Assalamualaikum,
Debat 2 telah dijalankan semalam yang berkisar tentang penyalahgunaan kuasa terhadap pemberian tanah di negeri Pulau Pinang.
Bukannya tidak menyokong dasar kerajaan baru Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng yang mementingkan dasar CAT. Cuma debat semalam, Ketua Menteri tersebut bertindak seperti Ahmad Sabery Chik dalam debat dengan DSAI.
Beliau tidak dapat mengenengahkan hujahnya yang baik sebagaimana lawannya Dato' Seri Dr Koh Tsu Koon. Banyak menyerang kerajaan lama Pulau Pinang dan tidak dapat menjawab soalan dengan fakta yang baik. Ia kedengaran seolah-olah retorik pula.
Dato' Seri Dr Koh Tsu Koon nampak bengang dengan kenyataan Sdr Lim Guan Eng, tetapi beliau dengan "kool" bisa melawan hujah dengan hujah dan fakta. Jawapan beliau adakalanya penuh dengan "witts", sesuai dengan taaf beliau sebagai bekas ketua menteri Pulau Pinang.
Ternyata, masalah tanah di Pulau Pinang adalah satu agenda menarik yang boleh didebatkan. Selain daripada nama Dr Hilmee yang disebut-sebut mungkin lebih banyak nama atau fakta yang patut didedahkan. Cuma adakah ia boleh atau tidak kerana mengikut Dato' Seri Koh Tsu Koon ia di dalam "pendengaran" Mahkamah (court hearing). Mengumumkannya adalah satu subjudice. Oleh itu jika subjudice kenapa adakan debat ini?
Walaupun, kedua-duanya berbangsa cina, tetapi penggunaan dan penguasaan bahasa melayu mereka agak mengagumkan. Cuma mungkin ada terkeluar perkataan tersilap sedikit seperti "persetubuhan" untuk perkataan "pertubuhan" daripada Dato' Seri Koh.
Apapun, tahniah kepada kedua-dua pemimpin. Saya percaya, budaya debat ini menunjukkan peningkatan intelektualiti dan kematangan berpolitik bagi pihak kerajaan dan pembangkang.

Saya masih menunggu cadangan debat saya "Tubuh kerajaan hari ini, harga tol turun!". Mungkin masih di dalam perbincangan kan dan proses mengumpulkan fakta? Ada sapa-sapa nak bawa ke agenda daily?
1 comment:
Saya memilih untuk berbeza pendapat dengan doktor,daripada pengamatan saya Dr Koh lebih untuk cuba mempertahankan kesalahan² daripada BN sendiri.YB Lim terang² mengatakan dia ingin berjumpa sendiri dengan Dr Koh untuk menyelesaikan isu ini tetapi jawapan yang diberikan adalah takutkan kenyataannya dimanupulasikan oleh Saudara Lim.sedangkan umum kita ketahui pihak yang memegang tampuk pemerintahan lebih mudah untuk memanupulasikan sesuatu perkara kerana mereka menguasai kesemua media melainkan internet.Saya juga melihat berita di NTV7 jam 7 petang yang ada membuat undian diantara Saudara Lim dan Dr Koh ternyata 85% memihak kepada Saudara Lim.
Post a Comment