Assalamualaikum,
Artikel Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal atau Haram telah disiarkan di blog Ustaz Zaharuddin. Berikut adalah ulasan beliau.
UPDATED! Saya juga telah update senarai hotel yang diberi status halal oleh JAKIM.
-------------------------------------------------------------------------------------
ULASAN UZAR
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. inilah satu lagi cabaran umat Islam. Tidak dapat dinafikan cukup ramai umat islam termasuk para ulama seluruh dunia menggunakan servis di hotel-hotel lima bintang ini. Terutama apabila mereka menyertai persidangan-persidangan besar di Malaysia dan seluruh dunia.
Saya masih ingat ketua chef di restoran terkemuka di Lembah Klang yang dimiliki oleh seorang usahawan Bumiputra yang rapat dengan saya, pernah mendedahkan bahawa kebanyakkan hotel sememangnya akan mencampurkan arak dalam kebanyakkan masakannya.

Justeru, saya kira satu tindakan bersepadu perlu dibuat bagi menuntut pihak JAKIM mencari jalan agar dapat bersikap tegas dalam hal ini dan pihak pengurusan hotel pula perlu didesak untuk mendapatkan sijil halal yang benar-benar halal.
Umat Islam pula perlu berfikir lebih mendalam setiap kali mereka ingin menjamah makanan di hotel-hotel sebgini. Jika ada sebarang function yang ingin dilaksanakan di sana, pihak urusetia wajib MEMBERI AMARAN DAN TUNTUTAN kepada pihak hotel dan Chef Executive bahawa mereka TIDAK MAHU sebarang percampuran arak atau menggunakan bekas babi dalam hidangan mereka. Jika tidak, pihak urusetia juga turut bertanggung jawab di dunia dan akhirat.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
5 comments:
Dr, pihak Jakim takde bagi any response ?
salam dr. azwan...
yang pelik penguatkuasaan selalaunya terpakai kepada hotel tak berjenama...hotel berjenama ni, depa takut sikit...
tk nmpk box chatting ler..tknk buat ker halal haram ASB???ustz zaharudin kt camni , majlis fatwa/ ker majlis ulama ker..???..kata harus...sooo..???nk meyimpan ker nie??confuse...klu i simpan , camner..??
min : takde. Tapi saya dah letakkan senarai update hotel yang halal.
DeKerinchi : Yang menjadimasalah ni Executive Chef dari luar negara ni yang tak kompromi tentang alkohol. Hotel besar ni kan nampak gah panggil Chef luar negara. Tapi kalau tak guna alcohol. chef ni tak puas hati pulak. Kononya tercalar imej kedudukan 5 bintang kalau makanan takada alkohol. Gitulah gamaknya. Kalau hotel kecik2 ni guna orang Malaysia je.
anonymous : Majlis Fatwa kata harus kita ikut lah harus.
Salam,
Kenapa hotel tidak ada pensijilan halal? Jawapannya mudah; kalau mereka mohon dan audit dapati jual arak, kes koyak. Tapi yang ada pensijilan halal pun belum tentu halal.
Saya pernah makan hidangan Cina di sebuah hotel depan IMR jalan pahang KL. Sedap kot shark fin soup tu, kebetulan ada kawan ofis cina. Kami pun rasa, tapi dalam sup tu dia kata ada arak cina. Saya tak tau macamana rasa arak cina dan dia kata 'rasa macam yang you makan tu lah.'
Entahlah... tak makan lagi dah.
Itu bab halal.
Saya bertugas sebagai wartawan lama dah, makan bufet dari hotel tak da bitang sampai hotel boleh dipeting bintangnya. Mula-mula dulu sedap kot... tapi rasanya sedap lagi isteri masak walaupun goreng ikan dan sambal hitam.
Faizal
Post a Comment