Maaf sudah lama tak update.
Bukan sebab apa, lap top buat hal. Komputer kat pejabat pulak tak boleh connect sejak berapa lama. Streamyx punya hal.
Apapun takder cerita apa nak dikongsi. Medical check up dah berkurang. Tetapi permintaan checkup utk masuk kerja pulak meningkat-ningkat.
Daripada cerita terakhir saya pasal PPSMI nampaknya ada perkembangan terbaru. Pemansuhan PPSMI telah dilaksanakan tetapi pada bulan 2012.
Saya ada bertanya pada isteri saya, kenapa lambat sangat?
Bolehkah guru mengajar sains dan matematik di dalam bahasa inggeris dengan aman dan tenteram kalau tahu bahawa Menteri Pelajaran akan "scrap" benda ni semua dalam masa 3 tahun lagi ?
Isteri saya buat teori - kementerian nak habiskan buku latihan PPSMI yang dah distok untuk beberapa tahun lagi. Haha.
Atau nak habiskan bajet-bajet yang ada atau kontrak-kontrak kepada kontraktor yang menang anugerah kontrak buat buku PPSMI selama 3 tahun.
Kerajaan kata ini bukan hal politik. Takda kena mengena pasal kerajaan BN tak popular sebab isu ni. Saya no komen. Menukar-nukar sistem pembelajaran dari satu sistem kepada sistem terlalu drastik akan membuatkan kerajaan lebih tak popular.
Saya dari dahulu tidak setuju dengan cadangan PPSMI. Kerana saya sendiri belajar sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah dalam bahasa melayu.
Bila masuk universiti baru belajar dalam bahasa inggeris. Okaylah... faham lah jugak. Masa tu kita dah mahir sikit dalam bahasa sains ni. Tak da masalah lah nak hadam.
Kalau otak tu okay, dalam bahasa apa pun boleh buat. Terutama kalau azam itu kuat nak belajar.
Tapi jangan sama ratakan semua manusia ini. Tempat saya belajar dahulu di Kuala Terengganu, ada kawan dapat - A untuk Matematik Tambahan, A untuk Matematik, A untuk Fizik, A untuk Kimia, A untuk Bahasa Malaysia tapi Bahasa Inggeris - C6!
Biasalah tuh, bahasa penjajah!
Kita faham niat bekas PM kita Tun Mahathir untuk membawa orang melayu ke arah menguasai bahasa inggeris untuk mahir di dalam sains dan teknologi. Niat baik bekas PM sangat-sangat saya sanjung tinggi.
Mungkin lepas ini Tun dapat karang lagi buku bertajuk The Malay Dilemma Part 2 pulak.
Wallahu Alam
10 comments:
i no spik inglish... kah kah kah - kata hishamudin rais :)
maaf lah doc,
saya student yang menjadi pelajar ujikaji ppsmi dari tingkatan 1 dulu/
&& saya suka dgn pengajaran dalam bahasa english berbanding bahasa melayu.
kerana skrg saya berada di ipta dalam jurusan medical lab,menggunakan sepenuhnya bahasa "penjajah" itu.
sekiranya bahasa melayu dari menengah,&& ditukar kepada english bile di peringkat tinggi,mmg susah.
saya xsetuju ppsmi dimansuhkan!
salam,
saya belajar sains n maths dalam bahasa melayu, masa skolah menengah disebabkan bahasa saya yang baik saya seronok belajar sains (maths takleh nak comment sebab mmg tak terrer n lebih pada formula kan),
tetapi bile di universiti di mana semuanya dalam bahasa inggeris saya agak terkapai kapai disebabkan masalah bahasa, kadang kadang saya rasa alangkah baiknya kalau sejak sekolah rendah saya sudah biasa dengan bahasa inggeris, kadang2 saya perhatikan budak2 bukan melayu mampu score sebab penguasaan bahasa mereka lebih bagus, jadi senang la nak hafal jawapan n nak goreng, jadi saya agak sedih bile PPsmi dimansuhkan sebab saya membayangkan akan ramai lagi yang senasib dengan saya
Liyana : nasib baik takder belajar PPSMA - pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Arab :
Maklumlah bahasa arab kan bahasa al-Quran, malah bahasa arab di dalam ranking merupakan antara bahasa yang rankingnya lebih tinggi melebihi bahasa inggeris dari segi penggunaannya oleh penduduk di dunia. Bahasa arab juga adalah bahasa sains dan matematik dunia selepas latin.
Mungkin masa tuh awak setuju dimansuhkan.. :)
isy : ada sesetengah budak tak sempat sampai universiti pun. tersangkut sebab tak paham sains dan matematik masa sekolah rendah lagi.
salam Dr.....
sy stuju sgt PPSMI dimansuhkan. ape2 ilmu yg dpljari tak kira subjek apepun mestilah dgn bhs ibunda, brulah faham....ilmu itu lebih pentg dr bhs.
Liyana & isy,
Nampaknya komen kamu berdua hanya terarah & diperbandingkan dengan diri kamu sahaja. Mungkin kamu dah seronok terbuai dangan Bahasa Inggeris sampai 'lulus cemerlang' di universiti, tapi ingatlah dan kasihanilah kepada mereka yang kecundang sejak di bangku sekolah menengah lagi disebabkan masalah penggunaan bahasa asing ini. Perlukah kita korbankan majoriti hanya kerana nak menyelamatkan segelintir minoriti?
Isy, 'budak-budak' bukan Melayu (berapa umur untuk disebut budak?) memang menguasai Bahasa Inggeris bBerbanding Bahasa Melayu. Nak tahu kenapa? kerana mereka kebanyakannya diasuh untuk memandang rendah kepada Bahasa Melayu. Kamu pula bagaimana?
Kepada kamu berdua, saya mohon agar renungilah kepada sejarah masa lalu. Cendikiawan Islam masa dulu telah mempelopori bidang-bidang ilmu utama yang mana sandaran utamanya adalah Ilmu Hisab dan Sains. Mereka tak pernah pun belajar Bahasa Inggeris. Tetapi apabila orang barat mula mempelajari ilmu mereka, orang-orang barat tersebut cepat-cepat menterjemahkannya kedalam bahasa mereka. Hilah sudah jasa para Sarjana Islam dek perbuatan orang-orang barat. Hatta nama cendikiawan Islam pun disebut supaya berbunyi seolah-olah macam nama barat.
Satu lagi saya ingin tanya kepada kamu berdua, kamu belajar apa di Universiti sampai terkapai-kapai tak faham Bahasa Inggeris / bahasa Melayu? Orang lain tak ada masalah pun? Tak kan dah tiba di Universiti pun cara belajar di sekolah yang kamu gunakan. Baca buku Bahasa Inggeris, kena fikir dalam Bahasa Inggeris. Baru senang nak faham. Tak payahlah 'terkapai-kapai' cari kamus untuk terjemahkan maknanya.
Hai.. pendek kata entah sampai bila la agaknya persoalah remeh bahasa ni nak selesai. Selain Bahasa Melayu, ada banyak bahasa lain di Malaysia ni. Ada Bahasa Cina, India, Iban, Kadazan dan macam-macam lagi. Tapi sayangnya orang Melayu tak pernah tahu berbahasa Cina. Orang India dan Cina tergagau-gagau cakap Bahasa Melayu. Semua bangsa lancar betul cakap Bahasa Inggeris. Berapa ramai orang Inggeris di Malaysia ni?
saya sokong dengan pendapat yang akhir ni.. sememangnya budak2 sekolah rendah akan ketinggalan 3 mata pelajaran sekali gusd iaitu bi, math dan sains.. saya dulu malay medium tapi belajar kat u boleh pun jadi orang cerdik.. begitu juga generasi selepas saya maknanya anak2 saya.. saya setuju pendapat doktor berkenaan belajar bahasa arab.. alangkah eloknya jika itu diutamakan jadi barulah ketakutan bila memahami amaran Allah tentang neraka..
aku setuju dgn ko Wan. Aku tgk anak aku buat maths, dia dah faham konsep, tapi bila ditukar sedikit jadi konsep pemahaman, kalau dia buat dalam bhs melayu, mmg boleh jawablah. Tapi sbb dlm english, terpaksa aku terjemah. Itu tahap kita yang boleh terjemah, emak2 melayu yang luar bandar atau rendah belajar mahu suruh tanya cikgu kat sekolah atau pun "entahlah emak tak tahu". Kita yang belajar medic selepas belajar semua tu dalam BM masa sekolah menengah, tak de hal boleh je jadi doktor skrg.
Setuju ppsmi dimangsuhkan.. bahasa inggeris bukan tunjang kemajuan teknologi dan sains... Kalau lihat negara yang tinggi teknologinya seperti Jepun, german, korea... tak reti pun bahasa inggeris.. semua guna bahasa masing, kita yg nak belajar sains dan teknologi kat negara dia terpaksa la belajar bahasa mereka. Yang dapat dilihat industri yang maju dek bahasa omputih ni industri Hiburan je..
Kalau ppsmi diteruskan ..maka bahasa melayu semakin miskin bahasanya dan banyak perkataan dalam bahasa melayu hilang, esok2 anak2 dah tak kenal apa itu "pemeluapan"..
Post a Comment