Assalamualaikum.
Berapakah harga seorang manusia yang bernama Michael Jackson jika diukur menggunakan material di dunia ini? Adakah harganya RM 1 juta? 2 juta? Adakah seorang manusia seperti Michael Jackson adalah lebih mahal harganya daripada seorang manusia bernama Saiful Apek? Bagaimana nilaian harganya dibuat?
Berapakah harga seorang manusia yang bernama Michael Jackson jika diukur menggunakan material di dunia ini? Adakah harganya RM 1 juta? 2 juta? Adakah seorang manusia seperti Michael Jackson adalah lebih mahal harganya daripada seorang manusia bernama Saiful Apek? Bagaimana nilaian harganya dibuat?
Komposisi tubuh manusia terdiri daripada 60% air. Baki 40% tubuh manusia adalah elemen-elemen penting seperti Protein (30%) yang terdiri daripada molekul oksigen, karbon, hidrogen dan nitrogen serta bakinya yang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Komposisi 40% inilah yang membentuk tulang, kulit, mata, jantung, otot dan organ-organ penting manusia yang lain.
Katakan kita tukar 60% air ini kepada isipadu air yang diperlukan di dalam badan iaitu 40 liter (Darah manusia ada 7 liter sahaja). Harga 1 liter air minum adalah RM 0.60 (harga borong). Maka, 40 Liter x RM 0.60 = RM 24.00.
Itu adalah harga air komersial kerana jikalau diikutkan - harga Malaysia menjual air kepada Singapura - beratus liter air pun tak boleh beli nasi lemak yang berharga RM 1.
Kemudian elemen-elemen seperti oksigen (oksigen boleh dapat secara percuma) , hydrogen (percuma), nitrogen (percuma), kalsium dan fosforus yang kebanyakan bahan mineral ini boleh didapati di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan dan susu haiwan. Kalau beli borong mungkin boleh dapat dalam harga RM 200.
Kemudian elemen-elemen seperti oksigen (oksigen boleh dapat secara percuma) , hydrogen (percuma), nitrogen (percuma), kalsium dan fosforus yang kebanyakan bahan mineral ini boleh didapati di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan dan susu haiwan. Kalau beli borong mungkin boleh dapat dalam harga RM 200.
Kesimpulannya, seorang manusia mungkin berharga RM 224 @ USD 70.
Takkan begitu murah? Anda sudah mula marah dan inginkan lebih kepastian...
Lihat... Bandingkan dengan harga seunit tandas bertatahkan emas yang dijual baru2 ni di Hong Kong? Harganya ialah USD 4.8 juta. Berapakah harga sebuah kasut kulit berjenama Polo atau Crocodile yang dijual di Sogo? Harganya mungkin dalam lingkungan RM 400.00?
Harga seorang manusia jika diukur sekadar daripada aspek material dan tidak lebih daripada itu, adalah lebih murah daripada mangkuk tandas tempat manusia melepaskan najis. Malah ia adalah lebih murah daripada sepasang kasut kulit yang dipakai oleh manusia di serendah-rendah tempat iaitu di kaki. Ini kerana manusia diperbuat daripada campuran air dan mineral dari tanah - ia sepatutnya tiada harga.
Justeru, Allah meletakkan manusia yang hanya mementingkan duniawi, yang membuat kejahatan semata2 untuk kepentingan dunia, yang merosakkan dunia - setaraf dengan haiwan ternakan, malah lebih sesat daripada itu. Ini adalah kerana haiwan ternakan itu ada harganya di pasar dan sememangnya secara logiknya kambing kampung yang dijual di pasar dengan harga RM 500 seekor adalah lebih mahal daripada harga seorang manusia yang berharga RM 224.
Oleh itu dimana letaknya nilai manusia itu?
Allah menaikkan taraf manusia melalui pendidikan akal supaya manusia dapat berfikir tentang penciptaanNya. Maka manusia dididik melalui akal yang satu ini untuk menjadi khalifah di bumi beserta blueprint (Kitabullah) yang telah Allah turunkan bersama pendidik-pendidik yang dimodelkanNya iaitu para Rasul. Manusia yang terdidik dengan ketaqwaan kepada Allah lebih tinggi nilainya daripada mahkluk ciptaanNya yang lain termasuk kambing kampung, para jin dan Malaikat.
Kejayaan di dunia dan di akhirat adalah melalui ilmu. Untuk menempuh cabaran di dunia, pendidikan dari segi ilmu duniawi menjadi alat yang sangat penting. Dr. Yusuf al-Qardawi mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup mencakupi akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Pendidikan seharusnya berterusan dan tidak terhenti di setakat ini sahaja. Ia harus diteruskan dengan pelbagai cara.
Pendidikan yang berkembang di dalam seseorang individu diumpamakan oleh Ray Kroc (pengasas Restoran Mc Donald) sebagai pohon hijau yang muda dan pendidikan yang terhenti diumpamakan seperti buah yang masak ranum. Selagi pohon yang muda ini terus menghijau ia akan terus membesar dan memucuk, tetapi sebaik sahaja ia berbuah dan masak ranum maka ia akan menjadi busuk selepas itu.
Kejayaan di dunia dan di akhirat adalah melalui ilmu. Untuk menempuh cabaran di dunia, pendidikan dari segi ilmu duniawi menjadi alat yang sangat penting. Dr. Yusuf al-Qardawi mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup mencakupi akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Pendidikan seharusnya berterusan dan tidak terhenti di setakat ini sahaja. Ia harus diteruskan dengan pelbagai cara.
Pendidikan yang berkembang di dalam seseorang individu diumpamakan oleh Ray Kroc (pengasas Restoran Mc Donald) sebagai pohon hijau yang muda dan pendidikan yang terhenti diumpamakan seperti buah yang masak ranum. Selagi pohon yang muda ini terus menghijau ia akan terus membesar dan memucuk, tetapi sebaik sahaja ia berbuah dan masak ranum maka ia akan menjadi busuk selepas itu.
"MENGALIR, MENYERAP DAN MERESAP"
Wallahu A'lam.
----------------------
Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net/ untuk maklumat lanjut.
13 comments:
memang saya marah baca nilai manusia hanya USD70!!!
Tapi, nilai itu boleh ditambah dengan budi pekerti, adab sopan, tatasusila yang mungkin berbeza dari seorang dengan seorang individu yang lain. Pendidikan yang diterima dan diadaptasi oleh individu adalah berbeza. Itu yang hasilnya ada individu yang baik dan ada individu yang kurang baik atau lebih teruknya...lahirlah cendikiawan atau penjenayah (untuk membezakan nilai baik dan buruk)...
Mungkin USD70 itu adalah harga jasad sahaja jika belum ditambah, didarab, ditolak, dibahagi dan digandakan dengan nilai-nilai murni atau nilai-nilai buruk yang lain...maka lahirlah individu yang boleh dikategorikan sebagai manusia yang bernilai dari segi harta, budaya, dan sebagainya...
Salam Dr.Azwan...hehe..kira bertuah jadi orang pertama merasmikan...before this jadi as silent reader ja.
Timbunan harta berjuta atau punyai nama yg hebat di mata dunia bukan jadi pengukur untuk bahagia jauh sekali untuk nilai harga sebenar pada manusia yang boleh jatuh dan naik sekelip mata.Lihat apa jadi pada Michael Jackson kini..bukankah kini sengsara juga diperolehi.Kepercayaan kepada Tuhan yang satu hakikat untuk kita menjadi manusia yang bernilai..kerana manusia bertakwa yang tinggal di pondok usang insya-Allah tiada bandingnya malah tetap berbahagia juga.Pokok pangkalnya apabila manusia berurusan dengan dunia semata,hal yg menjadi tumpuan mereka hanyalah berkaitan urusan perut yang sedap2 sahaja,tempat tinggal yang indah2 dan mungkin pada pakaian yang berjenama...tiada persediaan untuk mencari nilai2 takwa untuk dunia satu lagi apatah lagi untuk menjadikan Rasul kita sebagai role model paling baik untuk diteladani.
Wallahualam...
Sirasain : terima kasih di atas komen pertama :). Betul. Harta boleh buat kita tersasar dari matlamat. Ia juga berupaya mendekatkan kita dengan tuhan. Oleh itu harta bertindak sebagai satu alat - tetapi bukan matlamat.
for sale : manusia meningkat dari harganya USD 70 kepada tidak ternilai harganya apabila semua yang awak cakap itu berpadu dan menyaluti jasad. well done.
dr azwan,sy selalu merasa bahagia membaca catitan dr azwan yg membuatkan otak say berfikir.Termasuklah catitan ini. Saya tidak pandai menulis dengan ayat yg boombastic,tetapi pada saya harga atau nilai seseorang itu terlalu subjektif untuk diukur. Kita hanya mampu membuat perbandingan yang sebenarnya tidak relevan.Jika difikirkan harga seorang manusia sangat tidak ternilai.. mana mungkin kita membandingkan cecair dalam tubuh (darah)dengan cecair lain. Para saintis dan bijak pandai sehingga kini masih tidak mampu mencipta bahan yang serupa dengan darah.Adakala darah menjadi sangat berharga,sehingga pihak tabung-tabung darah selalu merayu orang ramai untuk menderma darah tetapi selalunya darah menjadi tidak berharga di tangan-tangan manusia yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Oleh itu saya merasakan setiap inci tubuh manusia sangat berharga, jadi gunakanlah otak dan iman untuk mencapai matlamat di dunia dan akhirat. Andalah sebenarnya yang menentukan nilai diri anda sendiri samada seperti kasut Polo yang mahal tapi boleh dipijak atau hanya kepiah berharga RM3 tetapi diangkat hingga ke kepala. Sekian.
Assalamualaikum
Harga seorang manusia adalah lebih daripada apa yang dijangkakan. Harga nilai manusia lebih dari segalanya. Harga seorang manusia tiada batasnya. Harga seorang manusia boleh bertambah seiring dengan nilai dan tahap ilmu seseorang. Maju seseorang manusia terletak pada akalnya dan bukan sama sekali pada nilai material dan realistik. Jika kita membandingkan dengan nilai realistik dan material, harga seorang manusia bukan lagi bernilai dengan harga RM 224. Malah RM 0. Ini kerana tanpa nilai dan ilmu,sekuat mana manusia itu, sekaya mana manusia itu, Tidak dapat menyaingi kehebatan ilmu pengetahuan dan nilai murni. Ia dikuatkan lagi dengan amal ibadat dan ketaatan kepada tuhan. Meskipun harta betimbun mana sekalipun, di akhirat kelak hanya 3jenis amalan yang dihitung. Jika ingin dibandingkan harga seorang manusia lebih baik kita bandingkan dengan keimanan seorang manusia. Keimanan seorang manusia pada hari ini bukan lagi pada harga sepasang kasut polo, malah kurang dari itu, dan ada yang mencecah hingga ke rm 0. Mana salahnya jika kita ingin membandingkan harga seorang manusia dengan nilai keimanan seseorang. Bagi saya, manusia yang kaya adalah manusia yang dapat menyimbangkan nilai jati dir, keimanan pengetahuan dan ketaatan nya akepada agama, kerana di situlah terdapatnya nilai seorang manusia yang tidak terbatas. Selagi manusia itu hidup dia berhak untuk mencapai apa yang dicarinya. Hanya akal dan fikiran manusia yang menentukannya segala nilai manusia. Beriman+pengetahuan dan ketaatan serta jati diri sudah cukup menzahirkan nilai seseorang manusia, biar miskin sekalipun dari segi harta dan duniawi tetapi kaya dengan ketaqwaan dan,pengetahuan dan ketaatan adalah manusia yang paling bernilai di dunia dan manusia dari golongan ini adalah sukar ditemui di dunia pada masa kini!!
Sekian..
wasalam
hi..nk bagi komen gak lah coz few days ni sy de prob ngn masalah penglihatan..tgh2 drive,amatla seksa nyeh coz mata lgsg xleh kne cahaya matahari..kdg2 rase kereta tu dah nk mnyimpang dah..seb la x accident..tu yg ttba tringat psl doc pnyeh artikel bout nilai manusia ni..
anggota badan yg tuhan berikan,pd sy,amatla xternilai..tuhan br jek uji sy dgn skt mata..itu br mata..tu pon sy da rs seksa sgt..nk g mane2 amatla pyh esp klu nk kne drve sndri..even nk g hospital pon kne mntk tlg org len drive kan..so bygkan klu tuhan xbg kite kaki,tangan,hidung etc..pd saya,sume2 tu amat bharga dan xternilai,btol tak?even klu kite skt 1 jari pon,dah seksa nk wat rutin seharian,kan?kdg2 pon de gak bc kt negara2 miskin,tpaksa jual organ bln utk tampung hidup..so,xtau la cmne diorg leh bg harga utk ginjal,mata,pe sme tuh..pd saya,harga utk sme tu infiniti..xbleh nk diberikan harga coz once kte xde organ2 tu,rasenyeh kte yg mrana..tuhan dah ciptakan manusia ni complete dah,evertyhing has its own function..cme kte jek yg xreti jg n rosakkan pe yg tuhan bg..k doc..
Aisyah : Jantung sangat berharga. Berapa harga jantung kat pasaran? Tidak ternilai? TAPI Saya tak nilaikan jantung itu. Apabila sel yang menghasilkan jantung itu di partikel-partikel kan kita dapati ia diperbuat daripada gabungan karbon-oksigen-hydrogen-nitrogen yang secara umumnya harganya menyamai percuma atau tidak berharga di dunia ini. Karbon juga boleh didapati daripada arang. Serupa juga dengan darah - ia bukannya air tetapi 60% badan manusia ini daripada partikel hydrogen-dan oksigen... basically ia adalah air.
Jawe1206: Ya, manusia boleh bernilai RM 0 di Palestin, di Baghdad. Orang main bunuh sahaja dengan BOM. Tiada nilai. Datang tak dipeduli, pergi tak diratap. Penduduk Iraq mati 600,000 orang ketika perang teluk. Semua orang berdiam diri. Ternyata mereka tiada nilai...
Azlin : Mana pulak harga ginjal tu infiniti? Kat China dengan RM 10,000 kita boleh dapat satu ginjal. Itu bukan infiniti...
Aku rase nilai manusia hanya mampu diletakkan oleh Allah.Amalan kita akan dinilai di hari akhirat nanti,dan sesiapa yang diletakkan dikalangan penghuni syurga,nilai dia adalah yg paling tinggi sekali.
Oleh yg demikian,bolehlah dikatakan bahawa nilai manusia di muka bumi pada waktu sekarang ini sebenarnya adalah sama antara satu sama lain.
Wlaubagaimanapun,kadang2 manusia terlupa akan hakikat ini.Apabila ilmu,harta,pangkat,serta populariti bertambah, manusia mula merasakan nilai dirinya lebih tinggi dari manusia yg lain..Disebabkan itu kita sering mendengar mengenai peperangan,pergaduhan serta bunuh membunuh berlaku dan ini semua disebabkan satu niat iaitu untuk membuktikan diri siapa yang paling berharga.
Hehe itu jerla yg saya dapat pikir.
Anonymous : napa tak letak nama. Susah nak contact.
Saya setuju. Ada manusia fikir dia lebih hebat daripada orang lain, jadi manusia ini tak berharga. Contoh yang jelas apabila Amerika di serang - dia menyerang semula. tetapi serangan dia membunuh lebih ramai manusia dan kanak kanak daripada pembunuhan asal... manusia di Iraq tidak ada nilai harga
Terlewat sehari, tak apakah doc?
Dalam sebuah hadis Rasulullah menerangkan,
An-nasu mua'dinun. Khiyaruhum fil jahiliyah, khiyaruhum fil Islam. Iza faquhu.
Manusia itu bagaikan logam. Baiknya ia ketika di zaman jahiliyah, baiklah ia di zaman Islam. Jika dia memahami.
Rasulullah membandingkan manusia itu seperti logam. Sebagaimana berharganya logam itu di zaman jahiliyah itu, ataupun di zaman Islam juga. Pokoknya, logam itu berharga. Namun, Rasulullah menyatakan satu syarat - Iza faquhu. "Sekiranya dia memahami". Rasulullah menggunakan perkataan "memahami", bukannya "mengetahui".
Inilah yang saya cuba kaitkan, antara manusia dengan pendidikan. Ramai di antara kita yang dididik dari kecil dengan segenap jenis ilmu. Ilmu agama, hatta ilmu-ilmu dunia. Maka lahirkan kita, generasi yang berilmu hasil dari pendidikan. Tetapi, bernilaikah kita?
Kefahaman itu lebih penting dari ilmu. Kefahaman terhadap sesuatu ilmu membezakan antara manusia yang mampu berfikir, dengan sebuah komputer ataupun sebuah buku yang mengandungi segala macam maklumat di dalamnya. Kefahaman ke atas ilmu menjadi justifikasi kepada seseorang manusia untuk bertindak - sama ada menggunakan ilmunya itu ke arah kebaikan mahupun sebaliknya. Kefahaman terhadap ilmu, itulah yang meningkatkan nilai manusia. Sebagaimana nilai seketul arang (karbon) yang hitam, menjadi seketul berlian yang keras lagi indah.
Justeru, matlamat pendidikan sepatutnya bukan setakat melahirkan manusia yang berilmu, namun melahirkan manusia yang memahami - itulah yang sewajarnya. Rata-rata anak-anak remaja dididik untuk melepasi peperiksaan semata-mata, tanpa ditekankan aspek kefahaman dan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi dari sesebuah ilmu tersebut. Hasilnya, kita menjumpai golongan professional yang berpendidikan dunia semata-mata. Di mana silap kita?
Teringat kata-kata seorang guru saya dahulu - aku mengajar kamu semua bukan untuk menjadi doktor, engineer dan sebagainya. Aku mengajar kamu untuk menjadi manusia!
Benarlah kata-kata Rasulullah - berharganya kita sebagai manusia, tidak kiralah di zaman jahiliyah yang tidak bertamadun, mahupun zaman Islam yang menjulang ketinggian ilmu - semuanya terletak kepada kefahaman kita.
Wallahua'lam.
Mohd Syamirulah Rahim
+79202995075
leokid@live.com
Assalamualaikum Tuan Doktor....
Apakah nilai seorang insan yang bertaraf hamba boleh diukur? Adakah harga seorang doktor lebih mahal dari seorang pesakit atau sebaliknya. Apakah sebenarnya yang kita ukur (meletakkan harga)? Ilmunya? pekerjaannya? sifatnya? rupanya? kekayaannya? Adakah itu semua menjadi ukuran? Apakah beza Michael Jackson dan Saiful Apek? Adakah mereka boleh diukur.
Pendapat saya, manusia memang boleh diukur tetapi kita sebagai manusia yang bertaraf hamba tidak layak memberikan harganya. Adakah ayam dipasar ditentukan harganya oleh sesama ayam. Hanya Allah sahaja yang boleh menentukan harga seseorang manusia. Ukuran itupun tidak dapat dilihat secara zahir. Seorang Imam/ ulama tidak semestinya berakhir di syurga dan begitu juga seorang pelacur tidak semestinya berakhir di neraka. Tuan Dr juga tidak boleh terlalu yakin bahawa tuan akan masuk ke syurga. (Jangan marah, saya merujuk kepada diri saya juga). Adakah kita ini cukup mahal harganya di sisi Allah.
Kesimpulannya, harga, nilai mahupun kos seseorang manusia itu hanya boleh ditentukan oleh penciptanya tetapi diri kita sesama manusia hanya boleh meletakkan harga atau perbandingan berdasarkan "harga diri" kita sendiri. Jika yang kita nilai adalah yang kita minati maka tinggi harganya kita letak dan begitu juga sebaliknya.
WallahHuallam..
(maafkan saya kalau komen ini tersasar dari topik)
Asalamualaikum...
Saya sebenarnya telah memanjangkan tempoh pertandingan ini kepada akhir bulan March. Saya sangat suka kepada kedua-dua idea leokid dan khalid. Kedua-dua idea ini menarik daripada sudut yang berbeza. Saya telah membuat keputusan dan akan menghubungi kepada pemenang terbabit dalm tempoh seminggu melalui email.
Wallahu A'lam.
assalamualaikum,
Doc, mohon izin "cut and paste" nukilan tuan di blog ini untuk diletakkan di blog saya di ilyasak.blogspot.com kerana saya sangat suka kepada artikel dan komen-komen pengunjungnya.
Post a Comment