Friday, April 18, 2008

Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?




Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

39 comments:

Amalina said...

Wah! Bagus betul info ni. Perlu sy hebahkan pd org lain, terutama yg suka mkn di hotel bila bulan puasa. Minta izin copy, nnt sy war2kan sekali blog asalnya.
Thanx.
Wassalam.

Unknown said...

untungnya lidah saya lidah melayu, lalu makan makanan kita je. Dengar nama makanan yang pelik2 tu, selalu saya was2 nak memakannya.. :)

bagus betul info radio tu. :)

terima kasih juga doc kerana menerbitkan entri ni. :)

Anonymous said...

Ish, bahaya betul. Walaupun kat Russia ni susah nak jumpa makanan halal, somehow saya rasa lebih selamat berbanding di Malaysia dengan kes-kes macam ni.

Ini kerana bila kat sini, semua orang berhati-hati. Bila nak beli produk makanan, pasti akan check kandungan untuk pastikan bebas alkohol. Kalau nak makan di luar, perlu ditinjau-tinjau dan ditanya sama ada halal atau tidak makanan yang dihidangkan.

Tetapi di Malaysia, "tidak perlu berhati-hati" dah jadi macam tabiat dah. Huhu.

Unknown said...

Sama juga saya nk paste dalm blog saya...sbb kami selalu juga dijamu di tempat demikian sewaktu bulan Ramadhan

TQVM
-mH-

cheffarid said...

Assalamualaikum,,Doc Azwan,,,,itula dilema yang berlaku pada chef yg bekerja di hotel. Ikut pengalaman saya, ada 2 hotel yg saya dah kerja, sememangnya pendirian saya tak mahu bersubahat menghidangkan makanan yg tidak halal dalam kek kepada pelanggan hotel.Pernah dibaling kek oleh exec chef kerana tak mahu masukkan Lequier dalam kek, adalah cabaran berat yg saya hadapi.Tapi pada semua chef yg ada di malaysia, tak kira pastry chef ke, cook chef ke,ingatlah bumi ALLAH ni luas,dimana-mana sahaja boleh kita cari rezeki. apa yg menyedihkan JAKIM seolah-olah tutup mata tentang perkara ini, cadangan saya, lantiklah pakar perundingan dari org yg arif tentang sesuatu masakan untuk pengesahan halal sementera sebelum makanan itu di ke LAB untuk mengetahu secara saintifik sesuatu kandungan makanan.saya pernah dihubungi oleh seseorang dari PPIM tentang kek yg terdapat di cafe terkenal. coz melalui rasa kek, saya dah tahu samda kek itu ada mengandungi wain atau tidak,masalahnya pada peringkat awal saya dah tahu,tapi nak buktikan secara saintifik bukan bidang saya.Ni sekarang saya dengar pengeluaran sijil halal akan di swastakan oleh JAKIM,nampak gaya nya sijil halal sekarang sudah jadi satu perniagaan pulak.Gerakkan usaha kesedaran tentang makanan yg tidak halal di hotel perlu diadakan dan disegerakan, suara saya kecil,tapi apabila suara saya digabungkan dengan lebih ramai lagi,ia akan menjadi gelombang seperti Tsunami.Insyaallah sahabat saya chef sabri akan turut sama memperjuangkan isu ini.semoga kita akan lebih bertanggungjawab lagi kepada UMMMAH.TQ

Anonymous said...

hoho...

dah ada learning center sendiri ni, boleh elakkan hotel.

alhamdulillah. selamat.

Anonymous said...

saya pun nak kopi juga.. mohon ijin ya :)

Anonymous said...

thanks dr.. sama seperti amalina untuk copy dengan linknya sekali..

apapun.. mungkin ini 'antara' sebab ramai yang gelap hati. Na'uzubillah.

http://abahfateh.blogspot.com

Anonymous said...

saya selalu makan di hotel. eee..ngerinya. apa patut kita buat bila nak makan kat hotel ni. nak tanya ke ? atau ada badan2 yg mengesahkan hotel mana yg halal bukan saja dari segi ingredientnya tetapi juga dari segi pelaksanaannya.

Anonymous said...

Dalam Dunia mencabar ini, Kita perlu lebih berhati-hati terutama dalam soal makanan harian kita kerana ia banyak memberi kesan kepada akidah.

Sia-sia saje hidup jika tak berkat....

nurislamic said...

salam doc...
ish...bahaya nih...
sy nak copy gak yer...kat blog sy.. tahnks..
http://www.keklapis-swk.blogspot.com

Anonymous said...

Dr.Azwan, saya dh copy n paste..dan artikel nie dah ade kt Cari.com..sy letak kredit blog nie.

Anonymous said...

from,m..

Tuan,

KLCC Tiada Pengiktirafan “Halal”


Saya telah diarah majikan saya untuk mengurus majlis keramaian di dewan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan antara jemputannya adalah tetamu dari Timur Tengah dan Eropah. Maka saya disyorkan supaya mengatur hidangan antarabangsa halal.

Dalam urusan saya dengan pihak KLCC, saya dimaklumkan oleh pihak KLCC bahawa hanya makanan keluaran dari “Malay Kitchen” yang ada sijil halal dari Jakim, manakala lima (5) dapur lain (barat, cina, fusion,cold dan pastry) tidak mempunyai pengiktirafan “halal”. Pada pandangan saya, lebih penting dapur selain "Malay Kitchen" lebih memerlukan pengiktirafan "halal".


Saya berhubung Pengurus KLCC, En Rizal Razali mengenainya dan beliau menegaskan bahawa KLCC tidak perlu pengiktirafan “halal” kerana KLCC adalah hakmilik Petronas yang sudah diberi kredit ISO. Itu pun adalah kenyataan yang KLCC tidak perlu memohon pensijilan “Halal”. Untuk memperkuatkan tidak perlunya pengiktirafan itu, En Rizal menegaskan juga bahawa KLCC telah banyak kali mengadakan majlis untuk beberapa organisasi Islam tanpa sebarang pertanyaan. Beliau yakin bahawa pembekal-pembekal KLCC semuanya mempunyai sijil Halal.

Dengan maklumat yang saya terima dari pihak KLCC, saya sedar betapa mudahnya Islam diambil kira oleh masyarakat kita. Kalau bangsa kita “cincai” apatah lagi bangsa lain.

Setelah banyak saya dengar melalui radio dan di akhbar akan perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengembalikan hak dan maruah orang orang Islam, saya majukan kepada pihak tuan untuk tindakan wajar.

Ija said...

Salam Doc. Minta Izin nak paste & copy to my blog yer..

ezza erisa said...

oh..sangatlah menakutkan..ramai tidak sedar akan hal ini..(termasuk aku)..ingatkan hotel lima bintang atau yang ada bintang sah sah dapat perakuan halal.

lepas ini kena lebih waspada..adeh...

Dr Azwan said...

Semua boleh copy dan letakkan di dalam blog.

Leokid : Itulah masalahnya di Malaysia. Kita ni halal Hub, tetapi restoran kita banyak tak halal. Especially kat Restoran 5 bintang, di mana ramai pelancong Islam duduk, juga tak halal.. macamana tu?

Anonymous (id ini tidak digalakkan) - ia bukan sahaja kena halal dari sudut end produk iaitu makanan, tapi ingredient dan proses menghasilkan makanan tersebut juga kena halal. Kalau daging duduk sebelah babi kat dalam fridge, mana kita nak nampak tul tak?

pakdi : sekali skala nak gak bawak bini (baru) gi bukak puasa hotel, ye dak pakdi? hehe..

m... : saya nak terbitkan komen tuan..

Anonymous said...

salam dr. azwan,

mintak izin copy artikel dr ni..
dan terima kasih atas artikel yg sgt berguna ni..

ct

Anonymous said...

Saya baru jumpa block ni, sangat informasi. Bersetuju dengan pendapat Chef Farid, sepatutnya pihak berkuasa seperti JAKIM, perlu lebih tegas dalam menangani hal seperti ini. Kalau kekurangan kakitangan menjadi alasan, jalan penyelesaian "harus" malah menjadi "wajib" untuk diusahakan. "Takkan lah dalam negara ni kurangnya warga yang berkelayakan??" "DI MANAKAH NEGARA ISLAM HADARI??" Amal maaruf nahi mungkar.

AIN

Anonymous said...

thanks Dr Azwan

saya pun turut ambil petikan ini utk dimasukkan dalam blog saya

Anonymous said...

orang terdekat saya yang pernah bekerja di hotel memang mengakui benda ni memang benar esp hotel 5*(dan mana2 yang tahapnya International)

Dr Azwan said...

Dr Azwan :
Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Itu adalah faktanya. Pada pendapat saya, kalau yang tak jelas halal-haramnya kena jelaskan sampai ia jadi betul2 jelas.

Babi ni memang jelas haram walaupun kepada orang bukan Islam, itu sebab ada restoran bukan Islam tulis "pork free" kerana ingin menarik golongan pengunjung Muslim. Dan ramai pula orang Islam datang makan, padahal mereka tetap hidang arak, maka tetap tak halal... orang Islam tak sensitif arak.

Orang melayu Islam ni sejahat mana pun, taik judi atau taik arak, tetap tak makan babi. Mungkin orang melayu yang Murtad Islam dan masuk agama lain (ramai sekarang, Dato' Hairussani kata) pun takkan berani sentuh babi sebab ia adalah babi yang diharamkan Allah di dalam Islam dan arahan tu dah menjadi darah daging.

Itu hebatnya keharaman babi ni terhadap orang Islam. Jadi Babi memang jadi isu sangat sensitif kepada orang melayu. Mereka lebih sensitif tentang isu babi walaupun sah jelas kandang babi yang dibuat itu bukan untuk orang Islam dan suku sakat orang Islam.. padahal isu arak tidak begitu sensitif..kenapa?

Justeru, Yang lebih merisaukan adalah arak. Walaupun jelas haram tapi ramai orang kita tetap minum. Yang paling sedih, yang tak minum pun tak sengaja terambil di dalam makanan yang dimasak atau kek.. adakah ini disebabkan org Islam di atas sana tidak prihatin atau ?mereka pun sama-sama minum juga?.

Ramai juga tahu judi itu haram, tapi orang melayu gak yang penuh kat kedai Magnum dan Sport Toto petang2. Pengaruh arak dan judi di kalangan orang melayu Islam patut dikaji dan disebarkan..

WallahuA'lam

Dr Azwan said...

Anda dipersilakan untuk meletakkan di dalam blog2 anda. Sebarkan kepada mereka agar mereka tahu... salam : )

popon said...

salam. kepada semua yang membaca isu ini.
adalah sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama dgn umat islam yang lain. supaya ia menjadi pengajaran kepada kita semua...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum everyone. thanks for the posting & comments. It makes me think, rather than we say:"nasib baik aku tak lalu makan selain makanan melayu" or "mari kita mengambil pengajaran" and bla...bla...bla, WHY DON'T WE, as rakyat Malaysia, as consumer, DEMAND more than that, because that's our responsibility...for mankind, and not just ourselves!

Anonymous said...

hurmm patut le orang kita skang ni eras keras hatinya.. degil degil jiwanya..

Dr Azwan said...

Thanks to the comments,

anonymous : Jikalau dah ragu-ragu atau syubhah pun kena elak inikan dah haram - kita kena bagitahu semua orang agar mereka ini menjauhkan diri daripada memakan makanan yang subhah dan haram di hotel5 bintang kecuali yang ada jenama halal.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya, Nazira Noran, peneraju radio24 dan mengendalikan program ini pada 130408 baru2 ini. Dan dimainkan semula pada 270408 sebab saya bercuti (jika ada yang masih dengar baru2 ini..

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hotel mana yg dapat pengesahan halal, anda boleh layari www.muslimconsumer.org.my atau jadi ahli PPIM. Saya tidak berkuasa untuk menyatakan hotel2 itu dalam program Bernama Radio24.

Sekian, terima kasih.
Nazira Noran,
www.nazira.biz

Anonymous said...

Salam Doc,

Minta izin copy paste dalam blog saya. Nanti saya kreditkan blog Doc. Thanks

Anonymous said...

Assalamu'alaikum doktor, sy nak minta izin copy dan paste blog dr. ni utk disebarkan ke seluruh org teutamanya keluarga sy dan sahabat2 sy ye sebab sy sekeluarga selalu melancong bercuti menginap di hotel 5 bintang dan kadang2 hotel 6 bintang. Patutlah rasa sedap je semua masakan bufair di hotel2 yg sy makan ni.

Tapi kadang2 dr. ada jg hotel yg makanannya tak sedap (kedai makan tepi jalan lagi sedap spt kata bapa sy berseloroh), sy rasa mgkin di hotel ni tak campur apa2 bahan larangan atau bahan haram tak?

Anonymous said...

Askum.
Best dapat berita seperti ini. Kadang tengok orang makan di hotel 5 bintang, dan kita tak gi sana, macam kita ni sengkik. Diorang ada standard kita takde.Tapi sebenarnya lebih selamat. Alhamdulillah. Lagi baik makan dirumah.

Cik Lee said...

Saya pun minta izin masukkan entry ini ke dlm blog saya. Semoga memberi manfaat.

Anonymous said...

Salam,
Kali terakhir saya dengar (sila confirm)hotel yang diiktiraf Halal semua di Shah Alam i.e. Concorde, Grand Blue Wave dan Holiday Inn

Dr Azwan said...

Saya dah update senarai hotel Halal yang terbaru... minta perhatian semua.

Dr. Zue said...

Assalamualaikum.

Thank you for such kind research. Info seperti ini sungguh bermakna. Kita maklum makanan yang dimakan menjadi darah yang mangalir dalam badan kita dan anak-anak kita. Semoga lebih ramai rakan-rakan yang membaca artikel ini. Kita perlu lebih prihatin tentang mutu dan kualiti hidangan, dari aspek kesihatan dan hukum hakam agama Islam.

Anonymous said...

Tahniah Dr.Azwan....bagus info nih, haruslah kita sebarkan kpd semua umat Islam di Malaysia agar mereka tahu. Makanan yg halal juga membina keperibadian kita kerana makanan itu menjadi darah & daging kpd tubuh badan kita sendiri sebagaimana yg tersebut dlm Al-Quran.

Anonymous said...

Perkara ni dah lama berlaku..Semasa saya kecil ibubapa Melayu amat marah jika anak-anak mereka bekerja di hotel-hotel; tetapi biasalah kedengaran ungkapan spt"Bekerja di hotel tak salah yg salahnya cara kita menyediakan makanan ".Memang lah benar tetapi kalau pengurusannya di pegang oleh bukan islam , mereka peduli apa

Cik Skaf said...

Salam, mohon kebenaran juga untuk meletakkan artikel ini dalam blog saya. Terima kasih.

p/s Dr Azwan sepatutnya dah menulis buku sendiri. Idea dan kaedah penulisan yang sangat cantik dan menarik minat pembaca.

Dr Azwan said...

Cik Skaf : saya dah cuba separuh jalan. akhirnya penat. Ada masanya saya sendiri tak suka apa yang saya tulis. Saya ni rasa rendah diri dengan cara penulisan saya.. terlalu skima.

Unknown said...

asalam, sya pun ex hotellier, masa kt 5 star hotel dulu, buat cream puff kena letak grand marnier, sejenis liquor yg busuk baunyer..saya bole ingt nma liqouer tu sbb benci sgt baunyer. chef tgh round2 masa saya tgh buat creampuff, nasib tak baik, dia colek rasa custard filling tu, lalu tanya saya, dh letak itu grand marnier belum. sya kata dah, kunun nk nipu, tp dia tau saya belum letak, apa lagi..kena la tuang juga benda tu..now saya bebas tak bersekonkol lagi...

Related Posts with Thumbnails