Wednesday, February 17, 2010

Glomerulo Nephritis





Salam,

Sebelum ni ada pembaca yang bertanya tentang Acute Glomerulo Nephritis atau AGN.

Penyakit ini kadangkala timbul setelah jangkitan tekak dan demam yang disebabkan oleh kuman Streptococcus (Jenis A, Beta Hemolytic). Ini dipanggil Post Streptococcus AGN. Ini disebabkan oleh sistem imun badan menyerang sel-sel buah pinggang yang kebetulan menyerupai sel-sel kuman yang menyerang tekak (cross reaction) itu.

Penyakit ini boleh menyebabkan radang di buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Berikut adalah artikel yang saya petik di dalam kosmo online. Penerangan diberikan oleh Dato' Dr Zaki Morad yang merupakan Ketua Jabatan saya semasa saya bertugas di jabatan Nefrologi di HKL. Sekarang beliau berkhidmat di Hospital Ampang Puteri.

Walaubagaimanapun, Dato' Zaki menerangkan tentang penyakit nephritis iaitu sakit buah pinggang yang lebih umum. Nephritis yang pesakit biasanya datang dengan kencing berdarah, masalah kencing berprotein, tekanan darah meningkat dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan Post Streptococcus AGN adalah salah satu bentuk nephritis.


LAZIMNYA, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.

Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya.

Turut dikenali sebagai glomerulonephritis (GN), Pakar Runding Nefrologi Pusat Perubatan Ampang Puteri, Datuk Dr. Zaki Morad Mohamed Zaher menjelaskan ia kerapkali berlaku pada golongan muda.

“Keradangan ginjal berlaku serta-merta iaitu mengambil masa hanya beberapa hari berbanding kerosakan ginjal yang biasanya memakan masa selama 10 hingga 15 tahun,” kata Zaki.


Biasanya, penyakit buah pinggang akut disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang, aliran darah atau air kencing yang mengalir keluar daripadanya.

Ujarnya, GN berlaku apabila terdapat kerosakan pada glomeruli iaitu sekumpulan kapilari yang berfungsi sebagai penapis ketika proses menyingkirkan bahan kumuh daripada darah dan masuk ke dalam tubules buah pinggang.

Perbezaan ketara penyakit ini dengan kegagalan buah pinggang yang lain ialah GN tidak melibatkan faktor makanan serta darah tinggi dan kencing manis.

Tambahnya, antara tanda awal pesakit menghidap penyakit ini ialah mereka mengalami masalah air kencing yang mengandungi protein.

Malah panyakit GN lebih bersifat sementara dan boleh hilang dalam jangka waktu tertentu dengan rawatan khas yang diperoleh sejak peringkat awal.

Mengenai punca penyakit buah pinggang, jelas Zaki, ia tidak selalunya dapat ditentukan. Tetapi sebarang bentuk penyakit yang menjejaskan salur darah atau struktur ginjal yang lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.


Rawatan

“Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ginjal ini seperti pesakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain menjalani ujian setiap enam bulan sekali,” tegasnya.

Masalah kegagalan buah pinggang hanya dikesan setelah bertahun atau berbelas tahun ia bermula kerana menyerang secara senyap. Semasa diketahui, penyakit itu sudah di peringkat kronik.

Justeru, hanya dialisis atau pembedahan transplan menjadi pilihan. Namun, sekiranya dikesan awal, ia boleh dirawat menggunakan ubatan tertentu.

Menurut Zaki, masalah buah pinggang mempunyai kesan berangkai dengan organ-organ lain terutama jantung.

Walaupun keadaan genetik seseorang turut mempengaruhi kehadiran penyakit ini, perubahan dalam tabiat pemakanan dan gaya hidup boleh menyelamatkan buah pinggang.

3 comments:

hady said...

Assalamu'alaikum Doc,
Agak lama saya tak baca blog Doc. Apa pun saya nampak bisness makin berkembang. He he. Alhamdulillah.
Saya nak minta doc buat cerita pasal sakit pedih ulu hati. Anak ketiga saya, perempuan 7thn, boleh dikatakan setiap hari pedih ulu hati dan kadang-kadang katanya 'bergegar-gegar'. Perutnya selalu kembong. Pergi klinik, Dr biasanya akan cadangkan kena awasi pemakanan dia. Ada satu Dr. tu cadangkan pengambilan Eno dan minyak ikan. Kami cuba tp masalah masih tak selesai. Boleh tak Dr cerita serba sedikit mengenai root cause, rawatan & pencegahan. Jazakallahukhairankathira
Hady

are_lynn said...

thanks doc for the information...

Anonymous said...

salam doc,ari ni cik yah gi hsi (jb),anak cik yah ada temujanji sebab tonsil.dr yang merawat anak cik yah kata layari internet nanti dpt banyak maklumat tentang tonsil.tq soo much to blog dr azman ni banyak maklumat yg berfaedah,tapi rasa macam takut pulak lah tonsil ni boleh menyebabkan radang jantung dan buah pinggang

Related Posts with Thumbnails