Tuesday, April 15, 2008

7,000 atau 10,000 atau 40,000?



Assalamualaikum,

Ini adalah berita tentang peristiwa perhimpunan Black 14 yang dihadiri oleh DSAI malam tadi di Kelab Sultan Sulaiman.

Berita dari Yahoo (AP) menulis:-

KUALA LUMPUR, Malaysia - Police cracked down on a rally Monday aimed at celebrating opposition leader Anwar Ibrahim's formal return to politics, halting him midway through a speech to an estimated 40,000 supporters.

Anwar was making his first public speech since last month's general elections to jubilant opposition members who had gathered for a countdown until midnight, when a legal ban that prevents Anwar from holding political office expires.

The celebration came to an abrupt halt when about a dozen policemen interrupted Anwar after he had addressed the rally for nearly half an hour and forced him to stop.

Di dalam Utusan Malaysia juga ada menceritakan tentang perhimpunan tersebut:-

Anwar, 57, yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan rasuah pada 2004 dilarang aktif semula dan menyertai mana-mana parti politik sehingga tempoh berakhir esok.

Walaupun tidak diberi permit oleh polis, kira-kira 10,000 penyokong Anwar membanjiri Kelab Sultan Sulaiman.

Bagaimanapun, perhimpunan itu bersurai secara aman setelah diarah oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pada pukul 10.30 malam.


Ada perbezaan sebanyak 400% bilangan penyokong DSAI yang hadir daripada 2 sumber pemberitaan yang berbeza. Satu dari sumber luar dan satu lagi dari sumber arus perdana.

Di Radio 24 radio BERNAMA pagi ini, pembaca berita menyebut penyokong DSAI yang hadir seramai hanya 7000 orang sahaja iaitu perbezaan hampir 570% daripada berita AP.

Anda tentu ingin tahu mana satu yang betul. Cuba lihat gambar ini yang saya ambil dari sini.


Mungkin tak seramai 40,000... mungkin lebih daripada 10,000? Tetapi sah lebih dari 7000....

P.s. Bukan bilangan penyokong yang DSAI semalam yang menarik perhatian saya. Cuma sumber pemberitaan media negara kita ini sangat jauh jurangnya - 400% !!

Wallahu A'lam

10 comments:

Witty Angel said...

malaysia punye media...mmg camtu..huhu..anyway sori dr, saye tak beritahu dr saye letak link dr dalam blog saye..hehe..saye silent reader blog dr n penah email dr tanye pasal varicella vaccine..=)

Anonymous said...

Mungkin polis tu lemah dlm pelajaran matematik.Maafkan dia.Seluas tempat tu padat dgn manusia sampai kepintu pagar takkan 7000.Mungkin niat nak memperkecilkan Anwar.

jerald pince said...

great stuff.cheers~

Dr Azwan said...

witty angel : thanks dear angel. May you look upon me through night and day... :)

Mak anon (id anonymous adalah tidak digalakkan) : Saya lebih salahkan maklumat akhbar @ wartawan @ editor @ ketua editor surat khabar tu daripada polis. Mungkin ketua editor tu ada sedikit "grudge" against DSAI.

jerald : Hey there, nice blog you have. Thanks bro.

Razak Bin Ramli said...

Dah lama media perdana mengira
salah.Bila kena pengbangkang dia orang akan tolak 90%.Bila BN dia orang akan tambah 90%.Biasalah tu...
pengarang nak hidup.Samapai bila dia orang ini nak menipu hah?.

Dr Azwan said...

Abang Razak : thanks bang. Hensem lah gambar abang. Ada gambar nak share dengan kami, boleh hantar thru email abiteha@yahoo.com. Kredit akan diberikan. No problem bang. Pengarang pun tak berani bang.. nanti jadi cam Makkal Osai..

Anonymous said...

maaf lambat coment sbb lambat baca blog ini.
perkiraan saya cuma sekitar 20,000 org berbanding dengan saiz padang (sehingga ke jalan dan bangunan). 90m x 130m dengan luas diambil untuk 0.5m setiap org (keadaan sangat padat). sila check google earth untuk kepastian. jika nak dibandingkan dengan media local cuma separuh kurang dan media luar lebih separuh.
oleh itu saya rasa sama jer.
tak payahlah kita asyik menidakkan media local hanya kerana kita tidak suka dengan laporan.

wassalam

Dr Azwan said...

Anon : Maaf diterima :) lagi baik kalau ada nama.

20,000 adalah angka yang sesuai dan munasabah bagi saya.

Dia macam kisah penggembala kambing dengan serigala.

1x tipu orang percaya, 2x tipu orang percaya, 3x tipu - orang pergi cari media alternatif. Masalahnya bukan 3 kali tapi dah berkali.

Abang Anon ni kerja ngan media local ke? Sori bertanya.. Naper agak defensif... ?

Anonymous said...

tak keja media mana2

saya x defensif, cuma saya tulisan dr agak menerjah ke arah menidakkan media local. bagi lah mereka peluang seadil-adilnya.
media asing pun ada yang silap.
kesalahan lalu bukan jadi ukuran untuk akan datang.
ingat, kita perlu mengulas berdasarkan fakta bukan perasaan atau perasan.
TK, Wassalam

Dr Azwan said...

Abang Anon : Siapa yang tidak adil di dalam membuat pemberitaan selama ini? Kalau media adil, takkan Zaid Ibrahim boleh keluar statement cam semalam. Media tidak bertindak adil even dari kacamata orang kerajaan sendiri!

Lagi satu media local kita ni mengulas dari fakta dan kebenaran ke? I rasa komen abang ni terbalik 180 darjah.

Mungkin abang Anon baru balik ke Malaysia selepas pilihanraya 2008. Kalau abang anon ada kat Malaysia sebelum pilihanraya, abang Anon patut tengok Media Malaysia punya serangan kepada pakatan rakyat (Masa tu barisan rakyat). Then baru bagitahu kami pembaca dan penulis blog, apa itu keadilan media tempatan.

p.s. Kalau baca between the lines, artikel ini tak terjah media tempatan, saya cuma bagitahu ada jurang pemberitaan sehingga 400%. Ia tak bermakna saya sokong media luar negara (walaupun media kat sana nampak lebih adil di dalam menyampaikan maklumat)

Salam...

Related Posts with Thumbnails