Wednesday, December 12, 2007

Gelang Untuk Perubatan Haram

Assalamualaikum,

Ada ramai yang bertanya kepada saya tentang gelang magnet untuk merawat penyakit seperti darah tinggi, sakit tulang dan sebagainya. Saya akan menjawab soalan itu pada artikel yang lain.

E-mail tulisan Ustaz Zainuddin Hashim ini diedarkan melalui hidayah.net. Ini merupakan pandangan berbeza daripada golongan yang mahir agama. Terpulang kepada anda untuk bersetuju ataupun tidak.

Apapun, pandangan Ustaz Zainuddin sangat menarik :).

Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.***

Wallalhua'lam.

Ustaz Zainuddin Hashim

Hadis sahih yang ditulis di atas seolah-olah menunjukkan bahawa gelang perubatan ini telah wujud di zaman Rasulullah SAW. Atau adakah sebenarnya "gelang perubatan" ini sebenarnya bermaksud "tangkal" untuk perubatan??


*** sempat gak Ustaz Zainudin buat lawak.. ***

18 comments:

Anonymous said...

sekarang ni macam2 cara musuh2 islam nak melemahkan akidah umat islam walaupun ade sesetengah org anggap benda ni remeh.

hakikatnya perkara remeh tu yg buat mereka terjebak dengan dosa penggugat iman dan adakala membuat mereka terkeluar dari islam.

harap2 mesej ustaz dan maklumat dari blog doc dapat sampai ke seramai yg boleh umat islam yg lain..

Julia R said...

Bagus ada info mcm ni. dpt tmbh ilmu.
PI stkat ni x de mslah. Hepi aja firdaus guna. tq Dr

Anonymous said...

hmmm gelang kaki pesakit jiwa ... kesiannya ZALIMnyer ... hehehee nak tanya skit boleh ... apa pendapat dr sekiranya seseorang kata, "i dah sehat sebab hari tu i jumpa dr so and so. ubat dier bagi power kalau tidak sakit memanjang tak baik-baik, ubat dr fulan and fulan tak mujarab ..."

Anonymous said...

Salaam, maaf yer kumb@ng, masalahnya adakali masalah penyelwengan akidah ni mari dari orang islam sendiri.

Dr Azwan said...

kumb@ng : Begitulah harapan kita semua. Musuh Islam memang pandai memperbodohkan kita dengan perkara yang kita sendiri tidak perasan.

Mak Farhah : Saya ada masalah jual P1i ni baru2 nih. Hp tak boleh baca tulisan inggeris. Cina jer.. puas lah kawan tuh nak menulis. Rupanya software problem. Dah ok.

Ms Liza: Saya pernah jumpa seorang Ustaz ni jual gelang kokka nih. Boleh hilangkan sakit lutut dia cakap. Dia kata yang paling best - kayu kokka ni adalah kayu yang sama buat kapal nabi Nuh. Mana dia dapat tahu tuh entah la.

Ms Liza : haha... biasa lah tuh. Sebenarnya dia ada virus jer. Bagi antibiotik baik seminggu, tak bagi antibiotik baik 7 hari. Sama. Kebetulan that 2nd doktor dia pergi jumpa lepas demam hari ke 7... Hari ke 8 pulak baik...
Saya banyak jumpa pt cakap cam tuh, dia pergi klinik lain tak baik, jumpa kat klinik Idzham baik... ubat yang sama jer. Rasa itu psychological effect.
Tapi from marketing point of view : Word of mouth is very cheap and powerful!

Anonymous said...

Tapikan... saya dah check website soal jawab agama JAKIM

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/statusall?OpenView&Start=1&Count=500&Expand=9&ResortAscending=2#9

Sila lihat soalan 34.

Saya yg pompuan ni pun mmg rimas pakai gelang2 ni, tapi saya mmg curious nak tahu hukumnya..

Anonymous said...

:D personally i tak makan ubat doctor :D bukan takut ubat ... traumatised by a particular dr. criter panjang cut short, i g jumpa dr amik mc jer :D pastu tayang kat bos. ubat jadi santapan bakul sampah i :D

Anonymous said...

Hv checked this matter with an ustaz. Actually, the hadith is 'dhoif'. It's not hadith sahih. About the medical side, there is no scientific evidence that it can improve blood circulation. Maybe Dr. can explain much coz you r the expert in this field

Anonymous said...

Sayapun nak tau hukumnya sebab ramai saudara lelaki yang pakai

Dr Azwan said...

arni : tak boleh bukak la link tuh

Ms Liza : Hehe. There will come a time that medicine will go into your mouth, deep into the esophagus and ended inside your intestine.. hehe we'll see..

Anonymus : Terima kasih anonymous. Camne pulak Ustaz Zainudin kata ni hadis sahih. Confuse betul lah ngan ustaz2 ni

Asiyah : kalau ada info tolong kongsi yer

Anonymous said...

hmmm placebo effect kot ... psychological katakan ... maksudnya kekadang ni doktor bagi saline atau vitamin tanpa pengetahuan patient tetapi kerana kepercayaan patient pada dr & ubat yg diberi patient beransur pulih. Secara peribadi pada pendapat saya setiap element yang Allah jadikan ada kelebihannya ... apa - kita perlu selidik ... crystals for instance mungkin ada yang dapat menenangkan jiwa yang sedang gunda gulana... yang lebih mengetahui adalah ALLAH ... yang perlu kita ingat Allah yang menyembuhkan, atas berkat doa & usaha kita mungkin kita akan pulih bila Allah mengizinkan if not buat apa saja i guarantee tak jalan punya sebab ALLAH tidak mengizinkan lagi. This is something yang kita kekadang alpa ... kita sihat bukan karna gelang koka atau magnet atau crystal tapi ikhtiar kita diizin ALLAH. Doctors and Ustadzs/Ustadzahs are not God they are simply mediums to help u get well. It's not the medicine that cure us, it's with God's permission that we get well. I have nothing against doctors just against those who think they are god. Thanks for reading my ramblings.

Dr Azwan said...

Ms Liza : Betul kata Ms Liza. Sembuh itu urusan Allah. Kita manusia cuma berusaha. Rasulullah bersabda : "Apabila aku sakit, Dia (Allah) yang menyembuhkan".

Allah cipta banyak perkara dengan sifat tabi'e nya. Contohnya, api sifatnya membakar, berlian sifatnya keras, ubat pula sifatnya menyembuh.

Doktor menggunakan sesuatu yang dicipta Allah iaitu ubat untuk menolong menyembuhkan sebagaimana manusia menggunakan sifat minyak yang mudah terbakar untuk enjin kereta. Sekiranya air yang diletakkan di dalam enjin yang sifatnya tidak membakar maka, kereta akan rosak atau tidak berfungsi.

Ubat bukan perkara asing, kebanyakannya adalah kajian daripada alam semula jadi yang diekstrak kesan aktifnya. Cuma bila telah ada kajian yang khusus kepada manusia dan ditambah beberapa bahan kimia ia dijual di hospital dan klinik. Apapun ubat terhasil daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai sifatullah.

Tetapi Allah lah jua yang mengizinkan seseorang itu sembuh. Sekiranya api pada suatu hari sifatnya tidak membakar seperti kisah nabi Ibrahim maka dengan keizinan Allah juga.

Bercanggah dengan sifatullah adalah satu yang merbahaya. Hanya kerana pada fikiran kita mati itu hanya dengan izin Allah, kita pun melompat daripada tingkat 30. Kita terlupa graviti itu adalah sifatullah.

Hanya kerana api itu tidak membakar di dalam kisah Nabi Ibrahim, kita pun masuk ke dalam api. Dengan izin Allah kita kata. Sifat membakar api itu sifatullah.

Jikalau memakai gelang kristal itu boleh memberikan kesan psikologikal, saya percaya tangkal yang Rasulullah haramkan juga mempunyai kesan psikologikal yang sama. Cuma tangkal itu jelas haram.

Anonymous said...

thanks for the article. I have read in the masjid board recently. Now I found on internet. Tq

Anonymous said...

Hukum Memakai Gelang Untuk Perubatan PDF Print E-mail
Written by Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Wednesday, 05 December 2007

Soalan:



Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata: "Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya selama-lamanya." (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)





Jawapan:

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak



Hadith yang saudara maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada 'Imran bin Husain, Lafaznya ialah:



أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا



Maksudnya lebih kurang: "Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya."



Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah 'Imran bin Husain sendiri.



Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada 'Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada 'Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.



Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.



Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: "Apakah bendanya ini." Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.



Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

(Sila lihat di sini:

http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32§ionid=2)



Al-Syeikh 'Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.

(Sila lihat:

http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)



Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara' (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.



Maka apabila terdapat nas Syara' atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.



Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:



1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu, Habbah al-Sauda dan seumpamanya.
3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.







Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara' mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah (خرز الواهنة)



Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara', dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.



Kerana itu, al-Syeikh 'Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.



Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

(Sila lihat soalan ke 11:

http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)



Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)



Darul Ifta'al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi'e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.

(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta' al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/)



Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:



1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.



2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.



3. Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.







Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Jadi boleh ke tidak boleh pakai gelang magnet ni? Dalam kertas iklan ada la tulis terbukti secara saintifik. Tapi itu betol ke atau sekadar nak melariskan produk?

Dr Azwan said...

Terbukti secara saintifik bermaksud mempunyai kajian bersama pesakit yang diiktiraf di seluruh dunia oleh pakar dan kajian tersebut boleh dibuktikan oleh pakar2 lain kemudian di catat di dalam dokumen-dokumen perubatan atau journal dan selepas itu dokumentasi itu pula diiktiraf oleh pakar2.

Anonymous said...

OOhh.. pakai magnet memang ada kesannya, alhamdulillah saya memang pakai. Kajian saintifik memang ada, klinikal study, buku2 pasal magnet terapi pun ada juga , boleh search di amazon/googlebooks.Namun begitu tak kurang juga yang menentang atau mempertikaikan hasil2 kajian. Pendapat saya pula, cuba dulu , minta ngan agen tu untuk pinjam 2 3 hari, tengok ada kesan ke tidak.

Anonymous said...

Masih jd persoalan kaitan hadis tu dgn gelang magnetik ni dalam fikiran aku. Sebab dulu aku pernah guna gelang ni sekejap, dan kesannya badan lebih segar dan bagun tidur pun rasa senang serta tidur lebih lena. Jadi ia memang memberikan kesan baik pada kesihatan aku.

Tapi berdasarkan hadis tersebut, mungkin gelang tembaga yg dimaksudkan atau gelang yg digunakan tidak memberikan manfaat atau lebih kepada gaya atau berunsur tangkal yg kearah khurafat. Jadi kalau boleh ada sesiapa boleh huraikan dgn lebih detail sbb saya ni jahil dalam perkara ni. Sekarang pun masih ramai guna gelang tersebut.

Bagi saya, saya gunakan utk kesihatan sbb sering rasa tidak sihat dan pening kepala dan tidak ada niat utk bergaya. Sama juga menggunakan jam tangan utk melihat masa yg memudahkan aktiviti harian. Kalau boleh ada yg lebih arif menghuraikan perkara ini.

Related Posts with Thumbnails