Monday, August 18, 2008

Debaran Permatang Pauh






Assalamualaikum,

Nampaknya acara di Permatang Pauh sudah bermula. Begitu juga cerita-cerita hangat di dalam surat khabar dan media masa. Sudah mula amalan tuduh menuduh, fitnah dan memfitnah dan hina menghina. Ada penyokong yang kena pukul dan ada yang "claimed" kena raba. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

Kepada penyokong Pakatan Rakyat, sila jaga tingkah laku anda dan perangai anda. Jangan terlalu ikut emosi sehingga menyebabkan mereka yang tidak bersalah menerima akibatnya. Ini bukan cara orang menegakkan keadilan. Kawal emosi dan bertenang. Kenapa perlu menyusahkan pemimpin anda dengan kelakuan bobrok anda seperti samseng?

Begitu juga penyokong Barisan Nasional. Anda membawa nama pemimpin yang besar dan disegani. Jangan jadi ejen provokatif. Pilihanraya sebagai satu medan perjuangan untuk memilih pemimpin, bukan kandang sarkis. Usah jadi badut berbayar.

Secara keseluruhannya diharapkan semua akan berjalan dengan lancar. Semoga pilihanraya yang bakal menjelang lebih adil kepada semua dan tidak ada unsur-unsur penipuan. Begitu juga diharapkan agar tiada unsur-unsur keganasan yang akan menjejaskan perjalanan pilihanraya Permatang Pauh kali ini setelah apa yang berlaku tempohari.

Penyokong BN sedang meliwat dan disokong pula oleh kawan-kawan di belakang. Nampak macam suka-sama suka ataupun adakah ini aksi paksaan?. Adakah boleh ber "mubahalah" ataupun tidak? Keliru juga... Apapun lepas ni saudara berdua boleh pergi masjid untuk "sumpah laknat".

5 comments:

Anonymous said...

Huh, _ _ _ _ (sumpah seranah) je dua badut ni...

aksi lucah penyokong parti ni napa tak masuk paper ye? teka dan jawab sendiri... hihi

Dr Azwan said...

Penyokong mereka kan beradab. Berpeluh mamat kat depan tuh dikerjakan.... huh.. Patutlah Dr Osman tak jumpa kesan koyak. Liwat pakai seluar.... :)

Anonymous said...

oh, mereka buat secara sukarela. dan bukan dipaksa. S.377b Penal Code ;)

Pakdi
http://pemikir.blogspot.com

Dr Azwan said...

Oh kalau sukarela kena penal code. Kalau dipaksa, sorang je kena kan. Cam kes rogol lah. Susah juga nak bayangkan mechanisme of action macamana saiful diliwat secara paksa. Mungkin bukan DSAI sorang, mungkin perlu beberapa orang untuk memegang tangan dan kaki. Bukannya budak kecik. Unless suka sama suka. Harap perkara ini dapat didetailkan di dalam mahkamah nanti dan kebenaran dapat diketengahkan.

Razak Bin Ramli said...

Bagaimana dengan kes 'Munawar' dan 'Sukma' tahun 1998...yang mengaku diliwat(dipaksa) dipenjarakan.Saiful terlepas pulak...pening.undang-undang malaysia.

Related Posts with Thumbnails