Assalamualaikum,
Saya pernah menulis berkenaan dengan MC kira-kira 1 tahun yang lalu. Untuk anda yang telah membacanya itu adalah satu informasi untuk anda. Seperti yang saya bagitahu dahulu, MC adalah hak milik doktor yang memberi dan adalah mengikut budi bicara mereka. Ia bukan milik pesakit dan mengganggap bahawa mereka berhak mendapat MC setiap kali mengunjungi doktor.
Salah faham ini boleh mengakibatkan ada pesakit yang pakai baju cantik-cantik nak pergi berdating dengan boyfriend time waktu kerja terpaksa menahan kekecewaan yang amat sangat, kerana permohonan MC nya ditolak. Ada yang marah-marah. Ada pula boyfriend yang campurtangan sehingga terjadi kes ugut mengugut.
MC daripada klinik atau hospital swasta mempunyai nilai yang lebih ringan daripada MC daripada hospital atau klinik kerajaan. MC dari hospital dan klinik kerajaan boleh dibawa sebagai bukti di mahkamah. Oleh itu kehilangan sekeping MC di dalam wad sebagai contoh adalah seperti ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung. Jangan terkejut kerana ia menjadi kes polis!
Apa yang saya ingin tulis ialah adalah berkenaan dengan satu penyakit dipanggil ketagihan MC (kalau kata tahi MC nanti ada yang marah!). MC ini seperti dadah juga, jikalau anda sudah berpaut dengannya dengan pautan yang padu maut, anda pasti akan ketagih dengannya. Itulah sebabnya adakalanya kita yang tak pernah ambil MC, tiba tiba pada satu hari pergi mengambil MC dan mendapati ingin sekali lagi mengambil MC dan keesokannya ingin lagi mengambil MC. Itu tidak mengapa, asalkan anda mempunyai sebab untuk mengambil MC.
Antara sebab yang paling valid mengambil MC adalah sakit. Saya juga katakan anda mempunyai sebab kerana saya tahu ada yang mengambil MC walaupun kerana nak pindah rumah, kereta rosak, ada interview tempat kerja baru ataupun menjaga isteri yang pening-pening lalat di rumah. Itu pada saya kalau berlaku sekali di dalam bulan biru (once in a blue moon) ok lah... siapa yang tak pernah buat. Kita kan manusia...
Masalahnya sekarang adalah ketagihan MC kronik tanpa sebab munasabah. Ada seorang lelaki pekerja insurans menjadi pesakit setia klinik saya kerana setiap bulan akan datang 2-3 kali untuk mengambil MC kerana pelbagai sebab. Ada yang sakit kepala, sakit hidung, sakit pinggang, tak boleh nak tidur dan macam-macam lagi. Dia beralih ke kllinik saya kerana klinik tempat dia bekerja tidak dapat membekalkan MC sebagaimana yang dia perlukan.
Menurutnya Doktor tempat dia bekerja mengatakan yang dia tidak layak mendapat MC kerana penyakit yang dia ada berasal daripada stress kerja nya sahaja. Ye lah, kerja mana yang tak stress kan. Menyapu sampah pun ada stressnya yang tersendiri. Oleh kerana ketagihan MC yang teruk, dia terpaksa mencari sasaran yang lain.
Untuk kali pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima saya masih boleh bertahan. Bayangkan 2-3 kali seminggu untuk 4 bulan berturut-turut!. Alasannya juga pelik-pelik dan berlainan. Tetapi lama-kelamaan saya terpaksa melawan rasa kasihan terhadapnya dan mencari jalan keluar. Tak lain dan tak bukan ialah dengan merujuknya ke doktor pakar neurologi (ingat nak refer psikiatri - tapi tak jadi). Alasan saya kerana dia mengalami sakit kepala yang kronik. Mungkin perlu dirujuk ke pakar.
Untuk pengetahuan anda, datang berulang kerana migraine dan masalah period adalah biasa bagi sesetengah pesakit. Ia bukan satu isu kerana mereka memang benar-benar sakit. Malah dengan kesakitan mereka ini, adalah tidak adil untuk saya tidak memberi MC. Anda kan tahu bagaimana teruknya kena period cramping.
Ketagihan mengambil MC ini perlu diberi kesedaran. Bukan sahaja oleh doktor yang memberi tetapi daripada kawan-kawan sekerja. Bayangkan kalau ramai mengambil MC tanpa sebab yang munasabah. Bukan sahaja produktiviti kerja terjejas, tetapi anda sendiri adakalanya terpaksa mengambil alih tugas kawan-kawan anda yang mengambil MC.
Satu contoh lagi, seorang pramugari yang bertugas di sebuah syarikat penerbangan akan terbang ke Hongkong. Pramugari ini dikenali sebagai seorang yang selalu ambil MC atau ketagih MC. Setiap kali dia mengambil MC, maka terpaksa seorang lagi pramugari "standby" ni akan menggantikannya. Apabila berlaku sekali sekala tidak mengapa, tetapi sekiranya selalu sangat berlaku, apa yang akan terjadi? Apabila diketahui pramugari yang suka MC ini bertugas, maka si "standby" pula yang akan ambil MC... jadi kalau dua-dua ambil MC, bergoncang juga syarikat kapal terbang tu.
Saya percaya mereka yang memartabatkan kerja mereka sebagai ibadah tidak akan mengambil MC sewenang-wenangnya. Perlu ada tersemat di dalam fikiran bahawa sekiranya kita kerap mengambil MC sehinga 2-3 bulan sekali selama beberapa bulan berturut-turut kerana ingin berehat-rehat tanpa sebab2 munasabah adalah satu kezaliman kepada orang lain juga. Bukan sahaja mutu kerja terjejas, malah kepercayaan orang terhadap kita juga terhakis.
Wallahu A'lam.
11 comments:
dr azwan,
salam..
1. boleh tak nak mc sbb sakit hati??
sedih ni.. dah lama saya tak cuti..
plus slalu kena balik lewat...kul 7 kul 8 malam..saya ni dah jadi mak..anak pun kecik lagi...sapa kata keja jd pegawai kerajaan relax, mmgla tak patut..
kadang2 datang kerja marah2..balik rumah pun marah2..
boleh tak nak mc sebab tu?
hari ini pun kena balik lambat..siap dapat memo..
esok sabtu pun have to come at 9am..huhuhu...
2. dr, bila sebenarnya kena bukak buku pink? org yang tggal putrajaya ni kata kat sini tak digalakkan buka buku awal2..
bukan apa..dulu masa anak first saya buka buku masa 20minggu, then kena marah dengan dr kat hosp ampang..sadis je rasa..yelah, saya datang masa 12mggu, nurse kat situ kata kat sini terima lepas 20 minggu je.. saya ikutla cakap dia..
tapi alhamdulillah baby semua ok...
yang kali ni saya nak lebih careful je..
sori ye..bahasa saya hari ni agak kureng berilmu sikit...
puan R
Ni ada sorang budak baik ni... selama 11 tahun bekerja, MC saya tak lebih dari 5 days. In fact pernah dapat award for Zero Medical Leave from the employer....
Tahun ni pun dapat MC sebab nak buat 4x BSP readings tu la.... Alhamdulillah....... kalau bukan sebab sakit, saya memang takkan gunakan MC.
saya anggap kerja sebagai satu ibadah. MC adalah pelepasan hanya apabila sakit - tak guna datang kerja jika sakit tuh boleh berjangkit dan memudaratkan rakan sekerja yg lain.
walaupon begitu saya nih amatlah jarang kena sakit2 yg common seperti demam selsema, sakit perut etc, mungkin setahun sekali dua kali.. tp saya tetap utilize MC bergantung kepada stress level.
Doktor tahu kan stress can lead to overweight and obesity. Tp saya berterus terang dgn doktor panel saya - mental stress, dan saya nak berehat. Lol.
ketagihan mc...maybe not me..i cukup tk pandai nak minta mc kt doc...ni lately ni rekod keje bruk giler sbb admitted ngan mc...siap kena mrh ngan doc sbb tk nak rest...:( knp la ade org ketgih mc eik?? maybe die tk suke ngan keej die kot...
Aku Mc slalau hari ahad jer,,hehhee..free MC ...MC(Mmain Cinta
mc yang digunakan secara betul patut tak jadi masalah..
ini ada jual mc bagai itu yang susah..
ps : abahfateh pening tengok orang sihat dapat MC
Stress akibat kerja disiasat melalui Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Doc,
Masaalah MC ni lah yg selalu memeningkan sapa-sapa yg jadi ketua. Terutama nya jika pada hari yg berkenaan, pekerja tersebut diperlukan untuk tugasan tertentu. Team telah di bentuk.. Tiba hari yang di tetapkan, tup tup dia talipon, MC.. Boleh tumbuh tanduk kita di buat nya. Tambah pula, kalau dia tu memang terkenal sebagai kaki MC. Nak marah tak boleh, takkan la nak paksa orang sakit bekerja. Itu dah kira kes dera. Tapi betul ke dia sakit?
Akibat nya, kerja tergendala. Harga perundingan doktor dan ubat, syarikat kena bayar. Silap gaya tugasan yg nak di laksanakan pun terpaksa bungkus kerana faktor masa.
Jadi di sini saya nak berkongsi idea, bukan idea asli saya, tetapi saya dapat dari pejabat kenalan saya. Cara nya ialah mengadakan sekim insentif untuk mereka yg tidak mengambil MC. Contoh nya jika seorang pekerja tidak MC pada sesuatu bulan, insentif sebanyak RM30.00 akan diberi. Bayaran dibuat setiap 3 bulan sekali. Jika tiada MC langsung dalam setahun bayaran insentif tambahan RM360.00 akan di beri lagi pada hujung tahun.
Insentif itu tidak lah banyak, tetapi naluri manusia, ramai yang suka wang ‘free’. Dengar cerita nya, sejak sekim itu diperkenalkan, kadar MC menurun dengan begitu mendadak sekali.. Kalau ada yg MC pun, pekerja berkenaan memang lah benar-benar sakit.
buat jer cam jepun nih...kami kt sini tkder mc2..ader annual leave jer. itulah mc, itulah el...tkder dah peruntukan cuti yang lain.
kepada mereka yg kaki MC..fuck u, u r all useless muthafuckas that are not qualified to live..u all should just go fuck urselves and die in hell..
Doc..
sy pernah ke GP and hosp kerajaan for senggugut (my period cramping is the worst nightmare, sbb slalunya, mmg tak blh jalan lansung. but since i live alone, mmg impossible la nak pi clinic time sakit tgk memuncak..once relief, i went to clinic. however, dr tu just bagi mefenamic acid je, and sy yg terpaksa skip klas kerana sakit senggugut kna marah dgn lecturers sbb almost every month, kna attack period cramping..slalu pegi farmasi je, dia kata, mefenamic and PCm tak cukup for my pain..so dia bagi ubat yg 3x strength..lupa nama ubat.. pointnye, org mcm sy, yg betul2 sakit, tak dapat MC pun... diarrhea 2-3 kali pegi toilet every hour pun, jumpa dr, dapat time slip je..macam mana nak ke kelas, klau asyik nak ke toilet?..
Insan yg Sedih..
Post a Comment