Ini gambar seorang bayi di mana IV branula di kakinya tercabut atau leaking. IV branula adalah alat yang dimasukkan ke dalam saluran darah vena yang
bertujuan untuk mengalirkan air, antibiotik atau ubat-ubat lain terus ke
dalam saluran darah. Gambar ini sudah tersebar di facebook. Pendarahan nampak teruk, darah terpercik membasahi tilam. Nampak bertompok-tompok darahnya di sini dan sana. Bayi itu sedang menangis dengan mata tertutup. Darah penuh di kaki kirinya sehingga ke paras peha.
Ia nampak mengerikan kerana kebanyakan pembaca tidak biasa melihatnya dan jarang-jarang melihat pendarahan yang banyak seperti ini. Bagi doktor dan jururawat, kami biasa melihatnya jadi ia bukan sesuatu yang sangat mengejutkan.
Jika diikutkan, tentulah jururawat yang menjaga anak ini akan dipersalahkan dari segenap arah. Ini kerana dia telah "cuai" menjalankan tugas. Jururawat berkenaan memberi alasan bahawa ini adalah cara perkhidmatan di hospital kerajaan. Saya rasa alasan itu hanya akan menyebabkan keadaan lebih rumit. Alasan tersebut tidak patut diberikan kerana ia seolah-olah memperlekehkan perkhidmatan hospital kerajaan yang saya kira tidak benar. Pada hakikatnya insiden ini boleh berlaku di mana-mana, tidak kira hospital kerajaan dan swasta kerana melibatkan masalah teknikal.
Alasan bahawa jururawat terpaksa kerja berat sehingga terpaksa mengabaikan anak di rumah untuk menjaga pesakit di hospital juga adalah tidak wajar. Apabila kita menjalankan tugas, ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan dan amanah itu sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Ia adalah aku janji yang telah kita materai sewaktu kita memasuki bidang ini.
Namun, saya kira ibu dan bapa pesakit juga kena faham tentang apa yang berlaku. Masalah ini sebenarnya tidak lah besar sehinggakan boleh membawa kecederaan teruk. Mungkin ibu dan bapa tidak faham bahawa sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa saja yang dipasang IV branula.
IV branula di pasang di dalam saluran vena. Darah boleh keluar sekiranya ia longgar atau tercabut tetapi jangan risau kerana pendarahan itu boleh berhenti sendiri selepas beberapa minit. Berbeza dengan pendarahan di arteri, pendarahan yang lebih teruk lagi boleh dilihat. Seperti saya sebutkan tadi, ia kelihatan mengerikan kerana ibu bapa tak pernah melihat tompokan darah. Ia tidaklah teruk seperti apa yang disangka.
Saya teringat kepada satu kisah terjadi kepada saya semasa saya mengkhatankan seorang budak pada tahun lepas. Ibu kepada anak yang saya khatankan itu menemaninya di dalam bilik khatan dan berdiri bersebelahan dengan anaknya. Sewaktu proses khatan berjalan, saya berborak-borak dengan jururawat dan pembantu saya mengenai pelbagai hal dunia. Memang secara rutin saya akan berborak-borak samada dengan kakitangan atau keluarga pesakit. Saya tidak menyangka bahawa kali ini, cara tersebut mengundang ketidak puasan hati ibu pesakit.
Sewaktu proses khatan hampir berakhir, ketika menutup luka dengan jahitan, terdapat sedikit pendarahan pada kawasan jahitan itu. Dengan berhati-hati saya memberhentikan pendarahan tersebut. Alhamdulillah pendarahan berjaya diberhentikan tetapi mengambil masa beberapa minit lebih daripada biasa. Ibu tadi bertanya soalan itu dan ini. Beliau seperti tidak puas hati kenapa pendarahan berlaku walaupun sebenarnya khatan sudah pun siap dan pendarahan telah berhenti.
Setelah keluar dari bilik khatan, Ibu tersebut masih tidak puas hati. Di kaunter hadapan, beliau membandingkan cara khatan anaknya ini dengan anaknya sebelum ini. Anaknya yang sebelum ini berkhatan tanpa pendarahan. Beliau mengulang-ulangkan kenapa kali ini ada pendarahan sewaktu jahitan. Beliau menyalahkan saya kerana "cuai" dan berborak-borak sewaktu mengkhatankan anaknya.Saya mendengar cerita ini daripada kakitangan di luar bilik yang menceritakan perkara ini kepada saya selepas mereka pulang. Saya senyum sahaja.
Pendarahan boleh berlaku kepada mana-mana pembedahan. Tidak kira pembedahan kecil atau pun besar. Jika tidak mahu ada pendarahan sewaktu berkhatan, lebih baik jangan berkhatan. Berkhatan menggunakan teknik apa pun boleh berdarah. Saya dengar, dari seorang pesakit bahawa terdapat seorang bomoh khatan yang handal di Indonesia. Bomoh ini berkhatan menggunakan "teknik batin" di tempatnya. Mengikut ceritanya, ia tak ada bius, tidak menggunakan gunting atau pisau dan tidak sakit langung. Ajaibnya walaupun tidak sakit tetapi memang ada sedikit darah sewaktu berkhatan. Jadi, guna "teknik batin" pun boleh berdarah!
Kembali kepada kisah kanak-kanak kecil yang di dalam gambar tadi, tentu ada ibu-bapa yang bertanyakan kenapa jururawat tak
perhatikan anak itu sehingga terjadi perkara sebegitu. Apa yang boleh saya jawab ialah ia telah berlaku, dan tak ada
alasan pun boleh diberikan bagaimana perkara ini berlaku. Saya percaya
ia telah berlaku di dalam masa beberapa saat sahaja. Ibu-bapa boleh menyalahkan
jururawat tersebut di atas kecuaian yang berlaku tetapi semat dalam
minda, bahawa ia adalah tidak disengajakan dan ia tidak membahayakan
pesakit. Jururawat tersebut perlulah memohon maaf kepada ibu bapa
tersebut dan ibu bapa tersebut perlu diberi kefahaman yang jelas tentang insiden itu.
9 comments:
Betul tu Doc.
Memang banyak berlaku di wad kanak-kanak / bayi.
Bayi yang agresif selalunya menendang-nendang yang boleh menyebabkan tiub ini tercabut.
Bayi saya tempohari di pasang tiub di tangan. Berdarah juga kerana tercabut. Mujur saya menemani bayi saya sentiasa dan menyedari perkara ini lebih awal.
Adat manusia..terutama kaum wanita,bila melihat bayi dan darah yang banyak..sudah semestinya rasa marah itu ada. Sifat penyayang kami melimpah2 Doc. :) Hehe.
- feir
Betul tu Doc.
Memang banyak berlaku di wad kanak-kanak / bayi.
Bayi yang agresif selalunya menendang-nendang yang boleh menyebabkan tiub ini tercabut.
Bayi saya tempohari di pasang tiub di tangan. Berdarah juga kerana tercabut. Mujur saya menemani bayi saya sentiasa dan menyedari perkara ini lebih awal.
Adat manusia..terutama kaum wanita,bila melihat bayi dan darah yang banyak..sudah semestinya rasa marah itu ada. Sifat penyayang kami melimpah2 Doc. :) Hehe.
- feir
Medical team sudah lali n faham dgn situasi begini, after all x merbahayakan nyawa pesakit..tp org awam akan terkejut dan sudah pasti persepsi negatif akan timbul..perkara ini akan segera selesai jika nurse berkenaan boleh berkomunikasi dgn baik dan menenangkan waris pesakit..
Saya kira rata2 masalah yg berlaku adalah disebabkan komunikasi...
Tp terbit rasa di hati..kalau lah baby ni anak kpd doktor/nurse saya pasti persepsi negatif akan timbul terhadap petugas ketika itu cumanya mungkin masalah ini x berpanjangan kepada org atasan..x kecoh lah..
So apa yg berlaku skrg nih mengajar kita utk menjd lebih baik dlm menjalankan tugas..wallahualam..
Mohon maaf sekiranya saya terkasar bahasa..
-nf-
terima kasih feir dan NF di atas komen. Kadangkala masalah kita adalah komunikasi dua hala. Mungkin masing-masing penat dan letih. Daripada melenting tiba-tiba baik kita jernihkan keadaaan. Penjawat awam perlu meningkatkan keyakinan diri dan tidak boleh merendahkan nilai perkhidmatan mereka kepada awam. Secara faktanya, hospital di Malaysia adalah di antara hospital terbaik di dunia.
Pendapat saya doc/nurse xpatut borak semasa menjalankan tugas. Kecuali bckp isu pesakit atau hospital. Jika nak bincang isu semasa sila buat slps waktu bekerja. Mmg tak relevan nk berborak sekadar nk hilangkan bosan atau dah jd habit.
Asssalammualaikum doc..
sume yg doc inform mmg ade btlnye..
sy nk share sket la kat cni..mgkn sbb da biase berhadapan dgn situasi camtu buat para nurse take their own sweet time nk handle situasi spt tu..my own xperience deliver baby kat spital gomen,then baby kne admit 10 days sbb ade prob penafasan.sepanjang 10 hari tu,sy stay with my baby even keadaan sy sendiri x sht lps proses bersalin tu.dr pemerhatian sy sendiri,kat spital gomen ni ramai baby yg nurse2 ni nk jage..ade sampai 1 thp tu,mid nite,ade sorg baby ni nanges x henti2.mommy dia x stay utk jage dia.sume nurse x de.so sy g carik.tgk2 dorg tgh bekumpul kat dlm pantry borak2.tgh pnskan susu kate depe...iyekan je la.
moral of the story, y not parent stay jage baby ni sepanjang tmph baby mereke kne thn..if anything happen,mcm situasi baby ni.kalo parent die nmpk x kn nk biokan je kan..??accident happen..kite je la kne bejage2..nk blame org pn x dpt ape..sendiri mau igt..pilihan kat tgn kite..pk la sendirik...sbb tu Allah bg kte akal fikiran..so,gune la sebaiknye..=) -mommy maira -
Hmnnmm.mmg pon. Nurse2 gomen ni dahla mulut masing2 xbleh tahn,pastu diaorg akn biarkn jer bby ni mnangis,prnh masa sy kna thn waktu dh deliver bby,ada sorang bby ni kena thn tpi mak dia dbenarkn blik dlm 3ari rasanya.bby tu nangis xhenti2..last2 nurse tu saletip mulut bby tuh dngn puting2 skalixde ati prut punya nurse..pikirla woi,kalo kna kat ank ko cmne
Pendapat awak sangatlah tidak relevan..hmmph..
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Post a Comment