Tuesday, June 16, 2009

Pulangnya Fathi Yakan ke Rahmatullah..





Saya dapat email ini daripada sahabat saya Kapten Dr Shazni Izana, Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia. Terima Kasih di atas pemberitahuan.


Antara buku harakah yang paling awal saya kenal ialah buku karangan Ustaz Fathi Yakan bertajuk ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ telah membuatkan diri saya berjaya menemui matlamat hidup yang sebetulnya.

http://www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Berita ini diterima selepas zuhur 13 jun 09 yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.

Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.


Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Kita kehilangan satu permata Islam yang bersinar ke seluruh dunia. Tetapi kematiannya tidak akan melenyapkan terus semangat ruhul jadid yang sentiasa segar dalam ingatan hasil kata-katanya dalam hampir 35 buah bukunya.

Tidak sepatutnya bagi penegak agama Islam merasa lemah dengan kematian beliau tetapi perjuangan perlu diteruskan oleh kita yang tinggal ini sebagaimana dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W yang menyaksikan kepintaran Saidina Abu Bakar dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur. Surah Al-Imran Ayat 144

Al Fatihah....

Monday, June 15, 2009

Pendapatan Doktor - Gharar dan Jahalah?



Assalamualaikum,

Ustaz Zaharuddin ada menulis di dalam bukunya Wang, Anda dan Islam tentang pendapatan syubhah para doktor dan klinik yang menyentuh elemen gharar (ketidak-tentuan), jahalah dan kezaliman.

Daripada tulisan Ustaz, Ustaz telah berjumpa seorang ?pakar semasa kakinya sakit dan dikenakan bayaran konsultasi sebanyak RM 60. Kemudian telah membuat beberapa pemeriksaan makmal seperti x-ray dan air kencing. Kemudian beliau dikenakan bayaran RM 400.00. (Pheww.. mahal betul.. hospital mana ni? Patut datang hospital Pakar Al-Islam.. !) Saya kira, ustaz mengeluarkan fatwa berdasarkan pengalaman ustaz sendiri di hospital.

Keesokan harinya beliau dirujuk kepada pakar perubatan kerana kemungkinan mempunyai gout. Saya tak tahu, kemungkinan beliau dikenakan bayaran-bayaran lain pula selepas itu.

Isu pertama yang ustaz bawa ialah bayaran konsultasi doktor sebagak RM 60 tadi hanya diketahui setelah berjumpa dengan pakar tersebut. Sepatutnya harga konsultasi tersebut diberitahu sebelum berjumpa pakar.

Isu kedua ialah ubat-ubatan. Sepatutnya pakar berbincang dengan pesakit tentang ubat-ubatan pesakit. Kemungkinan ada ubat-ubatan yang sama fungsinya tetapi lebih murah harganya dicadangkan kepada pesakit dan pesakit boleh memilih ubat-ubat tersebut. Harga ubat juga diketahui setelah keluar resit selepas menerima ubat bukan sebelum membayarnya.

Menurut Ustaz, sekiranya perkara ini dapat dihindari maka elemen syubhah dan gharar fahish (gharar besar yang merosakkan akad) dapat dielakkan.

Saya ingin memberi pendapat saya tentang hal ini. Bukan tentang hukum yang telah Ustaz fatwakan tetapi tentang proses Standard Operating Procedure yang biasanya klinik-klinik jalankan. Mungkin Ustaz dapat menilai kembali, ataupun para pembaca dapat memahami dengan lanjut apa yang telah ustaz tuliskan.

1. Bayaran konsultasi pakar tidak dikira mengikut minit atau jam, tetapi mengikut kesukaran prosedur, pengalaman atau kepakaran. Biasanya sekali jumpa RM 60. Adakalanya jumpa berjam-jam pun tetap RM 60. Adakalanya mengkut prosedur tertentu, contohnya konsultasi pakar radiology untuk ultrasound ialah RM 50.00 tetapi kalau untuk CT scan mungkin mencecah RM 100.00.

Ada konsultasi pakar sakit puan yang berjumpa dengan pesakit yang mengalami masalah kemandulan dikenakan RM 180.00, tetapi kes-kes biasa pula dikenakan caj RM 60.00. Ini kerana menguruskan masalah kemahilan adalah lebih sukar dan pakar juga tidak ramai. Oleh itu konsultasi pakar adalah bergantung kepada kepakaran dan kerumitan prosedur yang tertentu dan tidak mengikut masa seperti konsultasi profesion lain.

Begitu juga dengan pengalaman pakar. Berbeza berjumpa pakar baru dengan pakar yang sudah 30 tahun dalam perkhidmatan. Sudah tentu fi konsultasi juga berbeza. Jumpa dengan pakar baru setengah jam RM 60, jumpa dengan pakar perunding yang sudah 30 tahun berkhidmat mungkin mencecah RM 150.

Doktor pakar bukan seorang bomoh yang pandai menilik masalah. Dia tidak tahu apa masalah pesakit sehingga segala masalah dan pemeriksaan dijalankan. Adakalanya susah adakalanya senang. Jadi kesukaran dan kerumitan seseuatu perundingan itu tidaklah dapat diketahui setelah berjumpa dengan pesakit, dan setelah pemeriksaan dan prosedur telah dijalankan kepada pesakit. Oleh itu sukar juga untuk memberitahu pesakit berapa caj doktor yang dikenakan sebelum berjumpa. Dikhuatiri tidak adil pula kepada pesakit dan doktor pakar kerana doktor telah menetapkan harga sekian-sekian tetapi akhirnya akibat kerumitan sesuatu pemeriksaan, prosedur dan penyakit maka harga asal tadi telah meningkat.

Mungkin Ustaz boleh tulis hukumnya dengan lebih detail sekiranya perlu. Tetapi saya setuju harga konsultasi sepatutnya diberitahu kepada pesakit sebelum berjumpa walaupun adakalanya sukar. Jika di klinik tempat saya bertugas dahulu, memang ada tertulis harga konsultasi untuk pegawai perubatan sebelum atau selepas jam 12 malam dan harganya pula adalah tetap. Dari segi konsultasi Pakar pula adalah sikit berbeza strukturnya.

2. Tentang ubat-ubatan, kebiasaannya di klinik-klinik swasta, terdapat ubat generik dan original. Saya pernah menulis tentang ubat generik dan original sebelum ini. Walaubagaimanapun, di hospital swasta, kebiasaannya penggunaan ubat generik sangat kurang. Pakar banyak menggunakan ubat original yang mahal harganya.

Sebagai contoh ubat original antibiotik Augmentin 625 mg berharga RM 6 sebiji x 2 kali sehari x 7 hari = RM 84.00. Tetapi ubat generik (biasanya tiada di hospital swasta) cuma RM 4 sahaja sebiji = RM 56.00 seminggu.

Contoh lain pula : sebiji Arcoxia 120mg untuk tahan sakit berharga RM 6.00 sebiji. Walaubagaimanapun, tiada generik yang saya tahu yang sama dengan Arcoxia. Walaupun ubat tahan sakit lain seperti voltaren dan ponstan mempunyai fungsi yang sama dengan Arcoxia tetapi kelebihan-kelebihan Arcoxia seperti kurang kesan gastritis, makan hanya sebiji sehari dan kesan sampingan lain yang lebih kurang melebihi ubat-ubat lain.

Pada pendapat doktor, adalah lebih baik jika memberi ubat yang sama kesan atau lebih berkesan, kurang dari segi dosing harian dan kurang kesan sampingan tetapi sedikit mahal daripada memberi ubat yang murah tetapi banyak kesan sampingan. Itu juga bergantung kepada kemampuan pesakit.

Berbalik kepada permasalahan antibiotik, ada berpuluh-puluh jenis antibiotik yang berada di pasaran. Fungsinya adalah sama, iaitu membunuh kuman. Oleh itu, antibiotik mana yang paling sesuai adalah di atas pilihan doktor. Ada doktor suka memberi antibiotik jenis Zinnat kepada orang yang mempunyai masalah jangkitan kencing sebagai contoh, ada yang suka mempreskripsi Baktrim, ada yang mempreskripsi Augmentin, ada yang beri Ciprofloxacin, ada yang beri Bacampicillin. Kalau ada 10 antibiotik yang boleh memberi fungsi yang sama, tetapi kekuatan dan kelebihan yang berbeza, mana satu yang pesakit ingin pilih? Atau adakah pesakit (yang sedang sakit) ingin memilih? atau lebih mudah menyerahkan kepada doktornya sahaja?

Memang mengikut kebiasaannya, pesakit KRONIK suka untuk memilih ubat-ubatannya. Ini kerana mereka telah mempunyai pengalaman. Contohnya Norvasc 10 mg lebih sesuai baginya daripada ubat-ubatan lain untuk mengawal darahnya. Di dalam hal ini, tiada masalah untuk kita bersetuju dengan pesakit perihal ubat-ubatan yang diambil. Malah sekiranya ada ubat yang lebih murah dengan effikasi yang sama, maka ia juga adalah satu alternatif yang baik.

Justeru, persoalan penyakit yang AKUT seperti sakit perut, sakit kaki, jangkitan kuman, akut appendiks, pendarahan agak sukar untuk dibawa berbincang dengan pesakit di dalam sela masa yang singkat. Ini adalah kerana, sebagai doktor kita mahu yang terbaik dan cepat untuk pesakit. Dan pesakit dengan rela hati menyerahkan tugas mengurangkan kesakitan dan menghindarkan jangkitan secara sebaik mungkin kepada doktor. Pesakit pula di dalam keadaan tidak selesa untuk memikirkan ubat mana yang lebih sesuai untuknya. Asalkan boleh menyembuhkan.

Walaupun begitu, ia bukan tiket kepada doktor untuk mengambil kesempatan memberi ubat yang tidak perlu, hanya sekadar mengaut keuntungan.

Untuk penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan hyperkolestrol, masa lebih banyak untuk hubungan doktor-pesakit berlaku kerana biasanya pesakit akan datang setiap bulan untuk pemeriksaan dan mengambil ubat. Oleh itu pesakit akan berinteraksi dengan doktor ubat mana yang lebih sesuai dan selesa untuk pesakit. Pesakit akan memberi input yang bersesuaian dan doktor mempunyai banyak masa untuk berbincang ubat mana yang lebih sesuai kosnya di dalam lingkungan kemampuan pesakit.

3. Untuk pengetahuan para pembaca dan Ustaz, ada pakar yang dipanggil pakar jemputan atau visiting specialist. Mereka ini menyewa tempat di hospital tersebut. Seolah-olah di dalam hospital tersebut, mereka ini cuma datang sebagai pakar pelawat yang berniaga dengan menyewa tapak di hospital. Sehari mereka membayar kepada hospital sekian-sekian sewa sebagai khidmat hospital menyediakan bilik dan pesakit kepada mereka.

Pakar ini pula meletakkan caj konsultasi kepada pesakit sebagai gaji mereka. Dari segi ubat pula, keuntungan adalah 100% kepada hospital kerana pakar-pakar ini tidak membawa bersama ubat-ubatan. Ubat disediakan oleh hospital. Oleh itu, harga ubat-ubatan adalah terletak pada ketentuan lembaga ubat-ubatan hospital dan bukan pakar perubatan.

Adakalanya, pakar juga tidak tahu berapa harga ubat tersebut. Dia boleh mengganggar sahaja, tetapi harga yang sebenar juga dia tidak pasti. Ini adalah kerana, harga terakhir terletak di kaunter farmasi. Harga ubat juga naik turun hampir setiap bulan mengikut harga pasaran dari syarikat pembekal. Doktor pakar menulis di preskripsi dan di hantar ke farmasi untuk diuruskan. Doktor pakar cuma menerima bayaran konsultasi sahaja. Keuntungan ubat bukan di bawah pengendalian doktor. Oleh itu, tugas memberitahu harga ubat-ubatan terletak di bawah kuasa hospital.

Bagi pihak pesakit, pesakit berhak untuk tidak membeli ubat sekiranya mengetahui ubat adalah mahal. Pesakit boleh bayar kos konsultasi sahaja dan kemudian boleh pulang. Negara-negara di luar negara seperti Indonesia dan UK mengamalkan cara sedimikian. Mereka tidak membeli ubat di hospital tetapi membeli ubat di farmasi luar. Di Indonesia, ada banyak apotek a.k.a farmasi untuk mereka beli ubat. Tetapi masalahnya cuma, ada ubat yang pakar berkenaan tulis tidak terdapat di sesetengah farmasi. Farmasi di hospital lebih memudahkan kerana ubat yang dipreskripsi oleh doktor di dalam hospital biasanya sudah ada.

Sekiranya pesakit ingin membeli ubat di luar, dapatkan preskripsi daripada doktor tersebut dan cari di farmasi luar. Dengan itu, pesakit tidak perlu membayar dengan harga mahal di hospital. Sekiranya pesakit berhasrat untuk membeli ubat di dalam hospital, pesakit boleh bertanyakan harga dan ahli farmasi akan memberitahu harga bagi setiap ubat.

Adakalanya ia tidak berhenti setakat pada persoalan harga, tetapi akan berterusan kepada persoalan mana ubat yang lebih baik, kenapa harga ini lebih mahal dari yang ini dsbg. Ia akan memakan masa pesakit lain yang sedang menunggu ubat. Mungkin hari ini hari anda, namun sekiranya suatu hari yang lain, anda yang terpaksa menunggu.

4. Berkenaan dengan pemeriksaan makmal seperti air kencing, radiology dan darah. Kebanyakan pesakit biasanya akan bertanya harga pemeriksaan makmal tersebut. Cuma pesakit yang tidak bertanya tentang harga ialah pesakit yang mempunyai insurans atau pesakit panel. Kebanyakan pesakit yang membayar tunai akan memastikan harga bagi setiap pemeriksaan makmal yang dilakukan.

Memang secara semulajadinya, hospital tidak mempamerkan harga-harga tersebut secara terbuka. Mungkin kerana strategi pemasaran dsbg, tetapi sekiranya bertanya kepada pegawai pertanyaan di kaunter, biasanya harga tersebut boleh didapati dengan mudah. Saya tak pasti bagaimana ia boleh jatuh kepada "gharar" sekiranya harga makmal tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan.

Secara amnya, saya dapati tidak beberapa praktikal untuk mempamerkan harga ubat kerana itemnya adalah beribu-ribu jenis. Pesakit boleh mendapatinya dengan bertanyakan di kaunter farmasi. Begitu juga dengan harga pemeriksaan makmal yang boleh didapati di kaunter pertanyaan. Pesakit juga boleh menganggarkan harga konsultasi doktor dengan bertanya kepada pegawai yang berkenaan. Pesakit boleh berbincang dengan doktor jika ingin ubat yang lebih murah. Pada pengalaman saya yang ramai menerima pesakit yang kurang berkemampuan, InsyaAllah ia tidak menjadi masalah. Malah, pesakit boleh menolak mengambil ubat di hospital dan boleh membelinya di tempat lain kerana membeli ubat di hospital bukan satu paksaan.

Walahu Alam.























Thursday, June 11, 2009

Shukery Hashim Meninggal Dunia







Salam,

Rasanya baru sahaja saya menulis tentang Allahyarham Shukery Hashim tentang kanser pankreas yang dideritainya di sini. Innalillah.. beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al Fatihah.

AMPANG - "Saya tunggu awak di syurga."

Demikian antara kata-kata akhir pelakon Mohamad Shukery Hashim (gambar), 55, kepada isterinya Faridah Mad Desa, 51, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit barah pankreas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada pukul 1.45 petang semalam.

Faridah yang sentiasa berada di sisi Mohamad Shukery sejak dimasukkan ke PPUKM pada Jumaat lepas memberitahu, dia tidak menyangka arwah suaminya itu akan meninggal dunia dalam masa yang singkat.

"Terlalu cepat rasanya kerana dia nampak sihat. Arwah cakap, dia bertuah kerana dapat isteri macam saya dan kalau dia pergi dulu, dia akan tunggu saya di syurga.

"Arwah juga selalu berdoa meminta pada Allah, semoga dipermudahkan pemergiannya dan arwah pergi dengan tenang macam tidur," jelasnya.
Dipetik dari kosmo! Online.

Wednesday, June 10, 2009

Prader Willi Syndrome








Dipetik dari KOSMO!

MEMANG menjadi keseronokan bagi sepasang ibu bapa apabila melihat anak sendiri membesar dengan cepat. Sekali pandang, tiada bezanya si pemilik pipi gebu dan lengan berisi itu dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Dalam masyarakat kita, sering kali kanak-kanak yang gemuk dikatakan 'sihat'.

Cuma apabila diteliti, terdapat satu ciri yang ketara iaitu saiz dan bentuk badan anak yang agak pendek. Mengenai tabiat pemakanannya pula, nafsu makan anak mereka yang berumur tiga tahun itu cukup luar biasa malah kadangkala membuatkan ibu bapa 'takut' melihatnya.

"Kalau dulu, hendak menyusu pun susah. Tapi bila saja umur tiga tahun, makannya terpaksa kami pantau. Boleh dikatakan apa saja yang diberi akan dimakannya. Dia tidak ubah seperti mesin makanan," luah Karim Bakar (bukan nama sebenar) mengenai anaknya itu.

Karim memberitahu, doktor yang menyambut kelahiran anaknya itu pernah memberitahu tentang kemungkinan anaknya menghidap masalah berkaitan genetik. Tetapi dia tidak menyangka pemerhatian doktor itu bakal menjadi masalah serius.

"Penyakit ini dikenali sebagai Sindrom Prader Willer (PWS) dan ia sangat jarang berlaku. Ia melibatkan struktur genetik yang kompleks yang seterusnya memberi kesan terhadap banyak bahagian pada tubuh," kata Jururunding Genetik Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Choy Yew Sing.



MENURUT Dr. Choy, bayi yang menghidap PWS melalui keadaan hypotonia.



Jelas Yew Sing, ketika bayi, mereka dikenal pasti melalui keadaan ketegangan otot yang lemah (hypotonia), kesukaran untuk menyusu, pembesaran dan perkembangan yang perlahan.

"Pada fasa pembesaran awal, nafsu terhadap makanan amat tinggi malah sukar dikawal. Perkembangan ini akan menyebabkan mereka mengalami obesiti. Dalam kes yang pernah direkodkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun mempunyai berat badan sehingga 90 kilogram (kg)," katanya kepada Jurnal.

Ibu bapa yang tidak prihatin tentang masalah yang dilalui oleh anak mereka akan terus memberikan makanan setiap kali diminta oleh kanak-kanak itu. Lebih membimbangkan, ibu bapa itu langsung tidak mengetahui soal zat, nutrisi atau kualiti makanan itu secara asas.

Tanpa bimbingan dan kesedaran aspek kesihatan, keputusan dan tindakan kanak-kanak ini secara tidak langsung dipengaruhi. Bukan suatu yang mustahil jika kanak-kanak tersebut melatih diri 'mencuri' makanan setiap kali terasa lapar pada waktu malam atau ketika tidak diperhatikan ibu bapa atau penjaga. Dalam fikiran mereka, perbuatan itu tidak menyalahi peraturan dalam rumah.

"Sesetengah gen hanya akan aktif apabila salinannya diwarisi daripada sebelah ayah. PWS wujud apabila kromosom 15 daripada sebelah ayah ini hilang atau tidak terbentuk dengan sempurna lalu mengganggu kromosom daripada sebelah ibu untuk menyalin set kromosom," jelasnya mengenai keadaan genetik abnormal ini.

DUA kanak-kanak lelaki sama usia dengan salah seorang daripadanya menghidap PWS.

Antara petunjuk lain mengenai penyakit ini ialah kaki dan tangan yang pendek, struktur muka yang tersendiri, ton kulit serta warna rambut yang luar biasa cerah.

Bagi mengesan penyakit yang dialami oleh satu dalam 10,000 hingga 15,000 bayi, pemeriksaan klinikal terhadap genetik diperlukan.

"Lazimnya, pemeriksaan ini disyorkan kepada bayi yang baru lahir apabila hypotenia dikesan. Pemeriksaan awal PWS akan memudahkan rawatan susulan diberikan terutama pemberian hormon pembesaran," jelasnya.

Suntikan hormon secara berkala boleh membantu perkembangan otot serta mengurangkan pengambilan makanan serta menaikkan berat badan bayi.

"Ini adalah penting kerana pada awal kelahiran, bayi PWS mempunyai berat badan yang amat kurang kerana kesukaran menyusu. Jadi, dengan suntikan hormon ini, pembesaran tubuh bayi akan terjadi secara normal," katanya. - SHANIKA ABDULLATIB


Monday, June 8, 2009

Wang, Anda Dan Islam...







Assalamualaikum,

Saya telah membaca buku yang bertajuk "Wang, Anda dan Islam" karangan Ustaz Zaharuddin Bin Abd Rahman (UZAR) terbitan Truewealth. Saya membelinya pada pesta buku yang lepas dengan harga RM31.90. Dapat juga saya bertemu mata dengan Sdr Azizi Ali untuk mendapat tandatangannya semasa membeli buku ini.

Ustaz Zaharuddin adalah pakar di dalam bidangnya. Beliau adalah lulusan UM di dalam bidang Usuluddin dan Sarjana di dalam Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti al-Yarmouk, Jordan. Beliau telah berkecimpung di sebagai panel syariah di pelbagai tempat termasuk RHB Islamic Bank. Sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti UIAM dan sedang menyambung pelajarannya di dalam PhD di UK di dalam bidang Fiqh Muamalah.

Saya ingin mencadangkan agar pembaca membaca buku kerana ia merupakan satu informasi ringkas tetapi padat tentang kewangan islam dan isu-isunya yang sangat releven dengan kehidupan kita di bumi Allah Malaysia ini.

Sebelum-sebelum ini kita seolah-olah tertipu dengan betapa murahnya bank-bank konvensional menawarkan pinjaman-pinjaman dengan riba', sedangkan di dalam pinjaman bank di bank konvensional ada riba'di dalam riba' yang akhirnya kita akan terjerat kepadanya. Lebih teruk daripada itu, kita telah termasuk di dalam sistem kewangan riba' yang Allah dan Nabi Muhammad SAW haramkan di dalam banyak nas serta dalil.

Mungkin terdapat pandangan-pandangan bahawa Perbankan Islam kebanyakannya zalim, mencekik darah dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan membaca buku ini para pembaca akan dapati bahawa Perbankan Islam sebenarnya membawa banyak keberkatan dan membersihkan harta-harta kita daripada dosa-dosa riba'. Ini diterangkan dengan baik oleh Ust Zahadruddin dengan membawa sebuah tamsil.

"Seorang lelaki yang kehausan didatangi oleh dua orang, seorang menawarkan segelas arak dengan harga RM 0.50 dan seorang lagi datang dengan membawa sehelas air oren dengan harga RM 1.00. Yang mana satu kita akan pilih? Sudah tentu kita akan memilih air oren kerana ia halal walaupun harganya lebih mahal.."

Walaupun, kalau saya boleh pertikaikan contoh ini dengan menyatakan, Ustaz minum air arak boleh hilang dahaga ke?? (saya pun tak tahu..) ataupun kita besarkan skala ini dari RM0.50 vs RM 1.00, ke ke RM 500,000 untuk bank konvensional dan RM 1,000,000 bank Islam, perbezaan yang sangat ketara.., namun, relevennya tetap jelas kerana sebagai orang Islam, kita tidak memandang kepada keuntungan semata-mata tetapi keberkatan dan redha Allah itu yang lebih utama.

Jika ada yang berpendapat bahawa ia darurat untuk mengambil pinjaman riba' tetapi sekarang hampir semua bank tempatan mengadakan pinjaman tanpa riba', maka ia sudah tidak menjadi darurat lagi.


Di dalam buku ini juga ditampilkan beberapa isu yang bermain di benak kita sehari-hari seperti :-
- Apakah hukum kita menerima dividen KWSP yang ada melabur di kaunter yang syubhah dan haram?
- Bagaimana hukumnya sekiranya Perbankan Islam menuntut bayaran rumah yang terbengkalai walhal urusan jual beli di dalam Islam memerlukan barang yang sudah ada?
- Apakah perbezaan BLR di dalam bank konvensional dengan BFR di Perbankan Islam?
- Apakah hukum FOREX, MLM dan Swisscash ?
- Apakah hukum menukar emas terpakai dengan emas baru dengan berat yang berbeza?
- Apakah hukum menggunakan kad kredit untuk membeli emas, atau barangan lain?
- Apakah hukum membeli emas dengan bayaran ansuran?
- Apa makna jahalah, gharar ?
- Apakah hukum bermain saham di kaunter saham terbuka?
- Apakah itu murabahah, mudharabah dan musyarakah?
- Bolehkah kita menghalalkan urusan jual beli berunsur riba dengan menggunakan helah?





Jika anda baca isi-isi di atas, anda akan dapati, buku ini membuka ruang minda anda tentang Islam dan kewangan Islam. Ustaz Zaharudin memudahkan kewangan Islam dengan penerangan yang lebih difahami oleh orang awam seperti saya.

Saya ingin mencadangkan anda membeli buku ini dan memahami isi kandungannya.

Ia telah banyak membuka mata saya tentang kewangan Islam dan bahaya Riba'. Saya harap anda juga dapat bersama-sama saya.

Wallahu Alam.

Thursday, June 4, 2009

3 Golongan Yang WAJIB Berhenti Merokok





Salam,

Sempena Hari Tembakau Sedunia baru-baru ini, diharapkan lebih ramai orang akan berhenti merokok. Kotak rokok pun sudah ada gambar-gambar yang mengerikan, tetapi orang tetap juga hisap rokok seolah-olah tidak ada apa-apa kesan.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat peningkatan perokok di kalangan remaja. Walaupun terdapat juga perangkaan menunjukkan terdapat sedikit penurunan yang tidak ketara terhadap trend perokok yang lebih dewasa. Kenapa perokok di kalangan remaja semakin meningkat?

Menurut sesetengah pendapat, ini berlaku kerana terikut-ikut dengan orang tua, orang dewasa yang berhampiran dan rakan-rakan sebaya.

Pada pendapat saya, sepatutnya ada 3 golongan atau profession yang patut berhenti merokok atau tidak memulakan merokok.

Bukan nak kata yang lain tak perlu berhenti atau patut mulakan. Ini kerana 3 golongan ini adalah dianggap sebagai contoh masyarakat dan boleh menjadi ikutan kepada generasi muda.

Ataupun dengan ayat yang lebih mudah, kita akan hilang hormat atau lebih mudah terpengaruh sekiranya mereka ini merokok. Maka wajar saya cadangkan di sini, 3 golongan ini sepatutnya berhenti merokok atau cuba berhenti mulai sekarang.

3 golongan yang patut berhenti merokok ialah :-

1. DOKTOR

Doktor selalu suruh orang berhenti merokok. Macamana nak hormat sekiranya, di hadapan pesakit dia suruh berhenti merokok, di belakang dia yang paling juara. Kenapa doktor merokok saya sendiri pun tidak tahu.

Jikalau anda fikir apabila seorang doktor merokok, alasan yang akan diberikan nampak lebih munasabah daripada bukan doktor, maka cuba anda tanyakan doktor tersebut. Kenapa doktor merokok? Jawapannya akan kabur juga, sekabur asap rokok.

Ini kerana, tidak ada satu pun jawapan dari segi fakta perubatan atau sains yang membenarkan seseorang menghisap rokok.

Ada seorang pengarah hospital daerah yang saya kenal dahulu begitu kuat merokok. Biasanya dia akan merokok selepas sarapan pagi di sebuah kantin "swasta" di luar hospital. Siapa yang bersamanya merokok? Tentulah kakitangan-kakitangan hospital.

Doktor mengetahui 1001 penyakit yang boleh disebabkan asap rokok. Kenapa perlu menyumbang kepada statistik ini.


2. USTAZ

Saya rasa kurang hormat kalau ada ustaz yang merokok. Dulu fatwa kata makruh, maka takperlah kalau merokok. Tapi sekarang fatwa dah sah terang haram, kenapa masih merokok.

Macamana orang ramai nak ikut fatwa kebangsaan yang banyak diletakkan di masjid-masjid sedangkan setelah habis ceramah, ustaz sendiri merokok dengan ajk masjid di masjid?

Malah Ustaz-ustaz yang sepatutnya membantu memberi nasihat dan menguatkan fatwa merokok itu haram kepada orang ramai. Bukannya mempertikaikan- kononnya tiada dalil dan nas yang Qat'ie lah dan tak Sorih lah, sedangkan majlis fatwa negara dah umumkan.

Mungkin najis rokok ini tidak setara dengan najis mughallazah seperti babi, tetapi ia seberat meminum racun secara perlahan-lahan. Kalau minum racun itu haram, kenapa merokok boleh jadi makruh, sedangkan kedua-duanya membunuh?


3. GURU

Kalau guru rokok berdiri, anak murid rokok berlari...

Itulah kaitannya seorang guru dengan anak muridnya. Seorang guru mempunyai beribu anak murid sepanjang profesion mengajarnya. Mustahil, tidak ada beberapa orang yang terpengaruh sekiranya guru tersebut merokok.

Guru adalah manusia yang kedua bertanggungjawab selepas ibu-bapa di dalam memberi pendidikan dan pelajaran kepada generasi muda negara. Tugas itu sebenarnya sangat penting walaupun ramai ibu-bapa yang memperlekehkan (kerana ibu-bapa dah tak tahu macamana nak kawal anak mereka, dan rasa bersalah tersebut dilepaskan kepada guru).

Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjadi contoh utama untuk berhenti tabiat merokok. Tidak kira di dalam sekolah atau di luar sekolah, ataupun di rumah, para guru kadangkala diperhatikan. Di dalam sekolah mungkin tidak, tetapi anak murid mungkin melihat anda merokok di dalam kereta ketika pulang, ataupun terserempak dengan anda membeli belah.



Mungkin ada yang berkata kenapa 3 profesion ini sahaja yang disebut. Saya ulang di sini bahawa semua orang patut berhenti merokok. Tetapi 3 golongan ini adalah rapat dengan masyarakat.

Apatah lagi mereka merupakan idola kepada kaum remaja, golongan muda, maka ini menjadikan tanggungjawab untuk mendidik bertambah berat. Maka wajarlah mereka dahulu yang berhenti merokok.

Wallahu A'lam.

Thursday, May 28, 2009

Fakta Menangis dan Ibu Mertuaku..






Salam,

Saya pernah bertanya kepada ketua jabatan ophtalmology yang juga pakar mata satu soalan penting semasa saya masih belajar dulu.

Betulkah jika kita menangis telalu kerap kita akan menjadi buta?

Persoalan ini saya tanyakan kerana ada satu filem Tan Sri P.Ramlee bertajuk "ibu mertuaku" memperlihatkan Kasim Selamat menjadi buta akibat menangis.

Oleh kerana pakar mata tersebut bukan seorang yang berbangsa melayu, kemungkinan besar beliau tidak menonton filem Tan Sri P.Ramlee.

Dan kemungkinan besar juga, pemikiran beliau tidak "bias" kerana beliau tidak dibesarkan dengan filem Tan Sri P.Ramlee.

Justeru, kemungkinan besar juga jawapan beliau adalah berdasarkan ilmu mata yang tulin (Lagipun dia ketua jabatan mata).

Jawapannya : jeng.. jeng.. jeng..

Secara fakta, air mata dicipta untuk mencuci mata dan membasahkan mata. Mata yang kering seperti penyakit keratitis akan menyebabkan mata rosak.

Begitu juga sekiranya kelopak mata kita tidak berfungsi dan tidak boleh tertutup (seperti kes melecur) dan sebagainya, mata akan menjadi kering dan menyebabkan mata rosak. Ini boleh diubati dengan meletakkan air mata tiruan (artificial tears) secara kerap.

Apabila mata masuk habuk dan sebagainya, kita dapati air mata keluar untuk membersihkan mata dan mengeluarkan habuk tersebut. Ia adalah satu mekanisme atau sunatullah.

Sekiranya mata ini banyak menangis, maka air itu hanya akan mencuci mata kita.

Oleh hal yang demikian, kontrari dengan "filim" Ibu Mertuaku, semakin mata banyak menangis, kita tidak akan jadi buta. Malah, mata kita akan bertambah bersih dan cantik. Paling tidak pun, ia tidak akan menjadikan mata kita buta..

Persepsi kita tentang cerita "Ibu Mertuaku" sekarang sudah berubah..

Waahh... spoil betul fakta ni..

Wallahu Alam.

Tuesday, May 26, 2009

Nokia E71 Putih Untuk Dijual..




Salam semua pembaca,

Sekarang ini saya mempunyai satu stok baru AP E71 Nokia berwarna putih bersama warranty 18bulan.


HARGA : RM 1250.00 (percuma 2gb TF + Standard package+ Satu extra charger Grade 3A quality+ 1 screen cover + 1 neck strap + 1 crystal cover).



Di antara kelebihan E71 Nokia ialah :-


3G Network HSDPA
Size Dimensions 114 x 57 x 10 mm, 66 cc
Weight 127 g
Display Type TFT, 16M colors
Size 320 x 240 pixels, 2.36 inches
- Full QWERTY keyboard
- Five-way scroll key

Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, monophonic, MP3 ringtones
Speakerphone Yes
- 2.5 mm audio jack


Memory Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records Detailed, max 30 days
Internal 110 MB storage, 128 MB RAM
Card slot microSD (TransFlash), up to 8GB, hotswap, buy memory
Data GPRS Class 32, 100 kbps
EDGE Class 32, 296 kbps


3G HSDPA, 3.6 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port Yes
USB Yes, v2.0 microUSB


Camera Primary 3.15 MP, 2048x1536 pixels, autofocus, LED flash
Video Yes, QVGA@15fps
Secondary Videocall camera
Features OS Symbian OS 9.2, Series 60 v3.1 UI
CPU ARM 11 369 MHz processor
Messaging SMS, MMS, Email, Instant Messaging
Browser WAP 2.0/xHTML, HTML


Radio FM radio (E71 only); Visual radio
Games Java downloadable
Colors White Steel, Grey Steel, Black, Red
GPS Yes, with A-GPS support; Nokia Maps
Java Yes, MIDP 2.0
- MP3/AAC/MPEG4 player
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Push to talk
- Voice command/dial
- Organizer
- Printing


Battery Standard battery, Li-Po 1500 mAh (BP-4L)
Stand-by Up to 410 h (2G) / 480 h (3G)
Talk time Up to 10 h 30 min (2G) / 4 h 30 min (3G)
Music play Up to 18 h

Sesiapa berminat boleh email atau call saya 012-9597074.

Monday, May 25, 2009

Apa itu MURABAHAH?



Apa itu MURABAHAH ?

Murabahah
Murabahah ABDUL HAKIM Pengertian Murabahah dalam (bahasa Arab: مرابحه) Mudharabah (perkongsian untung) ialah peraturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau

Selamat Hari Guru



Salam,

Hari guru telah lepas, namun saya ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru saya yang banyak menabur budi dan bakti sehingga ke hari ini.

Guru saya semasa di Tadika KEMAS ialah Cikgu Pasiah. Saya ingat lagi Cikgu Pasiah melantik saya jadi ketua kelas. Tiap-tiap pagi kena baca ikrar di hadapan kawan-kawan dan saya adalah yang paling akhir balik sebab selalu berbual dengan Cikgu Pasiah. Yang paling seronok sebab balik lambat bila Cikgu Pasiah belanja makan nasi lemak, lebihan makan pagi. Sedap betul nasi lemak waktu tu.

Di Sekolah Rendah Kebangsaan Jln Sg Besi (1), dalam banyak-banyak cikgu, saya rapat dengan Cikgu Hasnah, Mrs Mahadeva, Cikgu Rohani, Mrs Ng (Dulu Ms Ng) dan Cikgu Ayub. Cikgu Hasnah mengajar BM semasa saya darjah 5. Saya masih ingat lagi apabila cikgu Hasnah suruh kami hafal sajak "Ke Makam Bonda" karya Allahyarham Usman Awang. Saya hafal sehingga habis. Sekarang semasa UNIC rakam lagu ke Makam Bonda, saya masih hafal separuh dari liriknya. Separuh lagi dah lupa. Di mana cikgu Hasnah sekarang?

Mrs Mahadeva ni adalah Ketua guru disiplin yang terkenal dengan kegarangannya. Dia ni digeruni oleh semua orang termasuk saya. Dia juga mengajar Bahasa Inggeris, jadi tak hairanlah ada buku-buku latihan yang tak siap kerja rumah dicampak keluar sahaja melalui tingkap. Buku saya pun pernah kena campak. Rotan toksah ceritalah. Kalau tak melibas, bukanlah Mrs Mahadeva. Saya pernah berdiri belakang Mrs Mahadeva, mungkin terlalu rapat. Dia berpusing kepada saya dan berkata, "Why are you breathing too close behind my back?". Saya memandang dengan penuh kegerunan. Itu satu pengajaran, bernafas belakang orang rapat-rapat sehingga hela nafas kita dirasai kadangkala sesuatu yang menjengkelkan...

Cikgu Ayub ni ada karakter seorang pemimpin. Dia jalan tegak dan segak. Bila mengajar suaranya jelas dan terang. Cakapnya sangat tersusun. Orangnya sangat baik tetapi ada je budak nakal yang kena tampar kerana melawan. Sekarang ni cikgu Ayub mungkin dah jadi Guru Besar kat sekolah lain.

Itulah cerita sekolah rendah... sekolah menengah juga lebih kurang sama. Suasana SMAKL dan MRSM banyak mengajar saya tentang hemah terhadap guru. Ada guru yang mungkin kita tidak sukai ada guru yang kikta suka. Ada yang comel ada yang tidak. Mungkin ada guru yang "gedik" pada pendapat sesetengah murid, ada guru yang garang, ada guru yang suka mencari salah, ada guru yang berlagak dan sebagainya. Pendek kata ada pelbagai karakter guru yang kita jumpa sepanjang hidup kita yang bergelar murid.

Ada pelajar mungkin merasakan, walaupun mereka sudah berjaya, mereka tidak merasakan bahawa itu juga adalah sebahagian usaha dari guru mereka. Oleh sebab itu, apabila anak kita gagal di dalam periksa kita akan berkata, gurunya malas mengajar. Tetapi apabila anak kita berjaya, kita akan berkata, sebab anak saya rajin belajar, otaknya bijak dan pergi tuisyen selalu.

Wallahu Alam.

Thursday, May 21, 2009

Pelakon Malaysia Kena Kanser Pankreas




Salam,

Semasa sedang melayar internet saya terbaca kisah Patrick Swayze, pelakon kacak yang popular dengan cerita GHOST bersama Demi Moore, telah dikatakan meninggal dunia akibat kanser pankreas. Walaubagaimanapun, ia dinafikan oleh jurucakap Patrick Swayze sendiri. Rupanya itu hanyalah khabar angin sahaja.

Boleh dikatakan saya telah menonton Patrick Swayze dalam GHOST tu dulu masa belajar berulang kali. Baru-baru ni di Astro pun, Patrick Swayze berlakon dalam drama bersiri baru BEAST. Jadi, mungkin sedikit "terasa" apabila tahu dia mengidap kanser pankreas. Patutlah nampak wajahnya agak cekung dan lebih tua. Dia juga dikatakan pernah membuat pembedahan membuang sebelah daripada paru-parunya untuk memberi sedikit masa lagi untuknya.

Tapi saya lebih terkejut apabila kosmo mendedahkan bahawa Syukeri Hasyim, pelakon Malaysia yang terkenal dengan filem RAHSIA itu juga adalah pengidap kanser pankreas tahap keempat. Kanser beliau telah merebak ke hati dan pundi hempedu.

Berusia 55 tahun, Shukery pada awalnya tidak ambil pusing rasa senak yang menyerangnya dan menganggap ia mungkin angin biasa.

Namun, apabila rasa senak sering berulang, ditambah pula dengan pedih, panas dan tidak selesa di bahagian atas abdomen dan belakang, atas nasihat rakan-rakan, dia membuat pemeriksaan di klinik swasta dan doktor mengesyaki dia menghidap batu karang.

“Mula-mula buat pemeriksaan di klinik, doktor kata mungkin batu karang, tetapi doktor suruh saya rujuk kepada doktor pakar di Hospital Selayang.

“Di klinik pakar, saya menjalani pemeriksaan yang lebih khusus dan apabila doktor buat CT scan, doktor memberitahu pankreas saya sudah hitam dan membengkak.

“Saya ditahan di wad dan selepas menjalani beberapa kali pemeriksaan, doktor memberitahu saya mengidap kanser pankreas,” katanya ketika dihubungi Jurnal minggu ini.

Menurut Shukery, semasa dirawat di hospital, satu pembedahan telah dilakukan ke atasnya namun doktor tidak mampu berbuat apa-apa kerana sel kanser sudah merebak ke organ dalaman lain.

“Doktor hanya buka dan tutup saja. Mereka tidak boleh buat apa-apa sebab sel kanser dah merebak ke hempedu dan hati,” katanya.

Boleh baca ceritanya di sini.

Kanser pankres biasanya apabila diketahui sudah terlewat. Ini adalah kerana, pada kebiasaannya, penyakit ini tidak ada simptom sakit. Apabila muncul sakit, atau kurang selesa, biasanya ia sudah terlewat. Oleh itu ia dikenali sebagai "pembunuh senyap".

Keadaan yang sama juga berlaku dengan kanser paru-paru. Mengikut professor saya dahulu, biasanya kanser paru-paru apabila diketahui iaitu apabila datang dengan batuk berdarah sebagai contoh biasanya ia sudah terlewat. Tidak banyak yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah.

Kedua-dua kanser pankreas dan paru-paru, mempunyai faktor risiko yang sama iaitu rokok. Rokok boleh menyebabkan risiko kedua-dua penyakit ini meningkat berkali-kali ganda.

Semoga Sdr Syukri bersabar di atas ketentuanNya. Jika perubatan moden sudah tiada upaya, maka bolehlah mencuba perubatan alternatif pula. Yang penting berusaha. Urusan hidup dan mati adalah ketentuan Allah semata-mata.
Wallahu Alam.

Doktor guna gerudi selamatkang budak




Macam cerita dalam drama. Boleh bayang tak kat Melbourne, hospital setempat tak ada gerudi untuk bedah otak. Hospital kat Jerantut ada gerudi tak? kalau ada.. bolehlah kita angkat kepala sikit sebab hospital kat kawasan Melbourne tu pun pinjam gerudi . Nasib baik bapa budak tu ada gerudi kat rumahnya. Kalau tak, kena cari kat kedai hardware.

Perbualan ayah kepada budak itu dengan doktor tu lebih kurang begini (telah di alih bahasa ke bahasa Terengganu sempena isu ADUN-ADUN Terengganu sekarang).

Ayah : Pah guaner doktor, boleh selamat dok anok saya nih?
Doktor : InsyaAllah ni Pokcik, kena gerudi sikek ni kat tengkorok dier nih. Doa banyok2 pada tuhang, pokcik.
Ayah : Bakper nok gerudi nyer doktor. Dok bahaya ker?
Doktor : Darah hok beku tu kene bawak tubik pokcik. Kalu tidok dok selamak anok pakcik nih. Nok kurangkang tekanang otak.
Ayah : Doktor wat memolek tau.. anak saya nih bakal jadi ADUNg Terengganu tau..
Doktor : Ohh... baguslah.. aset penting negara kita ni... saya cuba wat yang terbaik.. Semoga dok jadi macang kepale otok ADUNg2 kita sekarang..
Ayah : Ikut pandaa doktor lah.. pokcik ikut jer.. asalkang nyawa anok pokcik selamat..
Doktor : Tapi pokcik, mesing hok gerudi tuh tak dok lamer doh kat Negeri kita nih... Si Inul gi pinjang, wat nari kat Indong... goyang gerudi...
Ayah : Tok per Doktor, Pokcik banyok mesing gerudi tu kak rumoh. Ambik tiga pong boleh...
Doktor : Alhamdulillah....
Lebih kurang gitulah perbualannya yang diringkaskan...

Apapun, tahniah kepada doktor tu yang berjaya menyelamatkan nyawa seorang pesakit. Kalau kat Malaysia tuh, dah dapat gelaran Datuk dah tu..

MELBOURNE 20 Mei – Seorang doktor di sebuah pekan kecil disanjung selepas menggunakan gerudi elektrik untuk menggerudi tengkorak budak lelaki berusia 12 tahun bagi melegakan tekanan ke atas otaknya.

Menurut ABC News, Nicholas Rossi mengalami pendarahan otak dan tidak sedarkan diri selepas terjatuh daripada basikal di Maryborough, 90 kilometer dari sini.

Menyedari hospital setempat tidak mempunyai peralatan pembedahan, Dr. Rob Carson meminta bapa kanak-kanak itu, Michael Rossi supaya mengambil alat penggerudi dari bangsalnya.

Dr. Carson menjalankan prosedur menggerudi itu sambil mendengar nasihat pakar bedah otak terkemuka Melbourne, David Wallace, menerusi telefon. – BERNAMA

Sunday, May 17, 2009

Menjawab bagi pihak BIONAS




Salam,

Terdapat banyak persoalan yang timbul di dalam threads forum-forum di internet terutama tentang BIONAS. Jawapan yang diberikan tidak memuaskan kerana BIONAS sendiri tidak ada masa untuk menjawab persoalan tersebut. Selaku salah seorang koordinator di dalam Skim Murabahah BIONAS, pengurus nurseri BIONAS dan kenalan kepada Tuan Haji Shafi'e selaku Ketua Eksekutif BATC dan CEO BIONAS Puan Zurina, saya cuba memperjelaskan serba sedikit tentang persoalan tersebut. Butiran yang lebih lanjut minta tuan ajukan sendiri kepada BIONAS.

Melalui perbincangan saya dengan kedua-dua orang kuat BIONAS ada beberapa perkara penting untuk diperjelaskan.

1. Buat masa ini sudah hampir 3 juta ekar tanah di kawasan Sabah dan Sarawak termasuk semenanjung Malaysia yang penduduknya bersetuju utk BIONAS mengusahakan tanah mereka. Perjanjian telah dibuat secara hitam putih dan ditandatangani.

2. Terdapat orang miskin di Pendalaman Sarawak dan Sabah yang tidak ada jalanraya dan elektrik pun ke kampung mereka tetapi mempunyai tanah adat yang luas. Mereka bersetuju untuk menyertai projek ini. Ini adalah kerana BIONAS memberi mereka biji benih percuma (10 ekar setiap keluarga) untuk ditanam dan mempunyai kontrak untuk membeli semula hasil mereka dengan harga RM 850/tan dengan share keuntungan 80%-20%. Pada pendapat saya ini merupakan satu contoh projek "poverty eradication" yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan.

3. BIONAS menjalankan skim usahasama dimana pembukaan tanah dan segala kos operasi ditanggung 100% oleh BIONAS. Tuan punya tanah yang mengusahakan penanaman akan dibayar gaji (oleh BIONAS), setelah ada hasil dijual pula kepada BIONAS dengan keuntungan bersama 80%-20%. Oleh itu, pengusaha bukan sahaja mendapat untung hasil, tetapi bekerja pula dengan BIONAS dengan gaji mengikut hari dengan kadar semasa.

4. RM 300-RM 500 sebulan utk seekar tanah utk hasil Jetropha memang tidak menguntungkan berbanding tanaman kelapa sawit. Tetapi bagi masyarakat miskin di Sarawak dan Sabah, mereka tiada modal pun utk menanam kelapa sawit (siapa yang nak bagi mereka modal?), sedangkan tanah mereka berekar-ekar luasnya. Ini adalah satu alternatif yang baik kerana pembiayaan BIONAS yang saya telah sebut tadi.

5. BIONAS telah mempunyai kilang di Johor dengan kapasiti 100 tan minyak sehari. Yang malangnya, operasi kilang tersebut adalah di bawah paras permintaan. Buat masa ini, kemampuan pekebun untuk menyediakan biji jatropha cuma 30 tan metrik sahaja sehari. Pada hakikatnya, BIONAS menganggung kerugian dari segi opportunity lost.

6. Mana patut datang dahulu, kilang dahulu atau buah jetropha dahulu. Persoalan ini macam telur dengan ayam. Kalau kilang dibina dengan megahnya, kosnya menelan belanja RM 5.1 juta. Tetapi yang menanamnya setakat 100-200 ekar, mana kelebihan ekonominya? Tetapi ada penanam bertanya. Sebelum aku tanam, aku nak tengok kilangnya dulu. Jika sudah ada kilang tetapi baru nak tanam, BIONAS akan rugi. Apa pendapat tuan?

7. BIONAS telah melakukan business venture dengan Filipina. mereka telah bersetuju untuk berusahasama dengan BIONAS untuk menghasilkan minyak Jetropha untuk kegunaan penduduk di sana. Buat masa ini Filipina adalah pengimport petroleum untuk kegunaan rakyatnya. Harga seliter petrol ialah RM 3.50 (kalau tidak silap). 4 juta ekar tanah akan diserahkan kepada BIONAS untuk diusahakan secara usahasama. Ini akan meningkatkan ekonomi penduduk di sana. Ada keratan akhbar di surat khabar Filipina tentang kehadiran BIONAS di sana dan perancangan kerajaan Filipina. Kilang juga akan dibina di sana.

8. 3 tan biji jetropha = menghasilkan 1 tan minyak. Harga 3 tan jetropha = RM 850 x 3 = RM 2550.00.
Harga jualan BIONAS ke luar negara bagi crude oil ialah USD 800 satu tan (FOB) = RM 2880.00, Harga jualan bagi refine jetropha oil ialah USD 1250 ialah RM 4500 satu tan (FOB).
Press cake (sisa perah) jetropha juga dijual sebagai satu sumber bahan api. Saya tidak pasti harganya, tetapi permintaan untuk membeli press cake juga sudah ada dari Jepun kerana ia kurang pencemaran berbanding arang batu. Maknanya, jual minyak untung, jual sisa press cake pun untung. Itu belum campur jualan anak pokok di nurseri etc. Oleh itu persoalan samada kenapa BIONAS ambil RM 850 terlalu tinggi itu mungkin telah dijawab.

9. Walaupun harga minyak petrol di pasaran dunia jatuh tetapi permintaan negara utk tujuan domestik tetap sama. Di luar negara pasaran B20, B10 atau B5 meningkat. Ada dua convention besar tentang biodiesel dunia iaitu Kyoto Protocol (Kyoto Convension) di mana Malaysia juga terlibat dan satu lagi Energy Policy of the EU ttg penggunaan 10% biodiesel oleh negara anggota EU menjelang 2020. Kita menjangkakan bahawa pada tahun 2010, B5 iaitu (5% biofuel + 95% petrol) akan dijual di Malaysia menggunakan minyak sawit. Tetapi di luar negara minyak sawit seperti di negara EU tidak boleh digunakan kerana bermasalah. Akhirnya, pasaran minyak jetropha dijangka akan mencapai permintaan yang tinggi.

10. Minyak sawit boleh digunakan sebagai minyak biodiesel. Isunya ialah minyak sawit BEKU di iklim sejuk. Ini menyebabkan negara seperti German tidak meluluskan import biodiesel sawit. Oleh itu, biarlah minyak biodiesel sawit digunakan di iklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia. Isu sawit sebagai minyak makan juga pernah di pertikaikan, sebagaimana isu soya dan jagung digunakan sebagai biodiesel. Ia pernah menimbulkan krisis makanan suatu waktu dahulu. Saya tak pasti ia releven atau tidak. Cuma jika minyak masak murah dan minyak biodiesel mahal di pasaran, kebimbangan untuk syarikat minyak sawit menjual sawit sebagai biodiesel instead sebagai minyak masak adalah satu isu juga.

11. Skim murabahah BIONAS akan dilancarkan pada bulan Jun 2009. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Skim ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk melabur dii dalam pembelian anak pokok jetropha dan menjual semula kepada BIONAS dengan keuntungan sebanyak 75% bagi 3 tahun yang dibayar melalui cara berperingkat-peringkat. Pembayaran dilakukan menggunakan cashiers order oleh Bank al-Rajhi.

12. Saya sedang mencari 20 orang konsultan untuk tujuan SKIM Murabahan BIONAS. Pelabur yang berminat juga amat dialu-alukan dengan pembelian anak pokok dan baja bernilai RM 3000 utk satu plot. Pulangan ialah RM 5700 secara berperingkat dalam masa 3 tahun. Bagi sektor korporat, minimum pembelian untuk setengah ekar tanaman bersamaan 200,000 anak pokok ialah RM 1.1 juta dengan pulangan RM 1.9 juta secara berperingkat selama 3 tahun. Payment security adalah daripada Bank al-Rajhi. Pelaburan daripada luar negara melalui deposit ke Bank al-Rajhi juga adalah dialu-alukan.

Sila hubungi saya dan keterangan lanjut.

Wassalam.

Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin
Kuala Lumpur
012-9597074

Lawatan ke Nakorn Pathom, Thailand.


Salam,

Pada 8-10 Mei yang lepas, saya dan dua orang rakan saya Haji Kamaruddin dan Haji Ishak telah ke Nakorn Pathom, Thailand iaitu lebih kurang 100 km ke selatan Bangkok untuk melihat kandang lembu.

Hasrat kami adalah untuk melihat secara dekat kandang tuan punya lembu yang kami akan berurusan untuk pembelian lembu dan melihat bagaimana urusan pembelian dilaksanakan.

Pada 8 hb kami telah bertolak dari LCCT Malaysia jam 8.30 pagi waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok jam 9.30 pagi waktu Bangkok (10.30 pagi Malaysia). Tiba di sana kami menaiki teksi ke Sam Rong berhampiran Bangkok dan dijemput oleh kawan saya di sana dan dibawa melalui kereta Toyota Vios ke Nakorn Pathom.

Tiba di sana, kami terus melihat kandang dan sekitar. Kami juga mengunjungi tempat penyembelihan lembu yang juga dipunyai oleh tuan punya kandang yang kami kunjungi. Tuan punya kandang berasal dari Yala, Selatan Thailand dan boleh berbahasa melayu.

Mujur Alhamdulillah, beliau beragama Islam. Ini kerana kalau tanpa beliau dan kawan-kawannya memang kami akan mati kebuluran. Sudahlah tiada restoran Islam, kawasan Nakorn Pathom adalah kawasan ramai cina dan anda melihat daging babi di masak di mana-mana...

Kami bermalam di Whales Hotel di Nakorn Pathom. Keesokan harinya kami mengunjungi pusat penjualan lembu secara borong di sana. Kami juga mengunjungi sebuah ladang besar yang lembunya berjumlah 2000 ekor dan hanya menjual lembu yang beratnya 400kg-600kg ke atas. Ada lembunya setinggi orang!!

Kecanggihan Thailand sebagai pusat pertanian amat mengagumkan. Mereka bukan sahaja kaya dengan tanah yang subur untuk pertanian, malah ia merupakan nadi utama negara mereka. Dengan pembinaan tali air dan empangan, kawasan mereka ditumbuhi dengan pokok segala macam, termasuk padi dan jagung. Nurseri anak pokok sepanjang jalan. Malah setiap rumah hampir ada seekor lembu.

Misi kami untuk membawa lembu ke Malaysia sebagai pengedar lembu pada musim Haji akan datang dengan harga terbaik diharapkan akan menjadi kenyataan. kami mencari ejen yang ingin membeli lembu kami secara pukal dengan harga RM 1700 ke atas dengan berat melebihi 230 kg.



Saya dan haji Kamarudin di Kandang Lembu.






Pemandangan bandar Nakorn Pathom pada waktu petang




Saya, Haji Kamarudin dan Haji Ishak di pusat penyembelihan Islam. Satu malam 20 ekor lembu disembelih dan dihantar ke pasar borong Bangkok pada jam 2 pagi. Jam 7 pagi, daging habis terjual.





Lembu borong, di jual dari atas lori. Ada beratus lori. Setiap lori terdapat antara 3 hingga 20 ekor. Jualan dibuat berdasarkan tawar menawar. Kalau dah tawar kena la beli..


Ni lembu 400 kg. Kalau 600 kg, sudah bertentang mata dengan haji Kamarudin..

Saturday, May 16, 2009

Pembukaan Nurseri Dr Azwan - BIONAS




Salam pembaca semua,

Saya dan dua orang partner telah mendaftar untuk membuka 4 tempat Nurseri Pokok Jarak BIONAS iaitu di :-

1. Lahad Datu, Sabah
2. Tawau, Sabah
3. Kuala Langat, Selangor
4. Shah Alam, Selangor.

InsyaAllah penanaman benih di Shah Alam dan Kuala Langat, Selangor akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kelulusan dari tuan punya tanah telah pun diperolehi. Selepas itu proses pembersihan ladang akan dilakukan.

Kepada sesiapa yang mempunyai tanah yang terbiar melebihi 30 ekar di kawasan Kuala Langat, Klang atau Shah Alam, tidak mempunyai modal atau tidak berhasrat untuk menanam apa-apa tanaman di kawasan di atas, boleh lah menghubungi saya untuk usahasama membangunkan tanah tuan dengan menggunakan modal yang disediakan oleh BIONAS.

Bagi mana-mana penduduk Sabah terutama di kawasan Tawau, Semporna, Sandakan dan Lahad Datu yang mempunyai tanah adat atau tanah persendirian yang luas - melebihi 5000 ekar contohnya - bolehlah menghubungi saya untuk urusan usahasama bagi pembangunan tanaman pokok Jarak menggunakan modal BIONAS dan pembahagian keuntungan secara bersama.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Skim Murabahah Anjuran BIONAS melalui pembelian anak pokok Jetropha yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada awal Jun 2009, bolehlah menghubungi saya pada no 012-9597074. InsyaAllah keuntungan dikongsi ialah 75% selama 3 tahun. Pembayaran akan dibuat melalui Cashier's Cheque oleh Bank al-Rajhi dan boleh didepositkan apabila tarikh matang.

Wassalam

Wednesday, May 13, 2009

Cara Mengesan Penyakit Tuberculosis



Salam,

Penyakit tibi sekarang menjadi-jadi. Dalam seminggu 8 orang sudah masuk ke wad. Semuanya angkara Tibi. Sudah jadi kuarantin pula wad-wad tu. Ada ibunya, ayahnya, dan dua orang anak yang kecil. Tibi merebak melalui udara. Tetapi biasanya ia merebak kepada orang yang hampir dengan pesakit.

"Contact tracing" ialah satu kaedah di mana apabila seorang itu menghidap Tibi, maka orang yang tinggal berhampiran akan diperiksa samada dijangkiti ataupun tidak. Contohnya suaminya kena Tibi, isterinya dan anak-anaknya juga diperiksa.

Terdapat satu kes neneknya batuk lama, dan setelah diperiksa maka disahkan Tibi seluruh famili diperiksa dan didapati seluruh famili dijangkiti Tibi.

Terdapat 3 pemeriksaan saringan yang biasa dilakukan.

Yang pertama adalah pemeriksaan kahak dipanggil - sputum for Asid Fast Bacilli (AFB). Kahak ini diambil setiap pagi setelah bangun tidur selama 3 hari. Ia bukan air liur tetapi kahak. Soalannya macamana nak keluarkan kahak kalau tak batuk? Nabil jawab - lu pikir lah sendiri!

Kahak ini akan dilihat melalui mikroskop oleh ahli pathologi secara langsung menggunakan pewarna khas yang dapat mewarnakan kuman Tibi itu. Ini adalah pemeriksaan yang paling kuat untuk mengesahkan kehadiran kuman Tibi di paru-paru anda.

Bagi kanak-kanak yang tidak boleh batuk dan mengeluarkan kahak, satu tiub akan dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan bahan-bahan khususnya kahak pada waktu pagi untuk dibuat sampel.

Pemeriksaan yang kedua ialah dengan mengambil x-ray dada. X-ray bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian sekiranya Tibi masih baru dan belum lagi merosakkan paru-paru. Adakalanya penyakit lain juga boleh menyerupai bentuk jangkitan Tibi.

Yang ketiga ialah melalui pemeriksaan darah iaitu ESR atau Erythrocyte Sendimentation Rate. ESR ini merupakan satu indikator yang tidak spesifik yang akan memberitahu samada pesakit ini mendapat jangkitan, radang atau kanser. Sekiranya paras ESR meningkat di dalam darah contohnya kepada 100 mm/hr (normal 10 mm/hr) bermakna terdapat jangkitan yang menyebabkannya. Salah satunya Tibi.

Itu adalah 3 asas pemeriksaan tibi yang boleh saya kongsi. Setiap satunya ada kekuatan dan kelemahan tertentu. Sekiranya kahak yang diambil 3 hari berturut-turut positif untuk kuman Tibi bagi ketiga-tiganya dan bacaan ESR yang meningkat berganda-ganda, sudah cukup untuk membuktikan anda dijangkiti Tibi walaupun x-ray dada anda nampak normal.

Salam...

Monday, May 11, 2009

Alhamdulillah Lega...





Salam,
Apabila ada pembaca tanya tentang kes doktor curi tulang, saya tak tahu nak jawab apa. Saya pun tumpang terkejut dengan kes tu. Walabagaimanapun, alhamdulillah saya lega apabila jawapannya telah diketahui. Barulah terasa kepala ni boleh diangkat semula. Saya memetik laporan daripada akhbar utusan tentang cerita ini. Diharapkan Datuk M. Saravanan dapat memohon maaf di atas kenyataannya tempohari.

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan. com.my

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.

Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.

Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).

Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!

Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.

Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.

Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.

Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.

Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.

Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.

Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.

Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.

Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.

Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.

Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.

Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.

Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.

Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.

Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.

Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.

Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.

Mulai hari ini dan mengambil semangat baru sempena Hari Pekerja semalam, eloklah kita ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap doktor yang merawat kita.

Dato' Seri Nizar - Menteri Besar Perak yang Sah




Assalamualaikum,

Dipetik dari Malaysiakini.


"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. "



p.s. - Toyota Camry hari tu dah jual ke?

Tuesday, May 5, 2009

Dr Azwan Memerlukan 20 Orang Konsultan Pelaburan!!




Salam,

Saya memerlukan 20 orang jurujual hebat untuk menjadi konsultan saya sepenuh masa atau secara sambilan untuk Skim Murabahah BIONAS untuk Penanaman Pokok Jatropha Carcus bagi tujuan penghasilan Biodiesel dunia sebagai aternatif minyak petrol dan diesel.

Konsultan ini mestilah Muslim yang boleh bekerja sendiri, mempunyai sedikit latarbelakang tentang kewangan Islam, berhemah tinggi, konsisten dan boleh menjual produk berasaskan pelaburan.
SKIM MURABAHAH BIONAS

Skim Pelaburan Murabahah anjuran BIONAS ini merupakan skim pelaburan tanpa riba' yang menjadi alternatif bagi skim-skim pelaburan yang dikhuatiri syubhah termasuk ASB, ASN, ASW hatta mana mana simpanan atau deposit sekalipun di bank Malaysia. Bagi mengetahui lebih lanjut skim ini, sila lawati laman web ini.


Skim murabahah ini melibatkan pembelian sejumlah anak-anak pokok daripada nurseri BIONAS oleh pelabur dengan akad dan kemudian dijual semula kepada BIONAS untuk dibesarkan. Pembayaran hasil pelaburan dilakukan secara pembayaran berperingkat atau pembayaran tertunggak pada kadar nisbah untung yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual.

Bagi skim penanaman pokok jarak, terdapat kampung dan daerah-daerah pendalaman di mana kawasan yang kaya dengan tanah tetapi tuan punya tanah tidak berkemampuan untuk membangunkan kawasan tersebut. Oleh itu BIONAS mengambil inisiatif membangunkan tanah terbiar tersebut dengan keuntungan kongsi bersama 20%-80%. Pembiayaan buka tanah dan penanaman adalah 100% daripada BIONAS. Buat masa ini, tanah yang telah dan bakal dibangunkan mencakupi 3 juta ekar di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Oleh kerana skim penanaman Jetropha ini melibatkan kewangan yang besar dan prinsip BIONAS menganggap pinjaman di bank dengan riba' itu haram, maka ia membangunkan satu skim dipanggil skim pelaburan murabahah telah dilaksanakan. Kelulusan Bank Negara Malaysia telah diperolehi untuk melaksanakannya dan panel syariah juga telah diwujudkan. Untuk memberi kepercayaan kepada para pelabur, pembayaran keuntungan akan dibuat melalui post dated cheque oleh Bank al-Rajhi selaku bank panel BIONAS.

Produk ini juga boleh diniagakan di luar Malaysia dan pelaburan boleh dibawa masuk dari negara luar termasuk dari timur tengah melalui deposit di dalam sebuah Bank yang mempunyai cawangan di seluruh dunia iaitu Bank al-Rajhi.

Deposit sehingga USD 1 billion ini merupakan peluang anda untuk meneroka pasaran di seluruh dunia secara halal dengan menggunakan skim ini. Sasaran di dalam negara adalah pelabur yang mahukan pelaburan secara halal dan tayyib, tanpa ragu-ragu dan syubhah.
MINYAK JETROPHA DAN BIODIESEL

Penghasilan minyak Jetropha untuk biodiesel telah diuji dan yang paling menarik ia beracun dan tidak boleh dibuat bahan makanan sebagaimana minyak kelapa sawit (oleh itu tidak akan menimbulkan krisis makanan sejagat). Tidak seperti minyak sawit yang beku pada suhu yang rendah, minyak jetropha boleh digunakan di negara beriklim sejuk. Malah Mercedes Benz telah menguji penggunaan biodiesel Jetropha sebagai bahan api dan telah memandu uji sejauh 30,000 km. Bahan sisa press cake jetropha dijual ke Jepun sebagai sumber bahan bakar untuk penghasilan elektrik. Sila rujuk artikel wikipedia Food vs Fuel tentang isu sawit sebagai minyak biodiesel.

Minyak jetropha adalah bersih dan mesra alam. Ia mudah ditanam dengan kos yang kurang dan ia boleh ditanam secara intercrop dengan tanaman kontan yang lain seperti jagung dan tebu. Harga jualan sekarang ialah USD 800/tan. Tempahan daripada negara Jerman, Jepun dan Itali sebanyak beratus ribu tan metrik minyak biodiesel untuk kegunaan B20 minyak mereka telah diterima oleh BIONAS.

Untuk memahami apa itu BIONAS dan Penanaman pokok Jatropha Carcus sila lawati http://www.bionas.com.my/index.htmlatau http://www.biofuelbionas.com/

Perasmian Skim Murabahah ini InsyaAllah akan diadakan pada awal Jun 2009 dan dijangka akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Bin Baharom (B) di pejabat BIONAS di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Prospektus, iklan-iklan di media cetak juga akan diedarkan melalui akhbar-akhbar utama.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Konsultan bagi skim Murabahah ini, sila hubungi saya Dr Azwan 012-9597074 atau email di abiteha@yahoo.com untuk penerangan lanjut dan bertemu dengan CEO BIONAS. Sesiapa yangberminat untuk melabur juga boleh menghubungi saya dengan pembelian anak pokok minima RM 3000.00 dan keuntungan 75% selepas 3 tahun.

Salam.

Monday, May 4, 2009

Mahalnya...




Salam,

Saya geram betul semalam.

Anak saya Irfan Auzai'e tidak beberapa sihat. Badannya agak panas dan kerap merengek. Ada batuk-betuk kecil dan selsema.

Di dalam peti ais ada beberapa botol syrup paracetamol dan syrup rhinothiol yang memang disimpan sekiranya ada demam, batuk dan selsema. Cuma yang tiada hanya picagari.

Kalau si Irfan Auzai'e demam atau selsema, kena bagi ubat guna picagari. Kalau guna sudu habis semua kena sembur. tapi kalau guna picagari, dia cuma marah mula-mula sahaja. Tapi ubat tu akhirnya ditelan juga.

Jadi misi saya semalam semasa pulang ialah untuk membeli satu unit picagari. Kalau di Cheras di Jalan Connaught menuju ke arah Kajang tu, berhampiran GIANT, kiri kanan jalan memang ada 3,4 klinik. Jadi saya fikir mudah lah untuk membeli picagari.

Oleh kerana sudah pukul 10 mlm, banyak klinik yang sudah tutup. Yang ada sebuah klinik bernama Klinik Medivir**. Saya pun berhenti di hadapan klinik dan masuk. Pembantu klinik warga Indonesia tidak faham apabila saya memberitahu saya nak beli "syringe 10 cc".

Saya mengambil kertas dan menulis perkataan syringe dan menyerah kepadanya. Di masuk ke dalam dan selang beberapa lama keluar sambil meletakkan satu unit picagari 10 cc di hadapan saya.

Saya pun mengeluarkan dompet dan bertanya, "berapa ye harganya?". Saya mengeluarkan wang RM 1 dari dompet. Harganya kalau di klinik saya dahulu dalam RM 0.50. Mungkin paling mahal pun RM 1 fikir saya.

"Sepuluh", kata pembantu klinik warga Indonesia yang berbaju merah jambu itu.

Saya bertaya semula, "Sepuluh sen?"...

Murah gampaaaaang!.. kata hati saya... meminjam loghat Indonesia..

Dia tersengih-sengih...

"Sepuluh ringgit cik!"... ujarnya.

Berhenti sekejap jantung saya. Seperti terasa terkena serangan "Myocardial Infarction" selama beberapa saat akibat darah berhenti mengalir ke beberapa arteri utama di jantung.

Adrenaline mula meningkat dan peluh "jantan" mula mengalir.

Ingin sahaja saya mengamuk dan meluru masuk ke dalam bilik rawatan berjumpa doktor yang bertugas di dalam. Tapi drama itu berhenti di setakat itu sahaja. "Tak jadilah... mahal sangat!", kata saya. Saya memasukkan wang RM 1 saya ke dalam dompet.

Sempat juga saya bercakap sorang-sorang ketika perjalanan keluar sambil mencebik muka. "Gila ke apa, syringe harga RM 10...".

Saya masuk ke kereta dan dengan rasa kecewa saya pun pulang ke rumah. Tiba-tiba teringat pula ke Poliklinik Gomez 24 jam berhampiran rumah.

Masuk sahaja ke klinik, seorang pembantu klinik menyapa saya. Saya kata saya nak beli syringe 10 cc untuk anak saya yang demam.

Pembantu klinik itu pun menghulur picagari 10 cc tersebut dan meletakkan di hadapan saya.

"Berapa harga?", saya bertanya.

"Tak payah encik, percuma sahaja", jawabnya. Saya pun berterima kasih dan berlalu pergi.

Terima kasih Poliklinik Gomez.

Sedih betul mengenangkan klinik Medivir** itu. Kalau nak untung, letak RM 2 pun saya beli. Ini nak untung beratus-ratus kali ganda. Macamana ambik untung banyak2 macam tu daripada orang sakit.






Related Posts with Thumbnails