Assalamualaikum,
Sedih juga apabila setelah 51 tahun Malaysia merdeka, ramai anak-anak Malaysia tak kira Melayu, Cina dan India lebih fasih berbahasa Inggeris daripada berbahasa Melayu.
Kadang-kadang saya pun berasa hairan, pesakit saya ni orang melayu, bermuka melayu, hidung penyek, kulit sawo matang, bila duduk depan saya ni, nak juga bercakap bahasa Inggeris. Bukannya salah. Tapi saya menjangkakan apabila saya cakap dengan orang melayu saya sukalah kalau dapat bercakap bahasa ibunda saya.
Saya menjawab dalam bahasa Melayu, dibalas semula di dalam bahasa Inggeris yang "broken". Saya balas balik dalam bahasa melayu, tetap dia tetap membalas dalam bahasa Inggeris. Saya terus juga bercakap melayu sampai dia malu-malu alah dan berbual dengan saya dalam bahasa Melayu juga.
Ada masanya saya yang malu sendirian, apabila saya memulakan percakapan saya di dalam bahasa inggeris dengan pesakit cina dan india, tetapi dibalas pula dengan bahasa melayu yang sangat-sangat fasih.
Ada sekali, seorang wanita melayu ingin memberitahu bahawa terdapat ada masalah di kawasan duburnya. Dia sebut " I've got a problem with my "*ss-hole". Dia sebenarnya nak cakap dia ada problem dengan her "anus", tapi itulah, mungkin ayat yang sesuai dalam bahasa Inggeris tidak terjumpa. Dia pula yang malu-malu alah lepas tuh. Apalah salahnya bagitahu saya di dalam bahasa melayu.
BAHASA SEBAGAI ALAT DAN BUKAN MATLAMAT
Ramai orang menganggap bahawa bahasa Melayu ini adalah bahasa kelas kedua. Orang yang menganggap bahawa Bahasa Melayu ini bukan bahasa sains dan matematik juga ramai. Dan ramai juga GAGAL memahami bahawa bahasa itu bertindak sebagai ALAT untuk menyampaikan ilmu dan bukan ilmu itu sendiri.
Bahasa bertindak sebagai alat untuk memahami apa yang diperkatakan dan disampaikan daripada seorang pendidik kepada yang dididik. Ilmu sains contohnya disampaikan kepada anak murid di dalam bahasa percakapan seharian agar anak murid itu faham tentang ilmu yang hendak disampaikan. Ilmu matematik difahami dan dipraktikkan kepada mad'u setelah memahami maksud setiap makna, aksara dan nilai sesuatu angka dan formulanya di dalam bahasa yang difahaminya. Walaupun apa negara, fahaman dan bahasa sekali pun di dunia, matematik tetap matematik walau nak disampaikan ke dalam bahasa apa sekalipun.
KEGAGALAN PELAJAR MELAYU MENGUASAI SAINS DAN MATEMATIK
Apabila guru-guru terpaksa mengajar anak-anak melayu matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris, mereka mendapati dua perkara. Satu, anak-anak ini bukan sahaja tidak dapat memahami bahasa Inggeris, kedua, mereka juga tidak dapat memahami sains dan matematik. Keputusan matematik dan sains jatuh ke tahap "kosong" dan ini banyak memeningkan guru-guru. Anak-anak di bandar mungkin berbeza kerana bahasa percakapan mereka yang banyak di dalam bahasa Inggeris.
Sains dan Matematik adalah asas kepada pemikiran saintifik. Bagaimana sekiranya sains dan matematik ini tidak dapat dikuasai oleh anak-anak kita kerana semata-mata mengejar sesuatu objektif yang lain pula dipanggil "bahasa Inggeris"?
Terdapat pemikir-pemikir bahasa dan ahli berpendidik berpendapat, kalau nak kukuhkan bahasa Inggeris, tambah masa pengajaran bahasa Inggeris. Mengikut Prof Dr Ridzwan dari UM, sekarang ada langkah-langkah awal untuk mengembalikan sains dan matematik ke bahasa melayu semula tetapi mengajar sains dan geografi pula dalam bahasa Inggeris!
HINA- SANGATKAN BAHASA MELAYU?
Kenapa negara Perancis tidak mengajar anak-anak muridnya matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris? Perancis adalah bahasa Ilmu? Mungkin. Anda mungkin merasakan bahawa Bahasa Perancis adalah bahasa yang hebat dan antara bahasa yang paling dipertuturkan di dunia ini.
Saya bawakan kepada anda kedudukan ranking, Top 10 bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia.
1. Mandarin (1 billion orang)
2. English (508 juta orang)
3. Hindustani (497 juta orang)
4. Spanish (392 juta org)
5. Russia (277 juta orang)
6. Arab (246 juta orang)
7. Bengali (211 juta orang)
8. Portugis (191 juta orang)
9. Melayu (159 juta orang)
10. French (129 juta orang)
SUMBER
Dalam beratus-ratus bahasa di dunia ini, Bahasa Melayu adalah di dalam kedudukan 10 bahasa yang dipertuturkan di dunia, lebih tinggi daripada bahasa Perancis, bahasa Jepun, Bahasa Thailand, Urdu dan Tamil. Jadi selain daripada memperkuatkan bahasa Inggeris, kita harus berbangga kerana bahasa yang kita pertuturkan adalah di antara 10 bahasa popular di dunia. Bahasa kita adalah lingua franca.
Saya bawakan kepada anda kedudukan ranking, Top 10 bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia.
1. Mandarin (1 billion orang)
2. English (508 juta orang)
3. Hindustani (497 juta orang)
4. Spanish (392 juta org)
5. Russia (277 juta orang)
6. Arab (246 juta orang)
7. Bengali (211 juta orang)
8. Portugis (191 juta orang)
9. Melayu (159 juta orang)
10. French (129 juta orang)
SUMBER
Dalam beratus-ratus bahasa di dunia ini, Bahasa Melayu adalah di dalam kedudukan 10 bahasa yang dipertuturkan di dunia, lebih tinggi daripada bahasa Perancis, bahasa Jepun, Bahasa Thailand, Urdu dan Tamil. Jadi selain daripada memperkuatkan bahasa Inggeris, kita harus berbangga kerana bahasa yang kita pertuturkan adalah di antara 10 bahasa popular di dunia. Bahasa kita adalah lingua franca.
BAHASA MELAYU DAN ISLAM BERPISAH TIADA
Oleh itu, kita sebagai orang melayu, marilah sama-sama kita mendaulatkan dan memperkasakan kembali bahasa melayu. Tidak ada apa yang kurang di dalam bahasa melayu yang kita gunakan sekarang. Malah bahasa melayu adalah bahasa dakwah Islam. Bahasa Melayu dan Islam adalah sejalan seiring.
Kita gerakkan semula Dewan Bahasa dan Pustaka yang sekarang ni cuma lebih bertindak seperti Muzium yang tidak tahu mana hala tujunya. Kita seru hulubalang bahasa kita untuk mengangkat sumpah berdaulat, memperkasa semula jihad bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan kita. Mana anak remaja kita yang berani menegakkan bangsa dan bahasa? Jika orang melayu sendiri tidak mahu memegahkan bahasa sendiri, bagaimana ingin kita harapkan bangsa lain?
Fajar Telah Menyinsing... Bangunlah Wahai Bangsaku!
14 comments:
org uitm kata, 'uitm' je yang 'melayu' 'ada'...
sebab tulah, 'anak-anak melayu' kita dok berarak di seluruh negara marah sangat kat pemimpin pembangkang yang sebut 'cdg' ttg membuka 10 peratus kemasukan bukan bumiputera...
banyak lagi ipta lain yang akan menguntungkan masa depan dan juga duit poket bangsa diorang sendiri..
buat apa dia nak untungkan kerajaan..
kalau ye pun uitm dibuka untuk bukan bumi, kerajaan takkanlah 'sangat kurang bijak' sehingga perlu menanggung bukan bumi..masa ni la kita boleh kutip duit diorang... tunjukkkan yang mmg kita ni ada perbezaan..
secara sejarahnya lagi..
macamla bukan bumi teringin sangat nak masuk uitm..
Prof khoo khay kim kata benda ni dah pernah di raisekan last 10 years oleh pihak 'kerajaan' sendiri..tapi masa tu takda pulak 'anak2 melayu' kita dok berarak seluruh negara..
tak pahamlah..
sekarang ni lebih banyak yang terlalu sensitif terhadap perkara2 yang tak perlu..
kasihan melihat bangsaku..
merangkak2 anak2 kita menjawab kertas math n sains in english
cikgu2 pulak terkejar2 nak membantu, tapi apa sangatlah yang boleh dibantu kalau mmg waktu periksa besar dah menjelang..
masa mengajar pula rasa serba salah, serba tak kena..anak2 melayu kita terus menerus terkeliru dengan identiti dan jati diri sendiri...
PoP
pandangan 2 cermin
1) Jika pengajaran matematik dan sains diteruskan dlm bahasa inggeris maka ini adalah langkah revolusi. Dlm revolusi maka ramai akan terkorban. Maka ramai anak melayu yg mungkin bijak akan gagal sebab tidak paham bahasa inggeris. Tetapi biasanya revolusi seperti ini akan berakhir dengan kemanisan apabila melayu itu sendiri akhirnya dengan sendiri mendalami bahasa inggeris atas dasar "survival of the fittest" . Sila lihat contoh singapura , KUAN YEW yg tidak mengutamakan bahasa manderin semasa pengasasan Singapura.
2) Pengajaran matematik dan sains ditukar dlm bahasa melayu dan maka ramai melayu yg bijak dapat berjaya ( melayu dari background kg) . Risikonya adalah si melayu ini akan tetap kurang bijak berbahsa inggeris dan nampak kurang bijak ( walau bijak ) sebab tidak fasih berbahasa Inggeris. Fungsi DBP telah dicuba dahulu untuk mengembangkan bahasa melayu dalam sains dan matematik tapi dimanakah peluang yg telah diberikan itu telah dpt mencapai kejayaan? Jika hendak menggunakan bahasa melayu juga maka DBP perlu dirobek . Satu cara yg radikal diperlukan. DAN jika cara ini diperkenalkan kembali pengajaran bahasa inggeris dan kejayaannya tidak harus diukur atas dasar peperiksaan sahaja dan tidak perlu ada sikap "please the boss" untuk tunjuk graf bahasa inggeris yg semakin baik tahun ke tahun tetapi realitinya adalah salah. Tidak perlu ada latih tubi semata2 untuk dapat A dlm bahasa inggeris tapi hapis SPM nak cakap Inggeris pon terkedik2 mcm saya satu ketika dulu.
Kesimpulannya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu seiring penguasaannya. Walauapapun jika ada Cina dan India yg tidak tahu berbahasa Melayu , maka mereka ini adalah tidak layak jadi warganegara dan selaras sebagai seorang pengkhianat.
Saya amat tertarik dgn artikel ini terutama berkaiatan kedudukan b. melayu berada dikedudukan ke-10 paling bnyk dipertutorkan. Saya merasakan bahasa melayu sepatutnya diangkat oleh bangsa melayu sendiri, tetapi malangnya b. melayu sering dianggap sebagai bahasa kelas ke2 oleh B. Melayu sendiri. Di Universiti semua pensyarah diwajibkan mengajar dalam bahasa inggeris termasuk di UKM yang mendaulatkan b. melayu. Ada juga Universiti yang mengugutkan penggunaan b. melayu oleh pensyarah semasa sesi kuliah akan menyebabkan mereka dilambatkan sah jawatan dan ada juga yang ditakut-takutkan dgn penamatan jawatan. Pihak pentadbir negara kita juga tidak begitu mengambil berat. Alasannya mudah, pelajar akan sukar mendapat peluang pekerjaan apabila keluar bergraduat nanti.
Saya pernah beberapa kali berkomunikasi dalam b. melayu (dlm e-mail) dgn beberapa Prof. tersohor di universiti San Jose, US. Prof ini sendiri meminta saya menulis e-mail dlm b. melayu untuk menguatkan penguasaan b. melayu mereka.
Jadi, pada pandangan saya kekuatan b. melayu harus diperjuangkan oleh semua bangsa melayu terutama pemimpin-pemimpin melayu.
hurm..good issuee..sya pun lg suka kalo bahasa melayu kiterlbih di mertabatkan ..tp english pun penting gk..sbb skrang ni kalo nak cr peluang kerajya suemrnya nak candidate yg bole bertutur dgn baik dlm bahasa inggeris...tp tk de la smpai loghatnya mengalahkan mat salleh..ntahla mcm kt tmpt sya keje skrang..mostly patient yg dtg mmg la foreigner...nak tak nak mmg kena guna english la..tp sya lg senang berbual ngan clicks sya dlm bahasa ibunda sendiri...marilah sama2 ktia perjuangkan bahsa ibunda kita..tk lekang melayu di duniaaaa
salam..
saya mendpt pendidikan di UTM Skudai. Apa yg menarik, pensyarah2 UTM mengambil langkah menterjemahkan buku bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dan diterbitkan oleh UTM sendiri. Hasilnya, pelajar boleh mendpt buku dalam bahasa Melaysia dengan harga yang agak berpatutan...
Bahasa pengantar UTM juga dalam bahasa Melayu. Tapi ramai je yg berjaya sampai ke Phd luar negara..bahasa Inggeris pun power gak..;D
Salam,
Saya setuju dgn Dr... Bahsa Melayu itu indah dengan gaya yang tersendiri.. Hidup bahasa Melayu
wah bangganya! bahasa melayu mengatasi french n japanese.
salam...
bagi saya mmg la kita MD atau MBBS tp kalau pesakit tuh yang melayu x payah lah berhabuk nak cakap inggeris pulak dgn kita kalau kita sendiri cakap melayu....mmg lah rasa meluat pun ada...kenapa??? malu sangat ke nak cakap melayu?? jatuh standard ke kalau cakap melayu?? saya pun x paham la kadang2 pesakit2 dan kaum kerabatnya nih.....macam nak tunjuk pandai pulak dgn dr yang diorg tgk....entahlah...pesakit sekarg bukan macam dulu2...kadang2 apa yg dibuat oleh dr sedikit pun diorg x appreciate...tp x nak g private sebab x de duit....sorrylah....menyimpang sket....
EP
pOp : Lama tak dengar cerita. Itu hal student UiTM. Demo ekslusif sebab ada org luar yang tak der kena mengena dengan UiTM dan takder pasal dengan UiTM cakap nak buka UiTM kepada student International dan non bumi. Agaknya kalau Pak Lah yang sebut nak bukak UiTM pada International student dan non bumi dia berarak ke tak.
Kucau : Aku suka idea radikal kau kucau. Tapi macam teori Darwin- survical of the fittest jer... Dilema skarang, budak melayu kampung lah, dah lah tak pandai inggeris, sains dan maths pun fail jugak sebab tak paham cikgu ajar apa. Ada cikgu bagitahu, markah maths "kosong" kat sekolah kampung. Kalau dah kosong, bukan sebab tak tahu maths ngan sains, tapi sebab tak paham apa soalan tu nak. KEsian jugak tuh. Kalau orang kampung yang nak dikorbankan, macamana org melayu nak naik, sebab org melayu yang ramai berasal dari kampung2.
Aku rasa pelajaran bahasa inggeris yang kena buat revolusi. Kalau kita duduk kat negara Omputeh, 6 bulan jer dah reti cakap omputeh. Orang Bangla sampai Malaysia 3 bulan jer cakap macam org Malaysia. Bahasa kena ada praktikal.
Dulu, kita pun, time ada kursus intensif bahasa Arab, boleh jer sikit2 cakap. Boleh pass lagi. Padahal dulu sepatah pun tak reti. Doktor pun ramai terer cakap pasal medical stuff, tapi bila bagi opinion pasal benda lain dalam bahasa Inggeris pun sangkut jugak, sebab kita memang pikir benda medikal dalam bahasa inggeris. Pendekata, pendekatan mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri harus dirombak kepada satu pendekatan fresh. Lebih praktikal daripada teori. Aku dulu pun skor grammar, tapi english spoken, haram tak terer.
Yang laku dalam pasaran kerja, spoken english. Stakat terer menulis dan terer grammar jer, hampeh jugak. So kita kuatkan english komunikasi. Tetapi tak bermakna kita korbankan bahasa melayu dan merendah2kan martabat bahasa melayu, sampai sign board pun nak letak bahasa inggeris sahaja.
Shaiful : Ramai juga tak tahu bahawa bahasa Melayu ada di dalam ranking dunia. Dalam top 10 lagi. Malah semasa pertandingan syarahan bahasa Melayu yang dianjurkan baru2 ni, orang Rusia pun cakap bahasa Melayu. Saya cuma sedih melihat Dewan Bahasa yang Ketua Pengarahnya pun ada political minded, tak mahu menggerakkan dan menjaga B, Melayu. Tidak serupa dahulu. Pada satu ketika, saya rasa Bahasa Melayu berada di dalam satu era yang hebat. Masa tu Dr Rubiah, Prof Awang Sariyan, Aziz Deraman, Dr Nik Safiah, semua nama-nama hebat dalam bidang bahasa. Kamus Dewan berjilid-jilid dibeli. Bangga betul bekerja di Dewan Bahasa. Kalau ada masalah bahasa sahaja, Ahli daripada Dewan Bahasa dipanggil. Sekarang bangunan je baru, tapi pengisian dan zuq tu tak ada.
SN Wahidah : oh.. orang prince court yer. ada sorang staf tu ambik kuih raya dengan saya untuk market dalam prince court.. :)
Kita memang perlu mahir di dalam kedua-dua bahasa sebab bahasa Inggeris adalah bahasa kedua kita. Tapi tidak sampai menjahanamkan bahasa. Sampai anak melayu sendiri cakap melayu lidah kelat. Malu jugak jadi orang melayu.
saya suka artikel ini. saya tertarik dgn ramai pendapat org yang mengatakan bahasa inggeris yang digunakan dalam pengajaran sains dan matematik kini mampu melonjakkan kecemrelangan pelajar. namun saya kira tidak ada jayanya sekiranya jatidiri bangsa melayu itu hilang kerana terlalu engish dari org feringgi itu sendiri. tgk ramai budak2 remaja sekarang yang konon belajar sc dan math dalam english berlagak mengalahkan org putih....
entahlahhh
tak mungkin Paklah akan cakap mcm tu
POP kau dulu U mana? aku tk rasa kau dari Uitm tu sebab kau tak faham perasaan diaorang ataupun kau ni memang kaki kutuk.
Pak Lah cakap apa?
aku bangga jadi rakyat melayu
Science Exhibits Prodiver
Post a Comment