Friday, August 29, 2008

Bibik.. bibik..bibik...





Assalamualaikum,

Semalam, seorang wanita pertengahan 40-an dan anaknya berumur 1 tahun 9 bulan datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana anaknya demam. Anak lelakinya memang comel. Wajahnya seiras ibunya malah sedikit pan-asian.

Ibunya berbahasa Inggeris dengan anaknya yang kecil itu. Dia menyatakan masalah anaknya kepada saya sambil memeluk anaknya. Setelah saya periksa, dia menghidapi acute tonsilitis dan saya menulis ubat-ubatan yang sepatutnya.

Ketika pemeriksaan dijalankan, saya dapati kanak-kanak itu menangis dan memangil "bibik, bibik.. bibik..". sambil ibunya cuba memeluknya dan cuba menenteramkannya. Adakalanya ibunya terpaksa menyahut juga, "bibik ada di luar... nanti kita pergi kat bibik". Anaknya yang mungkin faham, berhenti menangis.

Selepas selang beberapa minit, nama bibik di sebut lagi.. "bibik, bibik, bibik..". Sehingga tamat perundingan dan mereka keluar daripada bilik rawatan, saya rasa anak itu memanggil bibiknya 10 kali ganda lebih daripada dia memanggil ibunya.

Saya kaget sebentar sambil berfikir. Cuba bayangkan, anak yang belum pun berusia 2 tahun sudah menganggap bibiknya itu seolah-olah ibunya. Dan mungkin saya perasan riak wajah ibunya yang mungkin berasa malu dengan saya, kerana anaknya itu lebih memanggil bibiknya daripada dirinya sendiri.

Di celah-celah bandaraya, memang mungkin terjadi sebegini. Ibu mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan dan meninggalkan urusan anak-anak kepada bibik atau pembantu rumah. Maka lahirlah anak yang menyayangi bibik lebih daripada ibu kandung sendiri.

Bagi saya, biarlah pembantu rumah menguruskan kebersihan rumah, memasak dan membasuh pakaian. Perihal anak-anak biarlah kita ibu dan bapa yang menguruskan. Apabila anak sakit, kita luangkan masa, kalau boleh cuti silalah ambil cuti untuk menguruskan anak-anak.

Nasihat ini mungkin ditujukan kepada diri saya sendiri. Saya mungkin kurang masa bersama anak kecuali hari Sabtu dan Ahad yang kadang-kadang terpaksa dikorbankan juga kepada bisnes saya dan ABIM. Tetapi saya bersyukur kerana ibunya seorang guru mementingkan masa bersama anak. Beliau tidak mahu mencari pembantu rumah walaupun saya sudah banyak kali mencadangkan. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Apapun, nilailah masa berharga kita yang ada bersama anak-anak. Kita boleh beri harta dan wang berjuta kepada anak-anak, tetapi pada hakikatnya, kasih-sayang dan masa yang kita sumbangkan kepada anak-anak lebih bernilai jauh daripada wang. Saya doakan peristiwa tadi tidak berlaku kepada keluarga saya. Dan saya berharap ia juga tidak terjadi kepada keluarga anda.

Wallahu A'lam.

11 comments:

Farah Deeb said...

Betul tu dok.. lain anak,lain pengalaman yg kite dpt ngan dia.. dan semua pengalaman tu x dpt diganti ngan wang ringgit! Saya rasa, isteri dokt pun misti berpendapat cam saya. Sebab tu saya x kesah penat sket lari sana sini hari2 dr tpt keje g amek n hantar 2 beradik tu g skolah. Sbb bile dah besar, pengalamn ni kite dah x dapat dah. & Kalau ade anak lain pun pengalamannya x same!

Anonymous said...

Ala.. baru plan nak ambik maid. maid utk kemas rumah, bantu apa yg patut.. bukan tidurkan anak bersama maid.. kalau tidurkan anak bersama maid, inilah jadinya.

Sama juga memasak, biar kita yang memasak, maid tolong2 je apa yang patut, kalau semua maid buat, mmg dia dah jadi ibu kepada budak tu..

mak saya pakai maid juga dulu, takda sorang pun daripada 10 adik beradik saya rapat dgn maid.. sbb, maid hanya pembantu rumah.. keje memasak, tidurkan anak, semua keje ibu dan bapa...

Najah Farahin said...

saya pun ada pengalaman mcm Dr juga.Sedara saya di KL, ada anak umur 2 thn, menangis meraung kalo family outing bibiknya tak ikut sekali.
makan pun nak bibik suap, tido pun lebih suka tido ngan bibik.

tp bila fikirkan,semuanya atas diri kita sendiri kan.masa bersama anak-anak tu lebih penting.betapa bestnya tgk perkembangan pembesaran anak-anak depan mata.
-najah-

Wahidah said...

ni la masalah yg akan timbul jika bibik lebih byk habiskan masa dgn anak2....

kucau said...

hahaa. tuh sbb bini aku aku suh jadi cikgu. alhamdulillah bulan 11 abis. insyallah next yr keje dgn gaji level account :). dier never regret dpt jaga anak dulu walaupun tak keje sebelum kpli.

zie1978 said...

emmm baby saya pulak pantang saya balik dr kerja mmg terkam dengan saya dan suami...wpuan bibiknya baik dan layan bagus tp dia tak nak jugak klau kami di rumah...

Anonymous said...

Dok... saya belum berumahtangga... tapi, bg pendapat saya... tak perlu lerr pembantu rumah. Susah senang biar kita yang buat dan jaga... Kenapa tok nenek kita dulu tak ada pembantu pun boleh survive???? Bagi saya... byk cons nye kalau ada pembantu kat rumah....

Dr Azwan said...

Kalau maid jadi ibu sendiri. Masa maid nak balik negara sendiri, anak kita dibawanya sekali. Bonding lagi kuat daripada mak sendiri. Wallahu Alam

Home User said...

saya setuju dengan pendapat dr. dan sy bersykur skrng sy dan istri dah jadi cikgu. dulu keje pejabat kul 6 br smpai umah. kalu ade hal kt KL tepon nursery minta maaf kul 8mlm br amik anak. anak dah tido. pagi2 lagi juga anak masih tido angkut bw anak ke nursery. begitulah hampir hampir 2 tahun. sekarang syukur pd allah masa sy dan istri mengajar smpi kul 1tghari. kul 2 smpi rumah. dua hari je kami blik lambat kul 4 ptg utk kelas ptg.

Dr Azwan said...

Alhamdulillah :). Ni yang nak mintak jadi cikgu gak nih

Anonymous said...

Assalmualaikum dr dan juga pembaca yg kehidupan mereka tidak di saluti kekurangan,

Kasih sayang kp anak-anak dapat anda semua berikan kerana anda semua tidak perlu risau dgn kepayahan mencari wang, cuma kesuntukan masa sahaja.Bagi insan seperti saya yg terpaksa bekerja dgn pendapatan cukup untuk menjelaskan keperluan setiap bulan,itu lah kasih sayang yg dapat saya berikan ; rezeki tidak lah ada di mana- mana jika tidak, tidak perlu saya bekerja di tempat lain, buat apa anak mendapat kasih sayang jika persekolahan dan pendidikan terabai,Walaupun saya tidak dapat nikmat melihat anak-anak membesar di hadapan mata atau mendapat dan memberi kasih sayang mereka, kalau tiada wang, kehidupan pun beku

Related Posts with Thumbnails