Friday, August 1, 2008

Lelaki Valium






Assalamualaikum,

Huh.. Geram betul... geram.....

Ada seorang lelaki melayu ni datang pukul 2 pagi untuk buat dressing luka yang sebesar 3 cm di tengah-tengah belakang. Kita pun buat dressing. Tak ada masalah. Walaupun lelaki ini berbadan besar tetapi dari segi pain threshold memang rendah. Memang jenis tak tahan sakit. Kena air sikit kat luka dah menjerit-jerit.

Setelah selesai dressing, dia meminta ubat tidur sebab tak boleh tidur. Ok lah tak per. Saya bagi 3 biji valium 10 mg untuk 3 malam. (Nama generik Valium = Diazepam)

Dia mula tarik muka. Dia kata 3 biji valium mana cukup. Dia nak 20 biji!

Saya bagitahu kat dia, mana boleh bagi valium sampai 20 biji. Ini ubat kawalan dan bahaya. Saya berkeras tak nak bagi. Saya bagitahu dia, kalau nak ambil banyak2 kena jumpa pakar psikiatri. Saya boleh tolong referkan. Saya tak ada kemampuan untuk prescribe valium sampai 20 biji.

Dia mula angkat suara. Dia kata selama ini dia dapat 10 biji valium daripada doktor seorang lagi. Dia mula kata saya tak faham betapa sakitnya belakang dia. Dia kata luka dia bentan lah dan sebagainya. Saya ni doktor dia, patutnya saya kena bagi valium tu pada dia.

Saya tahu keadaan luka dia. Saya pernah kerja kat plastik surgery. Macam saya ni baru 3 bulan jadi doktor kan.. Tapi lukanya kecil. Saya cuma diamkan diri mendengar dengusan marahnya.

Saya yang cuba nak memahami apa yang berlaku bertanya semula. Kenapa dia nak ambil ubat valium banyak-banyak.

Dia kata dia dalam keadaan yang sakit sangat dan tak boleh tidur. Sekali lagi dia kata saya tak memahami kesakitan yang ditanggungnya (macam dialog cerita hindustan lah pulak!).

Untuk meredakan keadaan, saya cuba nasihatkan dia, ubat tidur ni bukan gunanya untuk menahan sakit. Kalau nak tahan sakit, kenalah makan ubat tahan sakit. Kita ada banyak jenis ubat tahan sakit. Daripada yang sederhana kepada yang kuat. Kalau tak boleh satu, kita tambah jadi dua jenis. 3 jenis pun boleh. Asalkan sakit tuh boleh dikurangkan.

Sekali lagi dia tak mahu dengar nasihat saya. Dia berkeras hendakkan 20 biji valium. Dia kata apa masalahnya... dia yang bayar! (yelah, awak guna panel).. Dia kata dia nak beli ubat tu, bukannya dia ambik free. Dia kata dia perlukan 2-3 biji valium untuk tidur satu malam.

Saya berkeras. Saya kata valium ni bukan panadol, main beli-beli sahaja. Saya bagitahu dia, awak ni dah ketagih valium. Sampai 3 biji sekali makan!. Saya akhirnya toned down dan bersetuju untuk beri dia 5 biji valium. Kira negotiate lah nih.

Dia nih saya rasa dah develop tolerance. Tolerance ni macam dulu kalau makan 1 biji dah dapat kesan rileks. Tapi lama kelamaan ambil 2 biji baru dapat kesan yang sama... lama-lama kena makan 3 biji, baru dapat kesan yang sama macam 1 biji dulu.

Huh.. sombong lak dia ni. Dia kata kalau tak dapat 20 biji... dia tak nak ambik ubat valium 5 biji ni. Dicampaknya valium tu atas kaunter. Lepas tu dia nak tahu nama saya... konon nak report kat Boss. (macam lah saya takut kan).. Saya pun bagi nama saya. Buatlah apa nak buat. Bukannya kita salah. Mujur pukul 3 pagi patient tak ada.

Ubat tidur bukan boleh buat main-main. Nanti silap makan... jadi cam Heathe Ledger, pelakon Joker dalam The Dark Knight... mati overdose ubat tidur. Tak pasal-pasal lak saya masuk front page Sinar Harian lagi kan.. dan seluruh media masa... Taraf-taraf Dr Osman dari Pusrawi lah nih... glamer lak skali lagi. heheh.

Dia keluar dari klinik ngan anak perempuan dia. Mujur anak perempuan dia ni sensible sikit. Nampak cool dan pujuk bapak dia balik. Rupa-rupanya, anak dia slow talk ngan saya, dia bagitahu ayah dia ada minum alkohol tadi. Cuba bayangkan alkohol campur valium jadi apa?

Lepas dia keluar daripada klinik saya pun masuk bilik nak tidur. Lepas 5 minit dia masuk balik kedalam klinik. Dia nak jumpa saya balik. Lepas jumpa saya proses yang sama berulang semula. Dia mintak 20 biji valium, dan saya tetap tak nak bagi.

Dia keluar semual dengan marah dan saya pun yang tengah stress ni masuk balik dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Saya tak boleh nak tidur sebab tengah geram dengan dia. Tahniah pada dia sebab sekarang bukan saja dia tak boleh tidur, sekarang saya pun sama tak boleh nak tidur cam dia. Cuma saya tak nak telan valium jer....

Pukul 4 pagi, telefon berdering. Dia ni lagi call! Dia berkeras nak valium jugak.. kali ni nak 10 biji pulak. Saya dah cool down sedikit, pun menasihatkan dengan cara yang lebih baik (sebab dah cool kan). Saya kata kat dia saya dah offer 5 biji tadi, dan itu tawaran saya yang terakhir.

Lepas 15 minit dia datang dan mengambil semula valium yang dicampak awal-awal tadi dari kaunter.

Rupa-rupanya dia memang mempunyai masalah besar dengan keluarganya. Dia bercerai dengan isterinya kerana panas baran dan mempunyai masalah alkohol. Isterinya juga pernah menelan valium sehingga berbuih mulut dan dimasukkan ke hospital kerana terlalu stress. Sekarang bekas isterinya sudah keluar dengan lelaki lain.

Pada pendapat saya, valium itu bukan untuk mengubat sakit di belakangnya tetapi sakit di hatinya. Dia mempunyai masalah psikologi yang serius dan patut mendapat rawatan kerohanian daripada pakar agama. Dalam masa yang sama dia juga perlu dibantu dengan ubat-ubatan oleh pakar psikiatri untuk menenangkannya. Sekiranya masalah ini berterusan, tidak mustahil bahawa satu hari nanti perkara yang buruk boleh menimpanya.

Berapa banyak valium yang ditelan pun tidak akan dapat menawarkan hati yang telah luka.

Salam.


11 comments:

Anonymous said...

Lawak lawak, kalau saya jd doktor, saya bagi je apa yg dia nak, tapi sblm tu suruh dia sign dulu yg kita x responsible if anything bad happened, sbb tu saya x leh jd doktor kot....he he...

Anonymous said...

nie dah kes berat tu. manusia selalu pilih jalan yg salah untuk selesaikan masalah.

aizan said...

uh..uh.. macam nie punya patient pun ada.. sib baik dr nie jenis keras hati dan sabar, kut tak mau bergaduh tue..

Anonymous said...

ish..saya ni maasalah cepat ngantuk.hehe.
pantang letak kepala kat bantal, kejap jer dah tido
kdg2, byk keja tak selesai...nak2 time ada baby skgni,dia tido..saya pun tid gaks.hikss
-raiyan-

risyams said...

itulah antara cabaran seorang doktor..dalam menangani masalah hidup...tiada ubat yang lebih sesuai sebagai penawar melainkan berserah diri kepada ALLAH...

Anonymous said...

Salam Dr,

Pasal mengantuk ni... orang minum nescafe sebab nak tahan tidor... sya 10 minit lepas minum nescafe dah berat gile mata.. Dan saya rasa saya ketagih nescafe lah.. ada any suggestion tak nak buat camner.. sebab sehari saya akan minum 5-6 gelas.. sebab kopi ni tak baik untuk kesihatan..

noorcahaya said...

eee.takut ek jumpa org camtu...ni kira doctor lepaskan geram ek..tak pe ..kitaorang dengar hehehe...

rabiahbaharudin said...

assalamualaikum wbt,sy ade pngalamn patient nk im pethidine kul 2 pagi,dlm sebulan dia dtg lebih dr 3 kali,addict gila,time tu i pregnant mau sy takut doc pun admitkn dia nurse kat atas gelabah dia asyik mintak pethidine jeee,

Anonymous said...

Saya susah sgat nak tdoq doc. Boleh tlg saya? Saya nak ambil pil tidur, tp taktau mana nak beli. Then tak rujuk doc pun. Sya mengalami masalah kesukaran tdur yg sgt serious bg saya dn risau menghidapi insomnia kronik. Tlg saya doc.

Unknown said...

Tolong saya doctor saya ads insomnia

Saufee said...

This guy boleh tolong dapatkan injection pethidine. Kalau ada sapa2 yg perlukan boleh contact dgn dia. 0189018406

Related Posts with Thumbnails