Wednesday, July 15, 2009

Berhati-hati Dengan NSAIDs... !






Salam,

Sudah tentu ada daripada anda yang biasa megambil ubat tahan sakit jenis ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren) untuk pelbagai masalah.

Maklumlah ubat tahan sakit ini mudah didapati kerana ia boleh dibeli di farmasi dan harganya juga murah. Bukan itu sahaja, ia juga berkesan untuk meredakan sakit kepala, sakit sendi dan sakit-sakit badan secara cepat.

Oleh itu ia menjadi ubat pilihan kepada sesetengah pesakit yang sering mengalami gejala migraine, gout dan arthiritis.

Ubat-ubat tahan sakit ini dikategorikan sebagai NSAIDs. NSAIDs ialah non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat anti radang jenis bukan steroids.


BAGAIMANA NSAIDs BERTINDAK?

Apabila badan mengalami keradangan, sejenis bahan kimia di dalam badan dipanggil prostaglandin dirembeskan yang menghantar mesej "sakit".

Proses penghasilan prostaglandin ini dimangkinkan oleh sejenis enzim dipanggil cyclooxygenase (singkatannya COX).

Terdapat dua jenis COX iaitu cyclooxygenase-1 dan cyclooxygenase-2.

Kebanyakan ubat tahan sakit menghalang penghasilan kedua-dua cyclooxygenase ini dan akhirnya menghalang penghasilan prostaglandin.

Namun terdapat ubat-ubat baru yang lebih canggih dan sangat spesifik yang cuma menghalang penghasilan COX-2 sahaja, dipanggil "Cox-2 inhibitor".

Dua kesan utama ubat NSAIDs seperti ponstan, ibuprofen dan voltaren ini ialah kesan kepada perut dan kesan kepada buah pinggang.


KESAN KEPADA PERUT

Kepada perut, kesan NSAIDs adalah bergantung kepada dos yang diambil. Kesan kepada perut : -
- bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin.
- perut menjadi luka (gastritis)
- perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
- perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
- perut berlubang (gastro perforation)

Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.

Sebahagian NSAIDs terdiri daripada molekul asid yang boleh menyebabkan luka kepada lapisan perut secara langsung. Secara tidak langsung pula, penghalangan kepada enzim cyclooxygenase-1 menyebabkan prostaglandin yang memberi perlindungan kepada perut terhenti. Ini menyebabkan perut terdedah kepada luka asid yang dihasilkan oleh sel-sel perut sendiri.

Penggunaan NSAIDs secara tidak terkawal terutama kepada pesakit yang sudah berumur 60 tahun ke atas boleh menyebabkan pendarahan perut yang serius. Adakalanya satu suntikan voltaren pada pesakit yang sudah berumur boleh menyebabkan pendarahan yang akhirnya menyebabkan kemasukan ke hospital. Adakalanya pendarahan ini tidak disedari oleh pesakit dan pada awalnya tidak sakit.


KESAN KEPADA BUAH PINGGANG

Semasa saya bertugas di bahagian nefrology (buah pinggang), ramai pesakit yang muda masuk ke jabatan saya bertugas disebabkan oleh masalah kegagalan buah pinggang tahap akhir (End stage renal failure) diakibatkan oleh memakan ubat tahan sakit secara tidak terkawal. Jika ini berlaku, maka pesakit terpaksa menjalani hemodialysis secara berterusan kerana buah pinggang yang gagal berfungsi.

Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang.

Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini. Istilahnya yang lebih keras ialah HARAM dari sudut perubatan (fatwa saya sendiri ni).


MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.


PENGHALANG COX YANG SELEKTIF

NSAIDs menghalang penghasilan prostaglandin melalui penghalangan kedua-dua cyclooxygenase-1 (COX-1) dan cyclooxygenase-2(COX-2) secara tidak spesifik yang mana tindakan terhadap COX-1 menimbulkan banyak masalah kepada badan.

Bagaimana sekiranya saintis menghasilkan NSAIDs yang selektif hanya pada COX-2?

Oleh itu ubat-ubat yang COX-2 selektif telah dihasilkan seperti Celecoxib (Celebrex) dan Eterocoxib (Arcoxia).

Ubat ini mengurangkan kesan gastritis kepada pesakit yang tidak ada masalah perut sebelum ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat masalah pendarahan di dalam perut sebelum ini, penggunaan ini juga tidak digalakkan.

Rofecoxib (Vioxx) merupakan ubat tahan sakit yang popular tetapi telah ditarik semula penggunaannya kerana kajian terhadap masalah jantung yang tinggi oleh penggunanya.

Bagi pesakit buah pinggang, penghalang selektif COX-2 ini juga perlu dielakkan.



KESIMPULAN

Sila berhati-hati di dalam penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan. Salah satunya ialah penggunaan NSAIDs sebagai ubat dalam jangka waktu yang lama. Ubat ini boleh menyebabkan masalah pendarahan dalam perut dan sakit buah pinggang yang kekal.

Sila berjumpa doktor ketika mengambil ubat, agar ubat yang lebih sesuai dengan keadaan pesakit dapat diberikan. Elakkan daripada menjadi doktor sendiri atau mendapat nasihat dari doktor belakang rumah (jiran-jiran atau saudara yang tiada tauliah) ketika mengambil ubat tahan sakit. Elakkan dari mengambil secara berlebihan.

Wallahu Alam



18 comments:

Anonymous said...

Dr.,

Saya nak tanya sikit. Ada dakwaan penyakit buah pinggang disebabkan oleh meminum air kopi yang mempunyai serbuk herba seperti tongkat ali. Sepatutnya pengilang haruslah mengekstrak dan bukannya mengisar dan memasukkan ke dalam kopi buatan mereka.

Boleh bg komen tak ?

TQ

sEmut said...

terima kasih doktor. info yang berguna untuk kami yang tak tahu.

Werdah said...

Salam.. risaunya saya.. sebab saya dah terlalu banyak mengambil Arcoxia.. voltaren dan sekarang masih dengan celebrex.. saya nak copy entry doktor ke blog saya ya.

Dr Azwan said...

pasal dakwaan tongkat ali tersebut saya tak pasti. Tetapi orang2 tua dahulu ambil tongkat ali daripada tumbuhan yg asli, bukan ekstraknya. Wallahu alam

Cik Skaf said...

salam Dr Azwan. Terima kasih atas info ini. 2 sebab - 1. Sejak bertahun2 sy masih lagi mengambil Celebrex - info ini bnyk beri ingatan pd saya. 2. kerana info ini juga sy berjumpa balik dgn seorang kawan lama.

Dr Azwan said...

Boleh ambil, tapi hati-hati. sekali beli kat farmasi atau klinik sampai 30-40 biji... Ingat gula-gula ke?.. haha

Cik Skaf said...

uik tak lah sampai 40 Dr. 1 pek ada 10 jd sekali beli 10 biji ajelah.. hu2

ZieSakura said...

thanks doc..oo..patut le kat lua plastik ubat tu doktor pesan bile perlu aje baru mkn

kirenya sakit ckit2 xpyh le mkn beria-ia...;)

Anonymous said...

i pun dah tak kurangkan ambik mende2 ni semua sejak dapat gastrik.pedih ulu ati aku.rasanya aku dapat gastrik sebab banyak sgt amek ubat penahan sakit ni la sebab selalu demam and setiap bulan .....

PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN said...

Salam Dr Azwan

Sy seorang herbalis ingin minta izin utk link artikel tentang NSAIDs dlm blog dan web sy semuga ia dpt menjadi bahan bacaan bagi pelnggan saya

Umialya said...
This comment has been removed by the author.
ejaty said...

trima kasih doc atas info ini..
sy xtau yg NSAIDS nie, dlm kelurga brufen n ponstan. muka sy bengkak disebabkn alergc ubat. frmasi hospital mmbri ubt yg sma keturunan rupanya. sy dh ckp sy alergc prufen so msih bg jgk. huhuu dua hri brturut mndpt keskitan yg sma.. mungkin hospital ingin mngkaji sy.. sedihh..

Anonymous said...

salam dr...macam mana klu sy telah mengambil celebrex dalam tempoh lama sbb pnykit athritis@sle...???...tlglah sy...ada pandangan cara nak menanganinya...??

Unknown said...

Salam doc.sy dh hmpir 6 bulan trpksa amik clecoxb di sbbkn chronic pain and multiples drug allrgys..sy amik ubt ni scra regular iaitu 2 bji shari..pda pndapat doc wjarkah sy truskn ubat ni sbb klu sy x mkn sy akn rse skit yg amat sgt..sy dh try analgsic lain tp ksemuanye sy allrgic dan trpksa admitted in icu sbnyk 2 kli akbat drug allrgc

Helmi said...

Salam doc . Saya mengalami backpain selama 3 bulan . Saya mengambil 2 jenis ubat voltaren dan tramal . Saya terpaksa menunggu mri selama 6 bulan . Apakah alternatif lain yg boleh saya lakukan selain memakan ubat dan fisioterapi ? Saya dalam lingkungan 20 an .

Anonymous said...

Salam doc , saya telah mngambil tindakan bodoh dengan mengambil 10 biji ubat ponstan skali gus . Adakah saya perlu berjumpa doktor walaupun tiada kesan yang berlaku melainkan pening sahaja .

Anonymous said...

Slm doc...sy pesakit beerkaitan tulang blkg.dh 14 depends kpd pain killer ( celecoxib,arcoxia,eperison n so on lh). Slalu dtg sakit2,kdg2 bdn xdpt nk d gerakkan terutamanya bla bgun tdo...n skrg sy mula merasakan xdpt nk fokus ssuatu kerja dgn baik n ingtn sy terjejas.kdg2 apa y sy bt smlm dh xdpt ingt dh...sgt stress jgk..boleh doktor komen psal ubtan y sy amik skrg n jg kaitan/kesan dgn ingtn...

Izzul said...

asalamuaikim doc..sy sering sakit perut dn susah membuang air besar setelah makan ubat celebrex yg telah diberi oleh hospital pakar KPJ pasir gudang..apakah yg perlu sy buat doc..sakit terguling guling da ni..

Related Posts with Thumbnails