Monday, July 7, 2008

DSAI dan Tok Najib gaduh, Pak Lah selamat...




Assalamualaikum,

Dah lama tak cerita pasal politik. Cerita pasal DSAI dan Tok Najib menjadi bualan umum. Saya pula tak beberapa nak ikut sangat sebab sibuk dengan kerja dan berniaga kecil-kecilan. Cuma bertindak sebagai pemerhati dan tukang sibuk-sibuk sahaja.

Bila cerita DSAI liwat Saiful Aw-aw (ada blogger panggil Saiful musang), saya jadi kaget sekejap. Terkejut seminit. Ini teknik lama untuk jatuhkan DSAI atau cerita benar?

Lepas tu pulak cerita statutory declaration pasal Tok Najib. Sensasi jugak walaupun bertahan kurang dari 24 jam oleh abang Bala.

Lepas tu cerita Abang Bala - yang baru nak kena timpa bala- telah menghilang. Hilang begitu sahaja dan tiada kesannya hatta DNA dan cap jari sekalipun, tidak diketahui umum dan sanak saudara. Polis pun tak tahu juga ke mana hilangnya. Mungkin di dalam custody seseorang atau organisasi, atau mungkin di bom?

Bukan dia seorang hilang, isteri dan beberapa orang anaknya pun hilang. Saya rasa semua persatuan NGO kena buat satu poster besar sebagaimana kehilangan kanak-kanak yang lepas. Lepas tu radio 24, Sinar dan radio ERA kena buat iklan - "Ke mana hilangnya lelaki comel yang tidak berdosa ini?"... "Apa dah jadi dengan masyarakat kita?..."Di manakah Abang Bala...". bla bla bla...

Pada pendapat saya, kemelut politik Malaysia ketika ini, yang terpaling gembira ialah Pak Lah dan KJ. Ini merupakan satu bentuk diversion paling berjaya (samada dirancang atau tidak dirancang) kepada Pak Lah-KJ bagi perhimpunan UMNO bulan Disember akan datang.

Kenapa ia satu diversion yang baik?

DSAI akan sibuk untuk membersihkan namanya. Bila dah banyak kali keluar TV atau berita, orang akan percaya walaupun ia mungkin fitnah. Di tambah pula dengan komen-komen peribadi ex boss, Tun Dr Mahathir. Memperkuatkan lagi alasan pemecatannya yang terdahulu. Jadi perancangan DSAI menjatuhkan kerajaan akan terhenti/terbantut seketika dan kemungkinan sukar untuk berjaya. Terutama sekiranya parti seangkatan PAS dan DAP meragui kredibiliti dan moral DSAI.

Tok Najib pula hilang popularitinya kerana masalah statutory declaration dengan skandal Altantuya. Malah kenyataan mahkamah Raja Petra dan Abang Bala memberi implikasi besar kepada karier politik Tok Najib yang menyebabkan orang ramai ragu-ragu2 terhadap moral bakal PM itu.

Pak Lah pula sering membuat statement yang selamat bagi kedua-dua pihak. Pak Lah tidak mendokong sangat Tok Najib dan dalam masa yang sama tidak menghentam DSAI. Dalam hal ni dia adalah safe figure yang keep low profile. Satu tindakan politik yang bijak. Tapi bak kata saya tadi, diversion ini mungkin satu yang terjadi tanpa dirancang, tapi saya kira karier politik Pak Lah mungkin selamat selepas peristiwa ini.

Apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini dan mungkin menjadi lebih menarik.

10 comments:

Anonymous said...

saya sependapat dgn doc..

kisah undurLAH senyap..
kisah anwar-najib pula hangat..

semacam ada konspirasi selamatkan paklah dan kj...

Anonymous said...

saya setuju dengan isi/topik perbincangan. Cuma yang tak sedapnya, kenapa nak ber"abang-abang" dengan orang seperti "Bala". Adakah saudara bersaudara?? atau seagama??

Bukankah lebih manis disebut Encik Bala, atau lain-lain..

Anonymous said...

bosan dengan politik tanah air sekarang. bosan dengan both parties - government & pembangkang. bosan dengan cerita2 politik sekarang. taknak ambik kisah sama ada ianya cerita benar atau direka2. macam cerita hindustan. lagi diaorg bergaduh, lagi la aku hilang keyakinan kat semuanya. sebab semua2 cerita benar / mengarut / direka2 ini tidak manguntungkan rakyat yang kecil macam kita ni. kalau nak gaduh, gaduh la. takde sapa yg peduli. tapi jangan jadi front page pulak. sampaikan cerita pasal kampung takde elektrik ke, budak pegi sekolah separuh jalan ke, & etc tak boleh sampai kat telinga kesemua wakil2 rakyat yang telah dipertanggungjawabkan. sebab tugas hakiki wakil2 rakyat ni menyelesaikan masalah rakyat. korang nak bergaduh ke, tarik telinga ke, tarik rambut ke, pegi la ke luar gelanggang.

Pootz in Boots said...

Pandai diorang ni buat deviation strategy..... dalam rakyat2 tengah gundah gulana pasal krisis harga, minyak, makanan... diorang create la apa2 isu sensasi supaya org tak cari Shahrir, tak kondem Gomen..... Nyampah tahap cipan nih.....

Dr Azwan said...
This comment has been removed by the author.
Dr Azwan said...

"Abang" Anon : Sejak bila perkataan "abang" hanya boleh digunakan spesifik untuk sesama bangsa dan agama. Tak pernah lagi saya dengar dalil al Quran atau hadis hanya boleh panggil abang kalau kita bersaudara atau seagama. Manalah tahu kalau tuan terjumpa dalam kamus dewan ker. First time saya dengar seumur hidup saya nih. Bagus juga kalau Abang Anon boleh highlightkan dalil atau sumber. Pada pandangan saya, idea saudara itu agak racist dan melampau!

Kalau Allah nak turunkan "Bala" - biasanya tak beberapa manis.. :).Untuk pengetahuan saudara/i, panggilan abang atau kakak sebagai tanda penghormatan saya kepada mereka yang tua, tidak kira agama atau bangsa.

Di dalam perniagaan sebagai contoh, sebutan abang nampak lebih rapat (tak percaya, pi kedai mamak). Kalau saya jual cacing kat seorang customer cina, saya akan panggil dia panggilan "abang". Tetapi kalau saya jadi doktor merawat pesakit saya akan sebut puan atau encik sebagai tanda professionalisme. Panggilan abang di klinik mungkin tidak sesuai.

Jadi sebutan apa yang dipakai bergantung kepada peghormatan dan keadaan, bukan agama atau bangsa. Harap saudara/i dapat tarik balik kenyataan itu... (macam dalam parlimen lah pulak kan).. Atau saya golongkan saudara/i samada di dalam golongan racist ataupun jahil murakkab. Pilih lah mana satu.

Suehoney : Saya setuju. Mereka ini yang kita nampak penuh dengan kekotoran ini lah yang sebenarnya menjaga kepentingan kita umat Islam dan melayu di Malaysia. Itu lah saya fikir, politik ini kotor dan mereka yang baik2 susah nak naik tangga politik ini. Jadi bila orang kotor di atas, maka mereka inilah pula yang akan jaga urusan kita, sehingga jaga agama dan bangsa kita. Itu mungkin sebab kenapa bangsa kita semakin mundur dan ke belakang dari bangsa2 lain. Adakalanya sistem syura mungkin lebih baik digunakan sebagai sistem memilih pemimpin negara sebagaimana yang dijalankan Rasulullah.. Wallahu A'lam.

Pootz in Boots : Ye tak ye jugak kan. Shahrir asyik terlepas je sekarang. Tiba2 je pulak Hassan Merican yang kena tempias harga minyak naik. hehe

r_feev said...

Salam...
Banyak benda 'panas' yang rakyat masih kabur.. elok ditunggu saja.. sebab tu saya tak byk komen detail isu 'panas' sekarang di blog saya.. lebih baik tunggu dan doa... lihat je tak guna....

Anonymous said...

saya tak berani nak komen sapa yg kotor. kalau pak lah lagi saya tak berani nak komen. sebab pengalaman saya berulang-alik setiap minggu ke pulau pinang selama 3 tahun, hanya sehari aje yang saya rasakan cuaca & fenomena pulau pinang begitu nyaman. sangat2 nyaman. itu pun semasa hari pengebumian bonda pak lah. saya yakin suasana tu ada kaitan dengan jenazah bonda pak lah. sebab lepas tu tak dapat rasa lagi dah cuaca macam tu. penduduk pulau pinang kata keluarga pak lah memang baik2 orangnya. bonda dia pun seorang yang solehah. kalau kelurganya soleh / solehah, saya juga yakin anaknya juga seorang yang soleh.

Anonymous said...

macam maner kalau bagi YG dipertuan Agung or raja Nazrin memerintah mcm Brunei xyah PM dan org politik ok tak?

Unknown said...

saya taknak komen pasal politik. tapi kalau dsai liwat pun ada logik kan??? kat malaysia jer benda tu mcm taboo nak di bincangkan... kat negara lain atau to non muslim maybe bende tu perkara biasa... berlambak manusia dah ada anak bini masih gay...
masyaAllah.... kita tgk mana yang betul..

Related Posts with Thumbnails