Wednesday, January 7, 2009

Saya sudah kembali...






Assalamualaikum,

Lama tak update blog ni kan. Ramai dah bertanya-tanya mana pulak perginya Dr. Azwan.

Saya baru ni agak sibuk dengan urusan misi bantuan perubatan dan dakwah orang asli di Gua Musang, Kelantan dari 1-3 Januari 2009. Ia adalah satu program bersama al-Islam Specialist Hospital, Biro Kesihatan ABIM dan Islamic Outreach ABIM.

Peserta yang mengikuti terdiri daripada petugas Hospital Al-Islam Kg Baru, 7 orang pelajar perubatan Malaysia di Universiti Sumatera Utara (USU) yang sedang bercuti, dan 4 orang pelajar UiTM. Terdapat 3 orang doktor semuanya dari Biro Kesihatan ABIM iaitu Saya sendiri, Dr Wan Mokhzani dari USM Kubang Kerian dan Dr Syazni Izana dari Hospital ATM Lumut.

Kumpulan seramai lebih dari 25 orang ini juga disokong oleh pasukan IOA dari Kok Lanas, IOA Perak dan 6 orang team COMRADE, UIAM.

Saya tak dapat menulis panjang kerana ada banyak urusan lain. Saya akan update blog tidak lama lagi dengan gambar-gambar program.

Buat masa ini, fikiran saya tertumpu kepada masalah yang berlaku di Semenanjung GAZA dan sahabat-sahabat kita di Palestin. ABIM dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia sedang melaksanakan langkah-langkah di dalam proses untuk menggerakkan bantuan berupa kemanusiaan dan perubatan. InsyaAllah perkara selanjutnya akan saya maklumkan setelah maklumat yang lebih konkrit diterima.

Wallahu A'lam.

1 comment:

VimmiYasmin said...

Dr
Dr masih di Kosas ke? Saya ex manager Ayamas Tmn Kosas.
Nak tanya sikit.
Tau tak Surau Insaniah Ampang?

Esok ada Kuliah Maghrib by Prof MKI.
http://muhdkamil.net/kehidupan

Related Posts with Thumbnails