untuk telefon sahaja atau berhajat membeli phone yang dibawah RM 200, AP set adalah pilihan anda.

Saya sendiri sudah memakai h/phone AP set selama 3 tahun dan tidak ada masalah yang timbul. Begitu juga ramai pelanggan saya yang lain. Anda patut risau untuk membeli Ap set sekiranya h/phone anda berharga RM 1500 ke atas, begitu juga kenapa anda perlu membayar lebih (tambahan sehingga RM 200 untuk zithron) sekiranya h/p yang ingin anda beli cuma berharga RM 400 sahaja. Pilihan terletak di tangan anda. Fikir-fikirkan...

7 comments:

Anonymous said...

bagus info ni.. suka aku bace. sebelum ni cuma tau perkataan jek.. skang dah tau lebih lanjut. thaks. good info for me.

Dr Azwan said...

Akum versimelayu... thanks sebab visit.. boleh la datang selalu.. tulah orang selalu tanya.. tu sebab saya tulis.. thanks anyway :)

Anonymous said...

Wah..Doctor pon jual HP? Lagi baik blogging ah bang .... income dari blogging dalam BI lagi OK.

BTW, AP= Authorised Product. Nokia dan Motorola warranty adalah INTERNATIONAL seperti tercatat dalam Warranty Card/ Manual SELAMA SETAHUN SAHAJA. Extra tuh...individual supplier saja buat.

baca the T&C dalam buku tuh.

azrin @ http://www.azrin.net

Dr Azwan said...

Terima kasih Azrin di atas comment. Ingat nak buat blog dalam english. InsyaAllah.. nak guna full hosting.. Thanks for the info.. really appreciate that... You are one of the most diligent visitor in this website. Syukran...

Anonymous said...

wa..bagus2..tapi camane lak nak tau hp recond selain dari harga dia yang murah?kadang2 ade gak si penjual yang jual hp recond sama ngn harga hp ap set..satu lagi nak tanye,skrg ni nokia 9300i rm berape ar?

putri said...

slm...nk tya ckit,Arista2 btl ke Zitron???

techgempak said...

Kalau ada duit lebih boleh terus angkat ORI Set, kalau nak murah sikit, beli AP Set

Related Posts with Thumbnails