Salam,
Membentuk sebuah syarikat yang mempunyai 3 orang usahawan yang berlainan latar belakang dan saling percaya mempercayai adalah sangat sukar. Lebih-lebih lagi, ketiga-tiganya mempunyai pengalaman gagal di dalam bisnes akibat ditipu oleh kawan atau orang yang dipercayai.
Saya bersyukur kerana menjumpai 2 orang sahabat yang walaupun sudah berusia (boleh dipanggil bapa), mempunyai latar belakang yang mengagumkan sekaligus bertindak sebagai sifu atau mentor saya di dalam perniagaan.
Tuan Haji Kamarudin Bin Hj Parlan adalah seorang kontraktor yang sudah 30 tahun berkecimpung di dalam perniagaan. Beliau pernah mengimport daging beku dari India berkontena-kontena (dah tak buat sebab share partner meninggal dunia) dan masih lagi mengambil kontrak maintenance bangunan untuk beberapa syarikat besar. Beliau pernah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sebuah masjid di Jalan Kebun, Klang dan kini masjid tersebut betul-betul di sebelah rumahnya.
Seorang lagi yang tidak perlu disebutkan di sini ialah seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan yang akan bersara dalam masa setahun dua lagi. Beliau dikenali sebagai serang yang amanah dan tidak makan suap walaupun tugasnya memberikan tender-tender kerajaan yang besar. Lihat sahaja keretanya, cuma proton saga lama sahaja. Beliau juga adalah ketua kepada sebuah masjid terkenal di Kuala Lumpur.
Bagaimana saya terjumpa mereka berdua adalah kerana aturan Allah semata-mata. Tidak sangka juga pada awalnya sekadar berjumpa dan berborak, kini kami telah bersama-sama mendaftar untuk menubuhkan sebuah syarikat bernama Syatik Al-Wadi Enterprise untuk membuat penternakan lembu.
Pengalaman Tuan Haji Kamarudin di dalam menjual daging lembu beku beberapa tahun dahulu banyak membantu. Pada awal projek ini kami akan menggunakan kebun kelapa sawitnya seluas 3 ekar untuk memulakan projek ini. InsyaAllah kami juga sedang proses memohon untuk menambahkan modal kerana modal sedia ada telah digunakan untuk membuat kandang dan membeli 30 ekor lembu dari Pahang.
Pada masa yang sama, kami juga akan mengusahakan ternakan kambing dan ayam kampung secara kecil-kecilan. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli lembu untuk urusan perkahwinan dan aqiqah, boleh menghubungi saya atau emailkan kepada saya. InsyaAllah kami akan memberikan harga yang terbaik.
Pada pendapat saya, pertemuan yang membentuk persahabatan ini adalah satu pertemuan yang dirancangkan oleh Allah. Saya berharap ia akan berkekalan dan mendapat keberkatan dariNya juga. Amin.

6 comments:
bagusnya Dr Azwan...tambah lagi satu perniagaan...
semoga Allah murahkan rezki kalian, insyaallah...
Salam..saya Pn. intan
maaf, tibe2 saya mencelah tentang topik kesihatan. saya baru berkahwin 4 bln dan merancang untuk hamil.saya nak tahu fungsi sebenar clomid. bolekah saya dapatkan difarmasi?...dan perlukah saya mengambilnya.
alhamdulillah. tahniah dan selamat maju jaya..
sekadar cadangan untuk pertimbangan di masa hadapan, consider lah buat produk tenusu juga, susu segar and even cheese (macam yang mozarella kat langkawi tu ke hehe)...
salam,dr azwan.lama tiada bertemu di maya.
tertarik saya bila sdra sebut pertemuan yg tidak dirancang.sesungguhnya ia adalah aturan Maha Kuasa, yg mengetahui waktu dan keadaan terbaik utk seseorang itu bertemu.good luck.
hehhehe puan intan.. terkeluar gitu topic... clomid kan ubat subur.. mkn pada hari ke 2 period selama 5 hari... beli kat klinik jek... fungsi dia..biar lah Dr Azwan jawab.. tapi tak kene ar jawab kat sini hehehe...
Salam,
Satu perkongsian untuk pembacaan umum.
http://www.faridrashidi.com/2009/12/11/adakah-boleh-doktor-merawat-pesakit-berlainan-jantina/
Post a Comment