SAYA AMBIL ARTIKEL NI DARI BLOG PAKDI.NET 
Artikel ini diambil dari sebuah laman blog – oskortos dengan keizinan penulis asal.
Semoga dapat menjawab persoalan para 
pembaca yang budiman yang mahu tahu apa itu GST. Sebarang persoalan, 
untuk mendapat respons yang lebih cepat sila terus ajukan kepada penulis
 asal ya.
Jika pembaca lain ada nak menyumbang artikel tambahan pun dialu-alukan.
—
GST
Oleh: Norman 
Dengar saja tentang GST perkara pertama 
yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga
 barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada 
PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan 
terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. 
Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami 
sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang 
dibawa kerajaan.
Setelah menerima maklumbalas daripada 
laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya 
tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan 
dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak 
menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah 
apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah 
peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv 
& radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk 
menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan 
semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan 
tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa 
itu sebenarnya GST.
CUKAI DI MALAYSIA
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax).
 Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan 
termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala 
cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan
 yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan 
(consumption tax).
APA ITU GST DAN SST?
GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau
 cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas
 bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, 
barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai 
perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).
 Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil 
telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan 
sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.


GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.
PELAKSANAAN GST
Idea melaksanakan GST ini mula 
dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk 
dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya 
dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat 
Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali
 pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 
2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama.
Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini:
GST yang dicadangkan kerajaan adalah 
pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan 
WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan 
seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti 
tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan 
sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas 
barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini 
ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST:
KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan 
kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu
 menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan 
menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari 
daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan 
kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di 
Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada
 keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia 
peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih 
kurang 25%. Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada 
perangkaan tahunan negara:

Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.
GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
GST nampak tidak adil kepada mereka yang
 berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar 
yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu 
kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau 
program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang 
berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan 
contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar 
bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada 
penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M).
Konsep cukai penggunaan (consumption 
tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau 
menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna 
anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. 
Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi 
apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan 
rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan 
tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang 
berpendapatan rendah.
KESAN GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila
 GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan 
secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar 
cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna 
(disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun 
kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai 
pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara 
tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan 
berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
Mengenai kerisauan dikalangan kita 
bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat 
dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga 
barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan 
kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai
 disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit 
manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti 
barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita 
perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum 
menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.
Kerajaan juga akan membentuk jawatan 
kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar 
kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip 
untung berlebihan:
SALAH FAHAM KEBELAKANGAN INI
Kebelakangan ini tersebar tentang ‘GST’ telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini:
GST yang dimaksudkan diatas adalah ‘government service tax‘
 pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang 
dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service 
Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4%
 akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini.Cukai perkhidmatan 
diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6%
 berkuatkuasa 1 Januari 2011.
PENDAPAT PERIBADI
Di atas saya telah menerangkan konsep, 
pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada 
saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat 
kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang 
terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau 
ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat 
keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program 
yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan 
berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak 
boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh 
percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. 
Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan 
juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung 
daripada GST.
KESIMPULAN
Saya seorang individu yang pro-Pakatan 
Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara 
kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion 
ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang 
digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan 
kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah 
BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat 
faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?
Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau 
tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah 
memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa 
fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu 
jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan 
disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply 
barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita 
tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. 
Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan 
kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya 
akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga
 untung.
Tambahan: Sesetengah restoran atau 
perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak 
ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge 
ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX.
p/s:
1. Dah habis baca artikel saya sebarkan pada kawan-kawan di Facebook, di pejabat, kepada keluarga dirumah.
2. Jangan merungut sangat, siapa suruh undi BN?  
 
3. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen atau di Twitter saya.
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
5. Bacaan rang undang-undang GST jika anda rajin membaca:  http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf
Disclaimer: Artikel ini bukan ditulis 
untuk menyokong kerajaan. Ia hanya semata-mata untuk menerangkan beza 
SST dan GST dan juga pemahaman secara dasar tentang GST. 
-->
 



 
 
28 comments:
ADAKAH PEMERINTAHAN PKR DISELANGOR DAN PAS DI KEDAH...MEMBUKTIKAN DUIT RAKYAT DIPAKAI DAN DI GUNKAN SEPATUTNYA SEHINGGA HIDUP RAKYAT MACAM DI SYURGA...OLEH KERANA KEDAH DIPERINTAH OLEH PAS ...ISLE PEOLPLE MAKA HUTANG KERAJAAN NEGERI PUN SANGAT SEDIKIT...TAHNIAH MUKHRIZ..YANG DUDUK TERKANGKANG BAYAR HUTANG ...YANG DUITNYA DAH MASUK KANTUNG PAS...TAHNIAH TUAN DR..
Out of topic...sorry...
Why no any story update in your blog?....?.????
woi Dr bodoh.. kau sokong PR maksudnyer kau sokong kaum2 tertentu yang naikkn harga barang sewenang2nyer... aku tau ko nie dengan bangangnyer membangkang kerajaan sbb gaji kau tue kena TAX KAN?!! woi Dr bodoh, kalau kau x nk bayar TAX jgn jd Dr.. kalau setakat membangkang sbb dengar cakap org... oohh lupe.. melayu mcm kau nie mmg suka dgr cakap org... melayu yang sentiasa LAYU dibuai cina....
Bagus macai...meh makan dedak lembu meh.....siapa ek yg kayakan robert. Kuok vincent tan anand goh dgn pemberian ap ,pulau dan gunung genting ekk???. Sapa yg rembat duit rezab melayu sebanyak 50 billion ek...siapa yg susut kan tanah kepunyaan org melayu ek? Dan juga siapa yg cakap " bagilah cina 20_30% tanah tu" bila tanah kg baru, satu satunya tanah org melayu yg termahal hendak dibangunkan?.. BODOH TU SIMPAN SIKIT!!!!!
Waima pelaksanaan pasaran bebas pun akan wuju kartel2 yg akan memonopoli sesuatu barangan asas. Jika US dijadikan contoh pasaran bebas; sebenarnya rujukan itu tidak tepat kerana pasaran bebas hanya berada dalam buku teks
Bleh tahan gak bengap dy. Hehehe
Lembuuuuu
Janganlah tuduh orang bodoh,kalau dia bodoh tak kan dia pun jadi Doktor.Jangan lah jawapan awak menunjukkan awak termasuk golongan bangang.
Janganlah tuduh orang bodoh,kalau dia bodoh tak kan dia pun jadi Doktor.Jangan lah jawapan awak menunjukkan awak termasuk golongan bangang.
aku tengok korang lebih ingin mengubah negara .. pernah ke nak fikir mengubah diri dahulu .. kesian tgk mentaliti org melayu yg hanya ditahap boleh pandang shj .. saya sendiri juga kaji ttg gst utk tahu lebih lanjut walaupun sbnrnye gst haram dari segi agama islam ... tetapi melakukan kajian dahulu sbln brtindak .. ubah diri dahulu sblm fikir mngubah org lain apatah lg dunia ..
infonya sangat menarik...
mantap...
bagus sekali nihh artikel gabungannyab ?? saya tunggu artikel terbaru lainnya.
salam dr.saja melawat blog doktor cari info2 sikit.banyak perkongsian ilmiah..dah jadi kan blog ni sbgai bookmark.menanti2 kan update terkini.
buat (Anonymous February 4, 2014 at 1:40 PM) suke hati je ko membdoh kan org.bile bn nak tumbang ni..kau komen zaman 2014..skrg 2016 tgok betapa bdoh dn truknya menteri umno. sume barang naik.ekonomi teruk.ringgit jatuh. lepastu menteri bagi knyataan bodoh sama mcm pengikut dia. nak tuduh kaum lain yg naik kan harga.sedangkan yang memerintah yang berkuasa nak naikkan hrga barng sume umno..lembu betull...ko xdpt pon share DERMA najib 2.6 billion tu.huhu
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Секс-эскорт секс раком Ни одно чувство не рождается так быстро, как антипатия, индивидуалки, Киева - почувствуй все краски любви и ночи в компании великолепной дамы Очаровательная куколка, имеющая отличную фигуру и стройные ножки, с удовольствием подарит состоятельному джентльмену всю свою любовь и нежность.
Salam admin. Tumpang Iklan:-
Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)
[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN,KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]
Penerangan gst yg paling monggok pernah aku baca... harhhtuihh... sama bodo mcm tuan dia
Sapa yg rembat duit rezab melayu sebanyak 50 billion ek...siapa yg susut kan tanah kepunyaan org melayu ek?
Saç ekimi, plastik ve estetik cerrahi hakkında ayrıntılı bilgi alıp paylaşımda bulunabileceğiniz makale ve forum sitesi.
saç ekimi forum
Do you need an urgent loan we offer worldwide loan to who in need of loan the business opportunity you having being looking for is here again. email us now at: homeloan1011@gmail.com
LOAN APPLICATION FORM
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:.
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8)Monthly Income:
9)Occupation:
)Which did you here about us.
Best Regards.
Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via email:
wordfanece@gmail.com
(1) Full Name
(2) Full Address
(3) Country
(4) Age
(5) Occupation
(6) Tell phone number
(7) Sex:
(8) Loan Amount needed:
(9) Loan Duration
Email us at: wordfanece@gmail.com
BROKER TERPERCAYA
TRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......
Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!
Macam mana pula tak ada update blog ini.
Tapi bagus juga sih, ini semua demi scholarship, beasiswa ke luar negeri.
Mari kite melancongkan diri dengan media sains
bokep viral Mei 2020
anda butuh UANG cepat? hubungi kami "UANG PESUGIHAN"
bokep viral Mei 2020
anda butuh UANG cepat? hubungi kami "UANG PESUGIHAN"
Hai, kamu yang doyan sekali nonton drama kroea, jangan lupa mampir ke dramaqu ya
Daftar Situs Judi Slot Online 2021
BK8
Hoki368
Hoki368
真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app , 真爱旅舍 app
Post a Comment