Thursday, December 20, 2007

Kisah Politik dan Hari Raya Haji 2007

Assalamualaikum Warahmatullah...

Kadangkala perbezaan warna politik boleh menenggelamkan semangat Hari Raya Aidil Adha. Tidak semua orang mempunyai hati yang sama walaupun rambut berpigmenkan warna hitam (atau putih) yang sama. Apabila ada di dalam hati wujud rasa tidak puas hati, maka pergeseran yang berlarutan mengganggu nilai muhibbah walaupun sesama saudara seIslam.

Kisah ini berlaku di kawasan rumahtangga saya sendiri. Pada tahun ini, surau di kawasan perumahan saya hanya mengorbankan seekor lembu sahaja. Tidak seperti tahun lepas terdapat 5 ekor lembu dikorbankan. Daripada 5 ekor lembu yang dikorbankan, 3 daripadanya adalah sumbangan sebuah parti politik tersohor di Malaysia.


Oleh kerana tahun ini hanya seekor sahaja lembu dikorbankan maka tentulah pengagihan tidak sebanyak tahun dahulu.

Parti politik yang dahulu menyumbangkan 3 ekor tidak menyumbangkan apa-apa untuk tahun ini. Tetapi parti politik tersebut telah "menyediakan" 2 ekor lembu yang dihantar ke padang surau kawasan kami. Menurut sumber tertentu, 2 ekor lembu tersebut adalah "sumbangan" daripada 5 buah cawangan yang berlainan. Cumanya "sumbangan" kali ini agak berbeza.

Yang berbezanya, parti politik tersebut meminta bantuan ahli jawatankuasa surau di jemaah kami untuk menyembelih 2 ekor lembu yang disediakan. Sedikit hasil sembelihan akan dibahagikan untuk Ahli Jawatankuasa yang menyembelih dan melapah dan dimasak untuk menjamu ahli jawatankuasa dan ketua bahagian parti politik itu.

Manakala, yang selebihnya iaitu 1 ekor setengah lagi akan dibahagikan sama rata kepada 5 cawangan parti politik tersebut dan tidak kepada jemaah di kawasan yang menyembelih. Kiranya... ini sekadar tolong sembelih je lah. Yang menyembelih dapat upah, lebih diorang ambik.

Cerita ini semakin bertambah menarik. Ahli Jawatankuasa Surau membuat keputusan bersama tidak mahu menyembelih 2 ekor binatang korban yang disediakan tadi. Menurut mereka, ini adalah hal politik, surau tak nak campur. (Tahun lepas parti politik yang sama bagi sumbangan 3 ekor tu, bukan hal politik pulak, walaupun ketua bahagian yang sama datang merasmikan!).

Ahli daripada parti politik yang satu ini pulak, apa lagi, tentulah menggelabah. Agaknya tidak disangka keputusan saat-saat akhir atau tiada perbincangan yang sebaik-baiknya dilakukan dengan ajk surau berkaitan. Pagi raya baru nak cari parang, nak cari tali, nak cari cangkul....

Yang paling parah, takde wakil cawangan yang 5 itu menunjukkan muka untuk datang untuk membantu. Dah pukul 10 lebih baru nak calling calling. Ketua bahagian dah nak datang makan tengahari pulak tu (ketua bahagian tu seorang perempuan). Akhirnya diupah seorang penyembelih untuk datang menyembelih dengan upah RM 30 seekor. Dan tempat penyembelihan juga diadakan berasingan.

Bagi saya yang menjadi pemerhati situasi yang agak janggal ini, saya dapat melihat satu perkara iaitu politik berpuak seperti ini telah menutup roh hari raya korban di kawasan perumahan saya tahun ini.

Parti politik tersebut tidak sepatutnya membahagikan hasil korban mengikut kawasan cawangan politik. Sepatutnya mereka membahagikan hasil sembelih mengikut jemaah-jemaah di kawasan surau masing2 dengan tidak membezakan warna politik. Jangan membelakangkan nilai Aidil Adha untuk menaikkan nama orang-orang tertentu.

AJK Surau juga patut memberi bantuan walaupun ia adalah hasil korban dari sebuah parti politik kerana ini adalah hari raya korban. Walaupun tidak melibatkan jemaahnya, ia melibatkan fakir dan miskin di jemaah yang lain juga. Jika AJK surau itu berjiwa besar, maka hubungan sillaturahim di antara mereka dengan ahli-ahli politik itu dapat dieratkan.

Senario ini telah menimbulkan rasa kurang senang hati kedua-dua pihak. Yang pasti di kawasan perumahan saya yang cuma sekangkang kera, terdapat dua tempat berasingan untuk penyembelihan korban tahun ini. Memang hebat apa yang politik suku suku ini boleh buat kepada Hari Raya Korban tahun ini.


Wallahu A'lam

6 comments:

Acaii Jawe said...

subhanallah, bila ibadah dipolitikkan camnilah jadinya..sedih kekadang bila terjadi benda2 camni kat negara kita..

btw, rasa pelik skit ngan cara sembelih lemtu tu..bukan pe, kuat org yg pegang kepala lembu tu,hehe..:) sbb kalau kt tpt sy lembu tu akan meronta2 kuat sangat..tapi tak menjadi masalah asalkan dapat hayati ibadah korban tu..:) lain tpt lain caranya..

slm kenalan doktor..:)

Mellow said...

assalamua'laikum..
xsangka macam tu plak jadinye kat surau al-khairiyah yg kita syg tu..
bnda2 politik ni payah nk cakap..
apa2 pn harap tahun depan makin elok hendaknye

Hasbullah Pit said...

parti politik yang ada "ketua bahagian"...

hmmm

Orked said...

Salam,

senario ini berlaku di mana² cuma saiz saja berbeza, ada yg sekecil virus yg akan merebak bila² masa ada yang sebesar gajah sudah tak boleh di sorok di celah lalang lagi.

dizai said...

assalamualaikum Dr,
Saya ambil nasihat Dr utk berlapang dada terutama yg melibatkan kesucian Islam itu sendiri. Sebagai kariah/AJK surau yg diberi amanah oleh masyarakat setempat sepatutnya insiden boleh dielakkan dgn menggunakan pendekatan yg lebih menguntungkan diakhirat drpd dunia. Wallahu'alam

ikhlas,
ZAiDi

Dr Azwan said...

Faisal : Hebat faisal. Daripada tengok gambar dah tahu kuat ke tidak orang hok memegang tuh.. ni mesti biasa pegang kepala lembu nih.. hehe

mas2ra : macamana tahu pasal surau alkhairiah nih? orang salak selatan ke?

sebol : teka dapat RM 1... hehe

jie : busuk tul bangkai gajah... mcamana nak tutup.

zaidi : betul.. betul. Kalau dapat dua-dua lagi baik.

Related Posts with Thumbnails