Saturday, May 19, 2007

Budak Genius Yang Akan Menggoncang Dunia!

Assalamualaikum semua pengunjung blogger ni...

Terima kasih di atas kunjungan anda...

Sebenarnya pada asalnya, saya nak hadkan pengisian blog ini kepada perkara2 serius seperti motivasi dan sebagainya.. tetapi saya tak rasakan ia satu perkara yang menarik... jadi saya mula campur2kan dengan bisnes saya, ada sedikit lawak jenaka, ada sedikit berkenaan dengan kesihatan, dan pengetahuan tentang perniagaan... dan nampaknya ada peningkatan dari sudut jumlah pengunjung blog daripada 20 sehari ke 50 sehari... dan pada minggu lepas mencecah 80-100 orang sehari. Alhamdulillah, walaupun tak sehebat blog-blog anda semua, tapi untuk saya yang newbie... dan usia blog yang tak sampai 2 bulan lagi.. agak mengujakan..... Macam tulis surat khabar atau majalah... seronok kalau ada orang baca tulisan saya... paham ke tak paham itu soal kedua.. hehehe..

Ok...


Saya dapat email ini daripada colleague saya, Dr. Zety... dia ni memang pot bahan-bahan email saya... dia tengah exam.. harap2 pass... dan kembali ke blog saya sebab dah 1 minggu tak nampak batang hidung dia kat blog...

Saya post kan kat laman blog ni berkenaan dengan gambar jawapan peperiksaan seorang budak berbangsa cina yang genius... I find it very interesting kerana saya rasa soalan tu dia tak reti nak jawab tapi jawapan dia bisa melopongkan mulut orang yang membacanya...

Saya postkan gambar ini juga untuk tatapan semua guru-guru yang mengunjungi blog ini.. (yang bukan guru pun boleh)... dengan pertanyaan.. Macamana kalau budak ini anak murid anda? kah.. kah..kah... Pasti havoc satu sekolah! Jawapan2 macam ni sebenarnya melambangkan kreativiti seseorang budak... Tak tahu nak bg markah berapa... nak bg 100% nanti pengetua marah... bagi 0% tak patut sebab genius... dilema betul...
Saya harap institusi sekolah dan pengetua yang berkenaan tidak menyaman saya di atas exposure ini (chewaah)... ini untuk dikongsi bersama pembaca blog perihal seorang budak yang genius di sekolah anda! Anda patut berbangga! SELAMAT HARI GURU!

Sila Klik untuk Membesarkan Gambar!



Jawapan 1 Jawapan 2




Jawapan 3 Jawapan 4

11 comments:

Shukree said...

Askm Dr Azwan, pekaba?

Shueqry here.. wow, saya baru terjumpa blg Dr Azwan nih, very informative, teruskan menulis Dr Azwan, saya juga masih baru dan sekarang pengunjung blog saya dah mencecah 300++ orang sehari tak sampai 5 bulan, ini satu statistik yang mengejutkan saya, berbanding penulis lain seperti DikMal, CikguAzleen, Impax, Zamri dan beberapa nama yang dah establish mereka rasanya lebih layak utk dapat jumlah pengunjung sebegitu.
errr, kalau Dr nak statistiknya, saya boleh emailkan..

Ini membuktikan motivasi memang ramai orang minat, saya ramalkan blog Dr Azwan akan popular tak lama lagi.. teruskan menulis! saya percaya Dr ada pembaca setia yang tersendiri :-)

shueqry
http://shueqry.blogspot.com
Blog Minda dan Pembangunan Diri

Jun said...

hehe...kelako le...agak2 ade markah x tu dr? creative giler, byk sgt pengaruh tv...budak2 la ni...sabo j la..

Anonymous said...

ekekekekekeke.adeiii,sakit perut sy gelak.

mmg karangan bestlah.kalau sy jadi cikgu dia,sy bagi 50/100.atas pagar.hehe

Dr Azwan said...

Terima kasih shueqry.. boleh email statistik kepada saya.. boleh jadi motivasi kat saya juga... email saya abiteha@yahoo.com. blog shueqry memang hebat... saya nak jaga satu blog pun tak larat... ingat nak buat yang english punya.. boleh letak adsense google tapi takder masa sangat... saya pun nak target 300 pengunjung macam shueqry punya jugak lah... terima kasih....

Dr Azwan said...

Jun.. nampak macam 2 markah je dia dapat... kekeke... kesian budak nih... genius tapi dapat 2 markah... pengaruh drama cina "journey to the west" lah tuh.. Btw, saya pun minat gak cerita cina tuh!

Baiksss... kalau awak jadi cikgu... sure jadi guru mithali... !

Miss Nukleas said...

Askm...Dr. Azwan

Pertama kali masuk blog. Ternganga tgk cacing2 yg berkeriut....eeeii!!

Baca krgn Thye Yong Lun....ekekekekk....aduss! pecah perut dibuatnya.

Memang berbakat! Lawak yang informatif ( kekadang tu agak sinis, dan buat saya rasa nak periksa apa ada dlm otak budak tuh. )

dari,
dina
blog: dunia dina najat

Anonymous said...

wah besz r...tp dak tuh form brape...
xsgke die nengok citer the j0urney to the west...
tp citer pasal arab jahiliyah pon tau gak....
bgus2.....
nasebla org cina...
klo mlyu kn bgus...herm....
hehehehe...anyway kem slm kat dak cine tuh!!
eh...mane leh kem slm...ahakszzz..
aper pon cayok2...


herm...k bye!!


** all the best~!!

Sidratul Muntaha said...

kalau diikut bukan genius mana pun..

saya dah pernah melalui tahap dia tu..

biasalah chinese..diaorg ni banyak baca manga..so bila dah bercampur aduk dengan belajar,tu yang jadi macam nak kata tak betul pun tak boleh gak..

tpi kalau ikut IPW test,budak tu jenis esok keje tak boleh makan gaji..kena buat bisnes sendiri sebab orang - orang yg mcm ni jenis yg innovative..

tapi janagn lupa..kadang - kadang kalau salah bagi baca benda pada sesetengah orang,mereka jadi skeptikal sebab dah ditanam dlm minda yg cina ni jenis yg narrow thinking through malay..

wallahualam..

Anonymous said...

sakit porut den baco jawapan budak ni. actually budak ni malas baca buku ni. tapi kuat tengok tv. agak2 kalau tv pendidikan kita boleh create movie ala2 komik pedang satriawan, sure dia boleh jadi top student. budak ni tak suka study tapi rajin plak mengarang. siap ada pantun macam apek lagi. kalau di fikir2kan, apsal budak ni tak keluar aje dari bilik exam kalau tak dapat jawab. siap buat karangan dia lagi. rajin betul. tapi pandangan dia cukup sinis. pengaruh kawan agaknya. budak ni memang layak kena pegi kaunseling. tapi subjek pendidikan negara kita ni pun kena improve jugak. kena bagi ruang pada pelajar untuk memberi pendapat & mendengar pendapat org lain. sistem pendidikan kita sekarang tak berapa sesuai utk budak macam ni. sistem cikgu ajar & murid kene terima, sampai bila2 pun dia tak akan terima.

Dr Azwan said...

Itulah... apa ntah dalam otak dia. BUkan nak kata dia nih "genius" di dalam erti kata "genius" secara literal, tetapi cara dia jawab tu kelakar. banyak lateral thinking lah.

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Related Posts with Thumbnails