Assalamualaikum Warahmatullah...
Baru-baru ini seorang eksekutif bank yang cantik telah menjadi hodoh setelah menerima rawatan kecantikan daripada sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara. Saya bertugas di Klinik Idzham Kota Damansara, tetapi untuk pengetahuan anda, saya bukanlah orang yang telah merawatnya (ehem.. tak tanya pon..).
Anda boleh baca kisah penuh ekskutif muda tersebut
di sini. Segala-galanya berpunca daripada keinginan untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh pada muka yang mendorong mangsa mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara dekat sini pada 23 November 2007.
Menurut Pik Yock, selepas menemui pakar pusat kecantikan tersebut, beliau dinasihati supaya menjalani rawatan sebanyak lapan kali dengan tawaran kos RM1,499.
Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan pertama, Pik Yock mendapati pipi dan dahinya bengkak termasuk mengalami kesan terbakar pada seluruh muka.
“Pakar yang merawat saya mendakwa ia adalah simptom biasa. Dia juga beritahu, saya perlu sabar,” jelasnya. Menurut Pik Yock, pusat kecantikan berkenaan turut memujuk beliau supaya meneruskan rawatan dengan menyarankannya membeli beberapa produk untuk menyembuhkan semula keadaan mukanya.
Beliau termakan pujukan itu dan membeli beberapa produk berharga RM360. Namun, keadaan tidak berubah. Pada Januari lalu, Pik Yock meneruskan rawatan muka sebanyak dua kali tetapi rupanya menjadi semakin serius.
“Menjelang Februari, perasaan bimbang mendorong saya berjumpa dengan doktor. Laporan perubatan doktor itu mengesahkan muka saya dijangkiti ‘alergi akut’.
Kepada mereka yang telah melihat gambar eksekutif ini di akhbar, anda akan dapati jerawat pada wajah asalnya tidak seteruk jerawat setelah menerima rawatan. Bukan itu sahaja, wangnya sudah hampir RM 2000 berkurangan. Beliau menderita "acute allergy" terhadap ubat tersebut. Ia boleh berlaku terutama sekiranya melibatkan penggunaan kosmetik yang mempunyai bahan kimia.
Insiden ini tidak lah begitu teruk sekiranya hendak dibandingkan dengan insiden yang berlaku beberapa tahun yang lalu.
Ketika itu kecoh di dada akhbar di Malaysia tentang seorang pramugari MAS telah meninggal dunia apabila melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan hidung.

Menurut salah seorang yang telah mengendalikan kes tersebut, pramugari malang itu sememangnya cantik dan sekiranya tidak melakukan pembedahan hidung itu pun, memang tiada cacat celanya. Malang sekali, pembedahan itu telah meragut nyawanya. (Gambar pramugari in adalah hiasan semata2)
Persoalannya di sini begitu ramai manusia yang tidak menghargai apa yang dimiliki oleh mereka. Mereka sudah sememangnya cantik, tetapi kenapa masih lagi merasa rendah diri dengan kurniaan tuhan? Allah berfirman : "Dan apabila kamu bersyukur, Maka Allah akan menambahkan (kurniaNya) kepada kamu. Dan apabila kamu kufur, Sesungguhnya Azab Allah sangatlah berat."
Tidak salah sekiranya imej diri kita ditingkatkan melalui perkara-perkara yang positif seperti meningkatkan keyakinan, menambahkan senyuman, memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan mengadakan perubahan nilai estetik yang berkadaran.
Namun, walaupun punya wajah secantik bidadari, tetapi hati sentiasa rasa tidak tenteram kerana tidak tahu erti syukur kepada ciptaan Allah. Maka tiada satu pembedahan plastik pun oleh mana-mana Pakar Bedah Plastik yang terhebat sekalipun di dunia ini dapat memberikan kepuasan kepada hati yang tidak pernah tunduk kepada PenciptaNya.
Wallahu A'lam.
9 comments:
sooo true. terima kasih atas peringatan.
sama sama ingat-mengingati :)
betol tu,buat per lah kite nak mengubah ciptaan tuhan,ciptaan Allah tu adalah ciptaan yang sejati dan kekal abadi..
Assalamualaikum Dr.Azwan..
Tolong letakkan surah apa firman Allah tuh eh...supaya keyakinan dan rujukan dapat dibuat..T.kasih :-)
salam, sebetulnya memang sifat manusia tidak akan puas dgn apa yg ada.Walaubagaimanapun, dari aspek kecemerlangan diri mmg digalakkan utk terus berusaha dan berusaha.Bab nak cantik ni, kena tgk keadaan.tk.syamsul.
hi dr..lama sungguh x tinggai jejak kat sini..hmmm, kalu dah namanyer manusia kan, mmg x puas ati j kan? ade j yg rasa x cukup..padahal, setiap org tu kan mmg cantik, cuma beza kat mana yg cantik tu..syukur atas ape yg dah dikuniakanNya...heheh.
Anonymous : saya tak ingat surah berapa. Mintak tolong.
Syamsul : Tengok keadaan dan berpada-pada. Kecemerlangan diri adalah dituntut oleh Islam.
Jun : Orang tu sibuk memasak jer.. Cantik tuh subjektif kan.
Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां
Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां
Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां
Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ
Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां
Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy
Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB Wassalam
Post a Comment